P. 1
Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840

Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840

|Views: 89|Likes:
Published by As Azhani

More info:

Published by: As Azhani on Mar 29, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2013

pdf

text

original

PEMARKAHAN

1.

ESEI ILMIAH (a) (b)

2.

E-FORUM JUMLAH

SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013 KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS PORTFOLIO TUGASAN 1 KUMPULAN EL-A03 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MUKHIDI BIN MOHD ALI NO. ID D2111049840 NO. TELEFON 013-3442021

NAMA PENSYARAH

:

DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

TARIKH SERAH

:

19 NOVEMBER 2012

1

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.0

PENDAHULUAN

3

2.0.

Masalah pendengaran 2.1. Punca-punca kecacatan pendengaran 2.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial bermasalah pendengaran

4 4 5

3.0.

Masalah penglihatan 3.1.Punca-punca kecacatan penglihatan 3.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak cacat Penglihatan

6 6

7

4.0.

Masalah ADHD 4.1.Punca-punca kecacatan ADHD 4.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak ADHA

7 8 8

5.0.

Masalah Fizikal 5.1.Punca-punca kecacatan Fizikal 5.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kecacatan fizikal

9 10 11

6.0.

Penutup

11

2

Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada. yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran . Pendidikan Khas 1997. berhaluan. beriman. Epiletik. ISI PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran. berhaluan. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. Maka kumpulan pelbagai displin harus berkolaborasi untuk memberi sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam kehidupan.Kanak-kanak Bermasalah Pendengarandan dan Kanak-kanak Bermaslah Fizikal.kanak ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan tetapi mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka. Untuk memenuhi keperluan murid khas tersebut. berupaya. boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan . Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down. Perkembangan Lewat. boleh merancang. Matlamat falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan–keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran. Cerebral Palsy. berdikari. masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. berdikari. mengurus kehidupan sendiri. Hiperaktif. Kanak. 3 .0. Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan. Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek mereka. beberapa program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan. masa bagi aktiviti.1. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi. Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain. Autisme. Sepertimana kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan khusus yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan.

Sensorineural' (saraf deria) Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory' .0 MASALAH PENDENGARAN Masalah pendengaran kerap berlaku di dalam masyarakat kita. Kadangkala berlaku kecederaan di telinga semasa bayi dilahirkan atau disebabkan penyakit „homolisis‟ yang disebabkan oleh rhesus. Ia adalah masalah yang melibatkan komunikasi – maslah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. PUNCA-PUNCA KECACATAN Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir. Terdapat 3 jenis utama cacat pendengaran iaitu Conductive' (Gangguan aliran bunyi) yang disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga. Menurut Crulckshakn dan Johnson(1975). Faktor bukan baka adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hamil seperti rubella. apabila kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim akan menyebabkan tekanan yang kuat dibahagian telinga yang mengakibatkan kerosakan kepada telinga.1.2. kencing manis dan sebagainya. Semasa lahir . kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami. semasa lahir dan selepas lahir. Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk. Tiada sebarang jangkitan atau abnormality atau sebarang gangguan . telinga tengah dan telinga dalam haruslah boleh berfungsi secara normal untuk seseorang mendengar. Ada dua punca sebelum lahir iaitu faktor genetic dan bukan baka. 2. Begitu juga dengan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan mengalami masalah pendengaran. meningitis. Masalah Pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar. yang akan menjejaskan pendengaran dan kesan masalah ini bergantung pada tahap yang dihadapi oleh seseorang individu. campak.Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran Mixed' (gabungan) Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural' Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli. 4 . caca. Hilang pendengaran adalah perkara biasa kepada manusia. Telinga luar. Bagi ibu-ibu yang terlalu kerap hamil dan juga oksemia pada peringkat akhir kehamilan adalah punca yang menyebabkan bermasalah pendengaran. Pengambilan dadah ketika hamil juga boleh menyebabkan cacat atau masalah pendengaran.

