You are on page 1of 1

Laporan Penyediaan Gelanggang Merejam Lembing Apabila tugasan kerja kursus diberi, kumpulan kami telah diberi kerja

untuk menyediakan gelanggang merejam lembing. Saya dan ahli kumpulan telah mencari bentuk dan ukuran gelanggang rejam lembing yang berdasarkan standard kebanngsaan melalui laman web International Association of Athletics Federation (IAAF) bagi memastikan ukuran yang dibuat adalah betul dan tepat. Selain itu, saya dan ahli kumpulan juga menyenaraikan peralatan yang diperlukan seperti pita ukur sepanjang 50 meter, tali, pancang kayu, kereta roda menggelek minyak hitam serta minyak hitam bagi memudahkan ahli jawatankuasa peralatan menyediakan alatan. Setelah semua peralatan disediakan, kami pun memulakan langkah pertama dengan mengukur garisan 11 meter yang berada di kedua-dua belah sisi pusat lingkungan. Garisan melintang sepanjang 4 meter telah diukur bagi membentuk satu segi empat tepat yang mengelilingi kawasan lingkungan. Seterusnya, kami telah mengukur garisan 8 meter iaitu garisan pusat lingkungan bermula dari titik tengah garisan 4 meter. Selepas itu, bermula dari pusat lingkungan, pita ukur sepanjang 8 meter ditarik sehingga ke hujung garisan 11 meter di sebelah kiri dan membuat tanda pada titik tersebut. Seterusnya, langkah yang sama dibuat secara beransuransur sehingga ke sebelah kanan. Tanda akan dibuat setiap kali pita ukur ditarik. Saya dan ahli kumpulan membuat garisan lengkungan mengikut tanda pancang kayu yang dibuat dengan menggunakan tali. Setelah itu, saya dan ahli kumpulan meneruskan ukuran dengan mengukur garisan 40 meter kedua-dua belah dari titik pusat lingkungan untuk membentuk garisan lingkungan. Akhir sekali, garisan pendek sepanjang 75 centimeter akan dibentuk di kedua-dua belah dari titikan pertemuan antara garisan lengkungan dan garisan lingkungan. Setelah semua ukuran diukur dan ditanda, saya dan ahli kumpulan mengukur semula segala ukuran yang dibuat sebelum ini di seluruh gelanggang sebagai semakan terakhir bagi memastikan tiada kesilapan berlaku. Langkah terakhir yang telah dilakukan oleh kami ialah membuat garisan dengan menggunakan minyak hitam. Saya dan ahli kumpulan telah bergilir-gilir untuk menolak kereta roda minyak hitam. Selepas itu, tali yang diikat sebagai tanda itu dibuka. Dengan ini, maka terhasillah gelanggang merejam lembing yang lengkap.

You might also like