You are on page 1of 4

1 azimahsamah@yahoo.

com Kesusasteraan Melayu Prosa Moden Novel Kesusasteraan Melayu mengalami perubahan yang besar pada tahun 1838 setelah terbitnya Kisah Pelayaran Abdullah yang mengisahkan pelayarannya dari Singapura ke Kelantan. Dalam buku tersebut, terdapat perubahan dan pembaharuan yang ditunjukkan oleh Munsyi Abdullah. Perubahan yang dibawa jelas menyimpang dari tradisi sastera sebelumnya. Paparan pengarang dalam karya tersebut berdasarkan penelitian dan pengamatan pengarang dalam pelayaran dan lawatannya ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ia adalah paparan realistik yang berjejak di bumi nyata. Kandungan yang tersirat adalah pandangan, nasihat dan terguran yang bersifat membina dan maju. Teguran yang diberi secara terbuka, terus terang dan lantang. Ini bertentangan dengan budaya Melayu yang lazimnya tidak bersifat terbuka. Gaya penulisan jelas berbeza dengan penulis sezaman dengannya. Abdullah membawa pembaharuan dari segi isi kandungan penceritaan serta penggunaan bahasa. Antaranya: Menggunakan bahasa sehari-hari Menggunakan kata ganti nama aku atau ku, tidak lagi sebagai hamba, patik, hamba yang daif, pencerita dan sebagainya. Faktor yang mempengaruhi pembaharuan penulisan Munsyi Abdullah Latar belakang alam persekitaran Abdullah yang dilahirkan dalam keluarga agak berada dan terpelajar di Melaka mempengaruhi penulisannya. Sebahagia besar usianya dihabiskan di Singapura, sebuah kota yang sudah terpisah daripada tradisi dan adat resam Melayu jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Kota Singapura banyak terdedah kepada kesankesan pertembungan di antara kebudayaan Timur dengan kebudayaan Barat. Novel Titik Awal Perkembangan Novel Dalam masa 25 tahun pertama abad ke 20, perkembangan kesusasteraan Melayu lebih merupakan lanjutan perkembangan yang berlaku sebelumnya. Perkembangan yang menarik dalam tempoh tersebut lahirnya beberapa buah akhbar dan majalah. Antaranya ialah: Suratkhabar Lingkungan Bulan 1900 Taman pengetahuan 1904 Utusan Melayu 1908 Lembaga Melayu 1914

2 Majalah Al-Imam 1906 Neraca 1911 Al Hidayat - 1923 Majalah Guru 1924 Majalah Malaya 1926 Semangat Islam - 1929 Dalam tempoh di atas, tertubuhnya dua institusi, 1905 Malay College Kuala Kangsar. Tujuannya untuk melahirkan pentadbir-pentadbir Melayu daripada golongan bangsawan. 1922 ditubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim yang melahirkan guru-guru Melayu yang terlatih. Selain itu ada pula golongan berpendidikan ugama yang berkesempatan belajar di Mesir. Penentangan terhadap pengaruh Barat dipelopori dan disuarakan oleh golongan berpendidikan agama dan Melayu. Alam novel Melayu moden, seperti mana yang dipersetujui umum diperkenalkan Syed Syeikh Al-Hadi melalui novel saduran Hikayat Faridah Hanum. Hikayat ini diterbitkan dalam dua jilid pada tahun 1925-26. Tema novel ini berkisar pada soal percintaan yang suci, cinta sejati seorang gadis kepada temannya. Pengarang kelihatan mempertahankan perkahwinan suka sama suka di atara teruna dan dara. Jelasnya ibu bapa haruslah meberikan kebebasan memilih pasangan hidup kepada anak-anak gadis mereka untuk menjamin kebahagian. Hal inilah yang digarap dalam watak utama novel ini, Faridah Hanum. Pada dasarnya tema percintaan yang ditonjolkan oleh pengarang. Terdapat pertentangan berlaku di antara watak baik dengan watak jahat. Pada pengarang, wira dan wirawati iaitu watak utama adalah tokoh-tokoh yang tidak ada cacat celanya, watak yang begitu ideal, romantis dan tokoh yang mempunyai cita-cita tinggi, sesuai dengan prinsip ugama Islam yang suci. Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi di lahirkan di Kampung Hulu Melaka pada tahun 1867. Pendidikan awal beliau ialah Sekolah Melayu Straits Settlements dan kemudian belajar ugama di Terengganu. Ayahnya membawa ia merantau ke Pulau Penyengat di Riau semasa usia beliau baru 14 tahun. Di Riau beliau berguru kepada seorang ulama dan pengarang terkenal, iaitu Raja Ali Al-Haji. Hal-hal yang dipelajari ialah ugama Islam, bahasa Melayu dan bahasa Arab. Sewaktu kerajaan Riau masih kuat, ia telah diambil sebagai anak angkat oleh Tengku Ali Kenala dari istana Riau. Syed Syeikh sempat melawat Mesir bersama-sama dengan putera-putera dan adinda Sultan Riau. Sepulangnya ke tanahair, beliau telah melengkapkan dirinya dengan halhal yang berhubung dengan ugama Islam dan bahasa Arah. Di Kahirah beliau sempat berguru kepada Syekh Muhammad Abduh (1894-1905), seorang reformis Islam yang terkemuka. Beliau pulang dalam tahun 1895 dan jawatan pertamanya sebagai peguam di mahkamah syariah di Melaka dan kemudian di Johor.