Kanak. tetapi menghadapi masalah pendengaran selepas kelahiran yang mana apabila kanakkanak dijangkiti bacteria dan virus. Ketika lahir pula biasanya kanak-kanak in dilahirkan sangat kecil dan berat badan kurang daripada 1. Mereka banyak menggunakan isyarat jari dari bercakap. Sikap suka mengelamun dan kurang memberikan tumpuan ketika belajar adalah antara cirri-ciri yang ditonjolkan oleh kanak-kanak ini.2. Pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh bertujuan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini. Bayi yang mengalami cacat pendengaran biasanya tidak menangis ketika dilahirkan dan agak lewat bertutur. kemalangan yang mencederakan bahgian telinga.kerana mereka tidak memahami apa yang diarahkan .tiada respon diberikan. 2. Mereka kurang menggunakan deria pendengaran. sebelum melakukan sebarang tugas. Kanak-kanak ini akan terus melakukan aktiviti sehariannya dan kadang kala apabila nama mereka dipanggil. Motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal. dan terdedah kepada bunyi kuat. Ada juga yang hanya bersikap pasif. menunggu apa yang orang lain buat. 5 . Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kurang bertinda kbalas. KOGNITIF DAN SOSIAL Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran menyebabkan perkembangan fizikalnya tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Apabila guru memberikan arahan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak melakukan apa yang disuruh. ekspresi muka dan gerakan tangan dan gerakan bibir .kanak yang bermasalah pendengaran biasanya akan kerap memerhati dan melihat isyarat visual. barulah sesuatu maklumat yang ingin disampaikan boleh diberi. mereka akan menjadi nakal dan tidak mempedulikan orang lain .Ada juga kanak-kanak yang dilahirkan normal . CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL.Kadangkala apbila mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru .Mereka hanya duduk diam. Kanakkanak ini tidak bertindak balas terhadap bunyi.dan menyendiri.5kg. Kita perlu menarik perhatian mereka dengan meminta mereka memandang kearah kita.

ii . Kaedah penyampaian pembelajaran dan keperluan alat bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. ii. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang samada dia butu atau kabur penglihatan. PUNCA –PUNCA MASALAH PENGLIHATAN i. Penyakit Penyakit dan kekurangan zat adalah merupakan punca utama masalah penglihatan. MASALAH PENGLIHATAN Dari segi pendidikan. Menurut The World Council For The Welfare For The Blind dalam Hajah Hasnah ( 1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. konjuktivitis dan retinopati diabetic. 3.1.Ketika usia 60 tahun seringkali berlaku masalah penglihatan bagi semua bangsa .3. glaucoma.0. namun demikian kanak-kanak miskin lebih cenderung mengalami masalah ini. Tidak boleh melihat langsung Kebolehan melihat tidak boleh melihat 6/60 atau 20/200 iaitu dengan ujian Snellen Penglihatan yang terhad iaitu kurang 20% Masalah Penglihatan juga melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. vi. Siflis 6 . v. kemerosotan macula (AMD) berkait usia. Baka iv. Komplikasi semasa hamil dan semasa kelahiran Rubella – Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi jika ibu dijangkiti ketika usia kandungan antara 1 hingga 3 bulan. kebanyakan punca buta di seluruh dunia adalah berkaitan dengan katarak. Menurut anggaran WHO 2002. Ia merupakan sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. trakoma. Lebih ramai penduduk di nagara membangun mengalami kecacatan penglihatan disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding dengan Negara-negara maju. iii.

selalu mengerut atau mengecilkan mata. bahagian tepi mata akan kelihatan merah. 2007 dalam rencananya menyatakan bahawa perilaku ini dilihat dengan sikap tidak mahu diam. kerap mengerdip mata.0 ADHD ADHD merupakan satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. KOGNITIF DAN SOSIAL Antara cirri-ciri fizikal yang berkaiatan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak ialah . Dari segi kognitif pula daya pengamatan terhadap jisim amat lemah dan terbatas. Ciri sosial pula akan kelihatan apabila kanak-kanak akan sering memusingkan kepala ke sebelah arah ketika melihat objek. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanakkanak mengekalkan kedudukan badan mereka. dan kanakkanak akan sering keliru dengan huruf. juling. sukar untuk dikendali dan bertindak mengikut kehendak hatinya. relative kepada tindakan graviti manakala 7 . dan sering mencari-cari yat atau baris ayat yang dibaca. Kanak-kanak ini memerlukan suatumasa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan pergerakan dan manipulasi. mata selalu berair. kelopak mata bengkak. mata sensitive terhadap cahaya. kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL. ii. tidak member tumpuan. iii. Kecederaan 3. menonton tv atau membaca dengan jarak yang dekat. selalu terlanggar objek. terdapat bintik-bintik di tengah mata. bebola mata berputar.Mohd Fadzil Hj. Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati ( Impulsiviti) ADHD atau hyperaktif merupakan satu pola perilaku pada seorang kanak-kanak. Ibrahim. 4.vii. Menurut kamus Dewan edisi keempat tingkah laku hiperaktif merupakan sifat kanakkanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar dikawal. selalu menutup sebelah mata. Terdapat 3 jenis kepayahan: i.

