You are on page 1of 9

CABARAN-CABARAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Malaysia merupakan Negara yang aman dan makmur namun begitu, Malaysia belum lagi mencapai sebuah Negara bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini merupakan salah satu daripada impian Negara pada wawasan 2020 kelak. Hal ini kerana Malaysia yang merupakan Negara dunia ketiga ingin bangkit untuk bersaing dengan Negaranegara berpengaruh yang lain. Hasrat Malaysia hanya satu iaitu, ibarat pepatah melayu dahulu, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, adalah sangat penting bagi pemimpin dan masyarakat membawa Negara ke puncak dunia . Umum telah sedia maklum bahawa pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil bagi merealisasikan impian Negara. Salah satunya ialah pembangunan modal insan. Idea ini telah dicetuskan oleh mantan perdana menteri Malaysia yang kelima iaitu dato seri Abdullah haji ahmad badawi. Cetusan revolusi ini telah dibentangkan pada rmk ke 9 pada tahun 2006 Iaitu dibawah misi nasional. Namun begitu, setiap yang dilaksanakan pastinya terdapat cabaran dan halangan yang mengekang dasar ini berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa cabaran yang dapat dikaitkan dengan isu-isu yang berbangkit daripada pembangunan modal insane ini. Kemajuan dan kekuatan ekonomi bukanlah segala-galanya. Ia perlu dilihat sebagai landasan untuk mencapai kesejahteraan hidup dan keutuhan sosial. Lantas, perseimbangan kebendaan dan kerohanian sangatlah penting supaya akan lahir tamadun yang agung. Kita perlu bersama-sama mengambil langkah memperkaya jiwa bangsa, tradisi, budaya dan agama tidak seharusnya menjadi halangan kepada kejayaan sebaliknya perlu digarap sebagai tunjang mendaki ke mercu kecemerlangan yang akan mengangkat martabat bangsa dan kewibawaan negara di mata dunia.1

9 Zahir Zainudin (2005), Pengukuhan Nilai Ke Arah Masyarakat Hadhari dan Komuniti Sejahtera; http://zahirhomp.blogspot.com/2005/11/pengukuhan-nilai-kearah-masyarakat.html.

CABARAN SOSIAL. Menurut kamus dewan pelajar edisi kedua, social membawa maksud segala hal yg berkaitan dgn masyarakat dan kemasyarakatan. Namun, secara umumnya, istilah social ini dapat dibahagikan kepada dua keadaan yang berbeza, iaitu social yang membawa kepada kesan positif dan kesan negative.oleh itu, di dalam konteks ini, social yang menjadi penghalang dan cabaran kepada perlaksanaan modal insan ini ialah social yang membawa individu kearah negative. Contoh isu yang telah berbangkit dan cabaran serta halangannya kepada pembangunan modal insane ini adalah cabaran dalam pembentukan akhlak dan sahsiah remaja. Terdapat juga beberapa isu social remaja yang menjadi isu utama Negara pada masa ini. Antaranya ialah isu buli,merokok, seks bebas, rempit, dan kecelaruan jantina. hal ini merupakan cabaran utama kepada Negara kerana ia merupakan suatu barah di dalam masyarakat. Jika ianya tidak dirawat dan dicegah pada peringkat awal ianya bermula, sememangya adalah sanagat sukar untuk disembuhakan. Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa mencegaah adalah lebih baik dari merawat.

CABARAN MEMBENTUK AKHLAK DAN SAHSIAH REMAJA. Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih buat memacu kegemilangan. Para remaja atau tenaga muda menjadi sasaran penting pembangunan modal insan kerana para remaja mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Pada diri remaja, terdapat dinamika diri untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan. Namun begitu, usaha yang ingin kerajaan capai adalah tidak semudah yang disangkakan. Di dalam usaha kerajaan pada perlaksanaan pembangunan modal insan ini terdapat cabaran dan halangan bagi membentuk modal insane. Pembentukan insane itu, segalanya bermula daripada akhlak dan sahsiah remaja. Kerapuhan akhlak dan sahsiah remaja yang telah menyumbang kepada berlakunya gejala social. Umum telah mengetahui bahawa kadar masalah social dikalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan.

