You are on page 1of 21

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1.0 PENGENALAN Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli perubatan. Walau bagaimanapun di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khas didorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi. Perkembangan yang signifikan berkait dengan usaha-usaha dalam ujian-ujian mental. Seterusnya para pendidik pula mula memberikan perhatian kepada pendidikan untuk kanakkanak cacat dan menyedari peri perlunya kanak-kanak tersebut diberikan pendidikan yang sesuai dengan keupayaan mereka. Namun demikian, golongan yang aktif diperingkat awal (dan masih berterusan lagi) menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ialah badan-badan kebajikan, badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sejarah pendidikan khas di Malaysia pula bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah St. Nicholas di Melaka oleh pihak Gereja Anglikan pada tahun 1926 (berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1931). Sekolah tersebut ialah untuk anak-kanak bermasalah penglihatan (buta). Sekolah buta yang kedua ialah Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Johor Bahru pada tahun 1948. Sementara itu sekolah pertama yang dibuka untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran (pekak) ialah pada tahun 1954 di Tanjong Bunga, Pulau Pinang.Kementerian Pendidikan mula terlibat dengan penubuhan kelas bercantum masalah penglihatan pada tahun 1962 dan masalah pendengaran pada tahun 1963. Pada tahun 1962 juga latihan perguruan khas untuk masalah penglihatan dimulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan pada tahun berikutnya pula untuk masalah pendengaran. Seterusnya untuk melicinkan pengurusan pendidikan khas satu Unit Pendidikan Khas ditubuhkan di Bahagian sekolah, Kementerian Pendidikan pada tahun 1964. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan pada Oktober 1995, Unit Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah telah ditingkatkan menjadi sebuah Jabatan tersendiri, iaitu Jabatan Pendidikan Khas. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak 1

yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa. Kedua-dua definisi di atas menegaskan ciri-ciri pendidikan khas, iaitu: 1. Rancangan pengajaran yang direka khas 2. Rancangan pengajaran yang bersifat individu 3. Bahan-bahan khas 4. Teknik pengajaran khas 5. Kemudahan / peralatan khas

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaankeupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan- perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri mereka; fizikal, otak, emosi dan sosial tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.

Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut: 1. masalah pendengaran 2. masalah penglihatan 3. masalah pembelajaran 4. masalah tingkahlaku 5. masalah pertuturan 6. spastik (cerebral palsy) 7. terencat akal 8. cacat anggota

Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha tertentu hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan (Geatheart, Weishahn & Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat faktor-faktor tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan program- program Pendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.

2.0 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN )

2.1 MASALAH PENGLIHATAN Mata ialah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan menikmati keindahan alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu proses yang agak kompleks yang terdiri daripada beberapa peringkat dalam 'Proses Penglihatan'. Proses ini bermula dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak. Namun, seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 November 2009, 90 peratus daripada masalah mata adalah masalah gangguan fungsi penglihatan manakala 10 peratus lagi adalah disebabkan oleh penyakit mata (Utusan Malaysia, 2009). Masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap perkembangan sosial dan mental kanak-kanak. Oleh itu, pengesanan masalah ini di peringkat awal adalah amat penting bagi memastikan prognosis yang lebih baik. Kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengenalpasti penyebab masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah (Hussin dll, 2009). Seramai 479 orang kanak-kanak tadika yang berumur 4-6 0.69 tahun (min=5.3 tahun) di Sitiawan, Perak, Malaysia telah dipilih secara rawak. Mereka menjalani ujian akuiti visual, ujian katup, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi. Kanak-kanak yang gagal saringan penglihatan telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjutan. 52% kanak-kanak terdiri daripada lelaki dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan. Melayu merupakan kumpulan bangsa terbesar (59.9%), diikuti Cina (30.1%), India (9.6%) dan lain-lain (0.4%) (Hussin dll, 2009). Daripada 43 orang yang gagal saringan penglihatan, 32 (6.7% dari kumpulan subjek asal) orang disahkan mempunyai masalah penglihatan. Penyebab utama masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah dalam kajian ini ialah ralat refraksi (4.8% dari keseluruhan subjek kajian) diikuti dengan ambliopia (1.0%), strabismus (1.0%) dan keabnormalan okular (0.8%). Maka, saringan penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah adalah amat penting untuk dilaksanakan kerana ia dapat mengesan masalah penglihatan di peringkat awal (Hussin dll, 2009).