PUNCA-PUNCA ADHD i. suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit. 4. v. iv. Pengambilan daah ataupun ubat yang berlebihan Ibu hamil yang mengambil ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Mereka tidak mahu menurut peraturan terutama kanakkanak hiperaktif yang berada di sekolah. ii. Ciri-ciri fizikal yang ditonjolkan pula ialah suka menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dansentiasa resah di tempat duduknya. Kanak-kanak ADHD sering tertekan. Tidak duduk diam dan banyak bercakap. iii. Faktor genetik Antara kesan yang dikenalpasti adalah pembentukan saraf otak secara tidak normal dan mengakibatkan ketidakseimbangan antara organ. Ketika belajar pula kanak-kanak hiperaktif tidak memberikan tumpuan kepada guru. tidak puas hati sering ditonjolkan. Ibu Kemalangan ketika mengandung. menghadapi masalah dalam pembelajaran dan hubungan social. mereka akan membantah.pergerakan ialah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak teang menghasikan ketidakstabilan perubahan atau penyusutan dalam perubahan saraf tersebut. 8 .2. Perasaan takut dan risau. Sering meninggalkan kerusinya ketika di dalam kelas. darah dan saraf. Secara amnya sikap yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak hiperaktif ialah mereka bias any agak degil dan tidak mahu menurut arahan yang diberi.ketidakseimbangan ini diolah melalui factor genetik yang mengandungi bahan kimia agen pembantu pembentukan sifat dalam otak. Sikap lalai.Apabila diminta melakukan sesuatu perkara . Dalam banyak kes klinikal. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL. KOGNITIF DAN SOSIAL. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan factor atau punca kepada masalah hiperaktif.1. Suka berlari-lari atau memanjat-manjat denga berlebihan. 4.

sentiasa bergerak ke sana sini dan banyak bercakap. kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan. muscular dystrophy.tidak member tumpuan kepada orang yang bercakap denganya. Manakala kanak-kanak Impulsiviti (menurut kata hati) akan bertindak menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis. 9 . dan kerap mengganggu rakan lain semasa mereka bertutur atau bermain. Ia termasuk ketidak upayaan berbentuk neorologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecacatan ortopedik yang melibatkan tulang. semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi. meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ. Di antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti celebral palsy. sendi dan otot. mudah hilang perhatian dan seorang yang pelupa. Kanak-kanak hipeaktif pula sering menggoyang –goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dan resah di tempat duduknya. asthma. mempunyai banyak masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya. berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan. dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda. diabetes dan leukemia Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal. tidak sabar menunggu giliran. mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran. fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts. MASALAH FIZIKAL Perkembangan fizikal boleh didefinisikan sebagai perubahan saiz fizikal. limb deficiencies.Bagi kanak-kanak yang mengalami kurang tumpuan ciri-ciri yang sering ditonjolkan adalah seperti melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. tidak berupaya mematuhi arahan. bising waktu bermain. epilepsy. sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah.0. spina bifida. 2007). 5.

1. mengambil minuman beralkhohol serta diabetis 5. semasa dan di peringkat awal kelahiran ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. dan punca masalah ini adalah beerlainan antara satu sama lain. ibu mengalami darah tinggi. Amat penting untuk ibu-ibu merancang kehamilan.jarang berlaku di bahagian atas dan adakalanya berlaku di otak. Punca kecacatan ini adalah sejak dilahirkan lagi.1 Spina Bifida / tulang belakang terpisah. Punca berlaku sebelum kelahiran ialah kerana jangkitan dalam rahim.Ini sering berlaku kepada ibu-ibu yang tidak merncang kandungan .1. kurang darah ketika mengandung dan pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung.Kecacatan ini bole berlaku pada sebahagian tulang belakang atau kadangkala di keseluruhan tulang belakang yang tidak bersambung dengan sempurna yang mana menyebabkan sarap tunjang terdedah. Faktor persekitaran juga boleh menyumbang kepada kecacatan Spina Bifida.Biasanya ianya berlaku di bahgian bawah tulang belakang . Kanak-kanak ini mengalami kerosakn pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangan upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan.Keadaan ini sering berlaku di bulan pertama kandungan.2 Celebral Palsy atau Kurang Upaya Mengawal Pergerakan Otak. kencing manis.lemas ketika dilahirkan dan jangkitan semasa kelahiran . 10 . PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL Terdapat pelbagai jenis msalah fizikal. Semasa proses kelahiran pula adalah disebakan kelahiran tidak cukup bulan. sedangkan ogan –organ sudah mula terbentuk. Persekitaran yang tidak sihat seperti ibu hamil yang menghisap rokok. 5. yang mana ianya berlaku di tiub neural.1.5. Asid folik amat penting diambil oleh ibu mengandung.. Kecacatan ini sering berlaku sebelum. Penyebab utama berlakunya masalah dalam kandungan ini ialah kerana kurang vitamin. Merka hanya menyedarinya ketika kandungan sudah berusia 5 hingga 6 bulan.

