P. 1
Topik 1: Linguistik perbandingan dan Pensejarahan

Topik 1: Linguistik perbandingan dan Pensejarahan

|Views: 5,247|Likes:
Published by AyulAshrul
mendefinisikan pelbagai linguistik dan persejarahannya..
mendefinisikan pelbagai linguistik dan persejarahannya..

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: AyulAshrul on Mar 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/28/2013

pdf

text

original

Linguistik perbandingan dan Pensejarahan

Definisi Linguistik Perbandingan
Menurut Jose Daniel Parera dalam bukunya yang berjudul Study Linguistik umum dan Historis bandingan mendifinasikan Linguistik bandingan adalah satu pendekatan dan metode yang membandingkan seperangkat korespondensi bunyi, leksikon, morfem, frasa serta kalimat antara bahasa yang serumpun atau antara beberapa tempoh dalam perkembangan bahasa. Bahasa-bahasa itu dikelompokan dalam beberapa kelompok berdasarkan korepondensi tadi.

•Selain itu linguistik bandingan juga merupakan satu pendekatan kepada pengkajian bahasa yang padanya meletakkan persamaan fonologi, tatabahasa isu leksikon antara bahasa-bahasa yang berkaitan atau berbagai-bagai dalam perkembangan sejarahnya bagi sesuatu bahasa yang disenaraikan atau dikelaskan. •Kajian bahasa-bahasa dinamakan “felologi”. Misalnya pengkajian bahasa dalam abad ke-17
(Prof. Dr Amat Juhari Moain)

Definisi Linguistik Pensejarahan
• Linguistik pensejarahan ini juga dikenali sebagai Linguistik Bandingan Historis (Linguistik Historis Komparatif). Linguistik pensejarahan ini boleh didefinasikan sebagai suatu cabangdari ilmu bahasa yang mempersoalkan bahasa dalam bidang waktu serta perubahan-perubahan unsur bahasa yang terjadi dalam bidang waktu tertentu. Linguistik Pensejarahan ini juga mempelajari data-data dari suatu bahasa atau lebih, sekurang-kurangnya dalam dua masa atau tempoh. Data-data dar suatu bahasa dan dari dua masa atau lebih itu akan diperbandingkan secara teliti untuk mendapatkan maklumat-maklumat perubahan yang terjadi dalam sesuatu bahasa. Demikan juga, hal yang sama dapat dilakukan terhadap dua bahasa atau lebih. Unsur-unsur bahasa itu akan dapat diperbandingkan berdasarkan kenyataan dalam tempoh masa yang sama ataupun perubahan-perubahan yang telah terjadi antara beberapa tempoh masa (periode).

• Linguistik Pensejarahan juga ditakrifkan sebagai penggelompokkan (Sub-Grouping) bahasa-bahasa yang termasuk dalam rumpunan bahasa dengan wujudnya bahasabahasa yang pelbagai ini mewujudkan permulaan variasi kepelbagaian bahasa itu sendiri. Linguistik persejarahan juga berupaya mempersoalkan bahasa-bahasa yang serumpun dengan mengadakan perbandingan mengenai unsur-unsur yang menunjukkan hubung kaitannya antara satu bahasa dengan bahasa yang lain dari segi sejarah permulaan seseuatu bahasa itu. (Gorys Keraf)

•Menurut Jos Daniel Parera, Linguistik Historis adalah satu pendekatan dan metode dalam setiap cabang linguistik yang mempelajari dan maneliti pergeseran dalam jangka pendek dan perubahan-perubahan dalam jangka panjang komponen folnologi , morfologi, sintaksis dan semantik satu atau beberapa bahasa. Linguistik ini mempelajari perkembangan bahasa dari sejak awal tahap demi tahap hingga dewasa ini. Pengertian dan study linguistik ini selalu dihubungkan dengan linguistik bandingan.

