INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012 SCE 3103 LAPORAN AMALI 4 TAJUK Tujuan : ASID KARBOSILIK, ESTER DAN AMIDA : Untuk menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal ester. Bahan/radas : etanol tulen, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, 5% larutan natrium bikarbonat, air, larutan natrium klorida, bikar, kelalang penyuling, corong pemisah, kelalang dasar bulat, kelalang kon, silinder penyukat, thermometer, condenser Liebig, penunu Bunsen, kaki retort dan pengepit, tungku kaki tiga, penyumbat getah dengan lubang, blok kayu, mancis, aseton, spirit bermetil, asid etanoat dan cip porselin. Prosedur / Kaedah : A. Untuk menyiasat ciri-ciri fizikal ester. 1. Sebanyak 2 cm3 etil etanoat dituang ke dalam tabung uji. Bau ester dicatatkan. 2. Sebanyak 5 cm3 air suling ditambah ke dalam ester dan campuran digoncangkan dengan baik. Tahap keterlarutan ester dalam air dicatatkan. 3. Langkah 1 hingga 2 diulang dengan menggunakan aseton daan spirit bermetil untuk menggantikan air suling dan pemerhatian dicatatkan. Keputusan : Pelarut Air Pemerhatian Dua lapisan terbentuk, etil etanoat berada dilapisanatas dan air di bahagian bawah. Etil etanoat tidak larut dalam air. Aseton Spirit bermetil Etil etanoat larut dalam aseton. Etil etanoat larut dalam spirit bermetil. B. Untuk menyediakan sampel ester. 1. Sebanyak 50 cm3 etanol tulen dengan 50 cm3 asid etanoik glasial dicampurkan ke dalam 250 ml kelalang bulat. 2. Sebanyak 10 cm3 asid sulfurik pekat ditambah dengan berhati-hati ke dalam kelalang sambil digoncang. Beberapa cip porselin ditambah ke dalam larutan. 3. Radas disusun seperti rajah 1. 4. Campuran dipanaskan secara refluks selama 1 jam. 5. Campuran dibiarkan sejuk sehingga suhu bilik. 6. Campuran sejuk dituang ke dalam corong pemisah dan 25 cm3 air sejuk ditambah. Corong pemisah digoncang. 7. Lapisan bawah (akuas) dipisahkan daripada lapisan atas (organik). Lapisan akuas disingkirkan. 8. Sebanyak 25 cm3 air ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan akuas disingkirkan. 9. Prosedur 8 diulang. 10. Sebanyak 25 cm3 air ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan akuas dipisahkan. 11. Sebanyak 5 cm3 larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran dikacau dengan berhati-hati dan larutan akuas disingkirkan, 12. Lapisan organik diperhatikan dan dibau. Pemerhatian : Apabila hasil dituangkan ke dalam air, terdapat dua lapisan tidak berwarna terbentuk. Hasil mempunyai bau wangi seperti pelarut cat kuku. Kesimpulan : Asid etanoik menghasilkan ester dan air apabila bertindakbalas dengan alkohol. Soalan : 1. Jelaskan maksud Tindakbalas Esterifikasi. Tindakbalas Esterifikasi ialah tindakbalas di antara asid karboksilik dan alkohol untuk menghasilkan ester. 2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan tidakbalas antara asid etanoik dan etanol. CH3COOH + C2H5OH  CH3COO C2H5 + H2O 3. Apakah fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini ? Asid sulfurik pekat bertindak sebagai pemangkin atau agen pengontangan untuk mempercepatkan tindakbalas proses pengesteran dengan menyerap air yang terbentuk. 4. Jelaskan langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat. Langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat ialah dengan cara eksperimen ringkas iaitu campuran sama banyak etanol danasid sebanyak 3 cm ke dalam tabung uji. Kemudian tabung uji digoncangkan dengan cermat dan dititiskan beberapa titis asid sulfurik pekat ke dalam campuran. Campuran tersebut dipanaskan perlahan-lahan sehingga mendidih. Kemudian campuran tersebut dituangkan ke dalam bikar kecil yang mempunyai air. Ester yang berbau wangi akan terhasil dan terapung di permukaan air. 5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini ? Untuk mengekstrak lebihan sisa asid dalam larutan etil asetat menjadi garam sodium yang larut di dalam air yang berada di lapisan bawah. 6. Jelaskan kegunaan kalsium klorida dalam eksperimen ini. Kegunaan kalsium klorida kontang bertujuan menarik agar ion Ca2+dapat menarik ion-ion karbonat yang ditambah sebelumnya sehingga membentuk garam Ca Cl2 dan Ca CO3 yang mudah dipisahkan kerana membentuk endapan di dasar bikar agar hasil lebih jitu dan murni. 