ini akan mengakibatkan mereka disisih dari kumpulan rakan sebaya mereka.Jika mereka tidak dapat bersaing. Keupayaan atau kebolehan kanak-kanak bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan dapat dilihat dengan ketara.Punca-punca penyebab selepas kelahiran pula ialah sebelum usia 3 tahun kanak-kanak dijangkiti kuman di selaput otak (meningitis). merengek tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kuran tindakbalas rangsangan. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL. meragam. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan sebaya akan menjejaskan perkembangan personalitinya. menggunakan sebelah tangan . KOGNITIF DAN SOSIAL Masalah fizikal yang dihidapi oleh kanak-kanak akan meyebabkan perubahan perkembangan fizikal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran disarankan untuk mendaftar kerana pelbagai keistimewaan 11 .sembelit dan cepat marah. Berikutan dengan ini keyakinan diri juga akan menurun . Perkembangan psikomotor. PENUTUP Pencapaian intelek yang tinggi dan kemahiran yang sesuai adalah merupakan kehendak masyarakat dan negara dalam corak kehidupan masa kini dan ianya merupakan tekanan kepada setiap pasangan untuk mendapatkan zuriat yang berpotensi. Program-program atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan-Badan Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kementerian berkaitan. kerap menangis. 1978). penderaan dan penganiayaan fizikal. Ianya akan mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock.Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. dan kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan. Menurut (Hurlock. berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila mereka dewasa kelak. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan seperti Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 6.2.0. deman kuning (jaundis) yang teruk. Ciri-ciri kanak-kanak celebral palsy pula kanak-kanak kelihatan lembik. 5. perkembangan tumbesaran lewat. kognitif dan social kanak-kanak. masalah menyusu. struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi. 1978).

potongan sewaan penggunaa telefon dan berbagai keistimewaan lagi disediakn oleh pihak kerajaan. tiada motivasi dan ayik bermain sahaja. Sebenarnya tanggungjwab untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajran ini bukan sahaja terletak di bahu professional dan guru-guru sahaja tetapi ibubapa juga adalah perlu bekerjasama memberikan perhatian dan kometment bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti latihan-latihan khas di rumah. 12 . Pengalaman dari program –program intervensi ke atas kanak-kanak cacat telah membolehkan para professional memahami konsep by pass strategies iaitu strategi yang membantu kanakkanak ini mendapatkan kemahiran dengan menggunakan keupayaannya dengan menggunakan bahasa isyarat. potongan tambang pengangkutan awam. Ibubapa dan guru haruslah jagan membuat tanggapan terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya sebagai malas.yang akan mereka perolehi seperti keistimewaan berdaftar percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. bantuan orang kurang upaya. .menggunakan Braille atau alat sokongan orthosis bagi kanak-kanak lemah anggota kakinya. bodoh.

Jabatan Pendidikan Khas.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanakkanak%20Berkeperluan%20Khas. Sastera dan Sains Sosial. kementerian Pendidikan Malayisa (2003). www.authorstream. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.comwww..slideshare.net/ld-bp. (2006).authorstream. Universiti Terbuka Malaysia.myhealth. Kementerian Pelajaran Malaysia(2005). Jamila K. Julia Jantan/Siti Suhaila Samian. Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Mohamed.net/manjabeta/kanak-kanak-berkeperluan-khas http://www.phphttp://www. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah . Kuala Lumpur.com.A. Politeknik Johor Bharu. Buku Maklumat Pendidikan Khas.gov.Kuala Lumpur.org/wiki/Autismhttp://en. PTS Profesional.wikipedia.pdf 13 .utusan.org/wiki/Autism http://www. http://http://www..com http://en.asp?y=2009&dt.my/myhealth/bm/kanak_contenthttp http://www.RUJUKAN Fakulti Pendidikan.amaljaya.my/utusan/info.spe-\ http://www.(2005).wikipedia.spe-ed. (2007) Perkembangan dan Ciri-ciri Kanak-Kanak Berkeprluan Khas.

