You are on page 1of 15

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dengan kaum terbesar ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Kewujudan pelbagai etnik ini memberi banyak dimensi kepada budaya, perpaduan dan sering menjadi agenda yang mewarnai politik, sosial dan pentadbiran negara. Sebaik mencapai kemerdekaan, Malaysia menghadapi keresahan masa depan yang tidak menentu dalam menangani isu perpaduan kaum. Walau bagaimanapun kewujudan masyarakat berbilang bangsa,

agama dan budaya ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita hidup saling bertelingkah dan berprasangka antara satu sama lain, sebaliknya ia harus dilihat sebagai satu peluang untuk kita memperkenalkan negara kita sebagai sebuah negara unik yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam di pesada dunia. Namun peluang yang ada ini bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah menjadi mimpi ngeri seperti mana yang pernah tercatat dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang menggugat perpaduan kaum, jika masalah-masalah kecil akibat salah faham tentang budaya sesuatu kaum ini dianggap remeh dan dipinggirkan begitu sahaja. Sejarah hitam yang menjadi igauan buruk generasi tua ini harus dijadikan pengajaran dalam kita berusaha menulusuri haluan masa depan negara. Oleh itu semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan

bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat . Oleh itu, kita harus menghargai jasa dan perjuangan nenek moyang kita dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan mengisi kemerdekaan yang kita
Page

2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

kecapi sekarang ini dengan penuh semangat perpaduan kaum agar Wawasan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


2.0 ISU KEBUDAYAAN (ADAT RESAM MASYARAKAT CINA)

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sosiobudaya kerana memiliki kelompok masyarakat yang majmuk. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah, muzik, lukisan,seni bina, falsafah, tabiat dan nilai kepercayaan yang diturun temurun dari generasi ke generasi. Berkaitan dengan isu kepelbagaian sociobudaya ini, saya ingin berkongsi satu kisah benar yang telah berlaku di sebuah sekolah Cina di Kelantan pada 15 September 2011. Seperti yang telah diketahui, Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh telah mengadakan satu pesta atau Perayaan Tanglung di sekolah tersebut. Pesta Tanglung itu merupakan adat resam dan pesta budaya bagi orang Cina yang terdahulu dan ia masih diamalkan sehingga sekarang. Namun, budaya Pesta Tanglung ini telah menimbulkan salah faham

terhadap masyarakat Melayu di kawasan itu. Mereka menganggap pesta ini adalah berbentuk hiburan semata-mata dan bukan perayaan budaya. Mereka juga mendakwa bahawa pesta tanglung itu disambut dan diadakan di kawasan sekolah tanpa kebenaran dan permit daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Oleh yang demikian, Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh telah berhadapan dengan tindakan undang-undang yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh kerana mengadakan perayaan tanglung di dalam kawasan sekolah. Ini juga kerana, di bawah Enakmen Hiburan Negeri 1998 tiada sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda menghormati waktu solat Jumaat.1 Pejabat Tanah Jajahan Pasir putih telah menghantar surat saman kepada pihak SJK (C) Kai Chih 3 hari selepas pesta tanglung berlangsung iaitu pada 18
1

http://sel13.com/archives/395

Page

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


September 2011. Alasan mereka adalah kerana pihak sekolah telah mengadakan pesta tanglung tanpa permit. Senario yang berlaku itu berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan kesedaran orang ramai tentang kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan menyesuaikan diri dengan kepelbagaian budaya di Malaysia demi menjaga keamanan dan

keharmonian dalam hidup.

2.1

BAGAIMANA MASALAH PESTA TANGLUNG DI SJK (C) KAI CHIH, PASIR PUTEH TERJADI?

