You are on page 1of 30

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

1.0 1.1 1.2 1.3 Pengenalan Konsep Berfikir Teori Pemikiran Kepentingan Menguasai Kemahiran Berfikir 1.4 Rumusan
1

Pengenalan

Kemahiran berfikir membolehkan sistem kognitif seseorang berfungsi lebih cekap. Cth: guru-dapat menyesuaikan diri dengan ketangkasan perubahan memandang bilik darjah (dinamik, unik dan tidak menentu) Berfikir adalah proses membina pengetahuan dan pemahaman. Proses kognitif (minda) dipecahkan pada langkah-langkah eksplisit digunakan untuk membantu proses berfikir.
2

Konsep Berfikir

Renung seketika dan bayangkan: semasa anda membantu murid anda, menyelesaikan masalah pembelajaran, cth: subjek matematik. Sedarkah anda apakah yang anda sedang lakukan? Anda sedang menggunakan kemahiran berfikir

mengorganisasi pemikiran anda serta memikirkan alternatif praktikal- dapat digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Konsep Berfikir

Apakah itu berfikir? Adakah anda bersetuju dengan definasi di atas? Bolehkah anda fikirkan definasi lain? Adakah berfikir satu tindakan automatis, bolehkah kita meningkatkan kemahiran berfikir supaya kita menjadi lebih efektif dalam pembelajaran dan kemahiran menyelesaikan masalah? Bagaimanakah kita dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran berfikir mereka?
4

Konsep Berfikir

Definasi berfikir menurut pandangan ahli-ahli teori:

Proses mental yang digunakan untuk membentuk menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan atau memenuhi hasrat untuk memperoleh sesuatu jawapan.(V.R. Ruggiero, 1984) Operasi mental menggunakan maklumat yang disimpan dalam stor ingatan, membuat penyesuaian (adaptasi) dan penyerapan (assimilasi) supaya dapat membina atau mencari makna bagi sesuatu konsep.(Bayer, 1991)
5

Konsep Berfikir
Guilford, (1967) berfikir sabagai satu keupayaan atau kebolehan yang mengandungi pelbagai kemahiran.

Teori Pemikiran

Teori pemikiran telah dibentuk oleh ahli psikologi yang mengkaji otak manusia dan proses berfikir. Beberapa teori telah dipilih untuk memdapat pemahaman yang baik tentang proses berfikir terutama yang berkaitan dengan pembelajaran. Pemahaman ini diharapkan akan dapat meningkatkan proses pengajaran pembelajaran guru demi kepentingan murid-murid.
7

Teori Pemikiran
TEORI Roger Sperry

Konstruktivisme

Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

Epistemologi (Imam Al-Ghazali)


8

Teori Roger Sperry

Ahli psikologi neuro mengkaji:


otak manusia fungsi otak. teori HOKA-HOKI

Terkenal dengan

Teori Roger Sperry

HOKA-HOKI: otak kanan-otak kiri (split brai theory) dikenali sebagai Whole brain theory. Menurut Roger Sperry, (1970) otak manusia terbahagi kepada dua bahagian:
Kanan Kiri

Bahagian hemisfera.

ini

dikenali

sebagai

Hemisfera otak kanan: berfikir secara kreatif. Hemisfera otak kiri: berfikir secara kritis.

10

Teori Roger Sperry

Teori struktur mencadangkan:

dan

fungsi

otak

ini

dua bahagian otak tersebut mengawal dua mod pemikiran berbeza. teori ini menyarankan bahawa setiap individu mengutamakan satu mod berbanding yang lain.

Hasil uji kaji: kedua-dua bahagian atau hemisfera otak ini bertanggungjawab ke atas dua bentuk pemikiran yang berbeza. Sila teliti jadual berikut untuk mendapat gambaran perbezaan fungsi berfikir otak kanan dan kiri.
11

Teori Roger Sperry

Otak Kanan
Rawak Intuitif Holistik Sintesis Subjektif Melihat keseluruhan

Otak Kiri

Logik Turutan Rasional Analitikal Objektif Melihat bahagian

12

Teori Roger Sperry

Secara umumnya, sekolah lebih mengutamakan mod berfikir otak kiri dan memandang remeh mod berfikir otak kanan. Bidang pelajaran :
Akademik, otak kiri: memberi fokus pada pemikiran logik, analisis dan ketepatan. Otak kanan: memberi tumpuan kepada kreativiti, estetika dan perasaan. Cuba kenal pasti bahagian otak manakah anda cenderung gunakan?

13

Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

Perhatian: berikut.

renung

aktiviti

dan

soalan

Kenal pasti dan senaraikan perkara yang dapat anda lakukan dengan baik? Pada fikiran anda, apakah potensi anda? Apakah itu kecerdasan? Kecerdasan melibatkan keupayaan menyelesaikan masalah dan merekacipta produk sebagai hasil sesuatu budaya atau komoniti.
14

Howard Gardner, (1993)

Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

Pendapat beliau, kita dapat belajar mengenai kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia ketika mereka menyelesaikan msalah atau merekacipta produk. Terdapat 9 kecerdasan yang melibatkan penyelesaian masalah rekacipta. Kesemua kecerdasan tersebut dapat diajar di sekolah.
15

Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

Kecerdasan yang dimaksudkan:


Verbal-linguistik, muzik-ritma, ruang, logikmatematik, pergerakan-kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis atau pencinta alam sekitar dan kewujudan atau spiritual.

Kecerdasan manakah anda miliki?

