You are on page 1of 2

Refleksi Tugasan

Tugasan EDU 3105 yang ditugaskan kepada kumpulan saya sememangnya adalah suatu tugas yang mudah tetapi sangat mencabar. Mudahnya ialah kerana ia hanyalah meminta kami membina Rancangan Pengajaran Harian(RPH) dan persembahan elektronik. Namun, yang sukarnya adalah ia perlu mengaplikasikan aspek-aspek reka bentuk pengajaran model ASSURE dalam pembinaan RPH tersebut. Bagi saya, selama saya membina rancangan pengajaran harian, saya tidak pernah mengaplikasikan manamana bentuk model melainkan bentuk-bentuk yang telah dipelajari sewaktu melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Perguruan dahulu sahaja. Ini bermakna, selama saya menjadi seorang guru, saya tidak pernah sedar bahawa saya sememangnya sedang mengaplikasikan model ASSURE ini. Jadi, dengan melaksanakan tugasan ini, secara tidak langsung saya telah dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam kemahiran membina RPH yang lebih bermutu. Selain itu, sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya juga berpeluang melalui pelbagai pengalaman dan kenangan manis dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian, menaip beribu-ribu patah perkataan dan berbagai lagi. Saya amat bersyukur kerana mendapat rakan-rakan sekumpulan yang sangat baik dan saling bantu-membantu serta sangat komited dalam melaksana bahagian tugasan masing-masing. Begitu juga dengan pensyarah, Pn. Jauriah bt. Md. Azali, beliau dan rakan-rakan sangat membantu dan tidak lokek dalam memberi tunjuk ajar. Justeru itu, dengan terhasilnya tugasan ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari, bukan sekadar reka bentuk pengajaran model ASSURE sahaja, malah pelbagai cabang ilmu lain lagi dalam Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran untuk diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah. Pada mulanya, saya memikirkan bahawa model ASSURE ini hanya direka secara tidak sengaja sahaja, tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari bahawa model ASSURE banyak membantu dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, banyak lagi yang ilmu pengetahuan mengenai pendidikan yang

belum kita kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada di dalam ingatan dan seterusnya akan dapat diaplikasikan di sepanjang kehidupan dan karier saya kea rah usaha untuk menjadi seorang guru yang lebih cemerlang. Sekian.

You might also like