Dengan wujudnya linguistik perbandingan dan juga linguistik persejarahan ini terdapat beberapa kelompok bahasa dunia yang saling berhubung kait antara satu bahasa dengan bahasa yang lain sama ada daripada segi perbandingan mahupun sejarahnya. Antara kelompok-kelompok bahasa dunia ialah: Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Indo-Jerman Hamit Semit Ural-Altal Austris Lautan Pasifik dan Asia Afrika Amerika

Bahasa Indo-Jerman / Indo -Eropah
Bahasa indo-Jerman, adalah nama sebuah bahasa Jermanik barat yang telah mengalami pergeseran bunyi Jermanik kedua. Bahasa ini adalah salah satu bahasa yang luas dipertuturkan di Eropah. Bahasa Jerman masih dekat dengan Bahasa Belanda dan lebih jauh juga Bahasa Inggris. Tetapi bahasa Belanda termasuk rumpun bahasa Jermanik hilir sedangkan bahasa Jerman termasuk rumpun bahasa Jermanik hulu. Perbedaan keduanya terutama terletak pada beberapa bunyi yang telah bergeser.

•Rumpun bahasa ini mempunyai daerah asal yang tersebar dari India Utara hingga ke Eropah Barat.Namun begitu, setelah penemuan dunia baru, bahasa ini mula tersebar di pelbagai tempat dan daerah di seluruh dunia seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika Selatan, Australia, New Zealand dan beberapa banyak tempat lagi.

•Dengan itu rumpun bahasa Indo-Eropah adalah rumpun bahasa yang terbesar di dunia.Mengikut rumusan dan kesimpulan yang dibuat oleh para pengkaji dan peneliti bahawa bahasa Indo-Eropah ini berasal dari Proto IndoEropah yang tanah asalnya mengikut pendapat sebahagian pengkaji terletak di Eropah Timur.Daripada bahasa proto ini lahir beberapa banyak keluarga bahasa lain iaitu Tocharia,Armenia, Auatolia, Albania, Yunani, Italik dan lain-lain.

•Daripada bahasa Tocharia pula lahir pula bahasa IndoIran.Daripada bahasa Indo-Iran timbul pula bahasa IndoArya dan Iran.Bahasa Indo-Arya ialah kelompok bahasa Sanskrit.Bahasa ini menyebar dibenua kecil India.Penyebarannya ke Timur melahirkan bahasa Assam, Bengali dan Oriya.Selain itu, penyebarannya ketengahtengah benua India melahirkan bahasa Rajasthani, Birani dan Hindi serta Urdur, manakala penyebarannya ke tengah barat daya menumbuhkan bahasa Gujarati, Marathi, Konkani, Maldive dan Singhala dan penyebarannya kearah barat melahirkan bahasa Punjabi, Lahnda, Sindhi dan Dardik. (Sejarah dan rumpun bahasa Melayu, Prof.Dr.Amit Juhari Moain, 1998, Universiti Putra Malaysia, Selangor)

BAHASA HAMIT.
Sebelum ini, bahasa Hamit dikenali dengan nama "Semito-Hamitic". Hamit adalah bahasa yang diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan etnik atau bahasa dikalangan keluarga bahasa Afroasiatic. Orang Mesir, Berber, Cushitic, dan (kadangkala) bahasa-bahasa Chadic adalah dengan dahulunya diklasifikasikan sebagai bahasa-bahasa Hamitic. Semasa Abad Pertengahan dan sehingga abad Ke-19 dan awal tempoh Hamitic telah digunakan oleh Orang-orang Eropah untuk merujuk secara sembarangan terhadap orang-orang Afrika. Dalam abad Ke-19, satu "kumpulan bahasa Hamitic" dicadangan untuk menyatukan pelbagai bahasa, terutamanya bahasa utara dari afrika. Perkembangan bahasa Hamit dikenalpasti sebagai tanda yang menunujukkan masyarakat Afrika telah maju berbanding masyarakat Afrika yang mengunakan bahasa Semit oleh orang-orang Eropah. Hari ini konsep-konsep bahasa Hamit telah dipandang rendah secara keseluruhannya dan ianya hanya dirujuk untuk sebagai Hamitic Myth. Perkembangan Hamitic sendiri kadangkala dianggap merendahrendahkannya. Kumpulan bahasa Hamitic tidak lagi dianggap satu konsep berguna, walaupun frasa Semito-Hamitic adalah suatu istilah yang bertarikh untuk Afro-Asiatic kumpulan.

