You are on page 1of 41

SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN BAHASA MELAYU

Perkembangan Ejaan dalam Bahasa Melayu Kuno

Ismail Hamid (1987) dalam Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) memperincikan
bahawa bahasa Melayu berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi. Tambahnya,
ledakan sistem ejaan ketika perkembangan Bahasa Melayu Kuno memuncak pada abad
ke-7 hingga abad ke-11, yakni terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh tulisan
Pallava dan Nagiri dari India juga kelihatan amat menonjol dalam aspek penyuratan
mahupun kata-kata pada prasasti.

Ejaan sewaktu sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Moden banyak


memperlihatkan perubahan dari segi penerimaan kata-kata daripada bahasa Sanskrit
untuk idea dan konsep yang baru. Hal ini jelas dilihat daripada batu-batu bersurat yang
ditemui ditulis pada zaman ini. Antaranya ialah Batu Bersurat di Kedukan Bukit,
Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi), Batu
Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi), Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (686
Masihi), Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah (832 Masihi), dan Batu Bersurat
Bangkahulu, Bangkahulu (1000 Masihi).

Ahli-ahli bahasa turut merumuskan bahawa ejaan yang digunakan sewaktu


perkembangan Bahasa Melayu Kuno menunjukkan ciri-ciri seperti penggunaan kata-
kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang melampau, penggunaan geluncuran [w]
atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b], penggunaan vokal depan luas [a] untuk vokal
tengah [ə] atau menggugurkan langsung vokal [a], penggunaan awalan mar- bagi
awalan ber-, penggunaan awalan ni- untuk awalan ni- untuk awalan di-,dan juga
penggunaan konsonan yang dihembuskan. Berikut adalah potongan petikan daripada
kandungan batu bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi dengan
terjemahannya dalam Bahasa Melayu Moden;

Bahasa Melayu Kuno

Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi Shulapaksa wulan Waishakhla


dapunta hiyang naik disamvau mangalap siddhayatra. Di Saptami Shulapaksa wulan
Jyetha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan mamawa yang vala dua laksa
dangan...dua ratus tshara disambau dangan jalan Sarivu tlu ratus sapuluh dua
banyaknya. Datang di Matayap sukhashitta di pants hami shuklapaksa wulan…laghu
mudik datang marmuat manua… Shriwijaya.

Bahasa Melayu Moden

Selamat dan bahagia Dalam tahun Shaka 605, pada sebelas haribulan terang
dari bulan Waishaka baginda naik kapal mencari untungnya. Pada tujuh haribulan terang
bulan jyetsa baginda berangkat dari muara Kampar membawa bala dua laksa dengan…
dua ratus orang di kapal dengan yang jalan kaki Seribu tiga ratus dua belas banyaknya.
Datang di Matayap dengan sukacita pada lima haribulan terang belayar mudik datang
membuat benua (negeri)… Sriwijaya

1
Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu moden ke kepulauan Melayu

Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem


perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya
tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu.
Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan
kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang
menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika
beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti
oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan
orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini
(Tate,1971:42).

Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat


dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang
dipimpin oleh Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M,
kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai
ke kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di
bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua
puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh
Alfonso d’ Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-
negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki
kota Melaka.

Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin


dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang
Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima
buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini
menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang
turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran.
Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di
Brazil ( lapan perkataan ), bahasa ’Petagonian’ (90 perkataan), dan suku bangsa di
kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).

2
Sejarah perkembangan dan Proses Perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu
moden

Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang
menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi
pada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi
menurut kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi
kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah
Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell
(dilaksanakan pada tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).

Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) Tulisan
Rumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf
Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu
sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya
bermula pada tahun 1996. Kita boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam
beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula
ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang
dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan
Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang
berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama
pada tahun 1967.

Seperti yang dinyatakan diatas tulisan melayu yang menggunakan abjad arab
dikenali sebagai tulisan jawi. Ia berpunca daripada nama umum yang diberi kepada
orang jawa oleh pendagang arab yang singgah.oleh sebab mereka tidak dapat
membezakan antara orang melayu dengan orang jawa, maka mereka menggangap
orang melayu dan orang jawa ini sebagai orang jawi. Justeru itu, tulisan yang jawi
adalah tulisan yang dapat membezakannya dengan tulisan arab. Amat juhari moain
(1991) menyimpulkan bahawa tulisan jawi mengalami 4 tahap perkembangan iaitu:

1. Menggunakan tulisan jawi mengikut ejaan arab sepenuhnya dengan


menggunakan tanda-tanda baris. Namaun pun begitu tulisan ini mengalami
kelemahan seperti tiada tiada lambang untuk vokal /ə/ (e pepet).

3
2. Tulisan jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris atau tulisan arab gondol.
Tulisan ini juga mempunyai kelemahannya kerana perkataan homograf
mempunyai ejaan yang sama.
3. Sistem ejaan jawi dipengaruhi oleh melayu dengan mewujudkan huruf-huruf
saksi alif, wau dan ya. Pada permulaanya huruf saksi dibubuh pada suku
pertama perkataan. Sistem ini juga mempunyai kelemahan kerana ketiadaan
huruf saksi pada suku kata kedua manakala bahasa melayu banyak
mengandungi perkataan demikian.
4. Sistem ejaan jawi yang diubah suai daripada tahap ketiga dengan menggunakan
huruf-huruf saksi pada suku kata kedua. Sebahagian pengubahsuaian ini
digunakan dalam Ejaan Za’ba (1938). Sistem ini telah disempurnakan dengan
menggunakan semua huruf arab dengan enam huruf tambahan iaitu nya, pa, ga,
nga,ca dan va pada tahun 1986 dan terpakai hingga kini.

Oleh itu, abjad arab terdiri daripada 29 huruf tanpa Lam-Alif, iaitu enam huruf
kurang untuk mewakili bunyi yang lazim pada bahasa melayu. Justeru itu, eman huruf
dicipta sendiri oleh orang melayu. Menurut Ismail Hamid ( 1987:90) dalam memetik
huraian Prof. Naguib Al-Attas untuk membentuk kelima-lima huruf berkenan seperti
jadual dibawah:

Huruf Jawi tambahan Huruf Arab yang menjadi asas


1) huruf ‫چ‬ Huruf ‫ ج‬dijadikan tiga titik
2) huruf ‫ڠ‬ Huruf ‫ ع‬dijadikan tiga titik
3) huruf ‫ڤ‬ Huruf ‫ ﻑ‬dijadikan tiga titik
4) huruf ‫ڬ‬ Huruf ‫ ﻚ‬dijadikan tiga titik
5) huruf ‫ڽ‬ Huruf ‫ ﻦ‬dijadikan tiga titik

Satu huruf yang merupakan tambahan dan baru dicipta untuk sistem ejaan jawi
yang disempurnakan dengan huruf va untuk melambangkan huruf v dalam tulisan rumi.
Kini huruf jawi mengandungi 36 huruf untuk melambangkan fonem dalam bahasa
Melayu.

4
Manakala perkembangan dalam sistem ejaan rumi adalah sebahagian daripada
perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur
Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20
kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang
sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting
apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah
rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam
dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu.
Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan
dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf-
huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam
bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa
Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris
dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan.

Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan
apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan
sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah
pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan
dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904
dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.

Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor


telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah
dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru
Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas
perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.
Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan
perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu.
Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang
memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah
disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di
antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato’
Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd.

5
Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato’ Muda
Linggi (1924)( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005).

Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun
1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Za’ba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem
Ejaan Rumi Za’ba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa
Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar
Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang
dikarang oleh Za’ba.

Selain daripada sistem ejaan Za’ba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun
1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada
ejaan Za’ba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan
Sasterawan ’50 yang ditubuhkan sekitar bulan ogos 1950 kemudiannya menjadikan
Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini adalah
untuk menyedarkan masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan menganggap
kemerdekaan sebagai jambatan kearah keadilan dan keamanan masyarakat. Selain
daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-
apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada,
termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak
meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan
buku.

Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan
Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Za’ba dan
ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula
"Sistem Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia.
Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan
sistem ejaan dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah
menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara
Inggeris. Perbezaan ejaan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di
kedua-dua buah negara untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang

6
digunakan (Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Secara tidak langsung proses penyatuan
dan penyamaan sistem ejaan kedua-dua negara dapat dilakukan.

Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli
bahasa berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.
Usaha-usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah
Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang
telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya
dengan ejaan bahasa Indonesia.

Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian


persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai
pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara
Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham)
Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa
Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil
daripada pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik,
perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila
rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo.

Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama
tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui
oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang
Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi
ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan
Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.

BEBERAPA SISTEM EJAAN SECARA TERPERINCI

SISTEM EJAAN LATIN PIGAFFETA

Sepertimana yang diketahui, Pigafetta atau nama sebenarnya adalah Antonio


Pigafetta iaitu seorang ahli pelayaran dibawah pimpinan Magellan. Beliau telah

7
mencatatkan sebanyak 426 perkataan dalam bahasa Melayu dan beberapa perkataan
tempatan yang lain. Walaubagaimanapun senarai perkataan yang dikutip oleh Pigefetta
tidaklah secara langsung daripada Maluku tetapi dari seorang Melayu Sumatera yang
digelar Hendrick, iaitu seorang hamba magellan yang telah ikut serta dalam
pelayarannya. Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh beliau ini sebenarnya adalah
berdasarkan oleh sistem ejaan Itali daripada dialek Vicentina. Pigeffeta telah
menamakan senarai perkataan bahasa Melayu ini sebagai kosa kata yang digunakan
oleh oleh Moorish atau Muslim. Senarai kosa kata ini dipetik daripada
Bausani(1960:233-240). Contohnya seperti jadual disebelah:

Senarai pigefetta Bahasa inggeris ( terjemahan Ejaan bahasa melayu


daripada bahasa itali dalam sekarang
senarai asal)
1. Allah God Allah
2. horan pandita Wise man Orang pendeta
3. bapa Father Bapa
4. mama, ambui Mother Mama,ibu
5. saudala Brother Saudara
6. horan Man Orang
7. cuda Horse Kuda
8. gulla Honey(?) Gula
9. roza Deer Rusa

Senarai diatas sebenarnya berbeza sama sekali dengan apa yang disiarkan dan
dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti H. Schuchardt (1890), Le Roux (1929), J.
Gonda (1938) dan Kern (1938). Kerana menurut Bausani (1960:230)’’.........nobody
among the above-named scholars took the pain of controlling the text of Pigafetta’s
Malay list on the original manuscript of the ambrosiana library. They followed the
editions of Robertson, Da Mosta, Denuce and others, who as we saw often misread the
original’’.

Menurut ejaan ini lagi perkataan Melayu mengandungi abjad-abjad yang boleh
dipadankan dengan abjad bahasa Melayu moden melalui grafem-grafem dan nilai
bunyinya. Ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Abjad bahasa Melayu Abjad/ejaan Ejaan bahasa Melayu


Bunyi moden pigafetta moden 8
/a/ A Alla Allah
/e/ E Hezoch Kecil
/i/ I gigi,itich gigi,itik
Terdapat 4 catatan awal Pigafetta yang mengandungi senarai kosa kata Melayu.
4 naskhah catatan awal itu masing-masing ialah satu naskhah Itali dan tiga naskhah
Perancis yang diterjemahkan dalam bahasa Itali. Menurut Bausani abjad vokal <e>
pepet yang terdapat dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia moden
kebanyakannya dieja dengan menggunakan abjad senarai Pigafetta kecuali dalam
beberapa patah perkataan contohnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad <u>.
Manakala menurut beliau lagi bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak
digunakan, misalnya tungu ( tunjuk ), dan tumi (tumit ). Selain daripada itu penggunaan
bunyi fonem /l/ dengan fonem /r/ adalah pengaruh daripada bahasa tagalog atau bahasa
tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari), dan kauir (kail) (Hashim
Musa,1997:394).

Bausani juga mengagumi akan ketepatan ejaan Pigafetta dan bersetuju dengan
pendapat Le Roux (1929) yang menyatakan bahawa Pigefetta telah mempelajari bahasa
Melayu dengan Hendrick, iaitu merupakan hamba kepada Magellan yang turut serta
dalam pelayarannya dan mengikut Bausani juga berkemungkinan Pigefetta telah
menyemak perkataan bahasa Melayu dengan Hendrick.

EJAAN RUMI CRAWFORD

John Crawford telah membuat percubaan untuk merumikan tulisan jawi pada
tahun 1848. Menurut Crawford (1852:32) dalam bukunya A Grammar and Dictionary of
Malay Language with Preliminary Dissertation, Vol.1: Dissertation and Grammar
bahawa, skrip Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan huruf bahasa Melayu
dengan sempurna . Judul ini terdiri daripada empat buku iaitu buku pertama, iaitu jilid 1
pula terdiri daripada dua buku, dan jilid 2 juga terdiri daripada dua buku. Jilid 1 buku
pertama mengungkapkan sejarah bahasa Melayu. Diperlihatkan juga perbandingan
perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Beliau juga mengatakan bahawa, skrip
rumi dapat melambangkan dengan mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu. Dalam
proses merumikan ejaan bahasa Melayu, John Crawford telah mengambil abjad Jawa
sebagai panduannya. Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa bunyi yang dihasilkan
menyamai bunyi bahasa Melayu huruf demi huruf.

9
Ejaan Crawford Ejaan Melayu Moden
b – bangkit bangkit
ch - puchuk pucuk
w - luwar luar
n _ balana, buni balanya, bunyi

Selain itu, terdapat perbezaan pada ejaan diftong ‘ai’ yang menggunakan huruf ‘e’.
Ejaan Crawford Ejaan Melayu Moden ‫ش‬
Pake pakai ś
Pande pandai ‫س‬
s
‫ذ‬
Crawford telah merumikan abjad-abjad yang melambangkan konsonan Arab yang z
dipinjam oleh bahasa Melayu.

Huruf Jawi Huruf Rumi Crawford


‫ق‬ f
‫ح‬ h
m

EJAAN RUMI HOUTMAN

Awang Mohammad Amin (1983) telah memperjelas sejarah Ejaan Rumi


Houtman secara terperinci. Menurutnya, Ejaan Rumi Houtman merupakan salah satu
skrip Rumi dalam perkataan Melayu yang dihasilkan dalam abad ke-16 yakni diilhamkan
oleh seorang pelayar Belanda bernama Cornelis de Houtman sewaktu beliau sampai ke
Kepulauan Melayu pada tahun 1596. Beliau dikatakan telah melakukan penyenaraian
terperinci mengenai perkataan Melayu semasa menjadi tahanan di Penjara Bantam,
setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pengeran Muhammad. Beliau diarah supaya
dipenjarakan kerana dikatakan berkonflik dengan Baginda atas soal salah faham dan
kekasaran orang-orang Belanda. Namun, Houtman telah ditebus oleh pihak Belanda
dan dibawa kembali ke Belanda pada tahun 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan
dan menyiarkan senarai kutipan perkataan yang dilakukan oleh C.Houtman. Senarai

10
C.Houtman tersebut yang dinamakan oleh A.W. Hamilton (1947) sebagai “ The first
Dutch-Malay Vocabulary” dinyatakan seperti berikut:

SENARAI HOUTMAN MAKSUD DALAM BAHASA EJAAN MELAYU


INGGERIS MODEN
Bewangdarner To let blood Buang darah
Terymacache Thank you Terima kasih
Botonuum Found Bertemu
Balmary Yesterday Kelmarin
Tyngal Remain with God Tinggal
Engat Remember Ingat
Backy Leg Kaki
Benue To Kill Bunuh
Tsuyka Vinegar Cuka
Chynta Sad (?) Cinta
Kytab Book Kitab
Esteedat Custom Istiadat
Aly The heart Hati
Bygimana How are youm Bagaimana
Capelle Head Kepala
Tauwn Year Tahun
Lambhyber Lip Bibir
Tambagle Copper Tembaga
Dyngijn Cold Dingin
Toulong To help Tolong
Monda Young Muda
Kiunal Small Kecil
Buda Child Budak
Negry Land Negeri
Tyma Lead Timah