TELEFON 013-3442021 NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI TARIKH SERAH : 18 NOVEMBER 2012 14 . ID D2111049840 NO.A03 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MUKHIDI BIN MOHD ALI NO.SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013 KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS PORTFOLIO TUGASAN 2 KUMPULAN EL.

1.1 2.1.2 5. Pendahuluan Model Perubatan Fisiotrapi 2.0.1.5.0.1.1. 5. 2.0.ISI KANDUNGAN 1.4. 5. Sejarah Terapi Keperluan Terapi Fizikal Dalam Pendidikan Khas Kepentinagn Terapi Fizikal.3 3.0. 2.0 4.1. 15 . Muka surat 16 16 18 19 19 19 20 20 21 22 22 23 23 24 25 26 27 Model Sosial Komunikasi kanak-kanak Bermasah Pendengaran Kaedah Komunikasi 5.1.0.0.1. Bacaan bibir Pertuturan Kiu Komunikasi Seluruh Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 6.3 5.1 5. Kesimpulan Penutup RUJUKAN 7.2 2.1.

2.model tersebut ialah model perubatan. MODEL PERUBATAN Menurut model perubatan bahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkah laku tidak normal adalah di sebabkan oleh masalah organik atau penyakit. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. PENDAHULUAN Berdasarkan Kajian terdapat beberapa model teoritikal yang membincangkan tentang pendidikan khas. Terdapat dua model kurang upaya yang berbeza iaitu model social (social model) dan model perubatan (medical model).0. model perkembangan. Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan ke atas seorang kanakkanak berkeperluan khas. model behavioris. Model ialah satu rangkakerja bagi memahami maklumat. serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Setiap model mempunyai pandangan yang tersendiri tentang pendidikan khas. model kognitif. Menurut Golin dan Ducanis (1981) kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. model humanistik dan model ekologikal. Diagnosis dan prognosis perlu untuk memahami keadaan biologikal serta keadaan fizikal yang turut merangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. Keduadua model ini adalah bertujuan mengenalpasti masalah dalam masyarakat. dan membantu OKU dengan memenuhi keperluan mereka. 16 . Teori saintifik mengutamakan ramalan. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. sekolah dan masyarakat perlu bekerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan kumpulan pelbagai disiplin harus memainkan peranan penting. Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat penting. Ibubapa.1.0. Antara model. Faktor alam sekitar yang boleh mengancam sistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi.

“kecacatan” individu perlu diubati atau disembuhkan. Jika berlaku atau terjejasnya penglihatan. individu tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai cara kehidupan. Mengikut model perubatan individu itu sendiri adalah masalahnya. ahli professional diperlukan untuk menjaga individu itu. Kanakkanak buta pula untuk memulihkan penglihatan mereka dengan menggunakan teknologi dan perubatan terkini. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin. Sebagai contoh . Sebaliknya. pergerakan atau pendengaran. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Di negara kita peranan pakar perubatan adalah amat penting dalam melaksanakan pendidikan khas di Malaysia. kurang upaya membawa maksud sebagai masalah yang dihadapi oleh seseorang individu. ini bermaksud ketidakupayaan mereka. Model Perubatan juga kadangkala dikenali sebagai “personel tragedy model” kerana pengalaman kesukaran yang dihadapi disebabkan pengalaman atau bentuk anggota tubuh badan mereka. individu OKU menyamai kedudukan seperti kanak-kanak normal. Melalui model perubatan juga. usaha untuk memulihkan kanakkanak pekak ialah dengan memulihkan pendengaran dan melatih mereka bertutur.Mereka yang mengambil model ini akan menggunakan kaedah latihan proses atau process trainning sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak pendidikan khas. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak tidak bertambah teruk. Latihan proses memberikan tumpuan utama kepada latihan khusus untuk memupuk rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengamatan. Pendekatan perubatan ialah bagi mengubati Adalah mustahil untuk kecacatan ini atau memulihkan mereka. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berdasarkan ciri-ciri perubatan. yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk 17 . Kanak-kanak berkeperluan dari perspektif perubatan dilihat sebagai mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya.

