You are on page 1of 24

BAHASA HESPERANESIA (NUSANTARA)

BAHASA MELANESIA

BAHASA MIKRONESIA

BAHASA POLINESIA
KELUARGA
BAHASA-BAHASA
AUSTRONESIA

Peta Austronesia
Nama Austronesia terbentuk daripada unsur formatif bahasa Yunani
yang bermaksud “pulau-pulau selatan” .
Bahasa Austronesia ini tersebar ke bahagian pesisir pantai timur
(Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) dan selatan Asia
(kawasan Nusantara).
Madagaskar, Indonesia, Filipina, Formosa, dan kelompok pulau
Melanesia, Mikronesia dan Polinesia di Pasifik. Terdapat juga di New
Guinea (penutur hanya dikawasan pulau sahaja)

Lihat: Salasilah Bahasa Austronesia


Pelbagai pendapat:
i) Isidore Dyen
Ahli linguistik bandingan yang berbangsa amerika,
berpendapat bahasa Austronesia berasal dari Formosa
(Taiwan).
ii) H.A. Kern (1889)
Kawasan asal bahasa Austronesia ialah di pantai timur
China Selatan yang digelar”India Jauh”.
iii) John Crawfurd
Seorang sarjana Inggeris, mengatakan bahasa
Austronesia berasal dari Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.

Jumlah bahasa dalam bahasa ini dianggarkan dalam lingkungan


500-1000 bahasa.
Bahasa
Nusantara
Salasilah Bahasa Melayu
Filum Rumpun Cabang Golongan Bahasa

Austroasia Filipina Lampung

Austris Tibet-China Jawa Nias

Austronesia Nusantara Sumatera Melayu

Melanesia Kalimantan Acheh

Mikronesia Bali-Sasak Minangkabau

Batak
Polinesia
• Juga dikenali sebagai bahasa Indonesia
dan Hesperanesia.

• Merupakan keluarga bahasa yang paling


besar.

• Meliputi kawasan dari Formosa di utara ke


Kepulauan Filipina dan Maluku yang
merupakan sempadannya di sebelah
timur dan Pulau Timor di selatan
manakala di sebelah barat ialah
Madagaskar.
• Dianggap sebagai kawasan pusat bagi
keseluruhan kawasan Austronesia atas
beberapa sebab:
a)melebihi mana-mana keluarga dari
jumlah bahasa.
b)bahasa-bahasa di kawasan ini
memperlihatkan perkembangan yang
sangat pesat dari segi bentuk
bahasanya.
c)kawasan penyebaran terletak di
pertengahan perjalanan antara
bahagian-bahagian penting.
Cabang Bahasa Nusantara
• Golongan Sumatera - Acheh, bahasa Batak,
Minangkabau, Melayu, Nias dan Lampung.
• Golongan Filipina - Tagalog, Bikol, Bisaya,Sulu.
• Golongan Jawa - Sunda, Jawa, dan Madura.
• Golongan Kalimantan - Iban, Kenya-kayan dan
Melanau.
• Golongan Bali-Sasak - Bali, Sasak dan
Sumbawa
• Golongan Loinang - Loinang dan Bengali.
• Golongan Sulawesi Selatan - Makasar, Bugis dan
Seko.
• Golongan Bima-Sumba - Bima, Manggarai,
Timur, Alor, Solor Kro’e dan Kupang.
• Golongan Ambon-Timur - Kali, Tanimber, Aru,
Wetar, Bura, Goram dan Bandar.
• Golongan Halmahera-Selatan-Irian Jaya -
Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.
• Golongan Tomoni - Tomoni, Tolitoli Tinombo
dan Dampelasa
• Golongan Muna-Butung - Muna-Butung,
Butung, Butung Selatan, Kerompa dan Wolio
• Golongan Gorontalo - Bulangga, Kaidipan,
Gorontalo, dan Buol.
MELANESIA
• Melanesia terletak di sebelah barat daerah
Polinesia sedangkan yang di utaranya
terletak daerah bahasa Mikronesia. Di
Melanesia wujud kepelbagaian bahasa
yang terdapat di dunia. Penutur-penutur
bahasa tersebut ada yang berjumlah
ribuan dan ada juga yang hanya
berjumlah ratusan.
• Antara bahasa-bahasa Melanesia ialah
bahasa Fiji di kepulauan Fiji yang
mempunyai 200,000 penutur asli; Tolai
yang mempunyai penutur sebanyak
50,000 di bahagian timur New Britain dan
bahasa Motu (13,000 penutur aslinya)
yang terdapat di pantai selatan Papua
New Guinea
• Selain itu, masih ada bahasa-bahasa
Melanesia di New Ireland, New Hebrides, dan
New Caledonia. Terdapat juga sejenis bahasa
Kreol atau Pijin Motu yang dahulunya dikenali
sebagai Police Motu dan sekarang sebagai Hiri
Motu. Bahasa ini menjadi bahasa rasmi dalam
Parlimen Kebangsaan Papua New Guinea.
Selain bahasa-bahasa di atas masih ada lagi
bahasa-bahasa Melanesia yang lain seperti
Yabem dan Gedaged di pantai utara Irian,
Roviana di bahagian barat kepulauan Solomon
dan bahasa Mota di Vanuatu.
mikronesia
• Terletak dibahagian barat Lautan Pasifik, dan ke
arah utara kawasan Melanesia. Mikronesia
mempunyai banyak pulau yang kecil-kecil.
• Oleh sebab itu diberi nama Mikronesia atau
pulau-pulau kecil.
• Di Mikronesia ini terdapat banyak jenis bahasa
yang tersebar di pelbagai kepulauan seperti
bahasa Trukik yang mempunyai penutur
sebanyak 40,000 orang di bahagian barat
Kepulauan Caroline terutama di Truk.
Bahasa Chamorro yang mempunyai penutur
sebanyak 52,000 orang yang dituturkan di Guam dan
kepulauan Manshall yang mempunyai penutur asli
sebanyak 21000 orang dan bahasa Kiribiti yang
mempunyai penutur asli kira-kira 50 000 orang.
Begitu juga bahasa Gilbert dan Gilbert Island dengan
40 000 penutur
Selain itu masih ada lagi bahasa-bahasa yang lain
seperti Yap (5000), Ponape (1500 orang penutur)
Pala’u (10 000), Vauru (5000), Kosrae dan lain-lain
Sejarah Bahasa Polinesia
Bahasa ini tersebar di segi tiga pasifik iaitu
New Zealand, Hawaii dan Pulau Easter.