Terdapat beberapa Factor utama yang menjadi punca dan cabaran kepada remaja pada masa ini. Salah satunya adalah kerana kurangnya didikan agama atau kurangnya penghayatan agama didalam diri individu tersebut. Umum telah mengetahui bahawa, agama merupakan satu landasan dan garisan yang perlu di jadikan batasan seseorang terhadap segala tingkahlaku manusia dalam kehidupan seharian. tidak tertakluk kepada agama islam sahaja, Boleh dikatakan hampir keseluruhan agama mengamalkan budaya dan amalan yang baik dan positif. Di dalam semua konteks agama, adalah tidak di benarkan dan tidak di galakkan sama sekali untuk melakukan pekara negatif. Hal ini kerana pekara dan kelakuan negative ini hanya akan memberikan kesan yang tidak baik kepada individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan Negara. Kekurangan pengahayatan dan kesedaran seseorang terhadap agama akan mendorong mereka untuk melakukan sesuatu tindakan dengan keinginan dan hawa nafsu. Tindakan melulu yang akan memberikan kepuasan dan keseronokan sementara hanya akan memberikan kesan buruk. Masalah institusi kekeluargaan juga merupakan salah satu daripada cabaran dalam pembentukan akhlak dan sahsiah remaja. Umum telah mengetahui, bahawa segala pendidikan awal individu itu bermula daripada rumah. Di dalam hal ini dapat di nyatakan secar ,jelasnya ialah tanggungjawab ibubapa. Permasalahan yang timbul di dalam sesebuah keluarga sememangnya memberikan kesan terhadap anak-anak terutamanya golongan remaja. Hal ini kerana, pada usia remaja inilah mereka baru mula mengenali erti kehidupan. Oleh itu, setiap pekara yang berlaku pada persekitaran remaja ini sangat memberi kesan yang mendalam. Pada usia remaja ini juga, mereka mempunyai perasaan inginkan kebebasan, kasih saying yang mencukupi, dan memberontak. Oleh itu, institusi kekeluarga adalah sangat penting dalam pembentukan remaja yang berkualiti. Keluarga yang bermasalah sudah tentu akan melahirkan remaja yang bermasalah. Oleh itu adalah sangat ditegaskan kepada para ibubapa untuk membentuk sebuah keluarga yang berada di dalam keadaan yang damai dan terkawal. Hal ini kerana telah sedia maklum, pendidikan awal anak-anak adalah bermula dari rumah. Anak diibaratkan sehelai kain putih, ibubapa yang akan meencorakkan dan mewarnakannya.ini dapat dilihat secara jelas bahawa institusi keluarga yang bermasalah sememangnya memberikan cabaran dan halangan kepada kelancaran dalam pembentukan modal insan.

Rakan sebaya merupakan individu yang terdekat dan juga paling berpengaruh kepada diri remaja. Hal ini kerana, pada usia remaja inilah mereka merasakan dirinya sudah cukup besar untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka. Mereka ingin menjadi seperti yang diangankan. Pada ketika ini, kebanyakkan nasihat ibubapa sudah tidak berguna lagi, segalanya dapat diibaratkan seperti mencurahkan air keatas daun keladi. Oeh itu, pengaruh rakan sebaya juga akan menjadi cabaran dan halangan kepada pembentukan modal insane sekiranya mereka memilih jalah yang tidak benar. Contohnya, seorang remaja boleh terlibat dengan aktiviti negative seperti merokok, gangsterism dan vandalisme dengan pengaruh daripada rakan sebayanya. Istilah tidak cool dan penakut akan membelengu remaja terbabit sekiranya tidak turut serta melakukan aktiviti negative tersebut. Oleh kerana usia remaja merupakan satu peringkat usia yang sedang meningkat naik, perasaan memberontak dan pantang dicabar adalah sangat sukar untuk dikawal. Oleh itu, penglibatan gejala social ini sememangya memberikan cabaran dan halangan kepada dasar pembangunan modal insane Negara. Selain daripada itu, keadaan persekitaran juga mampu memberikan cabaran kepada pembentukan akhlak dan sahsiah remaja. Persekitaran atau keadaan sekeliling merupakan suatu skop yang sangat luas. Ianya juga adalah sangat sukar dikawal dan di hadkan. Keadaan persekitaran juga ,boleh menjadi penyumbang kepada cabaran pembangunan modal insane. Hal ini kerana persekitaran ini yang membawa pengaruh kepada remaja. Malaysia hari ini sudah memperlihatkan suatu keadaan yang sangat terbuka dan bebas. Penerimaan budaya dan amalan dari barat telah meresap masuk kedalam adat ketimuran bangsa. Sokongan dan galakkan daripada suatu golongan yang mementingkan keuntungan telah memberikan kesan yang sangat mendalam. Sebagai contoh, berlakunya penyerapan dan penyebaran budaya kuning adalah daripada pelbagai media elektronik dan media cetak. Ini merupakan