7. Bandingkan kelarutan etil etanoat dalam air, aseton dan spirit bermetil. Jelaskan pemerhatian anda. Pelarut Air Pemerhatian Dua lapisan terbentuk, etil etanoat berada dilapisanatas dan air di bahagian bawah. Etil etanoat tidak larut dalam air. Aseton Spirit bermetil Etil etanoat larut dalam aseton. Etil etanoat larut dalam spirit bermetil. 8. Namakan ester yang terhasil daripada tindakbalas esterifikasi antara asid butanik dan etanol. Etil butanoat 9. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili tindakbalas di atas. C3H7COOH + C3H7OH  C3H7COO C3H7 + H2O LAPORAN AMALI 5 TAJUK Tujuan : AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK : Untuk menyediakan baja garam ammonium. Larutan ammonia (2M), asid sulfurik cair (1M), bikar, rod kaca, Bahan/radas : penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, corong turas, kertas turas, mancis, kaki retort dan hablur. Hipotesis : Jika isipadu ammonia yang sesuai digunakan, pembentukan garam ammonia akan terhasil. Pembolehubah a. Manipulasi : : Isipadu ammonia Pembentukan garam ammonia Isipadu asid sulfurik cair b. Gerakbalas : c. Dimalarkan : Prosedur / Kaedah : 1. Sebanyak 30 cm3 asid sulfurik cair diisikan ke dalam bikar. 2. Larutan ammonia dimasukkan sedikit demi sedikit sambil larutan tersebut dikacau. 3. Larutan ammonia berhenti ditambah apabila larutan mengeluarkan bau amniotik. 4. Larutan dipanaskan sehingga isipadu larutan menjadi 1/3 daripada isipadu asal. 5. Larutan disejukkan di dalam larutan campuran ais dan air. Hablur garam yang terhasil dituras dengan menggunakan corong turas dan kertas turas. Rajah : Penyediaan garam ammonium Pemerhatian : Larutan menjadi tepu. Hablur garam berwarna putih yang merupakan garam ammonium sulfat diperolehi. Kesimpulan : Baja ammonium sulfat dapat disediakan dalam makmal melalui tindakbalas peneutralan antara asid sulfurik dengan larutan ammonia. Soalan : 1. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pembentukan ammonium sulfat dalam eksperimen ini. Air ammonia + Asid sulfurik -------> Ammonium Sulfat 2NH3 + H2SO4 -------> (NH4) 2 SO4 2. Bagaimanakah penambahan ammonium sulfat ke dalam tanah dapat mempengaruhi pH tanah? pH akan bertambah kerana ammonia bersifat alkali. 3. Selain digunakan sebagai baja, ammonium sulfat juga digunakan sebagai penyembur agrikultur adjuvant untuk racun serangga yang larut dalam air. Jelaskan fungsi ammonium sulfat di dalam penggunaan ini. Ammonium sulfat juga berfungsi untuk mengikat kation ferum dan kation kalsium yang hadir dalam air serta sel tumbuhan. 4. Namakan 3 contoh baja asli yang digunakan dalam pertanian. Najis ayam, najis kambing dan najis lembu. 5. Namakan 3 contoh baja buatan yang digunakan dalam pertanian. Ammonia sulfat, ammonia nitrat dan urea. 6. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pembentukan : a. Ammonium fosfat H3 PO4 (ak) + 3 NH3 (ak)  (NH4)3 PO4 (ak) b. Ammonium nitrat HNO3 (ak) + NH3 (ak)  NH4 NO3 (ak) c. Urea CO2 (g) + 2 NH3 (g)  CO (NH2)2 (p) + H2 O (ce) 7. Kira peratus nitrogen dalam 1 mol bagi baja-baja di atas. [ Jisim atom relatif : H, 1; C,12; N,14; O, 16; P, 31; S, 32 ] i. Jisim (NH4) 2HPO4 = 132g Peratusan jisim nitrogen dalam satu mol (NH4)2 HPO4 = 28 / 132 x 100% = 21.21 % ii. Jisim NH4NO3 = 80g Peratusan jisim nitrogen dalam satu mol NH4NO3 = 14 / 80 x 100 % = 17.5 % iii. Jisim (NH2) 2 CO = (14 + 2 x 1 ) 2 + (12 + 16 ) = 60g Peratusan jisim Nitrogen dalam 1 mol (NH2)2 CO = 28 / 60 x 100 % = 46.67 % 8. Berdasarkan pengiraan di atas, baja manakah yang paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan. Jelaskan jawapan anda. Baja jenis urea adalah yang paling sesuai digunakan untuk pertumbuhan tumbuhan kerana kandungan nitrogen dalam urea paling tinggi. Pertukaran nitrogen berlaku di mana nitrogen bebas bertukar ke bentuk ion-ion kemudian dioksidakan melalui proses penitratan kepada garam-garam nitrit dan kemudian kepada garam-garam nitrat dalam tanah semula. Garam-garam nitrat itulah akan diserap oleh akar tumbuhan. LAPORAN AMALI 6 TAJUK Tujuan : SABUN DAN DETERGEN : Untuk menyediakan sabun menggunakan proses saponifikasi. Minyak kelapa sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium Bahan/radas : klorida, kertas turas, air suling, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, tabung uji. Prosedur / Kaedah : 1. Sebanyak 10 cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar. 2. Sebanyak 50 cm3, 5 mol dm-3 larutan natrium hidroksida ke dalam minyak kelapa sawit. 