Sebagaimana yang telah diketahui, Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh telah mengadakan Perayaan Tanglung di kawasan sekolah tersebut. Pesta Tanglung itu merupakan adat resam orang Cina yang terdahulu lagi dan ia masih diamalkan sehingga ke hari ini oleh kaum Cina. Sebelum menceritakan dengan lanjut tentang isu pesta tanglung yang berlaku di sekolah di Kelantan, marilah sama-sama kita melihat dan memahami sejarah asal usul adat resam kaum Cina ini dan mengetahui dengan lebih lanjut maksud yang tersirat di sebalik pesta tanglung tersebut. Menurut wikipedia Pesta Tanglung adalah suatu pesta Cina yang dirayakan pada hari kelima belas dalam tahun bulan dalam kalendar Cina. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Perayaan Kuih Bulan, yang kadang-kadang digelarkan "Pesta Tanglung" di lokasi seperti Singapura, Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung, kanakkanak keluar ke Pekong membawa tanglung kertas dan menyelesai riddles di tanglung. Ia secara rasmi menamatkan perayaan Tahun Baru Cina. 2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglung

Page

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baru Kecil sejak ia menandakan akhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina. Pada hari ke-15 adalah malam pertama untuk melihat bulan penuh. Jadi hari itu digelar Pesta Yuan Xiao di China. Menurut dengan tradisi Cina, pada permulaan tahun baru, apabila bulan penuh terang berada di langit, seharusnya beribu-ribu tanglung berwarna-warni digantung untuk orang lain menghargainya. Ada banyak kepercayaan berlainan tentang asal-usul pesta tanglung. Ia sebenarnya berkenaan dengan perayaan dan menunaikan hubungan positif di antara orang, keluarga, alam semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka memperpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap tahun. Ada banyak cerita tentang bagaimana pesta ini disambut. Suatu lagenda mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. Tianguan adalah dewa Taoisme yang bertanggung jawab untuk nasib baik. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama bulan berkenaan bulan. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis hiburan, jadi para pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana mereka berdoa untuk nasib yang baik. Meskipun, perayaan Pesta Tanglung mengambil tempat sewaktu bahagian awal kurun ke-15, perayaan-perayaan itu berterusan selama sepuluh malam. Maharaja Chengzu telah mendirikan kawasan pusat bandar diketepikan untuk sebuah pusat memaparkan tanglung-tanglung. Sehingga ke hari ini, ada sebuah tempat di Beijing digelar Dengshikou. Dalam bahasa Cina, Deng bermakna tanglung dan Shi adalah pasar. Kawasan ini menjadi sebuah pasar di mana tanglung dijual pada waktu siang. Pada waktu petang, orang tempatan akan pergi ke sana untuk melihat tanglung bercahaya cantik di paparkan. Budaya Pesta Tanglung ini telah dikekalkan sehingga pada masa kini. Kaum cina di Malaysia juga sentiasa menyambut perayaan tanglung ini. Namun, apa yang menjadi masalah dan isu hangat tentang pesta tanglung ini ialah apabila ia diadakan di dalam kawasan sekolah. Ini telah menimbulkan salah faham yang

Page

mengganggap bahawa perayaan tanglung ini adalah berbentuk hibuan semata-mata.

sangat

besar

terhadap

masyarakat

Melayu

di

Kelantan

apabila

mereka

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


Dengan alasan itu, Pihak Polis Jajahan Pasir Puteh telah mengambil tindakan yang tidak sewajarnya dengan memberikan surat saman kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa ada permit. Banyak sebab yang mendorong kepada berlakunya salah faham tentang isu kebudayaan di sekolah tersebut. Antaranya, kita dapat melihat bagaimana perilaku masyarakat yang kurang mengambil peduli terhadap persekitaran. Hal itu disebabkan karena mereka menganggap tidak sesuainya perilaku dan norma-norma kehidupan dengan gagasan atau idea nasional yang dikembangkan, serta adanya penyimpangan sosial yang terjadi dari tindakan yang tidak selaras dengan norma dan nilai sosial atau sekelompok individu yang tidak berhasil menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak tertentu di dalam masyarakat. Penyimpangan sosial lazimnya ditandai oleh perbuatan atau tindakan yang mengabaikan norma/nilai sosial dari biasanya. Proses terbentuknya perilaku yang menyimpang salah satunya terjadi karena proses sosialisasi yang gagal, baik dalam keluarga, sekolah maupun masyarakat. Jika proses sosialisasi tidak berhasil atau gagal, maka seseorang tentu saja tidak mampu memahami apalagi menaati nilai-nilai sosial atau norma yang berlaku di masyarakat.3 Selain itu, sikap tidak suka bergaul dengan pelajar Cina dan India dalam masyarakat Melayu di dalam dan luar sekolah adalah menjadi salah satu faktor untuk membentuk cara pemikiran yang negatif terhadap kaum lain. Ini kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang budaya lain dan sentiasa bersikap prejudis terhadap mereka. Selain faktor pelajar, guru juga menjadi punca kepada timbulnya isu budaya ini dalam sekolah. Sikap guru yang kurang mesra dengan pelajar dan tidak adil dalam melaksanakan tugas menyebabkan timbulnya masalah seperti ini. Hubungan erat antara guru dan pelajar berbilang kaum hendaklah dipupuk di sekolah lagi. Ini kerana dengan hubungan yang erat, guru dapat belajar budaya baru sekaligus menarik pelajar lain untuk menerima budaya kaum yang lain.