3 Ahmad bin Muhammad Rasyid Talu Beliau dilahirkan di Lumut Lane, Pulau Pinang pada tahun 1889. Keluarganya berasal dari Talu Minangkabau, Sumatera. Ahmad Rasyid mula-mula bekerja sebagai pembantu Syekh Haji, kemudian kerani sambilan kepada saudagar Mohammad Som, yang memberikan kesempatan kepadanya belajar bahasa Inggeris secara sambilan. Semasa bekerja dengan Syed Syekh Al-Hadi, Ahmad Rasyid membantu menterjemahkan cerita mata-mata gelap Siri Rokambul. Beliau juga pernah menjadi jurukira, anggota redaksi akhbar Bahtera dan menulis novel. Senarai Karya 1. Kawan Benar 1927 2. Iakah Salmah 1928 3. Dua belas Kali Sengsara 1929 4. Siapa Jahat atau Dato Cencano - 1930 5. Perangkap Hitam 1931 6. Rahmah bt Abdullah 1934 7. Apa Sudah Jadi 8. Godaan yang Dahsyat 9. Ukur Baju di Badan Sendiri 10. Semalam di Pulau Pinang atau Keculin Datuk 11. Siapakah Jodohnya? Assignment /Short notes (7 orang) 1. 2. 3. 4. 5. Tahap Kedua Perkembangan Novel Melayu (1930-42) Novel Menjelang Tahun 1950-an dan novel dalam tahun 1950-an Perkembangan novel tahun 1960-an Novel tahun 1970-an Pengaruh Indonesia Balai Pustaka

Perkembangan Cerpen Peringkat Awal Penulisan cerpen atau cerita pendek bermula pada tahun 1920an, iaitu apabila majalah Pengasuh menyiarkan cerpen Kecelakaan Pemalas ciptaan Nor bin Ibrahim (Madrasi). Ruangan dalam majalah ini menyediakan ruang khusus untuk cerpen, Antara 4 Februari 1920 hingga 10 November 1923, ruangan ini menyiarkan 25 buah cerpen. Pengasuh dalam keluaran 3 Oktober 1921 telah menyiarkan cerpen secara bersiri, yang diberi judul Cetera Raja Harun Al-Rasyid dituruti kemudian oleh cerpen Kemajuan Rekaan Dunia yang disiarkan dalam dua siri pada keluaran 15 November hingga 1 Disember 1921. Pada peringkat awal ini, hampir keseluruhan cerpen yang disiarkan itu mengambil latar luar negeri seperti negeri Inggeris, Timur Tengah, Cina dan Indonesia. Akhbar-akhbar lain yang menyediakan ruangan cerpen adalah Panduan Guru yang mula diterbitkan dalam bulan Julai 1922. Dalam tahun 1925, Majalah Guru diterbitkan dan turut menyediakan ruangan cerpen.

4 Tema dan Persoalan Cerpen yang benar-benar melahirkan latar setempat timbul dalam Majalah Guru. Dari segi tema, pada keseluruhannya cerpen-cerpen tahun dua puluhan tidaklah mengungkapkan persoalan yang meluas. Pokok-pokok persoalan yang mendapat tempat utama adalah kepintaran dan humor manusia tertentu, pengajaran moral, serta kebebasan sosial dan ekonomi. Persoalan lain yang menarik perhatian penulis ialah isu perkahwinan. Yang benarbenar dipersoalkan ialah isu kahwin paksa iaitu kesengsaraan yang dihadapi oleh isteri-isteri akibat kahwin paksa. Persoalan ini ditimbulkan dalam cerpen Cinta Melara (Majalah Dunia Melayu), Pengaruh Wang (Majalah Malaya). Tema dan persoalan lain adalah tentang sikap. Ianya tergarap dalam cerpen Seorang Ahli Perkebunan dengan Anak-anaknya (Majalah Masa, 1927). Cerpen ini mengisahkan orang-orang Melayu yang memboroskan wang terhadap perkara-perkara yang tidak berfaedah sepenti mengadakan kenduri kahwin besar-besaran. Cerpen Anak Dara Tak Mahu Bersunting, Tak Mahu Bersanding karya Ch.S, yang tersiar dalam majalah Dunia Melayu, 1929, mengemukakan persoalan yang hampir sama iaitu perihal golongan terpelajar yang hendak merombak sistem lama yang ketat itu. Cerpen-cerpen lain Tipuan yang Hendak Mengenyangkan Perut dan Menghilangkan Dahaga (Majalah Pengasuh, 1921) dan Menganggukkan Kepala kerana Penyakit (Pengasuh, 1921) karya Ismail Sulaiman mengandungi unsur-unsur lucu yang sungguh menggelikan hati. Kedua-dua cerpen ini melambangkan kebodohan sesetengah orang mendatangkan keuntungan kepada orang lain. Teknik penyampaian cerpen-cerpen peringkat awal ini baru mencapai tahap cerita pengajaran atau didaktik. Ia terlalau menekan tujuan pengajaran, seperti mencuba membentuk moral, menanamkan kesedaran ugama dan sebagainya. Ia kelihatan khutbah. Secara keseluruhan boleh dikatakan , walaupun masih banyak kelemahan dari segi struktur, namun cerpen Melayu pada peringkat awal telah membuka jalan ke arah pertumbuhan yang lebih menyakinkan terutama dalam tahun-tahun 30an sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Penghasilan cerpen ini dapat dilakukan disebabkan oleh pertumbuhan akhbar dan majalah yang giat di sekitar awal abad ke-20. Assignment /Short notes (5 orang) 1. 2. 3. 4. 5. Kandungan short assignment

Perkembangan cerpen 1930-41 1. Aspek sejarah faktor perkembangan, Cer pen zaman Jepun 1942-45 pengaruh dan aspek lain Cerpen Menjelang Tahun 1950an dan tahun 50an 2. Tajuk-tajuk novel / cerpen tahun Cerpen tahun 1960an 3. Tema dan persoalan. Cerpen tahun 1970an 4. Tokoh / penulis novel dan cerpen

You might also like