persekitaran yang tidak dapat dikawal oleh kebanyakkan pihak. Penularan budaya kuning yang dibawa melalui persekitaran sedikit demi sedikit telah menghakis identity anak timur. Keadaan inilah yang menjadikan cabaran kepada pembentukan modal insane Negara. Hal ini kerana, anak muda sedari awal lagi sudah didedah dan diresapkan dengan budaya barat.

CABARAN PEMUPUKAN MINAT DIDALAM PENGUASAAN BAHASA INGGERIS Hal ini merujuk kepada isu kedua yang telah dikemukakan. Merujuk kepada isu kekurangan guru berbahasa inngeris yang mencukupi dan terlatih serta berupaya menngunakan pendekatan p&p yang mampu meningkatkan minat dan penguasaan bahasa inggeris. Ini merupakan cabaran terbesar kepada perlaksanaan modal insane. hal ini kerana untuk mencapai salah satu daripada cirri-ciri modal insane ialah melahirkan individu yang cemerlang di dalam bidang akademik serta mampu menguasia bahasa antarabangsa iaitu bahasa inggeris. Namun begitu kekurangan guru bahasa inggeris yang mencukupi dan terlatih serta keupayaan menggunakan pendekatan p&p merupakan satu halangan kepada pembangunan modal insane di Negara ini. Di antara cabaran yang dapat diperkatakan di sini ialah pelajar tidak berminat untuk mendalami bahasa inggeris. Kehadiran guru yang tidak berkemahiran dan kurang berkeyakinan untuk mengajar bahasa inngeris menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari bahasa inggeris dengan serius. Hal ini kerana, guru yang kurang berkemahiran ini tidak mampu untuk menarik minat para pelajar ketika proses p&P berlangsung. Guru perlu menggunakan pendekatan p&p secara berkesan. Sebagai contoh, guru menggunakan alat bantu mengajar iaitu ABM. Dengan menggunakan pelbagai media yang efektif dan menarik, hal ini mampu menarik minat para pelajar untuk belajar dengan lebih mendalam. seterusnya dapatlah memupuk minat para pelajar terhadap bahasa inggeris. Kelemahan pelajar terhadap pengguaaan bahasa inggeris sememangnya memberikan kesan terhadap Negara. hal ini mampu menjejaskan kelancaran dan berkemungkinan perlaksanaan pembangunan modal insane tidak dapat dicapai sepenuhnya. Hal ini adalah kerana kekurangan minat untuk mendalami bahasa inggeris menjadikan Negara gagl melahiirkan modal insan dengan berkesan. Ini menyebabkan Negara tidak mampu untuk bersaing diperingkat dunia dalam pelbagai aspek. Umum telah mengetahui bahawa generasi pada ini merupakan pemimpin di masa hadapan. Oleh itu adalah sangat penting bagi kerajaan untuk memupuk minat dan penguasaan bahasa inggeris pada peringkat awal lagi. Namun kekurangan minat didalam bidang ini adalah sangat penting bagi menjamin masa depan Negara kelak menjadi cabaran besar kepada Negara.