http://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.html

Page

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

2.2

KONSEP SEKOLAH

MESRA BUDAYA YANG

DIAMALKAN

OLEH

GURU

DI

Pada era globalisasi ini, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak konsep mesra budaya di dalam bilik darjah di kalangan pelajar-pelajarnya yang berbilang kaum. Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana

pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormatmenghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.4 Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan

perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul. Selain itu, Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah

Sumber: http://visual.merriam-webster.com/society/education/school/classroom.php

Page

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.5 Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sekiranya dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Contohnya dengan menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan menggabungkan murid- murid yang berbilang kaum ini, muridmurid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu. Bayangkan apabila murid- murid Cina asyik bercakap bahasa Cina antara mereka. Mungkin murid Melayu yang tidak faham bahasa Cina akan menyangka bahawa murid- murid Cina itu bercakap tentang mereka. Oleh itu, jika murid pelbagai bangsa dicampurkan, maka hubungan mereka akan bertambah erat. Murid Cina tidak hanya bercakap dan bergaul dengan murid Cina sahaja tetapi juga dengan murid berbangsa lain. Jadi, salah faham akan dapat dielakkan.6 Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun muridmurid ini berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan menghormati budaya rakan- rakan lain. Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang
5

http://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html#

Page

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama-kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi. Selain itu, murid- murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan tidak takut mencuba. Sehubungan dengan ini, guru juga harus mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya. Proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum-kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan
Page

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


basou dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan. Selain itu, dalam subjek Pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina. Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka. Meskipun mengaitkan budayabudaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia sering dilakukan. Bukan hanya dengan mengaitkan ilmu dengan kebudayaan, guru juga boleh menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya. Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam pengajaran dan pembelajaran guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar muridmurid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu.

Page

Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid mengira. Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa pembinaan hubungan yang mesra antara guru dengan murid, murid dengan murid akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang harmoni tanpa tekanan malah objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah. Ini berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang guru itu. Anda sendiri dapat menentukan apakah gaya kepimpinan yang ada pada diri anda. Tidak sukar untuk kita sebagai guru mengaplikasi proses interaksi dan komunikasi ini kerana kita telah dibekalkan ilmu sedemikian sewaktu berada di pusat pengajian. Seperti pendapat Good & Brophy (2002), yang mengatakan bahawa guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.7

2.3

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI

UNTUK

MENDEPANI

MASALAH

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah komunikasi bermaksud perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Komunikasi berbal dan nonverbal. Definisi Komunikasi verbal ialah komunikasi lisan yang berlaku secara

langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. Komunikasi Non-Verbal pula bermaksud semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan seperti

http://mofa1190.blogspot.com/2010/05/budaya-pembelajaran.html

Page

10

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Dalam konteks dalam bilik darjah kita dapat melihat jika guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar. Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip seperti berusaha untuk mendengar cadangan muridmuridnya. Selain itu, guru hendaklah memastikan bahawa tidak ada halangan apabila guru ingin menyampaikan pengajarannya di dalam kelas. Guru hendaklah menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang.8 Melalui kemahiran lisan, guru dan murid memahami dan dapat merasai perasaan pengalaman rakan yang bertutur sekalipun berbeza dari segi budaya dan latar belakang. Contohnya melalui renungan mata, pergerakan tangan, ukiran senyum di bibir, ekspresi muka, perubahan air muka, pergerakan kecil tubuh badan akan memberikan makna yang lebih jelas terhadap mesej yang disampaikan dalam komunikasi lisan. Selain itu, guru harus mengelak dari masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salah tafsir,bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan Seorang guru yang hebat adalah guru yang mempunyai suara jelas, gaya pengajaran menarik, fleksibiliti tidak membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan pengurusan masa yang berkesan tentang pengajaran dan pembelajaran. Semasa berkomunikasi, elakkan sebarang gangguan-supaya mesej disampai dengan jelas dan tepat. Terdapat dua jenis gangguan ketika berkomunikasi dengan pelajar. Pertama adalah gangguan luaran yang mana datangnya dari suasana persekitaran yang terlalu bising, penggunaan laras bahasa yang sukar difahami dan