3. Campuran dipanaskan sehingga mendidih. 4. Campuran dikacau dengan menggunakan rod kaca. 5. Campuran dibiarkan mendidih selama 10 minit. 6. Selepas pemanasan, 50 cm3 air suling dan tiga spatula natrium klorida ditambah ke dalam cmapuran. 7. Campuran dipanaskan selama 5 minit. 8. Campuran dibiarkan menyejuk. 9. Pepejal putih yang terhasil dan sabun ditapis dan sabun dibasuh dengan sedikit air suling. 10. Pepejal putih ditekan di atas sekeping kertas turas untuk dikeringkan. 11. Pepejal putih disentuh dengan menggunakan jari dan pemerhatian dibuat. Sedikit pepejal putih diletakkan ke dalam tabung uji . Air paip ditambahkan ke dalam tabung uji dan campuran tersebut digoncangkan. 12. Pemerhatian direkodkan. Keputusan: Sabun terasa licin apabila disentuh dan menghasilkan buih apabila digoncang. Pemerhatian : Hasil yang terbentuk merupakan pepejal putih yang terasa licin apabila dirasa jari dan menghasilkan buih apabila air paip dicampur dan digoncang. Hasil yang terbentuk adalah sabun. Kesimpulan : Pendidihan minyak masak dengan larutan natrium hidroksida dapat mengahasilkan sabun. Soalan : 1. Terangkan ciri-ciri sabun yang dihasilkan. Merupakan pepejal putih yang terasa licin apabila dirasa dengan jari dan menghasilkan buih apabila air paip dicampur dan digoncang. 2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini ? Mengurangkan kelarutan sabun dalam air yang menyebabkan sabun termendak keluar. 3. Tuliskan persamaan perkataan yang mewakili proses saponifikasi dalam eksperimen ini. Trigeliserid + natrium hikroksida ------> sabun + gliserin 4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip diganti dengan air suling dalam prosedur 11. Terangkan jawapan anda. Skum yang terhasil akan berkurangan kerana air suling adalah tulen dan tiada bendasing yang akan mempengaruhi sabun. 5. Bolehkah sabun dihasilkan melalui tindak balas hidrolisis lemak atau minyak dalam keadaan berasid ? Terangkan jawapan anda. Tidak boleh kerana sabun terhasil dalam keadaan beralkali dan bukan asid. 6. Namakan 2 teknik untuk mengahsilkan sabun. Teknik sejuk dan teknik panas. 7. Apakah kelemahan sabun komersial ? Kelemahan sabun komersial ialah : i. Kebanyakan sabun komersil tiada gliserin yang akan menyebabkan kulit menjadi kering. ii. Sabun yang mempunyai antiseptik akan turut membunuh bakteria berguna bagi manusia selain bakteria jahat. iii. Mempunyai natrium hidroksida ang berlebihan akan menyebabkan fabrik tidak tahan lama. 8. Apakah sumber yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan detergen? Sumber yang digunakan dalam industri ialah air, enzim dan peluntur. Pewangi juga ditambah mengharumkan detergen. RUJUKAN Hong, E. N. (1992). KBSM Kimia tingkatan 5. Ponyian: Mustamam Entreprise. Chau Kok Yew (2010) Referens Ekspres SPM Kimia. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Loh Yew Lee & N. Sivaneson (2011) Pre-U, STPM & Matriculation Chemistry. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Dipetik daripada (http://ms.wikipedia.org/wiki/soap.php) dilayari pada 16 September 2012 Dipetik daripada (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabun) )dilayari pada 16 September 2012 Dipetik daripada (http://www.scribd.com/doc/21368094/nota-kimia) dilayari pada 12 September 2012 Dipetik daripada (http://ms.wikipedia.org/wiki/Ester) dilayari pada 12 September 2012 Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/34256590/Modul-Sains dilayari pada 12 September 2012 Dipetik daripada (http://kimiaunsps2.wordpress.com) dilayari pada 12 September 2012
Sign up to vote on this title
UsefulNot useful