Bahasa Semit
•Bahasa semit ini juga dikenali sebagai bahasa Hamito-Semitik •Bahasa semit ini terbahagi kepada dua iaitu semitik Timur dan Semetik Barat •Semitik Timur terdapat di daerah Akkadia (Iraq) bahasa ini telah lama wujud dengan mempunyai tulisannya sendiri sejak 2800 S.M. Bahasa ini wujud hinggalah ke zaman Masihi kemudiannya hilang atau pupus. •Semitik Barat pula mempunyai beberapa pecahan iaitu ArabicEthopic dan Aramaic •Ada juga pendapat mengatakan bahawa bahasa Semitik ini mempunyai subkumpulan yang terbahagi kepada empat cabang bahasa iaitu Arab Utara, Canaanitik, Aramaik dan Ethiopik •Kemudiannya cabang Bahasa Arab Utara mengandungi dua bahasa major iaitu Arab dan Malta

•Cabang bahasa Canaanitik pula mempunyai satu bahasa major iaitu Yaahudi atau Hebrew •Cabang bahasa Aramaik pula memiliki tiga bahasa major iaitu Syariak, Aramaik dan Assyria •Manakala itu, cabang bahasa Ethiopik pula mengandungi bahasa Amharik, Tigrinya, Tigre, Guraj, Haraari dan Gaeez. •Subkumpulan bahasa semitik adalah bahasa yang terkenal bukan sahaja sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan antarabangsa tetapi juga menjadi bahasa keagamaan. Sebagai contoh ialah bahasa arab yang menjadi bahasa rasmi di setiap negara Asia Barat pada masa kini. Bahasa Yahudi pula digunakan oleh orang-orang yahudi yang jumlahnya menjangkau 20 juta orang di seluruh dunia. •Bahasa Amharik pula menjadi satu cabang bahasa semitik yang terdapat di Ethiopia dan menjadi bahasa rasmi di negara berkenaan. Perkaitan bahasa ini terus berkembang dan telah wujud di Asia Barat sejak lima ribu tahun yang lalu dan mempunyai cabang-cabang bahasa kunonya seperti Akkadia di Mesapotamia, Assyria dan Babylonia yang digunakan di kawasan timur sehingga ke bahagian timur benua Afrika dan akhirnya timbul bahasa Aramaik dan seterusnya bahasa arab.

Bahasa Ural-Altai
Rumpun bahasa-bahasa Altai ialah nama sebuah rumpun bahasa. Pada rumpun bahasa ini diduga termasuk 60 bahasa yang dipertuturkan hampir 250 juta jiwa, kebanyakan pada dan sekeliling Asia Tengah. Hubungan antara bahasa-bahasa itu menyisakan persoalan perdebatan di antara ahli sejarah bahasa, dan keberadaan bahasa Altai sebagai keluarga disangkal sejumlah pihak. Para pendukungnya menganggap bahwa bahasa-bahasa Turki, bahasa Mongolia dan bahasa Tunguska (atau Manchu-Tungus) termasuk rumpun bahasa ini. Bahasa Japonik dan bahasa Korea sering juga digolongkan, dan bahasa Ainu juga telah dianjurkan sejumlah pihak.