kecederaan. Fisioterapi dalam pendidikan khas dapat membantu kanak-kanak mengembangkan motor kasar meliputi otot-otot besar dan motor halus untuk pelbagai fungsi seperti berlari. terapi hidro. FISIOTERAPI Bagi memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia rawatan menggunakan terapi fizikal boleh digunakan termasuklah sebab-sebab faktor penuaan.1.mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Peralatan.Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya yang diajar. v.Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah seramai antara lima hingga sepuluh orang murid sahaja. iii. ii. 2. Penyampaian. dan rangsangan menggunakan elektrik dan cahaya 18 . kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. melompat. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran-strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya. rangsangan penyejukan dan pemanasan. berjalan mengangkat dan melempar bola. Dalam pelaksanaan pendidikan khas. tumpuan harus diberi kepada perkara-perkara berikut: i. Pengubahsuaian Kurikulum .Guru-guru harus dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau kanak-kanak bermasalah penglihatan. penyakit atau persekitaran.contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi pelajar buta. Bilangan Pelajar dalam Kelas .Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta. vii. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Guru Pendidikan Khas Terlatih . Oleh itu. Aktiviti Kokurikulum – harus disesuaikan dengan jenis murid khas. latihan teraputik. vi. iv.

Dalam tahun 1980an berlaku perubahan dalam sejarah terapi fizikal Freddy Kaltenborn telah memperkenalkan computer rangsangan elektrik dan ultrasound. Menurut Auxter. Pada tahun 1894 empat orang jururawat bekerja sebagai sukarelawan dipusat Pertubuhan Terapi.3 KEPENTINGAN TERAPI FIZIKAL. Pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan. Ibubapa juga berpeluang untuk berbincang dan mengemukakan pendapat bersama ahli terapi kerana melalui terapi juga keperluan kanak-kanak pendidikan khas mampu dibina ke arah keseimbangan yang menyeluruh. Kanak-kanak pendidikan khas memerlukan rangsangan untuk bergerakbalas Selain daripada itu terapi fizikal juga mampu terhadap sesuatu kemahiran yang diajar. Pemulihan bagi motor halus juga amat penting. Ibubapa pula berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik yang betul dan cara-cara alternative untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Portland (1914). Konsep kendiri yang lebih positif dapat dibina melalui terapi ini. fizikal. berlari dan melompat dengan kaedah yang betul.2 KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS Bagi kanak-kanak Pendidikan Khas terapai adalah amat penting. Contohnya murid dapat berjalan. Melalaui terapi fizikal kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya dapat ditingkatkan. 2.1.1 SEJARAH TERAPI Hippocrates dan Hector telah mempelopori Terapi fizikal sejak tahun 460 Sebelum Masihi lagi. 2. 19 . Terapi diperlukan sebagai satu persedian untuk menghadapi pembelajaran dari aspek mental. Sejak dari itu pusat terapi ditubuhkan secara formal di Universiti Otago di New Zealand dan Amerika Syarikat pada tahun 1013. merangsang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan.2.1. Ianya merupakan satu kaedah urutan dan hippoterapi. emosi dan sosiolisasi. Pyfer dan Hueting(1998) masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja. Terapi fizikal perlu dilakukan berulangkali sehinggalah otot menjadi matang dan kanak-kanak dapat melakukan sendiri.1.

3. Individu seperti mereka perlu menyedari bahawa mereka juga adalah sebagai ahli “masyarakat”. Individu tersebut tidak dapat bersaing pada tahap yang sama sebab terlalu banyak halangan dan kekangan. penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. kanak-kanak dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya.0 MODEL SOSIAL Model sosial dicipta pula telah dicpta sediri oleh orang kurang upaya hasil daripada tindakbalas masyarakat terhadap mereka dan juga pengalaman kesihatan dan kebajikan yang menjadikan mereka berasa tersisih dan ditindas. Oleh itu merupakan satu keazaman yang tinggi dalam menjalani proses terapi untuk membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.Latihan imbangan merupakan latihan yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki. Melalui kerajaan serta agensinya mesti bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut. Melalui terapi fizikal juga tingkahlaku kanak-kanak pendidikan khas dapat diubah l. Melaui terapi fizikal. Kemampuan otak kiri dan otak kanan berfungsi dengan baik dapat ditingkatkan dengan koordinasi kedua motor ini. Oleh hal demikian secara tidak langsung berlaku pembelajaran dalam kumpulan dan amalan kesabaran dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan mereka. menyambut bola pelbagai saiz dapat mematangkan keduadua motor halus dan kasar dan ini dapat meningkatkan kefungsian mereka dalam kehidupan seharian. Aktiviti seperti mencantum puzzle. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa aktiviti terapi dijalankan. Daya pengamatan kanak-kanak pemulihan khas dapat ditingkatkan kerana ini dapat memberikan ketajaman pendengaran. 20 .Kemampuan mereka perlu dipupuk supaya dapat bersaing dengan rakan sebaya yang lain. meniti di atas bangku dan sebagainya. Mengikut model sosial “kecacatan” bukan masalah individu. Selain daripada itu terapi fizikal juga dapat membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Sebagai contoh kanak-kanak hiperaktif dan ADHD yang suka mengganggu akan sedikit demi sedikit berubah apabila ganjaran sering diberikan semasa aktiviti dijalankan. Bandura dan Walters mendapati bahawa banyak tingkahlaku dalam kehidupan sehari-harian dipelajari melalui contoh dan teladan dan melalui bahasa. Orang Kurang Upaya juga mempunyai hak yang sama seperti orang normal yang lain lain.