Sistem Ejaan Rumi menerusi senarai C. Houtman bagi bahasa Melayu pada
hakikatnya tidak memperlihatkan kestabilan jika dibandingkan dengan yang ada dalam
senarai Pigafetta. Banyak bunyi bahasa Melayu telah dilambangkan oleh lebih daripada
satu bentuk abjad atau grafem yang berbeza yang berbeza-beza. Bahkan sepuluh jenis
bunyi yang telah dilambangkan oleh tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih.
Antaranya termasuklah dua bunyi yang mempunyai lima lambang abjad iaitu bagi bunyi
e pepet, abjad yang digunakan ialah a, e, I, o, y dan bunyi /ĉ/ abjad atau grafem yang
digunakan ch, ts, tc, s, sy. Dua bunyi yang lain dilambangkan oleh enam abjad atau
grafem. Bunyi tersebut ialah bunyi /ĵ/ dilambangkan oleh abjad atau grafem I, tg, y, s, g, i

11
dan bunyi /k/ dilambangkan oleh abjad atau grafem b, ǿ, c, k, q, I. Hanya tiga bunyi
sahaja yang mempunyai padanan abjad yang sama, iaitu bagi bunyi e talling
dilambangkan oleh abjad e (perak = peca), bunyi /d/ dilambangkan oleh abjad d (darah
= darna), dan bunyi /I/ dilambangkan oleh abjad I (telur = teloot)

Ada tiga bunyi yang mempunyai padanan abjad yang berlainan sama sekali iaitu
bunyi /f/ padanannya ialah abjad f = v (Feringgi = vrangy), bunyi /d/ padanan grafem
ialah dh = dd (kadhi = cadda), dan bunyi /w/ padanan abjadnya ialah w = v (nyawa =
iagava). Bunyi diftong bahasa Melayu pula dilambangkan oleh satu abjad sahaja iaitu
diftong /a/ dilambangkan oleh abjad vokal o (pondara = saudara) dan diftong /a/
dilambangkan oleh abjad vokal I (bygimanan = bagaimana). Satu bunyi, iaitu bunyi
geseran glottis /h/ yang lemah sifat artikulasinya dan mungkin tidak kedengaran oleh
Houtman ketika mendengar sebutan kata-kata Melayu itu, tidak dilambangkan oleh
sebarang abjad pada mana-mana posisi pun contohnya (taǿuwn = tahun), benuǿ =
bunuh, ariju = hati.

EJAAN RUMI THOMAS BOWREY

Ejaan Rumi Thomas Bowrey diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan
hasilnya dijilidkan menerusi Kamus pertama Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu yang
diterbitkan di London. Berikut disusunkan senarai beberapa perkataan dan ungkapan
Melayu dalam tulisan Rumi yang dicatat oleh Bowrey dalam kamusnya.

SENARAI BOWREY BAHASA INGGERIS EJAAN SEKARANG


Kitta poonea My Kita punya
Tuan poonea Thy, yours Tuan punya
Dea poonea His Dia punya
Camee poonea Ours Kami punya
Camoo poonea Yours Kamu punya
Deaoran poonea Theirs Dia orang punya
Pecataawan - Perkataan
Janjeawn - Janjian
Jamooawn - Jamuan
Kookoorawn - Kukuran

12
Kirrimawn - Kiriman
Perboorooawn - Perburuan
Kajadeawn - Kejadian
Todohan Accusation Tuduhan
Jamat Advice Jamat (?), jimat (?)
Gocho Slap Gocoh
Penoojoo Please Penuju (?), setuju (?)
Chabang rampak Main branch Cabang rampak
Warna salang Changeable colour Warna selang
Karoot Rumple Kerut
Toolah Punishment Tulah
Singah To call at Singgah
Googoor Fall of hair Gugur
Dukun Native doctor Dukun

Selain senarai dan ungkapan, Bowrey turut menurunkan ayat-ayat perbualan


sehari-hari dan juga dialog-dialog mengenai pelbagai tajuk. Antaranya termasuklah
dialog antara dua sahabat, dialog dengan raja, dialog dengan shahbandar, dialog
dengan penyukat rempah, dialog antara pedagang dengan rakan sekongsinya, dialog
tentang pelbagai pelayaran, dialog tentang pelayaran dan sebagainya. Sebahagian
potongan daripada teks tersebut diperturunkan seperti berikut menerusi olahan R.Mee
(1929):
TOOTOORAWN EANG CA SO POOLOO
TOOTOORAWN ANTARA ORAN MALAYO ORAN NEGREE LAEN.

De negree mana tuan. Kita oran Melayu, catawee de Darat besarr eang adda ka
sabla Salatan Siam ca oojong tanjong etoo sabla Salatan eang namaee Tanjong Johor,
daen enee la de sebootcan negree Malayo, lagee menampang ca Pooloo banyak etoo
eang adda de bava angina.
Sooda tuan menjalanee ca Passack negree Malayo, lagee menampang ca
Pooloo banyak etoo eang adda de bava angina.
Ea tuan, kitta soda menjalanee daen Menampang ca negree negree itu banyak
tawon.
TERJEMAHANNYA:
TUTURAN YANG KESEPULUH
TUTURAN ANTARA ORANG MELAYU DAN ORANG BARANG NEGERI LAIN.
Dari negeri mana tuan?

13
Kita orang Melayu, ketahui di darat besar yang ada ke sebelah selatan Siam sampai ke
hujung tanjung di sebelah selatan yang dinamai Tanjung Johor, dan inilah yang
disebutkan negeri Melayu.
Sudah tua menjalani ke pasak negeri Melayu, lagi menambahkan ke pulau-pulau
banyak itu yang ada di bawah angin?
Ya tuan, kita sudah menjalani dan menampang ke negeri-negeri itu banyak
tahun.

Dengan mengamati senarai perkataan dan juga dialog atau percakapan yang
dinyatakan oleh Thomas Bowrey, maka satu padanan abjad antara ejaan Rumi bahasa
Melayu moden dengan ejaan Rumi Bowrey bagi bahasa Melayu dapat dibuat seperti
yang berikut:

ABJAD BAHASA ABJAD CONTOH EJAAN EJAAN BAHASA


Melayu BOWREY BOWREY MELAYU MODEN
A A Appa, kitaa Apa, kita
Ae daen Dan
E E Edong,ecor hidung, ekor
I killing Keeling
I I Kitta, singgah kita, singgah
E ecan, eto, jeka ikan, itu, jika
Ee lagee, negree lagi, negeri
Au Oo pooloo Pulau
B B bandar, choba bandar, cuba

Sistem ejaan Rumi Thomas Bowrey sememangnya memperlihatkan cirri-ciri


keantikannya, terutama sekali penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg,
dd, ll, rr, ss dan tt dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, kesemuanya seolah-olah
menonjolkan kepanjangan konsonan ataupun tasydid dan juga kepanjangan vokal untuk
lambang vokal itu.

Kehilangan lambang vokal e pepet tidak begitu ketara dalam Ejaan Rumi
Thomas Bowrey ini, kerana hal tersebut hanya berlaku pada segelintir kata sahaja.
Misalnya kata brat, praw, sabla dan frangee. Pada kata yang lain, e pepet dikekalkan.
Misalnya besarr, segalla, sedekit, negree, dan lain-lain.

14
Misalnya:

e ----- a tampat (tempat), sacaran (sekarang), salatan (selatan)


e ----- u dungan (dengan), buggetoo (begitu),
e ----- oo booloon (belum), persoombaawn (persembahan).
e ----- ke Quedah (Kedah).

Lambang bunyi yang mempunyai banyak kepelbagaiannya; iaitu empat varian


dan lebih ialah e pepet (enam varian) ai, (empat varian) dan k (empat varian). Lambang-
lambang yang mempunyai tiga varian adalah u, h, ng, ny, dan r.