Bagi kanak-kanak, pengesanan masalah gangguan fungsi penglihatan cukup penting kerana pada ketika inilah sistem penglihatan sedang berkembang dan sebarang gangguan akan menimbulkan masalah lain yang lebih serius. Rawatan awal dan komitmen ibu bapa penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas. Pensyarah Kanan Jabatan Optometris, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Rokiah Omar berkata, perkara ini penting bagi mengawal keadaan menjadi lebih serius. Katanya, bagi memastikan seseorang itu mempunyai bacaan optimum, mereka semestinya mempunyai tahap penglihatan 6/6 pada kedua-dua belah mata mereka. ''Kanakkanak yang mempunyai tahap penglihatan 6/9 atau kurang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan. Manakala mereka yang mempunyai tahap penglihatan kurang dari 6/18 pula dikategorikan sebagai penglihatan yang terhad,'' ujar Dr Rokiah (Utusan Malaysia, 2009). Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan ialah jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Menurut Dr Rokiah lagi, penyakit kongenital dan keturunan merupakan penyebab utama berlaku penglihatan terhad. Malah sekiranya seseorang bayi mendapat katarak kerana jangkitan kuman ketika dalam kandungan, ia akan menghalang cahaya dari terfokus ke retina dan sistem penglihatan bayi tidak akan berkembang atau mencapai ketajaman penglihatannya tahap 6/6 menjelang umur empat tahun. Perkembangan ketajaman penglihatan yang tidak mencapai tahap 6/6 dinamakan "amblyopia" atau mata malas. Keadaan ini terjadi di mana ketajaman penglihatan tidak mencapai tahap 6/6 dengan preskripsi cermin mata terbaik tanpa ada sebab-sebab patologi lain. Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun dan penyebab utama berlakunya amblyopia. Ini terjadi kerana pembiasan cahaya pada mata kanak-kanak yang rabun tidak terfokus pada retina dan seterusnya tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan

(Utusan Malaysia, 2009). Justeru itu, pembetulan kerabunan perlu dibuat secepat mungkin agar amblyopia tidak berlaku. Selain itu, menurut Dr. Rokiah, kejulingan juga menjadi faktor penting terjadinya mata malas. Kejulingan menyebabkan paksi penglihatan berubah dan cahaya tidak terfokus pada fovea iaitu titik peka pada retina dan boleh juga menyebabkan amblyopia. Pembetulan masalah penglihatan perlu dilakukan sebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem penglihatan berkembang dengan normal. Bagi kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata kasar, pemeriksaan pertama terhadap kesihatan mata harus dilakukan ketika berumur empat tahun. Ujian menyeluruh terhadap mata juga perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatan mata (Utusan Malaysia, 2009). Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan pada perkembangan bahasa. Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010).

2.2 MASALAH PENDENGARAN Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin Ebin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain. Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak mendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalah pendengaran atau pekak masih mempunyai sisa pendengaran. Mischook dan Cole (1986) menegaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka masih mempunyai sisa pendengaran. Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak mampu untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja. Pendengaran memainkan peranan penting untuk menguasai pertuturan. Seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh menyebabkannya sukar untuk menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai bahasa. Kegagalan menguasai bahasa pula mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi, belajar dan juga menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial. Ling (1989) menekankan bahawa pendengaran memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan inilah halangan yang paling besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Menurut Gatty (1992) kanak-kanak belajar pertuturan secara spontan melalui interaksi harian dengan orang dewasa. Laluan kepada kejayaan menguasai pertuturan oleh kanak-kanak ialah keupayaan mereka mendengar. Tanpa pendengaran perkembangan pertuturan mereka akan tersekat. Dalam perkembangan teknologi sekarang, alat bantuan pendengaran boleh membantu sisa pendengaran yang dimiliki oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang tidak dapat didengar sebelumnya. Murid-murid bermasalah pendengaran di kategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid7

murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka. Mereka belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan khas, 1997). Pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang (Salena Yahya, 1989). Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Salena Yahya, 1989). Pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran hampir sama dengan pendidikan murid biasa di Malaysia. Murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah pendengaran di tempatkan di sekolah-sekolah yang menyediakan program pendidikan khas. Sehingga kini terdapat 41 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah program percantuman, 24 buah sekolah rendah pendidikan khas dan 2 buah sekolah menengah pendidikan khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran di seluruh negara. Bilangan murid yang terlibat ialah seramai 2161 orang murid di sekolah rendah dan 1488 orang murid di sekolah menengah (Jabatan Pendidikan Khas, 2002). Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan dua tahun (Chua Tee Tee, 1988). Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada sewaktu di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Walau bagaimanapun di kebanyakan sekolah, mereka menggunakan masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah. Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini 8

menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong dalam separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60 decibel. Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya. Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanakkanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010).