Ia dihasilkan oleh Orang Kurang Upaya untuk mengatasi diskriminasi terhadap golongan seperti mereka (OKU) ii. Bahasa dan pertuturan digunakan untuk berkomunikasi. iii. iv. Ia diwujudkan untuk melihat “masalah” perihal kecacatan (OKU) dari sudut sosial dan bukan menganggap OKU itu sendiri sebagai masalah. Ia menganjak tumpuan dari apa yang boleh dilakukan oleh OKU kepada apa yang boleh dilakukan oleh mereka sekiranya mendapat kerjasama dari pihak yang berkenaan untuk mewujudkan kesamarataan. halangan fizikal dan juga komunikasi sebagai bidang utama yang perlu diubahkan. KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Pelbagai strategi dan kaedah boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak pendidikan khas.0. Gesture(tanda isyarat). v. Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007). Disini saya tertarik dan cuba untuk membincangkan berkaitan kaedah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanan bermasalah pendengaran. Kanak-kanak ini kurang diberi peluang untuk 21 . Ia membolehkan OKU menyedari bahawa kedudukan mereka harus diberi perhatian dari segi hak asasi manusia dan sebagai isu kesamarataan. gerak badan. Komunikasi amat penting bagi seseorang untuk mendapatkan maklumat dan idea. 4. eye contact dan ekspresi atau mimik muka boleh dijadikan komunikasi. Menurut Owen (1990). menyatakan masalah pendengaran merupakan kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga. penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap pertutur yang boleh ditafsirkan dengan berbagai makna. bahasa dan komunikasi secara lisan. Selain daripada itu intonasi.Perkara utama mengenai pendidikan khas berdasarkan Model sosial ialah: i. Ia membolehkan semua OKU dari pelbagai kekurangan bekerjasama untuk memperjuangkan perubahan dalam sikap masyarakat dan peningkatan akses dan komunikasi. vi. Masalah utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah sukar bertutur. Ia membolehkan kita mengenalpasti bidang-bidang yang memerlukan perubahan dan khususnya mengenalpasti sikap negative. maklumat diterima dan saling memahami.

pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas.1 Bacaan bibir Kaedah komunkasi melalui bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi dengan mengikut atau memerhati bibir penutur termasuk memahami dan memerhati hingga ke otot muka dan gerak badan penutur. Pendekatan bacaan bibir memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa. Proses inilah antara penyebab proses perkembangan bahasa. Dari aspek pendidikan pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti sekolah pendidikan khas. Menurut 22 . Akibat daripada masalah ini menyebabkan golongan pekak agak tersisih dari masyarakat normal dan mengakibatkan kemerosotan jati diri. Kekurangan atau kelemahan yang didapati melalui bacaan bibir ialah apabila penumpuan tidak dapat diberikan pada kualiti bunyi pertuturan itu sendiri seperti bunyi yang tinggi atau rendah. keciciran dalam aspek pendidikan.1. kanak-kanak pekak yang ada sidikit pendengaran seharusnya digembleng kebolehan pendengaran mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. sekolah integrasi dan juga guru-guru yang boleh mengajar bahasa isyarat ditempatkan di sana. Hubungan masyarakat dan hak berkomunikasi hanya terhad kepada yang mengetahui bahasa isyarat sahaja dan bilangan jurubahasa juga amat kurang. Bacaan bibir juga memerlukan daya penglihatan yang mana ianya memerlukan pencahayaan yang terang bagi mengamati wajah penutur. Ada beberapa faktor yang menyebabkan agar sistem komunikasi dua hala ini berjalan dengan telus. Menurut Saadiah Ahmad (2009).berkomunikasi dengan individu normal. Akses maklumat tiada hak untuk menyuarakan pendapat dan hak bagi memenuhi keperluan. 5. gagal mendapat hak untuk berurusan dengan sektor awam.0. Antara kelebihan bacaan bibir . Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberikan tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melaui pertuturan secara „sengaja‟. Orang pekak harus menjalani kehidupan sehari-hari seperti manusia biasa. Raja Mariam Iskandar (1999). KAEDAH KOMUNIKASI Terdapat lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang bermasalah pendengaran : 5.