SISTEM EJAAN VAN OPHUIJSEN

Pada tahun 1901 telah diadakan pembakuan ejaan bahasa Indonesia yang
pertama kali oleh Prof. Charles van Ophuijsen dibantu oleh Engku Nawawi gelar Sutan
Makmur dan Mohd. Taib Sultan Ibrahim. Hasil pembakuan mereka yang dikenal dengan
Ejaan Van Ophuijsen ditulis dalam buku yang berjudul Kitab Logat Melajoe (1929,
Cetakan ke-8 ) yang berasaskan sistem ejaan bahasa belanda. Dalam kitab ini telah
menetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonon.

Daripada keseluruhan lambang ini, terdapat sembilan huruf yang berbeza iaitu 2
vokal e’(e), oe(u) dan tujuh konsonon lain antaranya adalah ch (kh), dj (j),j (y), (k,?) dan
tj (c) Dalam kitab itu juga dimuat sistem ejaan Latin untuk bahasa Melayu di Indonesia.
Van Ophuijsen adalah seorang ahli bahasa berkebangsaan Belanda. Ia pernah jadi
instaktor sekolah di maktab perguruan Bukit tinggi, Sumatera Barat. Kemudian menjadi
profesor bahasa Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Setelah menerbitkan Kitab Logat
Melajoe, Van Ophuijsen kemudian menerbitkan Maleische Spraakkunst (1910). Buku ini
kemudian diterjemahkan oleh T.W. Kamil dengan judul Tata Bahasa Melayu dan menjadi
panduan penutur bahasa Melayu di Indonesia.

Selain daripada padanan abjad atau huruf, Ophuijsen juga telah menubuhkan
kaedah-kaedah ejaan seperti imbuhan, bentuk klitik dan partikel yang digandingkan
dengan kata dasar. Seperti rumahku, dan lihatlah tetapi untuk perkataan ke, di dan se
akan dipisahkan jika mendahului kata nama khas yang berhuruf besar dipangkalnya.

15
Manakala bentuk ejaan ka dan sa akan dieja dengan ke dan se. Dalam mengeja
perkataan kata majmuk atau senyawa, jika perkataan tersebut sudah lazim dieja
bercantum, maka ia terus dieja sedemikian dan terdapat juga perkataan yang jamak
tidak menggunakan tanda sempang. Ini bermakna kata tersebut sudah mantap misalnya
matahari, adakala, manakala, dan barangkali. Tanda angka dua sebagai pengganda
boleh diletakkan pada hujung perkataan yang mengalami pergandaan penuh atau dieja
dua kali seluruhnya. Namunpun begitu, jika berlaku pergandaan terhadap sesetengah
perkataan seperti pergandaan separa, maka bahagian yang digandakan mesti dieja dua
kali dan tidak boleh menggunakan angka dua.

SISTEM EJAAN WILKINSON

Ejaan Wilkinson (1901-1904) adalah ejaan yang digunakan dalam pendidikan


sekolah Melayu di seluruh Malaya pada ketika itu. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang
digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam
dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri
yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson
adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun
1903. Wilkinson mengambil pendekatan terjemahan daripada Jawi kepada Rumi
sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua
sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu. Sistem yang pertama ialah perumian
secara ‘harapiah’ menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian
secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan secara ‘harapiah’ ialah
pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya
dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima.

Kebaikan kaedah ‘harapiah’ adalah kerana ia dapat menjurus kepada


keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis
manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk
disamakan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Kelemahan sistem ini adalah wujudnya
kelemahan fonetik dengan suatu tempat dalam bahasa Melayu terdapat dialek.
Mengikut kaedah fonetik semua perkataan Inggeris yang diserapkan ke dalam bahasa
Melayu akan dieja mengikut sebutan Melayu. Selain daripada itu, perkataan arab juga
mengalami perubahan apabila digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh
perkataan arab yang belum diserap sepenuhnya, proses untuk transliterasi dicadangkan

16
untuk tidak membezakan antara huruf yang hampir serupa seperti perkataan yang
membawa hampir sama bunyinya. Seperti “tho” dan ” ta”, “sin” dan “sod” dan “kaf” dan
“qof” (Hashim Musa,1997:429).

Menurut Hashim Musa (1997:429) perkataan bahasa melayu sebenarnya


menunjukan makna atau pembentukan katanya yang lebih jelas dan terang seperti
perkataan kemudian (bukannya kemedian),demikian (bukannya demekian) dan arakian
(bukanya arekian). Perkataan kata dasar yang mempunyai imbuhan adalah sama
maksudnya dengan kata dasarnya walaupun ada perbezan bunyi. Misalnya menyabelah
dari perkataan sa-belah dan bukanya menyebelah seperti ejaan yang kita gunakan
sekarang.

Menurutnya lagi, terdapat cara pemilihan antara vokal o dengan vokal u dalam
perkataan yang hampir sama dari segi sebutannya contohnya vokal o digunakan jika
pada suku kata akhir yang berpola ong, oh dan ok misalnya kepong, buloh, dan merbok.
Tetapi jika terdapat keserasian vokal o-o dalam sesuatu perkataan, maka vokal o
digunakan walaupun pada suku kata akhir berpola tersebut seperti pohon, bobos, kotor
dan bogot. Manakala pemilihan vokal u adalah untuk suku kata akhir berpola um, un,
ut, ul, us dan ur mialnya bagi perkataan minum, tahun, turut, betul, hangus dan labur.
Bagi perkataan yang berbunyi antara vokal e dan i pada suku kata yang berakhir
dengan bunyi h dan k, digalakkan supaya penggunaan vokal e, misalnya kata aleh dan
chantek. Pada kedudukan yang lain, vokal i dipilih misalnya untuk perkataan kepit,
keping, kerdil dan mancit (Hashim Musa,1997:430).

Dalam sistem ejaan ini, berlaku keselarasan vokal pada praakhir dan akhir kata
bersuku dua tertutup. Contoh keselarasan vokal adalah a-e (taling) bagi perkataan aleh,
ě(pepet) – e(taling) bagi perkataan lěbeh dan u-e (taling) bagi perkataan usek
(Ensiklopedia Malaysia,1999:708). R.O. Winstedt (1914:43) dalam bukunya telah
menyatakan kekagumannya terhadap jawatankuasa ejaan rumi pimpinan wilkinson
dalam bukunya yang bertajuk malay grammar pada halaman 43 hingga 50. buku ini
mengandungi ulasa tentang usaha-usaha terdahulu untuk merumikan bahasa melayu
seperti wilkinson, marsden dan lain-lain. Dalam ulasannya itu, beliau berpendapat
sistem ejaan wilkinson dalam penggunaan sempang hendaklah dikurangkan sebanyak
mungkin. Namun sempang digunakan untul memisahkan kata depan dan partikel

17
daripada kata dasar misalnya sa-kali pun, ka-rumah dan di-dalam-nya (Hashim
Musa,1997:431).

Pada tahun 1895, M, R.J. Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut


Harun Aminurrashid (1996) berpendapat bahawa kamus ini sangat berguna dan sangat
mendalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun
kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 M. Wilkinson bertugas
sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak,
Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan.
Sejak daripada itu terkenallah Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam
kamusnya tersebut. Kamus ini dapat dianggap unik kerana abjadnya mengikut abjad
Jawi. Oleh yang demikian, di bawah kata masukkan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini
berlaku kerana ‘alif’ mewakili semua vokal. Setelah kata masukan ‘alif’, ia diikuti oleh
‘ba’, ‘ta’ dan seterusnya sampai ‘ya’.

Selain daripada itu, koma atas seperti (’) dan (‘) masing-masing melambangkan
hamzah dan ain. Tanda ini digunakan sama ada pada awal kata, akhir suku kata atau
pada akhir kata, contohnya, pada awal kata, ’alam, ’amal, dan ’alim. Manakala pada
akhir suku kata, seperti ra’yat, ta’at, sa’at, dan pada akhir kata, seperti dato’, dan enche’
(Ensiklopedia Malaysia,1999:708).

SISTEM EJAAN KONGRES (1956)

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Singapura dan
Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956.Dalam sidang tersebut,
Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu telah menghasilkan kertas kerja yang
bertajuk ‘Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi’. Kertas kerja tersebut ditulis oleh
Asraf yang merupakan salah seorang ahli bahasa yang menganggotai Angkatan
Sasterawan 50 (ASAS 50).