16

Epistemologi (Imam Al-Ghazali)


Pemikiran dari perspektif tokoh Islam Imam Al-Ghazali. Membahagikan sains atau pengetahuan pada ilmu kekal dan ilmu sementara.
Ilmu kekal Allah s. w. t. Dikenali sebagai Ilmu wahyu atau ilmu Naqli. Ilmu sementara Ilmu binaan manusia:- Hasil kajian atau teori (nazariyy) atau hasil pengalaman langsung (hajmiyy). Ilmu ciptaan manusia:- ilmu Aqli (akal).

17

Epistemologi (Imam Al-Ghazali)

Ilmu Naqli atau Ilmu Wahyu merupakan pengetahuan asas yang mesti diketahui membantu penaakulan. Contoh, mengupas kewujudan diri. Ilmu Aqli hasil pemikiran dan kajian (alnazar al-sahih) yang sah. Definasi penaakulan dikemukan AlGhazali
Kelayakan yang membolehkan seseorang itu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.(Al-Mankhul).
18

Konstruktivisme

Apakah anda faham tentang maksud perkataan konstruk? Adakah anda fikir anda akan dapat membantu murid anda membina pemikiran mereka?
19

Konstruktivisme

Teori konstruktivisme mengandaikan pengetahuan tidak dapat wujud di luar minda. Tetapi dicipta di dalam minda berasaskan pengalaman sebenar. Adakah anda bersetuju?
20

Konstruktivisme
Menurut ahli konstruktivis, manusia membina pengetahuan berasaskan pengalaman, maklumat yang diterima, dikumpul dan disimpan. Cara berkesan untuk mengetahui melalui penglibatan aktif individu membina sendiri makna melalui interaksi dengan persekitaran fizikal dan sosial.

21

Konstruktivisme
Individu membina pengetahuan melalui proses assimilasi, akomodasi sepanjang hayat. Dengan itu, pengetahuan akan terus ditingkatkan. Manusia memerlukan peluang untuk menjelajah dan membuat uji kaji.

22

Konstruktivisme

Contoh: anak kecil sentiasa menjatuhkan alat mainannya. proses uji kaji tentang ramalan graviti. Guru konstruktivis, mahukan muridnya menguji idea baru, mengembangkan maklumat, menyelesaikan masalah harian, dan mencipta maklum balas baru kepada sesuatu situasi. Mahukan, muridnya membina pengetahuan yang diperlukan untuk berfungsi dalam kehidupan dunia sebenar. 23

Konstruktivisme

Matlamat membolehkan pembelajaran berlaku dalam konteks yang bermakna, berjaya memupuk pemikiran, refleksi, pemikiran kritikal serta menggabungkan aktiviti autentik dan penilaian dalam penyampaian. Untuk mencapai matlamat ini, anda boleh memilih satu aktiviti khusus bilik darjah yang membolehkan murid belajar melalui perbincangan antara mereka untuk mencapai makna. Contoh: Aktiviti berbentuk projek dan penyelesaian masalah.
24

Kepentingan Menguasai Kemahiran Berfikir


Matlamat terdekat pendidikan semasa. Jika individu hendak berjaya berfungsi dalam masyarakat teknikal, mereka perlu dibekal:
Keupayaan pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran berfikir.

Beyth-Marom, et al. (1987) kemahiran berfikir adalah alat yamg perlu dalam masyarakat yang bercirikan perubahan pesat, banyak alternatif tindakan, banyak pilihan, keputusan secara individu dan kolektif.
25

Kepentingan Menguasai Kemahiran Berfikir

Premis paling asas dalam perubahan kemahiran berfikir masa kini ialah kepercayaan bahawa murid boleh belajar berfikir. Penguasaan kemahiran berfikir membolehkan murid memahami konsep yang diajar oleh guru, menghubung kait cerita, mengemukan jawapan yang betul, menilai laporan, situasi atau berita, melakar graf, berlakon, mencipta puisi, membuat penemuan dan penyelidikan.
26

Kepentingan Menguasai Kemahiran Berfikir

Membolahkan murid melakukan tindakan moral secara bersahaja berlandaskan prinsip moral, memberi sebab rasional bagi keputusan tentang isu moral, dan mempamerkan sikap positif ketika menghadapi kesukaran dan menyelesaikan masalah.
27

Rumusan

Fakta penting

Teori pemikiran yang dibincangkan termasuk Teori Roger Sperry, Teori Kecerdasan Pelbagai, Teori Epistemologi, dan Teori Konstruktivisme Teori Roger Sperry memberi fokus pada fungsi hemisfera otak kanan dan otak kiri.

Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard Gardner menjelaskan 9 kecerdasan yang dimiliki individu dan ciri-ciri tiap kecerdasan.
28

Rumusan

Menurut Al-Ghazali, pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu ilmu Wahyu/naqli dan ilmu aqal/hasil ciptaan manusia. Ilmu wahyu milik Allah s.w.t. Ilmu Aqli terbahagi kepada ilmu berasaskan pengalaman langsung dan ilmu berasakan teori. Ilmu teori terhasil daripada pemikiran yang mendalam. Teori konstruktivisme, mengandaikan pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi boleh dibina dalam minda berasaskan pengalaman sebenar. Kepentingan menguasai kemahiran berfikir termasuk kebolehan murid memahami konsep, kebolehan menghubungkait maklumat, membuat penyiasatan dan menjalankan pendidikan.
29

TAMAT

30

You might also like