Sekumpulan bahasa polinesia terpecah kepada beberapa


jenis bahasa minor :
Maori
Urea
Samoa
Niuea
Ratoronga
Tahiti
Tuamotu
Marquesas
Hawaii
•Hawaii dan New Zealand mempunyai sejarah bahasa yang
sangat Berbeza, berbanding dengan tempat-tempat lain di
Polinesia.
•Hingga penghujung abad ke-18, kedua-duanya didiami
keseluruhannya oleh orang Polinesia, tetapi selama beratus-
ratus tahun yang berikutnya.
•Pencerobohan besar-besaran oleh orang Eropah (dan orang
Asia) mengurangkan jumlah penduduk asli kepada golongan
snhbshjbsdhjs

minoriti yang agak tidak berkuasa, yang bahasanya


sebahagian besar tidak dibenarkan digunakan dalam
kehidupan umum dan secara aktif disekat penggunaannya di
sekolah-sekolah.
Dalam abad ke-20, penghakisan komuniti luar
bandar yang dalam bahasa Polinesia melalui
penghijrahan ke bandar-bandar raya dan
penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi
massa telah mempercepatkan penurunan kedudukan
bahasa tersebut.
Kini hanya tidak lebih berapa ratus penutur asli
bahasa Hawaii dan kepupusannya sebagai suatu
bahasa yang hidup memang tidak dapat dielakkan
lagi.
Bahasa Maori di New Zealand:
Anggaran 70 000 penutur ,
Jumlah penutur telah kurang dalam 40 tahun
kebelakangan ini.
Bahasa Moari dan juga bahasa Hawaii, walau bagaimanapun, sedang
dikaji dengan lebih meluas lagi daripada sebelumnya di sekolah dan
universiti malah jika kedua-duanya harus tidak wujud lagi sebagai
bahasa vernakular yang hidup, bahasa-bahasa tersebut akan terus
dibina sebagai wahana bagi seni berpidato dan sebagai lambang
identiti Polinesia di dalam negara masing-masing.

Beberapa bahasa Polinesia juga kini dituturkan oleh komuniti


penghijrahan yang agak besar bilangannya di New Zealand, Amerika
Syarikat dan di tempat-tempat lain.
Perhubungan orang luar Polinesia juga
memberikan sedikit bukti yang lebih jauh lagi
tentang asal usul penuturnya. Saudara terdekat
Polinesia ialah Fiji dan Rotuman, yang sama-
samanya membentuk anggota golongan yang
dinamakan ’Ocean Timur’ atau ’Ocean
Terpencil’. Ini termasuklah bahasa-bahasa di
Vanuatu Tengah dan Utara dan mungkin juga
bahagian tenggara Pulau Solomon.
Perkembangan Bahasa Melayu yang ada sekarang ini
berlaku dalam berbagai-bagai peringkat secara beransur-
ansur seperti pemancaran aggota-anggota dalam rumpun
Austronesia ke seluruh kawasannya seperti yang kita lihat
sekarang ini. Dengan itu perkembangan bahasa tersebut
melalui perkembangan dalam tamadun penuturnya.
Perbezaan dalam kelainan-kelainan Bahasa Melayu
seperti yang kita saksikan sekarang ini merupakan
pencirian bagi kepelbagaian kehidupan yang dilalui oleh
masyarakat penuturnya.

You might also like