3. MASALAH-MASALAH SAMPINGAN 3.1 PENDENGARAN Tidak bertindak balas terhadap bunyi Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri Tidak memahami / silap memahami arahan Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar Lewat bertutur Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan Telinga sering berair atau bernanah Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg) Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll) Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan.

10

3.2 PENGLIHATAN 1. Tingkahlaku i) Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan. ii) menutup atau melindungi sebelah mata , mengenyetkan kepala atau mendorong kepala ke depan. iii) mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-kerja lain yang memerlukan penggunaan mata dengan rapi. iv) mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasa jengkel apabila membuat kerja yang memerlukan penglihatan rapi. v) memegang buku rapat pada mata. vi) tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas. vii) mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau mengerutkan dahi. 2. Rupa i) bermata juling.Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun dekat yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah. ii) kelopak mata merah.Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahuntahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun. iii) mata yang radang atau berair. iv) Tembel yang timbul berulang kali.

11

3. Kompelin i) mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal. ii) tidak dapat melihat dengan jelas. iii) pening kepala (rasa pening), sakit kepala atau rasa loya (mual) berikutan daripada kerja yang banyak memerlukan penglihatan rapi. iv) penglihatan kabur atau berganda. Bagi katarak, ia disebabkan oleh pengaburan kanta mata yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur. Pada kanak-kanak, keadaan ini dinamakan katarak konginental (katarak sejak lahir) dan penglihatan bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas. Dr. Abdul Aziz Al-Aklbar bin Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan mata di peringkat awal amat mustahak kerana jika terlambat terutamanya selepas anak berusia 10 tahun, rawatan yang diberikan mungkin memakan masa kerana ia berkait rapat dengan perkembangan otak. Selepas 10 tahun, perkembangan otak manusia sudah tetap jadi sukar untuk kita merawat penyakit tersebut dengan sepenuhnya."

4. PAKAR-PAKAR YANG PERLU DILIBATKAN Bagi pesakit yang mengalami masalah penglihatan, mereka boleh dirujuk pada pakar mata, iaitu Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi di mana-mana hospital kerajaan, swasta mahupun klinik-klinik yang terdapat di Malaysia. Berikut adalah senarai mereka yang boleh dirujuk: 1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Oftalmologi 2. Pensyarah Pakar Oftalmologi

12

3. Pakar Perunding Oftalmologi 4. Pakar Perunding Oftalmologi Honorary

Namun begitu, bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, mereka boleh dirujuk pada Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Pakar ENT ini juga berkhidmat di mana-mana hospital kerajaan, swasta mahupun klinik-klinik. 1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding ENT 2. Pensyarah Pakar ENT 3. Pakar Perunding ENT 4. Doktor Pakar Kanak-kanak ENT

5. PELAN TINDAKAN BAGAIMANA ANDA AKAN MEMBANTU MENDIDIK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN BERKENAAN.

5.1 Masalah Pendengaran Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan: Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara cara: - Mendengar 13

- Menyampaikan buah fikiran Menyatakan keperluan Melepaskan perasaan

Kanak-kanak

yang

dapat

mendengar

suara yang

kuat

selalunya

mengalami

perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan. Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama. Para pendidik hendaklah mencari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar. Guru / ibubapa / penjaga boleh: bercakap guna tangan mimik muka gerak badan menulis latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka

1. Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya 2. Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan 3. Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas terutama bibir

Oleh itu perkara-perkara di bawah adalah tidak digalakkan untuk melakukannya:

14

- Menutup mulut semasa bercakap - Berpaling muka sebelum habis bercakap - Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau

Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya. Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak. Selepas guru/ibubapa/ penjaga bercakap, kanak-kanak haruslah diberi peluang berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/ penjaga menyambung bercakap.