Selain itu, kekurangan minat dan penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar ini berpunca daripada tanggapan pelajar itu sendiri.ini juga merupakan cabaran yang berlaku terhadap pembangunan modal insan.hal ini kerana, pada masa ini, para pelajar tidak mempunyai kesedaran terhadap keadaan global kini. Di dunia maju, penguasaan bahasa inggeris adalah sangat penting kerana ia merupakan bahasa utama dunia. Tanpa pengguasaan bahasa inggeris yang baik akan membawa banyak permasalahan terhadap individu, masyarakat dan Negara. hal ini akan membawa kepada kesukaran untuk berkomunikasi, dan interaksi dengan asing. Seterusnya, akan meletakkan Negara berada di takuk lama. Iaitu suatu keadaan yang tiada kemajuan. Ini akan menyebabkan Negara tidak dapat mencapai hasrat kerajaan untuk menjadi Negara maju yang lain seperti china, jepun dan amerika syarikat.contoh terdekat yang dapat diambil ialah singapura. Negara yang hanya mempunyai keluasan yang sangat kecil tersebut mampu meletakkan kedudukan negaranya di tangga ke-5 teratas dunia. Hal ini kerana masyarakat singapura mampu menguasai bahasa inggeris. Namun, apa yang berlaku di malaysia ialah tanggapan pelajar tehadap bahasa inggeris ini hanya sebagai satu subjek matapelajaran yang perlu diperlari dan bukan untuk dikuasai. Ibarat melepaskan batuk ditangga, pelajar hanya mempelajari bahasa inggeris sebagai subjek wajib matapelajaran. Melalui setiap peringkat peperiksaan umum juga, kerajaan telah menggariskan bahawa syarat wajib bagi setiap peperiksaan adalah dengan kelulusan kredit bagi subjek bahasa melayu. Hal ini menyebabkan pelajar tidak begitu menitikberatkan subjek bahasa inggeris. Mereka telah menetapkan di dalam minda bahawa subjek yang perlu lulus ialah bahasa melayu bukanlah bahasa inggeris, kerana kegagalan di dalam subjek bahasa inggeris tidak menjejaskan keputusan peperiksaan mereka sama sekali. Ini merupakan satu cabaran kepada Negara bagi merealilasikan impian Negara untuk bersaing dengan Negara maju yang lain.oleh itu, tanggapan pelajar bahawa bahasa inggeris merupakan subjek di sekolah merupakan cabaran yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan pembangunan modal insane di Negara ini.

CABARAN DALAM PENYEDIAAN INDIVIDU YANG BERKEMAHIRAN Cabaran bagi isu kekurangan pelajar didalam bidang kemahiran pula salah satunya ialah prasarana yang tidak mencukupi terutamanya di kawasan luar Bandar. Ini merupakan suatu cabaran kepada Negara kerana secara keseluruhannya kekurangan perhubungan dan pengurusan yang kurang baik menyebabkan penyediaan prasarana di kawasan luar tidak begitu mencukupi. Penyediaan prasarana ini adalah sangat penting kerana melalui penyediaan prasarana inilah, latihan kemahiran dapat dijalankan. Adalah menjadi harapan Negara untuk menyediakan insan yang mempunyai kemahiran yang diperlukan pada masa ini. Sebagai contoh, di dalam bidang teknikal. Bidang teknikal ini mempunyai pemintaan yang tinggi di peringkat antarabanga, namun begitu, agak menyedihkan kerana Malaysia tidak mampu melahirkan individu yang berkemahiran di dalam bidang yang diperlukan. Oleh itu, kekurangan prasarana terutamanya di kawasan luar Bandar. Sememangnya memberikan kesan dan menjadi halangan untuk melahirkan modal insane yang berkemahiran. Selain itu, untuk menyediakan keperluan yang memenuhi keperluan dalam bidang kemahiran, kerajaan perlu menyediakan kos yang sangat tinggi. Hal ini kerana bidang kemahiran ini memerlukan peralatan dan mesin yang sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan latihan. Tanpa alatan yang mencukupi sudah tentu proses pembelajaran dalam bidang kemahiran ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Ini juga merupakan sebahgian cabaran kepada kerajaan dalam usaha melahirkan insane yang mempunyai kemahiran yang menjadi permintaan pada masa ini. Kos yang tinggi menyebabkan bidang kemahiran ini sangat terhad dan tidak mampu menyediakan individu yang berkemahiran secukupnya. selain itu Kekurangan tenaga pelajar juga merupakan salah satu cabaran yang menghalang kelicinan perlaksanaan pembangunan modal insan. Penyediaan tenaga pengajar yang berkemahiran adalah sangat penting bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Hal ini kerana pengajar yang berkemahiran mampu untuk mengendalikan dan menguruskan pelajar dengan baik. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kerajaan untuk melakukan pendekatan bagi menangani cabaran yang dihadapi ini.