http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.html

Page

11

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


suasana bilik darjah itu sendiri. Kedua adalah angguan dalaman iaitu unsur bias dalam persepsi, pengalaman lalu dan perbezaan dalam budaya. Sehubungan dengan itu, guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Selain itu, guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Dengan penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas.9

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.html

Page

12

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


3.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini merupakan satu keistimewaan dan juga aset penting yang boleh membantu menjana ekonomi dan pembangunan negara. Pun begitu, sekiranya perkara ini tidak diurus dengan bijak pastinya akan mengundang malapetaka kepada negara. Kejayaan negara dalam mengurus kepelbagaian ini telah menjadikan negara ini contoh kepada negara-negara yang mendambakan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya yang berbilang kaum dan budaya serta kepercayaan. Sebagai seorang pendidik, isu-isu seperti ini perlu ditangani seawal mungkin dari peringkat prasekolah lagi. Para pendidik perlu peka kepada suasana dan latar belakang murid-murid supaya sebarang masalah dapat diselesaikan. Falsafah pendidikan kebangsaan perlu dihayati, manakala dasar-dasar pendidikan perlu dilaksanakan sejajar dengan hasrat kerajaan. Natijahnya, apabila kaum pendidik berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna, maka matlamat pendidikan negara akan dapat dicapai. Semoga pendidikan di Malaysia terus cemerlang dan bertaraf dunia.

Page

13

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

4.0

REFLEKSI

Setelah membuat beberapa tinjauan di dalam internet, saya tertarik untuk memilih isu kebudayaan yang melibatkan adat resam masyarakat Cina dalam tugasan ini. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana tindakan dan langkah-langkah yang sewajarnya yang perlu diambil seandainya saya sebagai seorang pendidik berdepan dengan isu-isu seumpama ini. Di samping itu sebagai pendidik juga saya harus memikirkan bagaimana untuk mengelakan isu seumpana ini berulang. Kurangnya ilmu pengetahuan tentang budaya dan adat resam kaum-kaum lain di kalangan masyarakat setempat menjadi menjadi punca terjadinya isu ini. Walaupun telah lebih daripada 57 tahun kita hidup bersama di bumi Malaysia ini, namun ternyata kita masih kurang mengenali budaya dan adat resam kaum-kaum lain. Hasil analisis, saya juga mendapati masyarakat kurang bijak dalam berkomunikasi apabila berdepan dengan sesuatu masalah sehingga menimbulkan berbagai prasangka negatif dan melahirkan tindakan yang kurang rasional. Oleh yang demikian, kita haruslah menyedari langkah-langkah untuk menggalakkan integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia harus difikirkan secara serius oleh semua pihak dari pemimpin, pembuat dasar, pihak media, para pendidik hinggalah kepada individu-individu yang sayang dan cintakan keharmonian di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, saya menyedari saya memikul tanggung jawab dan peranan yang besar untuk memastikan perpaduan kaum di Malaysia benarbenar tulin dan bukan sekadar indah khabar dari rupa sahaja. Di samping itu

sebagai seorang guru saya juga perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar segala pendidkan dan ilmu yang dicurahkan dapai disampaikan dengan lebih berkesan.

Page

14

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082


RUJUKAN

1) Melissa Ching dan Adnan Baharom (2011). Budaya Dan Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. 2) Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2012). Budaya Dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong Selangor.

3) http://sel13.com/archives/395 4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglung 5) http://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.html 6) http://visual.merriamwebster.com/society/education/school/classroom.php 7) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi 8) http://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membinapersekitaran.html# 9) http://mofa1190.blogspot.com/2010/05/budaya-pembelajaran.html 10) http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasiberkesan.html 11) http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.ht ml

Page

15

You might also like