You are on page 1of 2

ISL Minggu 4 WAJ 3101

Tajuk: Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai kaum. Interaksi antara tamadun merupakan hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dan negara. Secara reliti, interaksi yang berlaku ialah antara individu dengan masyarakat yang mewakili tamadun tersebut. Interaksi ini melibatkan perkongsian nilan, pemikiran, institusi dan keinsanan. Interaksi antara tamadun ini lahir kerana kewujudan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara tamadun. Beberapa contoh Kesan Interaksi: Positif Tamadun Hinduisme + Buddhisme: Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) & Moksha (Liberation) Kristian + Islam: Crusades Negatif Yahudi + Kristian (kurun 9 18m): Pembunuhan yahudi

Islam + Yahudi + Kristian: Piagam Madinah-kebebasan beragama

Islam + Hindu: Peperangan & pembunuhan.

Islam + Konfusianisme (7 masihi): Zheng He (panglima tentera laut muslim), Liu Zhi & Ma Zhu (Pemikir Konfusianisme).

Terdapat banyak kepentingan interaksi, antaranya ialah, bagi menjamin perkembangan dan kemajuan tamadun demi kelangsungan tamadun manusia. Interaksi yang berlaku pula disedari hakikatnya iaitu ia memberi kepada kesan positif san negatif. Walaubagaimanapun, apapun bentuk interaksi yang berlaku, setiap tamadunmenerima dan menyerap unsur-unsur daripada tamadun asing. Contohnya, tamadun Barat moden yang menyerap tradisi ilmu saintifik daripada
1

ISL Minggu 4 WAJ 3101


Islam dan menimbal balik unsur tamadun klasik Romawi-Yunani sehingga mencetuskan kebangkitan Renaisance dan Enlightenment di barat.

Interaksi juga boleh berlaku dengan berbagai-bagai cara seperti hidup bersama atau sebelah-menyebelah (jiran), melalui perdagangan, peperangan, lawatan, penjajahan dan sebagainya. Hasil daripada interaksi ini, maka berlakulah integrasi budaya atau asimilasi sebagai kesannya. Ia tidak semestinya lahir daripada interaksi antara pihak yang dominan dengan pihak yang lemah, tetapi boleh berlaku dalam keadaan tidak ada sesuatu pihak yang dominan.

You might also like