Tujuan diadakan kertas kerja tersebut adalah kerana, pada waktu itu, terdapat
berbagai-bagai ejaan yang membuatkan kekeliruan pengguna bahasa terhadap ejaan
sekolah. Oleh sebab itu, kertas kerja Asraf mencadangkan perkara berikut:

18
1) Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan
dalam pelaksanaan.
2) Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus
dipermudah-mudahkan.
3) Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan dasar
untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang sebenarnya
satu dan sama sahaja.

Berdasarkan kertas kerja tersebut, jelas menunjukkan bahawa sistem ejaan ini
bermatlamat untuk menyatukan sistem ejaan rumi yang digunakan di Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu dan
Indonesia berbeza disebabkan oleh penjajah kedua-dua negara ini berbeza. Sistem
ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di
Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. Kelainan- kelainan yang wujud ini telah
mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk menyamakan
dan menyatukan sistem ejaan.

Melalui sidang kongres tersebut, mereka telah membuat 16 ketetapan tentang


ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa, dan satu ketetapan tentang
tulisan jawi. Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem
fonologi atau fonemik iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf
sahaja.
Ejaan Za’ba Ejaan Kongres
sy ŝ
ch c
ng ŋ
ny ñ
ĕ e
e é

Huruf vokal diberi nama yang sama dengan nilai bunyi fonemnya. Vokal dalam
sistem ini terdiri daripada vokal a, e, é, i, o, dan u. Dari segi vokal, Kongres telah
menetapkan penggunaan vokal ‘i’ atau vokal ‘u’ dalam suku kata akhir tertutup tanpa
sebarang kekecualian.

19
Ejaan Za’ba Ejaan Kongres
balek balik
jatoh jatuh
datok datuk
burong burung
bubor bubur

Huruf konsonan pula, hanya dapat dibuat setelah mendapat bantuan daripada
vokal rumi asli dalam sistem ejaan ini yang berjumlah 17. Konsonan yang dimasudkan
ialah [b], [c], [d], [f], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [ñ], [p], [q], [r], [s], [t], dan [w]. Sementara
konsonan [g], [v], [x], dan [z] digolongkan ke dalam huruf pinjaman kerana konsonan
tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman.

Ejaan Kongres juga menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan


sebutannya yang asal atau yang lebih menghampiri ejaan Indonesia.

Ejaan Za’ba Ejaan Kongres


ayer air
kerana karena
sadikit sedikit
pesaka pusaka
wang uang
erti arti
ugama agama
kesah kisah
ka ke
sa se

Melalui sidang kongres tersebut juga, tanda sempang dihapuskan


penggunaannya kecuali pada tiga tempat sahaja iaitu pada kata gandaan, kata majmuk
dan digunakan untuk memisahkan bahagian yang tidak dapat ditulis sepenuhnya kerana
kehabisan halaman.Imbuhan di-, ke-, ter-, -kan, -an, serta partikel –lah, -tah, -kah, dan –
nya, dicantumkan dengan kata dasar tanpa penggunaan sempang.

20
Ejaan Za’ba Ejaan Kongres
bila-kah bilakah
apa-lah apalah

Namun, ejaan Kongres ini tidak dapat dilaksanakan secara meluas. Sebaliknya
ejaan za’ba terus digunakan dalam sistem pendidikan Malaya. Hal ini kerana masalah
kerumitan untuk melambangkan beberapa huruf atau grafem yang tidak terdapat dalam
mesin taip atau alat cetak.

Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli
bahasa berdasarkan rumusan- rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ketiga. Usaha- usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah
Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang
telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya
dengan ejaan bahasa Indonesia.

EJAAN RUMI ZA’BA

Sistem Ejaan Rumi Za’ba muncul apabila Pendita Za’ba telah membuat
perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan
sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi
Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang
beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan
penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi.
Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya
pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa
sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa
dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Menurut Sistem
Ejaan Rumi Za’ba dalam penggunaan ejaan rumi pada ketika itu kerap kali telah
menimbulkan kekeliruan dan keraguan sama ada kerana kesalahan ataupun kerana
tidak sekata dalam mengikuti peraturan tersebut. Pendita Za’ba telah menggariskan
sebanyak lapan “tempat” yang seringkali mencetuskan persoalan, iaitu :

21
i. Pada segenlintir suku kata tertutup, iaitu sama ada menggunakan vokal i
atau vokal e, dan vokal u atau vokal o;
ii. Pada bunyi diftong (Za’ba: bunyi berkait) sama ada menggunakan ai atau
ai atau ae, dan ui atau ui atau ue;
iii. Pada perkataan dialek yang berbeza sebutannya menyebabkan berbeza
ejaannya;
iv. Pada ejaan yang menggunakan dua abjad g tetapi kerap menggunakan
satu g sahaja;
v. Pada kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut
sebutan asal atau sebutan Melayu;
vi. Pada ejaan awalan se dan ke, sama ada hendak dieja seperti demikian
atau sa dan ka;
vii. Pada penggunaan sempang, iaitu tidak tetap sama ada patut
menggunakan sempang, atau perlu disambung tanpa menggunakan
sempang;
viii. Pada penggunaan huruf besar, juga tidak tetap.

Untuk mengatasi kelapan-lapan masalah tersebut Za’ba telah menyusun kaedah


ejaan Rumi Bahasa Melayu, yang sebahagian besarnya berdasarkan Ejaan Wilkinson.
Za’ba telah membahagikan abjad-abjad bahasa Melayu kepada dua kumpulan iaitu:

i. Huruf saksi yang merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjadi
iaitu a, e, e, i, o, dan u, dan;
ii. Huruf benar, iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 abjad.

Za’ba tidak menyenaraikan abjad-abjad itu, hanya beliau menonjolkan abjad-


abjad konsonan yang tidak berpadanan satu lawan dengan abjad Jawi. Pada hakikatnya
hal tersebut sama seperti yang dilakukan menerusi Sistem Ejaan Wilkinson. Oleh itu
bolehlah dianggap bahawa senarai abjad konsonan Za’ba menyamai senarai konsonan
Ejaan Wilkinson. Untuk mengatasi lapan masalah yang disebutkan di atas, Za’ba telah
mengemukakan 40 peraturan. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam
suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara
beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah seperti yang berikut:

22
i. Jika h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka
vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh,
leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika
terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.
ii. Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan
konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya
nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam
suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan
bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan
sebagainya.
iii. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi
sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda ‘
dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya:
wa’sala’m, ahlu’n-nujum, ‘amiru’I-minim, dan sebagainya.
iv. Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika
digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny,
r, w,dan y.
v. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama
dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja)
berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang,
berebut dan sebagainya.
vi. Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet,
dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya:
langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan
sebagainya.
vii. Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah
diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan
Melayu. Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan
sebagainya.
viii. Jika kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan me-
mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang
berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat,
melawat, pemalas, penaung, penyanyi dan sebagainya.

23
ix. Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k,
maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-.
Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut,
penggali, penghubung, pengait dan (me) mengaku, mengamok,
mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k
dalam kata dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam kata
pinjaman Arab yang mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan,
dan juga dalam perkataan mengkemudiankan.
x. Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan
sempang, dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika
berganding dengan nama khas. Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, di-
bawa, dan sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan
sianu dan siapa yang tidak memakai sempang.
xi. Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama
pada awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah,
kemudian daripada tanda Tanya jika bukan percakapan pengarang,
kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan
pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap
baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf
pertama dalam perkataan teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam
kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama tempat,
nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat
khabar, tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-
bidangnya, nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara
atau benda yang diserukan.