Pengelolaan Bilik Darjah Bagi para pendidik yang bertanggungjawab mengajar dan mengendalikan kanak-kanak berpendidikan khas ini, berikut adalah beberapa teknik yang bole digunapakai untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak tersebut: Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi dengannya. Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar

15

Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat Galakan murid-murid bertanya Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam Tuliskan maknanya Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar

5.2 Masalah Penglihatan Golongan ini biasanya cuba membentuk diri kanak-kanak ini agar dapat mengeluarkan bakat-bakat yang ada di samping mengajar sukatan-sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam meneliti masalah yang dihadapi oleh guru, biasanya masalah umumnya adalah dalam mengajar murid yang cacat penglihatan diikuti dengan kecacatan lain. Cikgu Basiran sendiri mengatakan yang tiada masalah dalam mengajar kanak-kanak buta sahaja tetapi masalah akan timbul jika kanak-kanak itu mempunyai kecacatan lain seperti autisme dan sebagainya. Ini kerana guru yang ada kebanyakannya mempunyai kelulusan dalam mengajar kanakkanak buta sahaja. Jadi ia kadang-kadang menimbulkan masalah bagi guru-guru ini dalam menyampaikan pelajaran bagi golongan kanak-kanak ini. Di samping itu kekurangan pakar dalam bidang ini juga menimbulkan masalah. Dalam melihat dari segi pelajaran yang disampaikan adalah sama seperti sekolah normal cuma tulisannya dipindahkan dalam bentuk braille.

16

Di samping itu, ia juga perlu mengikut keupayaan masing-masing. Sukatan pelajaran mesti dihabiskan kerana peperiksaan tetap dijalankan. Biasanya setiap guru akan memberi lebih penekanan kepada anak muridnya. Malah dalam satu-satu kelas maksimanya hanya 6 orang sahaja. Jika diikutkan nisbah pula, seorang guru adalah untuk 3 orang murid (1:3). Salah satu akibat sampingan yang terbit daripada pergerakan dan pengalaman yang terbatas ialah keadaan tidak berupaya yang telah diterima menerusi pengalaman. Di sinilah guru penting dalam memainkan peranannya dengan menolong pelajar yang tidak sempurna penglihatannya untuk membentuk mereka menjadi individu yang aktif dan seterusnya dapat berdikari kelak. Kebanyakan golongan yang mengalami kecacatan penglihatan yang berat dan menyeluruh dikenalpasti lama sebelum mereka masuk ke sekolah. Namun ibu bapa dan guru pra-sekolah dapat memperluaskan pengalaman kanak-kanak ini jika sebarang masalah dapat dikenalpasti lebih awal lagi. Di sini, ingin disentuh sedikit mengenai program pendidikan bagi kanak-kanak ini iaitu ianya haruslah menekankan kepada pembelajaran konkrit, penyepaduan dalam pengalaman berserta kegiatan-kegiatan yang menggunakan peralatan. Malah kebanyakan pendidik berpendapat bahawa kecerdasan terjejas oleh pengalaman kanak-kanak ini semasa mereka berkembang. Remaja yang cacat penglihatan ini adalah kurang dari segi pengalaman bersepadu dan pemahaman mengenai pengalaman-pengalaman yang biasa bagi golongan yang boleh melihat. Ini adalah cabaran bagi pendidik untuk mengatasi keadaan ini melalui program khas pengajaran. Selain menggunakan Braille, golongan ini akan terus menggunakan penglihatan (bagi penglihatannya rendah), menggunakan kemahiran mendengar serta alat bantu berteknologi seperti optakon, mesin pembaca Kurzweil, Versabraille dan perkhidmatan video deskriptif.

LANGKAH-LANGKAH RINGKAS MENGELAK DARI KEBUTAAN Kepekaan ibu bapa terhadap kesihatan anak penting dan ini mestilah diambil berat oleh ibu bapa. Soal-soal yang perlu diambil berat oleh golongan ini ialah; a) pemakanan

17

Makanan yang diberikan amestilah seimbang dan banyak vitamin ( sayur-sayuran hijau tua atau oren seperti bayam, lobak merah dan labu ). b) kecederaan Elakkan kanak-kanak dari bermain dengan benda tajam atau yang boleh mencederakan seperti batu, kayu, jarum, pisau atau gunting. c) berjumpa doktor Membawa anak berjumpa dengan doktor mata sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk membuat pemeriksaan walaupun tiada tanda-tanda yang menunjukkan anak itu mengidap penyakit mata. Berjumpa dengan doktor dengan segera adalah penting dalam situasi mengesyaki ada yang tidak kena dengan mata kanak tersebut. Dr. Abdul Aziz sendiri telah banyak memberikan nasihat kepada kepada ibu bapa agar sentiasa memastikan anak mereka dalam keadan sihat serta mengingatkan golongan ibu yang sedang hamil supaya mendapatkan nasihat dalam penggunaan uibat serta mengelakkan diri dari mengambil dadah atau steroid kerana ia membahayakan kesihatan.

