You are on page 1of 11

Pengenalan Rekoder

NYANYIAN

PENGENALAN

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik KBSR, pada peringkat aw al persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural b) Fizikal c) Verbal d) Daya ingatan muzikal e) Persembahan f) Interaksi sosial g) Komunikasi

kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari. pengaw alan pernafasan dan mekanis ma vokal. kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa. kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula. menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat. berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan. menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian.

Pengenalan Rekoder

1.

T EKNIK NYANYIAN 1.1 SEBUTAN Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten. Bentuk mulut bagi bunyi vokal:

AH (a)

A E (e)

OO (u)

EE (i)

OH (o)

Pengenalan Rekoder

1.2

POSTUR Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi. 1.2.1 Postur Berdiri Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut: Kaki Lutut Badan Dada Bahu Dagu Tangan 1.2.2 berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit. dilonggarkan (rileks), tidak kaku. belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus. dinaikkan. ditarikkan ke belakang sedikit. selari dengan lantai. di sisi.

Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut: Bahagian badan hingga kepala Belakang badan Punggung Kaki Tangan keadaannya sama seperti postur berdiri. tidak bersandar. terletak di tengah kerusi. diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit. diletak di atas paha.

Pengenalan Rekoder

1.3

PERNA FASAN Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:a) Menghembus dan menarik nafas Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang. b) Bernafas secara cepat Biasanya apabila kita ter kejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali. c) Pernafasan staccato Latihan ini dilakukan dengan sebutan ts secara berulang-ulang sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan. d) Hiss/Hoo Sambil menar ik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi hiss. Contoh latihan:

hiss hoo

ss hoo

ss hoo

ss hoo

hiss hoo

Pengenalan Rekoder

1.4

PENGHASILA N TON

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ vokal ( mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut: a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u). b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat. c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka. Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah: a) Glissando vokal dengan sebutan O dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya. b) Menguap dengan bunyi ah. c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan. d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut: Hee hee hee ! Apa khabar ? 2. KAEDAH M ENGAJAR LAGU Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedahkaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan ( rote learning) . Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural ( aural memory) murid.

Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah: a) Kaedah keseluruhan lagu b) Kaedah baris demi baris c) Kaedah solfege 2.1 Kaedah keseluruhan lagu Sesuai untuk mengajar lagu pendek. Langkah-langkah:

Pengenalan Rekoder

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya. b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik. c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang. d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya. e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

2.2 Kaedah baris demi baris Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkah-langkah: a) b) c) d) e) f) Memperdengar keseluruhan lagu. Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming. Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris. Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is. Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik. Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

2.3 Kaedah Solfege dengan isyarat tangan

Pengenalan Rekoder

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak ( movable do) yang mana pic do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major- minor, pic do ialah not C. Manakala bagi nada D major- minor, pic do ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu

pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu per kembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik.

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut: sm l s m l s m r l s m r d l s m r d l l s m r d l s l s f m r d t l s f m r d d` t l s f m r d d r m f s l t d`

Pengenalan Rekoder

3.

SOL FA ISYARAT TANGAN Teknik solfa menggunakan isyarat tangan ber mula dari do baw ah yang berada di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga do atas yang terletak di paras kepala. Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :

do

re

mi

Fa

So

La

Ti

Do

Contoh Latihan Solfa

Pengenalan Rekoder

Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan. a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu. b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan secara baris demi baris. 4. PANDUAN M ENGAJAR NYANYIAN Untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut: a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara ( range) vokal murid. b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi dan lirik lagu. c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul sew aktu menyanyi. d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama, melodi, ekspresi dan sistem notasi ). e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. (Rujuk perkara 2.1; 2.2; 2.3)

Pengenalan Rekoder

5.

NOTA TAMBAHAN 5.1 Lagu Pusingan Lagu pusingan merupakan pengajukan melodi yang dinyanyikan 1 , 2 atau 4 bar kemudian, nyanyian lagu pusingan membantu kefahaman konsep harmoni. Langkah-langkah mengajar lagu pusingan: a) Menyanyikan melodi lagu dengan betul dan tepat. b) Mengiringi nyanyian murid dengan alat muzik. c) Membahagikan kelas kepada dua kumpulan. - Kumpulan 1 menyanyikan lagu yang dipelajari. - Kumpulan 2 menyanyikan lagu yang sama apabila kumpulan 1 selesai menyanyikan *frasa yang pertama. Aktiviti ini diteruskan secara berulang-ulang hingga guru memberi arahan berhenti.

Contoh lagu: Anak Itik Tok Wi Kumpulan 1 Anak Itik Tok Wi Mandi Dalam Kolam Sakit Apa Tok Wi Sakit Sendi Tulang (hingga akhir lagu) Kumpulan 2 ( rehat ) Anak Itik Tok Wi Mandi Dalam Kolam Sakit Apa Tok Wi Sakit Sendi Tulang (hingga akhir lagu)

* Bergantung kepada kesesuaian lagu sekiranya boleh berlaku pada frasa 2 atau 3.

10

Pengenalan Rekoder

5.2 Ostinato Melodi Ostinato ber melodi adalah satu corak irama melodi yang diulang-ulang menjadi bahan har moni untuk mengir ingi sesebuah lagu. Langkah-langkah mengajar ostinato melodi: a) Murid-mur id menyanyi lagu yang pernah dipelajari. b) Guru mengir ingi nyanyian murid- murid. c) Guru melakukan aktiviti sebutan ostinato ber melodi dan murid mengajuk. d) Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan: Kumpulan 1 - menyanyi lagu Kumpulan 2 - menyanyi ostinato (Corak irama ostinato ber melodi ini boleh juga dimainkan dengan alat muzik yang bermelodi, seperti glokenspiel, tone-block, melodian dan rekoder).

11

You might also like