Sistem Ejaan Za’ba ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan
intitusi pendidikan di Malaya sehingga ke tahun lima puluhan, walaupun sewaktu
pendudukan Jepun, adanya Ejaan Fajar Asia. Di Indonesia, terdapat sistem Ejaan
Soewandi yang juga terkenal dengan nama Ejaan Republik yang mula digunakan pada
tahun 1947 (S.T. Alisjahbana, 1964:32), yang menukarkan Ejaan Van ophuijsen antara
lain vocal oe kepada u, menghilangkan tanda gores di atas e talling sehingga tidak
membezakannya dengan e pepet dan menghilangkan dua titik di atas vocal yang

24
berderet untuk membezakannya daripada diftong, tetapi bentuk-bentuk ch, tj, dj, sj, nj
dan j masih dikekalkan.

Perbezaan ini telah menimbulkan beberapa keraguan dalam kalangan


masyarakat, terutamanya golongan penuntut universiti. Kesan daripada kelemahan
sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah
mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi
dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah
aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres
(1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB).

Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan


Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan
baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam
terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu “praktis, ekonomi
dan ilmiah” maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang
sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos
1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia
ketika itu dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara
rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah
negara. Sistem ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.

Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa
dan Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan
Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (Ensiklopedia
Malaysia,1999:706). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang
yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu
merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat
supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah
masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat
diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa

25
Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standartitasiyang tinggi berbanding
sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap
dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat


dalam sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan.
Dalam sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l,
m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-
penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka anataranya Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah
Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan 1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia
(1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996), Pedoman
Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu
(1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga
1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata Bahasa Melayu,
Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001).

SISTEM EJAAN RUMI 1878

Pengenalan kepada Ejaan Rumi 1878 merupakan hasil inisiatif yang dicetus
menerusi jawatankuasayang ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah
kerajaan British. Hal ini lanjutan daripada satu pekeliling ajaran Lord Carnavon yang
mengesyorkan pembentukan satu sistem ejaan Rumi yang baku untuk mengeja nama-
nama orang dan kawasan tempatan di negeri-negeri ini. Jawatankuasa ini telah
memperkenalkan sistem perumian berdasarkan tiga kumpulan bunyi, iaitu vokal, diftong
dan konsonan, seperti yang berikut:

1) Vokal

Ada enam lambang vokal. Lima daripadanya mempunyai bentuk pendek dan
panjang. Bentuk pendek ditandai dengan lambang diakritik di atasnya, manakala bentuk

26
panjang tiada sebarang tanda. Berikut disenaraikan beberapa senarai abjad vokal dan
contoh bunyinya dalam bahasa Inggeris, serta contoh ejaan perkataan Melayunya:

VOKAL BUNYI DALAM BAHASA CONTOH DALAM


INGGERIS BAHASA MELAYU
A Diploma makan
E Ten sendok
O Provokasi tongkat
U Full tunjuk

2) Diftong

Ada dua bunyi diftong, iaitu huruf au dan ei, yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Misalnya:

au ---- bakau, kerbau


ei ----- sungei, bagei

3) Konsonan

Jawatankuasa ini turut membezakan bunyi konsonan yang digunakan dalam


bahasa Melayu sepenuhnya dengan konsonan yang terdapat dalam perkataan pinjaman
Arab sepenuhnya. Hal tersebut dapat dilihat seperti yang berikut:

KONSONAN MELAYU SEBUTAN DALAM NAMA MELAYU


BAHASA INGGERIS
B - ba
G Seperti dalam ‘gain’ ga
Ng seperti dalam ‘ singing’ Nga
T lembut, hujung lidah di Ta
gigi
Th seperti dalam ‘thick’ Tha
‘ Jika di tengah kata hamza
menandakan pemisah

27
suku kata seperti sa’
orang, jika di hujung kata
sama dengan k

KONSONAN ARAB BUNYI NAMA MELAYU


D Keras Da
S Keras seperti ss sod
T Keras, di langit mulut Ta

Namun begitu, pengenalan jawatankuasa ini telah menerima kecaman daripada


Maxwell dan juga Shellabear (1899). Shellabear mengkritik penggunaan lambang e
untuk mewakili bunyi vokal seperti dalam Perumian Jawatankuasa 1878 di atas. Beliau
telah mengesyorkan supaya vokal pendek itu tidak dilambangkan oleh sebarang ejaan
kerana mungkin menimbulkan kesalahan dari segi ejaannya.

SISTEM EJAAN MALINDO

Masalah ejaan dahulunya merupakan masalah kebangsaan, sudah menjadi


masalah antarabangsa dengan adanya rundingan pihak Malaysia (yang dahulunya
malaya) dengan Indonesia. Selama dua tahun menjalankan kajian dan rundingan
akhirnya pada tahun 1959, termaktublah perjanjian persahabatan diantara Persekutuan
Tanah Melayu dan republik Indonesia. Satu perjumpaan diantara Jawatankuasa Ejaan
Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail pengan
panitia pelaksanaan dan penyelidikan bahasa Indonesia iaitu Dr. Slametmuljana pada
tahun yang sama telah menghasilkan satu ejaan baru yang dikenali sebagai Ejaan
Malindo. Menurut Asmah Haji Omar (154:1993) Ejaan Malindo ini tidak pernah
diumumkan. Oleh itu kita tidak tahu bentuk dan sistem ejaannya.

Walaubagaimanapun Ejaan Malindo yang dihasilkan ini terbantut usahanya


disebabkan tercetusnya konfrontasi. Setelah itu ia disambung semula setelah terhenti
kira-kira hampir 7 tahun iaitu pada 1966 dan hasil rundingan ini menimbulkan

28
kesefahaman diantara kedua-dua pihak terutamanya pihak indonesia. Dalam rundingan
ini beberapa perkara dititik beratkan antaranya adalah tentang soal bahasa dalam
jangka masa panjang, pertukaraan antara bahan-bahan yang berkenaan dengan
bahasa dan sastera, dan soal pemakaian istilah-istilah. Kolonel wahju sukatjo iaitu
seorang pemimpin bahasa indonesia telah berkunjung ke dewan bahasa dan pustaka
bersama dengan delegasi kebudayaan pada bulan September 1966.

Dalam rombongan tersebut beberapa isu telah dibangkitkan, antaranya yang


menjadi perhatian adalah berkaitan dengan pengesyoran perlaksanaan Ejaan Malindo
(1959) kepada kedua-dua kerajaan. Begitu juga dengan penyelarasan istilah diantara
bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia. Oleh itu, satu kertas kerja telah
dibentangkan bagi perlaksaan sistem ejaan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa
perubahan dan pembaharuan dalam Sistem Ejaan Malindo ini kerana sistem ejaan ini
belum lagi dilaksanakan dikedua-dua buah negara. Oleh itu, kata sepakat telah dicapai
dan dipersetujui oleh kedua-dua negara dan ejaan yang telah dipersetujui itu mula
dikenali sebagai Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia yang ikenali secara umum sebagai
Ejaan Baharu.

Sistem Ejaan Rumi Baharu (ERB).

Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan


Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan
baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam
terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu “praktis, ekonomi
dan ilmiah” maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang
sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada tahun
1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara menteri pelajaran Malaysia
ketika itu dengan menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia. Oleh itu secara
rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah
negara. Sistem ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang
yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu
merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat
supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu

29
serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah
masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat
diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standart yang tinggi berbanding
sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap
dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

Menurut Ensiklopedia Malaysia (1999:706) dalam sistem ejaan ini, hanya ada
satu huruf e bertanda (ĕ) atau huruf e pepet terdapat dalam sistem ejaan Za’ba
digugurkan contohnya ĕmak menjadi emak, kĕledek menjadi keledek. Walaupun
digugurkan, fungsi huruf e yang melambangkan pepet dan e taling dikekalkan.
Perubahan konsonan juga berlaku dalam sistem ejaan baru ini. Contohnya gabungan 2
perkataan yang di gugurkan salah satunya yang membawa maksud yang sama seperti
ch akan menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba dan chuacha akan menjadi
cuaca. Manakala bagi perkataan lain adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharat
menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharat menjadi syarat.