6.0 KESIMPULAN Mata merupakan salah pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan redha keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan ibu bapa ini akan dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya dalam mencari identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi dengan pihak luar. Pembentukan personaliti dari peringkat awal akan memudahkan kanak-kanak istimewa ini dalam menentukan di mana haluan yang akan dibawanya dan akan dapat bergantung kepada diri sendiri. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, langkah-langkah perlu diambil untuk membantu meningkatkan kualiti penggunaan alat bantuan kepada murid-murid 18

bermasalah pendengaran. Kerosakan mudah sebenarnya boleh diatasi oleh guru atau penjaga sekiranya mereka diberi pendedahan mengenai penjagaan alat. Guru-guru dan penjaga juga boleh membimbing murid-murid mengenai penjagaan alat bantuan pendengaran mereka dan seterusnya mereka boleh mengesan sendiri jika alat yang dipakai tidak berfungsi. Selain itu usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan murid yang menggunakan alat bantuan pendengaran. Tanpa penggunaan alat bantuan pendengaran dunia mereka sepi kerana hanya alat bantuan pendengaran menghubungkan mereka dengan bunyi-bunyi di persekitaran. Di samping membantu mereka menguasai pertuturan bunyi persekitaran, bunyi-bunyi persekitaran juga membantu mereka mengesan bahaya seperti bunyi-bunyi dari kenderaan di jalan raya dan amaran-amaran lain. Akhir sekali guru-guru yang terlibat dalam pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran perlu diberi pendedahan mengenai penggunaan alat bantuan pendengaran di samping teknik pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus pendek boleh diberikan kepada guru-guru terlibat agar dengan perkembangan ilmu pengetahuan terkini agar dapat meningkatkan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid. Kejayaan kepada pergantungan ke atas diri sendiri merupakan satu kejayaan besar dalam diri individu ini. Individu ini dapat memperolehi pendapatan hidupnya tanpa mengharapkan kepada belas kasihan orang lain. Semua pihak mestilah mengambil berat dan berfikiran positif dalam pergaulan mereka dengan golongan istimewa ini dan ini akan membentuk persekitaran sosial yang lebih baik. Oleh itu, ingin ditegaskan bahawa masyarakat sekitar amat penting dalam mendorong kejayaan individu ini selain daripada ibu bapa dan guru.

19

7.0 BIBILIOGRAFI

D. A. Hussin, R. Omar, Knight, V. Feizal, (2009). Penyebab masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Sitiawan, Perak, Malaysia. Volume 38, no 6. David H. Warren, (1977). Blindness And Early Childhood Development, American Foundation For The Blind, New York, Irving F. Lukoff, et al., (1972). Attitudes Toward Blind Persons, American Foundation For The Blind, New York, Majalah Ibu, Februari 1993 (BIL. 47) Majalah Ibu, Mei 1996 (BIL 86) Crow, L.D. and Crow, M.A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. (Terjemahan Habibah Bt. Elias) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Culatta, R.A. & Tompkins, JR., Fundamentals of Special Education , 1999. Hallahan, D.P & Kauffman, J.M., Exceptional Leamers (1997) Kirk, S.A. et al, Educating Exceptional Children (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D. (1998). Issues and practices in speacial education. Ysseldyke, J., & Algozzine, C. (1982). Critical issues in special and Remedial education. Boston: Houghton Mifflin. Sumber Internet dari http://pbmum.tripod.com/sejarah/50.html Sumber Internet dari http://pmspk.moe.gov.my/index.phpoption=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang =bm&limitstart=7 20

Sumber =bm&limitstart=7 Sumber kanak.html Internet dari

Internet

dari

http://pmspk.moe.gov.my/index.phpoption=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang

PROGRAM

PENDIDIKAN

KHAS

INTEGRASI

http://ppkisktamanbungaraya1.blogspot.com/2010/02/ciri-ciri-dan-perkembangan-kanak-

21

You might also like