Bahasa Austris
Austronesia Para penutur bahasa Austronesia proto atau purba diduga berasal dari daerah yang sekarang disebut China bagian selatan. Mereka sekitar 5.000 tahun yang lalu bermigrasi ke pulau Taiwan dan dari sana lalu menyebar ke Filipina, Indonesia, kemudian ke Madagaskar dekat benua Afrika dan ke seluruh samudra Pasifik. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil : -Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti -Bahasa-bahasa Melanesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia -Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Rumpun baha sa Austro- Asia yang secara harafiah berarti “ Asia Selatan”, adalah sebuah rumpun bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Rumpun bahasa ini biasa dibagi menjadi dua cabang yaitu: cabang Mon-Khmer dan Munda di India. Dari cabang Mon-Khmer ada dua bahasa yang penting yaitu bahasa Khmer yang dipertuturkan oleh kurang lebih 10 juta jiwa di Kamboja dan bahasa Vietnam yang dipertuturkan oleh kurang lebih 80 juta jiwa di Vietnam. Selain itu bahasa Mon dipertuturkan oleh sekelompk kecil sukubangsa Mon di Myanmar dekat perbatasan Thailand dan bahasa Khmu dipertuturkan di sebelah utara Laos dekat perbatasan Myanmar. Kemudian bahasa Asli yang dipertuturkan oleh sukubangsa Negrito di Semenanjung Malaka juga anggota cabang bahasa Mon-Khmer. Diperkirakan bahasa-bahasa Asli sukubangsa Asli ini sebenarnya bukan bahasa mereka, namun bahasa ini mereka ambil dari tetangga mereka.

Di India bahasa Mundari dan bahasa Santali adalah bahasa AustroAsia yang sudah dipengaruhi oleh bahasa Indo-Eropa cabang IndoArya dan bahasa-bahasa Dravida. Penutur asli bahasa Munda adalah orang-orang dari ras Mongoloid yang diperkirakan dahulu kala tersebar luas pula di India utara. Di kepulauan Nicobar dipertuturkan pula bahasa-bahasa AustroAsia, sebagian besar oleh orang-orang ras Mongoloid pula. Sedangkan penduduk asli kepulauan Nicobar dan Andaman adalah sukubangsa negrito yang masih berkerabat dengan ‘orang asli’ di Malaysia dan sukubangsa Papua. Ada yang berpendapat bahasa mereka juga merupakan kerabat yang sangat jauh dari bahasa Papua. Austro-Asia 1.Bahasa Munda -Bahasa Mundari -Bahasa Santali 2.Bahasa Mon-Khmer -Bahasa Mon -Bahasa Vietnam -Bahasa Khmu -Bahasa Asli

Ti be t-Ch ina Tibet (bahasa Tibet: Bod, dilafazkan pö menurut dialek Lhasa; Hanzi : pinyin: XIzang) adalah provinsi dari Republik Rakyat Tiongkok, yang merupakan Daerah Otonomi Khusus Tiongkok yang juga diberi nama oleh Tiongkok Xizang, yang berada di pegunungan Himalaya yang sering dikatakan sebagai puncak dunia, berbatasan dengan Nepal, Bhutan dan India serta Xinjiang, Qinghai dan Sichuan di Tiongkok. Mayoritas penduduknya adalah beragama Buddha, dengan Lhasa sebagai ibu kotanya. Bertahun tahun yang lalu, sebelum dibuka oleh Tiongkok, Tibet merupakan daerah yang dikatakan menyimpan misteri bagi para petualang, mengingat pada saat itu tidak semua petualang bisa memasuki daerah itu dan merupakan wilayah tertutup, seperti halnya Mekkah dan Madinah di Arab Saudi yang hanya dimasuki oleh orang Islam.

hasa asia/ lautan pasifik

Bahasa Cina / mandarin merupakan bahasa utama Asia Pasifik. Baha sa Cina (Pinyin: Hànyǔ, Huáyǔ atau Zhōngwén) membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda. Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas.

Variasi megikut kawasan di antara variasi atau dialek yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian. Sebutan Bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing, daripada golongan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris, Melayu, dan Tamil). Bahasa Cina—secara tepatnya, bahasa Mandarin baku—merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (bersama bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, dan Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek Kantonis pula merupakan bahasa rasmi

Bahasa Arab Bahasa Arab juga merupakan salah satu bahasa utama dalam bahasa Asia Pasifik, bahasa ini berasal daripada rumpun bahasa Samiyah yang dinisbahkan kepada keturunan Sam anak Nabi Noh. Mereka terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan Bayidah yang terdiri daripada kabilah Cad, Thamad, Tasm, Jadas, Umaym dan Jurhum. Golongan kedua pula ialah Caribah yang dinisbahkan kepada Yacrab bin Qahtan. Seterusnya pula ialah golongan Mustacribah yang berketurunan Nabi Ismail dan mereka menetap di Hijaz pada abad ke-19 sebelum Masihi. Bahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa utama yang memainkan peranan penting dalam sejarah peradaban manusia di Asia Pasifik. Pengkaji sejarah telah menambah dua lagi bahasa menjadikan kesemuanya lima bahasa utama yang telah memberi sumbangan besar dalam sejarah perkembangan tamadun manusia. Bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Cina Kuno, bahasa Sanskrit, bahasa Latin, bahasa Greek dan bahasa Arab.