Manakala perubahan dalam penggunaan (’) dan (‘) yang melambangkan


hamzah dan ain akan digugurkan dan digantikan dengan konsonan k contohnya ma’ana
menjadi makna dan perkataan enche’ menjadi encik. Dalam sistem ini juga konsonan v
dan x diperkenalkan untuk digunkan secara meluas. Sistem ejaan ini menetapkan 18
keselarasan yang utama. Keselarasan disini bererti kesesuaian huruf vokal yang
membentuk dua suku kata pradasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku
praakhir dengan huruf vokal pada suku kata tertutup. Jadual dibawah menunjukkan
perubahan keselarasan vokal sistem Za’ba:

a-e taling Menjadi a–i Aleh menjadi alih


a-o Menjadi a–u batok menjadi batuk
a pepet-e taling Menjadi e–i Lebeh menjadi lebih

EJAAN RUMI FAJAR ASIA

30
Sistem ejaan rumi Fajar Asia digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan
di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit
pada awal tahun 1940-an, iaitu semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

Ejaan ini mempunyai persamaan dengan sistem Ejaan Soewandi yang digunakan di
Indonesia. Hal ini berlaku kerana dasar pemerintahan Jepun pada waktu itu hendak
menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Huruf yang
digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia hamper sama dengan huruf yang digunakan
dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Rumi Za’ba.

Asmah Haji Omar (1993) mengatakan bahawa, huruf Vokal dalam Sistem Ejaan
Fajar Asia juga menggunakan enam vokal yang terdiri daripada a, ê, e, i, o, dan u. Huruf
konsonannya pula adalah mengikut Sistem Ejaan Za’ba. Ejaan Fajar Asia ini
kemudiannya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) sebagai ejaan rasmi
mereka.

1) Konsonan

b budak r rehat
ch chuacha t tuan
d desa w wang
g getah y yang
h hantu z zat
j jari sh sharat
l lari kh khabar
m muda dh dhuka
n nasi ny nyiru
ng pisang s sebat

2) Vokal

a - anak I - ikan
é - bélok o - otak
e - kelak u - upih

31
3) Diftong

ai - sampai oi - amboi
au - limau

4) Imbuhan

Sistem ejaan ini menetapkan supaya imbuhan (awalan dan akhiran) ditulis
serangkai dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan.

a) Imbuhan awalan b) Imbuhan akhiran


ber- berjalan -lah tidurlah

ter- termakan -kah salahkah

EJAAN BARU BAHASA INDONESIA (1966)

Lukman Ali (2000) menyatakan bahawa pada tanggal 17 April 1959, diadakan
perjanjian persahabatan antara Republik Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Republik Indonesia diwakili oleh Perdana Menteri Ir. H. Djuanda Kartawidjaja, manakala
Persekutuan tanah Melayu diwakili oleh timbalan Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn.
Seterusnya pada tanggal 4 hingga 7 Desember 1959 telah diadakan sidang bersama
antara Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang diketuai
oleh Prof. Dr. Slametmuljana dengan Jawatankuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan
Tanah Melayu yang dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail yang berlangsung di Jakarta.

Sidang bersama tersebut telah menghasilkan Pengumuman Bersama Ejaan


Bahasa Melayu–Indonesia (Malindo). Pengumuman bersama tersebut menyatakan
bahawa kedua-dua pemerintah akan merasmikan Ejaan Malindo selewat-lewatnya pada
bulan Januari 1962. Namun Ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan kerana masalah
Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

32
Namun disebabkan keinginan kedua-dua negara untuk memperbaiki ejaan,
maka Lembaga Bahasa dan Kebangsaan Indonesia telah ditugaskan untuk membina
dan mengembangkan bahasa Indonesia dalam segala aspek. Seterusnya persidangan
bersama antara Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa Melayu–Bahasa Indonesia
dengan Jawatan kuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan Tanah Melayu telah dibuat
selepas berakhirnya kofrontasi dan menghasilkan Sistem Ejaan Baharu Bahasa
Indonesia.

Bahasa Indonesia mempunyai 22 konsonan dan 6 vokal, dan masing-masing


mempunyai variasi bunyi berdasarkan posisinya dalam sebuah kata. Huruf-huruf
konsonan bahasa Indonesia dilambangkan seperti di bawah:

Contoh-contoh konsonan Daftar Abjad Indonesia serta


bunyinya
/b/ bantu a a
/d/ damai b ba
/ f/ film c ca[tja]
/g/ ganti d da
/h/ hari e e
/ j/ jala f ef
/k/ kamar
/ l/ lari
/m/ mana
/n/ nama

33
EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN (1972)

Pada 20 hingga 25 September 1966, satu perundingan telah diadakan di


Jakarta, dan hasilnya kedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Indonesia telah mencapai
persetujuan untuk mengkaji semula ejaan baharu yang telah dibuat oleh jawatankuasa
Malaysia. Hasilnya satu persetujuan telah tercapai mengenai beberapa masalah dasar
yang penting. Kedua-dua Negara bersetuju untuk memperbaiki ejaan masing-masing
bagi mencapai keseragaman atas dasar-dasar yang berikut:

1) Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan kosep ilmiah, terutama


dalam bidang ilmu bahasa yang baik.
2) Kekurangan-kekurangan yang masih terdapat pada ejaan sekarang, dalam
hal mencerminkan kesaggupan bahasa Malaysia dalam bahasa Indonesia.
3) Perlunya usaha kodifikasi dalam pemakaian huruf dan tanda baca, yang
dapat berlaku untuk kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia.
4) Peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia
di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.
5) Pentingnya pengajaran membaca dan menulis.

Abdul Hamid Mahmood (1998) menyatakan bahawa dalam usaha memperbaiki


sistem ejaan itu, Jawatankuasa harus juga mengambil kira perkara-perkara dari segi
teknik, praktis, dan ilmiah. Perkara dari segi teknik adalah menggunakan satu huruf bagi
melambangkan satu fonem. Perkara dari segi praktis pula ejaan yang hendak digunakan
hendaklah boleh digunakan dengan mudah, sesuai dari segi mesi taip da mesin cetak.
Manakala dari segi ilmiah pula menghendaki sistem ejaan itu menunjukkan satu hasil
kajian yang ilmiah yang boleh digunakan dengan baik dalam kemajuan bahasa dan imu.

Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Bahasa


Melayu Malaysia dan pasukan Ahli Bahasa KOTI dari Indonesia telah mengadakan
perundingan di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan
telah mencapai persetujuan mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia
dan Indonesia. Ejaan baharu yang diputuskan itu harus ilmiah, ekoomis, dan praktis,
iaitu sesuai digunakan dikedua-dua Negara Malaysia dan Indonesia.

34
Pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh
Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Hussein Onn, dengan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Republik Indonesi, Bapak Mashuri.Kedua-dua Negara kemudiannya
melaksanakan system ejaan baru yang disempurnakan pada 16 ogos 1972. Lukman Ali
(2000) menyatakan bahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan ini di Indonesia
disahkan secara rasmi oleh Presiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh
17 ogos 1972.

1) Abjad sistem Ejaan yang Disempurnakan

Huruf Bunyi Huruf Bunyi


Aa a Nn en
Bb be Oo o
Cc ce Pp pe
Dd de Qq ki
Ee e Rr er
Ff ef Ss es
Gg ge Tt te
Hh ha Uu u
Ii i Vv fe
Jj je Ww we
Kk ka Xx eks
Ll el Yy ye
Mm em Zz zet

2) Vokal
a asah o orang
e emak u ubat
i ikan

3) Diftong
ai pandai au harimau
Oi amboi

35
4) Konsonan
a) Konsonan yang tidak berubah:
b bahasa n nanti
d dua ng ngilu
g guna p pasang
h hari r rumah
k kami s siap
l lemas t tutup
m maka w wanita

b) Konsonan yang berubah:


Ejaan lama Ejaan baru
dj djalan j jalan
j pajung y payung
nj njonja ny nyonya
tj tjakap c cakap
sj sjarat sy syarat
ch tarich kh tarikh

c) Lain-lain (dirasmikan penggunaannya)


f maaf Huruf-huruf q dan x yang lazim digunakan dalam ilmu-ilmu
v valuta eksakta juga digunakan dalam system ejaan ini.
z zeni

Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi
di Malaysia dan Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan tersebut
dirasakan perlu diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan
tersebut telah dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk
dan dikenali dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis Bahasa Indonesia-
Malaysia dalam persidangannya yang kelima yang diadakan di Johor Bahru pada 2
hingga 4 Disember 1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan
yang lebih lengkap bagi kegunaan kedua-dua negara. Pada 27 Ogos 1975, “Pedoman
Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan telah dirasmikan.

