You are on page 1of 15

Simpulan bahasa,

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang


dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya
terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat
atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang
digunakan.

[sunting] Jenis
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:
(a) ada angin:
• mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
• sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) anak buah:
• orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat
atau penghulu.
• anak saudara.
(c) langgar bahasa:
• bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
• tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas.
[sunting] Bentuk atau ciri
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya:
anak buah, buah tangan, dan lipas kudung.
Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am.
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya:
ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.
Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya:
besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.
Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif.
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya:
Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.
Semua ini sebagai kata nama khas.
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya:
air pinang, batu buyung, dan makan bulan.
Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.

Cth2x:

• alas cakap: (a) penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan. (b)
percakapan yang tertib.
• alas perut: makan sedikit supaya tidak lapar.
• alim kucing: orang jahat yang berpura-pura berkelakuan baik. (someone who is actually
bad, but preteneds to be good.)
• ambil angin: berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya
untuk menghilangkan penat.
• bekas tangan: hasil kerja tangan seseorang yang masih kekal; bekas pukulan.
• bendera putih: tanda menyerah diri atau mengaku kalah dalam sesuatu peperangan atau
perlawanan.
• berat badan: malas.
• cari jalan: mencari ikhtiar atau sebab untuk melakukan sesuatu
• durian runtuh: mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka dan
diterima sekali gus
• hidung belang: pemuda lelaki yang suka mengusik, mengganggu, atau menggoda
perempuan.

Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ................... bagi
menyelesaikan masalah yang rumit itu.

jalan keluar

jalan belakang

jalan pintas

jalan tengah

2 Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya
agar tidak melakukan kesilapan.

mengambil peluang

mengambil langkah
mengambil berkat

mengambil masa

3 Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga
dia tahu yang mana satu hendak dibelinya.

gelap mata

putih mata

rambang mata

Rabun mata

4 Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran
yang sedang diajar.

terang hati

sampai hati

cekal hati

ada hati

5 Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.
tulang belakang

keras tulang

ringan tulang

tulang empat kerat

6 Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
membuka tembelang

membuka langkah

membuka mulut
membuka mata

7 Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan
menyesal.

darah gemuruh

darah caging

darah muda

darah dingin

8 Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".
kata sepakat

kata hikmat

kata dua

kata putus

9 Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
ada hati

cekal hati

kecil hati

rendah hati

10 Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan
bola sepak.

jauh hati

kecil hati

berat hati

patah hati
11 En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja -
pekerjanya.

rendah diri

mata duitan

pilih kasih

hidung tinggi

12 Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
berhati batu

berhati perut

bertegur sapa

bertikam lidah

13 Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
cepat tangan

bekas tangan

tangan sejuk

tangan terbuka

14 Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................
anak tiri

anak emas

anak angkat

cahaya mata

15 Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh
mengapa kita tak boleh.
ambil hati

iri hati

cekal hati

besar hati

16 Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan
dapat ..............

bekas tangan

tanda mata

buah hati

mengadu nasib

17 Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
campur tangan

guna tenaga

temu janji

jual beli

18 Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.


harga mati

jual mahal

naik harga

harga tetap

19 Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan
peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.

panjang akal
panjang lebar

panjang lidah

panjang bicara

20 Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual -bual dengan tidak menentu dan
membuang masa sahaja.

cakap besar

khabar angin

omong kosong

mengado domba

21 Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ...........
.

telinga lintah

telinga pekak

pekak tuli

pekak badak

22 Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak
barang yang menarik.

gelap mata

rambang mata

pening kepala

rambang hati

23 Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang
rumah.

berkaki bangku
berkaki ayam

berkaki botol

berkaki bola

24 Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali
kerana tingkahlakunya yang baik.

ibu angkat

anak emas

buah hati

ibu tiri

25 Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha
mencari kerja.

makan angin

memilih bulu

makan tidur

bermain mata

26 Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .


rusa masuk kampung

beruang dalam belukar

kuda belang

lipas kudung

27 Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............
rusa masuk kampung

burung dalam sangkar


ayam kehilangan anak

anjing menyalak bukit

28 Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka
mendakwa pengadil itu ............... .

berat perut

berat badan

berat mata

berat sebelah

29 Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ .


curi hati

curi tulang

curi ayam

curi kerja

30 " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
Dengar telinga

Dengan lihat

Pasang telinga

Pasang mata

31 Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .


rusa masuk kampung

beruang dalam belukar

kuda belang
lipas kudung

32 Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............
rusa masuk kampung

burung dalam sangkar

ayam kehilangan anak

anjing menyalak bukit

33 Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka
mendakwa pengadil itu ............... .

berat perut

berat badan

berat mata

berat sebelah

34 Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ........ .


curi hati

curi tulang

curi ayam

curi kerja

35 Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang
lain.

buah mulut

murah mulut

mulut besar

bawa mulut
36 Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
hati batu

kepala batu

batu keras

batu api

37 Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi


kebajikan.

sepenuh hati

sepenuh suara

sebulat suara

sepenuh isi

38 Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk
Kampung Berata.

panjang tangan

ringan tulang

buah mulut

buah tangan

39 Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
buah-buahan

buah hati

buah tangan

ringan tulang

40 Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
panas baran

gila babi

gila pangkat

naik angin

41 Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh
remaja-remaja yang ................. .

gatal tangan

lepas tangan

panjang tangan

buah tangan

42 Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti .................. .
minyak wangi

minyak hampir jatuh

minyak yang penuh

minyak masak

43 Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.


panjang tangan

buah tangan

berat tangan

depa tangan

44 Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.


budi bahasa
bahasa bunga

budi-budian

mulut berbahasa

45 ............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih
dan tidak lalu makan.

Makan angin

Naik angin

Khabar angin

Mulut tempayan

46 Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
senang hati

terang hati

buta hati

susah hati

47 Chua ............. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
cari jalan

sua muka

besar hati

gelap mata

48 .................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta
dari negara luar.

Serkap jarang

Serang hendap
Panjang tangan

Pukul curi

49 "Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya.
kurang manis

kurang umur

kurang jadi

kurang tua

50 Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah .................. .


makan hati berulam jantung

sudah jatuh ditimpa tangga

beringat-ingat sebelum kena

besar periuk, besarlah keraknya

51 Hasanol memang .................. sehingga sekarang pun dia masih tidak tahu membaca dan
menulis.

otak udang

otak cair

otak beku

otak-otak

52 Beberapa orang ................ yang mengatur perlawanan bola sepak itu telah diberkas polis.
kaki bangku

kaki minum

kaki ayam
kaki judi

53 Berita tentang kejayaannya mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang menjadi


................. jiran tetangganya.

buah mulut

buah hati

buah tangan

anak buah

You might also like