Walau bagaimanapun, hanya bahasa Arab yang masih digunakan dan terus berkembang sehingga kini. Berdasarkan kenyataan ini bolehlah dikatakan bahawa bahasa Arab mempunyai ciri-ciri istimewa yang membolehkan ia bertahan. Pengkaji-pengkaji bahasa masih terus berusaha menyelidik potensi bahasa tersebut. Antara ciri-ciri istimewa bahasa Arab ialah ia telah dipilih Allah sebagai bahasa rasmi al-Quran yang merupakan pedoman asas untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini dijelaskan dalam surah Yusuf ayat kedua bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu menggunakan akal (untuk memahaminya).

Bahasa Afrika
Afrika mempunyai lebih dari ribuan bahasa. Bahasa Niger-Kongo merupakan bahasa utama di benua AfrikaAda empat kelompok bahasa besar itu adalah: --Kelompok Bahasa Afro-Asiatik adalah sebuah kelompok bahasa yang terdiri dari sekitar 240 bahasa dan 285 juta penutur yang tersebar luas di sepanjang Afrika Utara, Afrika Timur, Sahel, dan Asia Barat Daya. --Kelompok Bahasa Nil-Sahara lebih daripada seratus bahasa yang dituturkan oleh 30 juta orang.Bahasa Nil-Sahara kebanyakan dituturkan di Chad, Sudan, Ethiopia, Uganda, Kenya, dan sebelah utara Tanzania. --Kelompok Bahasa Niger-Kongo mencakupi bahagian sub-Sahara dan kemungkinan adalah kelompok bahasa terbesar di dunia dari segi jumlah bahasa.Sejumlah besar di antaranta adalah bahasa-bahasa Bantu yang digunakan di sebagian besar Afrika bahagian sub-Sahara. --Kelompok Bahasa Khoisan terdiri daripada sekitar 50 bahasa dan dituturkan di sebelah selatan Afrika oleh sekitar 120.000 manusia.Banyak daripada bahasa-bahasa Khoisan adalah bahasa yang sudah tidak dituturkan.Suku Khoi dan San dianggap sebagai penduduk asli di wilayah ini. Di beberapa buah negara Afrika Timur atau seluruh negara di Afrika telah mengadopsi bahasa rasmi yang berasal dari luar benua tersebut dan

Bahasa Amerika
•Bahasa Amerika juga ditakrifkan mempunyai perkaitannya dengan bahasa Amerindia. Bahasa Amerika ini tersebar dari Alaska hingga ke Cape Horn di Amerika Selatan. Sebelum Kedatangan orang-orang Eropah hanya bahasa Amerindia yang ada di Amerika tetapi selas itu bahasa ini terdesak dan tertinggal dari segi jumlah penutur oleh bahasa luar terutamanya IndoEropah. •Bahasa Amerika ini banyak tersebar dengan luasnya di kawasan Amerika Utara yang mempunyai banyak keluarga bahasa seperti Algonkia, Wakasha, Salisha, Aztec, Tanoa, Zunia dan juga Bahasa di Amerika Selatan iaitu Bahasa Latin. Pada masa ini lebih daripada 20 juta orang di benua Amerika yang masih menuturkan bahasa ini sehingga tersebarnya di Canada, British. Bahasa inggeris juga dikatakan mempunyai kelompok yang sama dengan bahasa Amerika ini kerana banyak kata bahasa ini yang diserap ke dalam bahasa Indo-Eropah yang digunakan di Amerika Kini.

Sekian Terima Kasih

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan &Menjalani Ibadah Puasa

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->