36
EJAAN UNIVERSITI MALAYA

Apabila tamatnya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1966
menghidupkan semula keinginan Indonesia dam Malaysia untuk mewujudkan sistem
ejaan bersama. Pada akhir tahun 1967, satu sistem telah digubal dan disetujui bersama,
tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu, sistem ini terpaksa dipendamkan. Dalam
pada itu, kalangan awam di Malaysia sudah resah menuggu sistem ejaan yang
standard. Institusi-institusi sudah mulai menggubal sistem ejaan masing-masing
berdasarkan system –sistem yang yang sudah ada. Universiti Malaya, misalnya pada
tahun 1970 dengan penuh semangat melancarkan rancangan pelaksanaan Dasar
Bahasa Kebangsaan dalam urusan-urusan rasmi di universiti itu sendiri (kerana bahasa
Inggeris merupakan bahasa rasmi di universiti tersebut sebelum tarikh ini), dalam
pengajaran mata-mata pelajarannya, sungguhpun dalam urusan yang kedua ini, sudah
ada rancangan yang disediakan oleh berbagai-bagai fakulti untuk menghadapi peralihan
daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia.

Untuk melaksanakan dasar itu dengan kesannya, Universiti Malaya memerlukan


satu sistem ejaan untuk digunakan oleh setiap orang di universiti itu dalam bidang
pentadbiran atau juga akademik. Walau bagaimanapun, universiti itu tidak
menyelesaikan masalahnya dengan memilih salah satu sistem ejaan yang lama, iaitu
Ejaan Za’ba, Ejaan Kongres atau sebagainya. Universiti berkenaan hendak
menggunakan Sistem Ejaan Malaysia-Indonesia 1967, jika mungkin. Walau
bagaimanapun, sistem ini pada waktu itu belum dirasmikan, menurut persetujuannya,
oleh kedua-dua Negara berkenaan. Oleh sebab sistem ini tidak dihebahkan untuk
penggunaan umum, system itu hanya dikenal oleh mereka yang menganggotai
jawatankuasa tersebut di kedua-dua belah pihak, Malaysia dan Indonesia. Sistem ejaan
Universiti Malaya, adalah untuk tujuan kepraktisan, tidak menggunakan tanda diakritik
sama sekali. Dengan demikian, sistem-sistem ini mempunyai satu grafem untuk dua
fonem. Sistem-sistem ini mempergunakan keselarasan vokal dalam kata-kata yang
mempunyai fonem-fonem tersebut untuk membezakan pepet daripada taling. Ini
bermakna bahawa hanya penyenaraian grafem untuk vocal tidak dapat menunjukkan
kelainan yang satu daripada yang lain. Hanya daripada konteks kata-kata dalam
tatabahasa dapat kita kenal sama ada suatu lambang itu mewakili pepet atau taling.
Ejaan Universiti Malaya juga mengetepikan kejelasan untuk mencapai kesederhanaan,
yakni dengan menyisihkan tanda-tanda diakritik.

37
EJAAN SOEWANDI (1947)

Ejaan soewandi merupakan sistem ejaan dengan menggunakan huruf rumi untuk
bahasa Indonesia selepas Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini
dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264 / Bhg. A yang ditandatangani oleh
Soewandi, Menteri Pengajian Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mrc
1947. tujuan sistem yang baru ini adalah untuk menyederhanakan sistem ejaan
sebelumnya (Ejaan Ophuijsen). Berdasarkan surat perintah tersebut, sebuah
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk meneliti system Ejaan Ophuijsen dan beberapa
usul telah diperoleh dan diperhatikan khusus. Hasilnya beberapa perubahan dilakukan.

Ejaan Ejaan Keterangan


Lama Baru
a a ha, ah, nah, Ahmad, hawa, naskah
ai ai hai, air, kail, pakai. Pembentukan kata-kata, mulai, sukai,
mengenai, iaitu dengan akhiran i. tidak boleh ditandai dengan
titik dua di atas huruf i. hal ini diterangkan dalam pelajaran ilmu
bahasa (paramasastra).
au au kau, engkau, tembakau, gurau, lampau. Berhubung dengan
pasal 19 au juga akan dipakai untuk menggantikan aoe,
misalnya: kaum, laut, saur, pauh.
b b batu, babu, sebab, nasib, lembab.
d d di, dik, ahad, tekad, abad.
dj dj djuga, hudjan, djandji.
g g gelang, gedung, balig. Aliran untuk menggantikan b-d-g pada
akhir suku kata dengan p-t-k yang tidak beralasan “phonologie”.
Lagi pula hendaklah sama dengan ejaan Latin bagi bahasa
Daerah dan Arab, misalnya rebab, sebab, ahad, akil-balig.
h h ha, ah, tahun, tahan, hotel. Aliran untuk menghapuskan h pada
tahun, tahan dan sebagainya. Dalam praktiknya tak dapat
dijalankan, sebab dalam bahasa gagah h tetap dipakai.
i i ia, ilmu, kail, hasil.
j j ja, saja, jakin, sajang.
k k kami, anak, sukar.
l l lama, hal, lampau.
m m mu, kamu, mandi, kolam.
n n tani, nikmat, nenas, taman.

38
ng ng telinga, lubang, lengang.
nj nj njaman, anaknja, mengenjam
o o olah, bohong.
oe u guru, maut, laut.
p p lupa, asap, pasir.
r r baru, paras, pasar.
tj tj tjertja, tjemburu, tjukur, katjang

Tanda terma yang terdapat pada vokal i yang merupakan akhiran yang
ditambahkan pada kata dasar yang berakhir dengan vokal a dihapuskan dalam system
Ejaan Soewandi. Gabungan antara vokal a dengan vokal i baik yang berupa diftong atau
yang bukan diftong tidak perlu dibezakan. Huruf e pepet dan huruf e taling yang terdapat
pada Ejaan Ophuijsen disamakan dalam Ejaan Soewandi. Vokal oe yang terdapat dalam
sistem Ejaan Ophuijsen yang berbunyi u dalam bahasa Melayu ditukar menjadi vokal u
dalam sistem Ejaan Soewandi.

Bunyi hamzah atau bunyi yang hampir sama dengan bunyi hamzah yang
ditandai dengan koma di atas huruf dalam Ejaan Ophuijsen diganti dengan huruf k
dalam sistem Ejaan Soewandi. Manakala kata yang diulang atau perulangan kata boleh
menggunakan angka dua. Jika kata tersebut hanya diulang sebahagian sahaja, maka
tanda angka dua (2) hendaklah diletakkan selepas bahagian yang berulang. Kata baru
bahasa Indonesia (yang dipinjam daripada bahasa asing, terutama daripada bahasa
Belanda dan Inggeris) yang terdapat bentuk konsonan rangkap, bentuk tersebut
dikekalkan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Rahman (2001). Kursus Lengkap Sarjana STPM Bahasa Melayu
Kertas 1 & 2. Subang Jaya: Pustaka Sarjana Sdn Bhd.

39
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Bintang Baru Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan bahasa


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai pembina
bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balai Pustaka (1984). Pedoman umum ejaan bahasa Indonesia yang disempurnakan.
Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa departmen pendidikan
dan Kebudayaan, Balai Pustaka.

Bausani A ( 1960 ). ”the first italian-malay vocabulary by antonio pigeffeta”. East and
west new series II .

Departemen Pendidikan Nasional (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta:


Perputakaan Pusat Bahasa.

Ensiklopedia Malaysia (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura:


Pustaka Melayu

Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid (1987). Perkembangan bahasa melayu dalam sejarah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Lukman Ali (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Pusat Bahasa.

40
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2006). Bahasa Melayu Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd

Tate,D.J.M (1977). The Making of Modern South-East Asia, Vol l,The European
Conquest, Kuala Lumpur: Oxford University Prees.

41

You might also like