CABARAN KETIDAKSEIMBANGAN PELAJAR DARI SEGI AKADEMIK DAN KOKURIKULUM. Cabaran pertama di isu ini adalah pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Ini menjadi cabaran kepada pembangunan modal insan kerana ketidakseimbangan para pelajar dari aspek akademik dan kokurikulum sememangnya memberikan kesan kepada Negara. kekurangan minat terhadap aktiviti kokurikulum ini juga berkemungkinan berpunca daripada tanggapan pelajar itu sendiri. Mereka menganggap bahawa pencapaian akademik lebih penting daripada pencapaian kokurikulum. Ini sudah menjadi budaya Malaysia hari ini bahawa tahap akademik seseorang sememangnya dipandang tinggi. Namun, tanpa disedari, pada masa ini, pelajar cemerlang lahir secara kuantitinya bukan dari aspek kualitinya. Pelajar yang hanya mempunyai tahap akademik yang tinggi sahaja tidak mungkin dapat menjadi seorang yang begitu sempurna. Bidang akademik sahaja tidak mencukupi kepada Negara untuk melahirkan modal insan seperti yang diinginkan oleh kerajaan. Kerajaan telah menggariskan ciri-ciri modal insan yang ingin dicapai. Ianya meliputi aspek rohani, jasmani dan intelektual. Oleh itu, pelajar yang sangat berpontensi di dalam bidang akademik sahaja tidak semestinya mempunyai akhlak, sahsiah, social dan kemahiran yang baik. Sebagai contoh, terdapat ramai graduan yang menganggur. Hal ini adalah disebabkan mereka sangat berkelayakan dari satu aspek sahaja iaitu mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, tetapi mereka tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi untuk melakukan tugas, sifat kepimpinan dan kerjasama di dalam kumpulan. Aspek-aspek ini hanya dapat dibentuk melalui aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana melalui aktiviti kokurikulum sahaja pelajar dapat berkomunikasi, melakukan kerja social, membina sifat kepimpinan dan kerjasana didalam kumpulan melalui badan beruniform. Ini membuktikan bahawa aktiviti kokurikulum sangat penting di dalam kehidupan seorang pelajar. Kecemerlangan di suatu bahagian sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan modal insane yang berdaya saing di peringkat global. Kekurangan minat pelajar dalam menyertai aktiviti kokurikulum sememangnya merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak pendidik dan kerajaan.

Selain itu, cabaran lain yang terdapat di dalam isu ini adalah kekurangan guru yang memiliki opsyen dalam bidang kokurikulum. Umum telah mengetahui bahawa terdapat ramai bilangan guru di dalam subjek bahasa. Sebagai contoh, ipta lain selain daripada ipta pendidikan juga menawarkan subjek pendidikan seperti bahasa melayu. Tetapi untuk subjek sains sukan, dan pendidikan jasmani adalah sangat terhad. Hal ini secara tidak langsung telah mengehadkan pengeluaran guru di dalam opsyen ini. Selain itu, pada peringkat institusi juga, ketiadaan kursus pengurusan kokurikulum juga merupakan salah satu sebab golongan pendidik kurang mahir untuk mengendalikan kokurikulum di sekolah. Dalam masa yang sama aktiviti kokurikulum di sekolah tidak dapat di jalankan. Adalah sangat penting bagi sesebuah sekolah memiliki guru yang mahir dan berpengetahuan di dalam kokurikulum kerana, tanpa guru yang memiliki opsyen ini, sudah tentu aktiviti kokurikulum di sekolah tidak dapat digerakkan. Ini menyebabkan sering berlakunya ketidakseimbangan pelajar diantara akademik dan kokurikulum. Hal ini sememangya memberikan cabaran kepada Negara kerana, untuk menghasilkan modal insan. Ianya perlu seimbang dari pelbagai aspek. Bukan sahaja hanya sebahagian aspek sahaja. Secara keseluruhannya, isu-isu yang berbangkit ini sememangya membawa cabaran yang perlu di tangani oleh semua pihak. Sebagai rakyat Malaysia, adalah sangat penting untuk berganding bahu sama-sama berusaha untuk merealisasikan impian pemimpin dan kerajaan untuk menjadi sebuah Negara maju, cemerlang, gemilang dan terbilang pada tahun 2020 kelak.

You might also like