5. bacaan bibir. sosial dan kognitif yang normal. Ianya menggunakan keseluruhan bahasa iaitu bahasa isyarat. Kebanyakan kanak-kanak ini tidak menggunakan bahasa isyarat. pertuturan. Menurut Abdullah Yusoff et. membaca dan menulis. Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran yang mana komunikasi amat sukar berlaku dalam kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun terdapat juga kekurangan yang mana penguasaan pertuturan kiu dikuasai oleh mereka yang mempunyai saki baki pendengaran yang baik. keadaan ini meyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak pekak yang lain. namun kesinambungan perlu dilaksanakan di rumah bersama keluarga masing-masing. Kaedah ini perlu dilaku seawall usia supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi dalam masyarakat normal. Ini bermakan pertutur kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat. 23 .2 Pertuturan Kiu Pertuturan kiu merupakan satu kaedah pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyibunyi apabila melihat pergerak bibir. 5. All(2006).Tan Chin Guan (1999).1. Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap sukukata yang dituturkan. Antara kelebihan pertutur kiu ialah kaedah pertuturan yang mempunyai tahap ketepatan yang hampir sama dengan individu normal. Penguasaan bahasa melayu dapat dipelajari dengan baik dengan menggunakan sukukata dan enam kedudukan vokal yang dapat membantu bunyi sukukata dengan jelas. mimik muka. ejaan jari. Komunikasi Seluruh merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan kanak-kanak memahami bahasa. Melalui pemerolehan bahasa yang hampir normal dapat membawa kepada tahap kualiti hidup yang lebih baik bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran disebabkan oleh perkembangan emosi.3 Komunikasi Seluruh Dikenali juga dengan total communication.1.

Namun terdapat juga kekurangan KTBM. Kaedah komunikasi seluruh menggunakan kaedah isyarat. KTBM sangat penting untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.1. Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahsa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik muka semas berkomunikasi. 5. KTBN adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar. Namun. iaitu ia bukanlah sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. morfem yang merupakan bahagian-bahagian perkataan individu yang bermakna. Penurunan KTBM ini ke dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan semantik Bahasa Melayu. Justeru daripada itu buku “American Sign Language” digunakan. terdapat beberapa isyarat yang bertentangan dari segi agama dan budaya Malaysia tidak sesuai digunapakai maka isyarat lain yang digunakan oleh kanakkanak pekak pada ketika itu digunapakai.4.Antara kelebihan Komunikasi Seluruh menurut Raja Mariam raja Iskandar (1999). Menurut Saadiah Ahmad(2009) Kekurangan yang terdapat dalam komunikasi seluruh pula ialah Bahasa Isyarat Komunkasi Seluruh telah digunakan oleh kanak-kanak pekak di Sekolah Kanakkanak pekak pulau Pinang sejak 1954. KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip Komunikasi Seluruh. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. 24 . Guru-guru dan kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu menguasai kod yang ditetapkan untuk mewakili kata Bahasa Melayu. gerak isyarat mewakili samada perkataan yang lengkap atau lebih tepat lagi. Menurut Saadiah Ahmad (2009). Kementerian Pelajaran Malaysia(1985). diperbualkan. Komunikasi Seluruh juga menggambarkan kaedah penggunaan pelbagai deria. ditulis dan dibaca dan difahami. Komunikasi seluruh menghadapi masalah apabila terdapat perkataan yang tidak mempunyai isyarat.

sokongan. Manakala kekurangannya pula ialah ianya tidak mempunya tatabahasa yang lengkap seperti KTBM. Antara kelebihan BIM ialah pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh orang pekak seperti berbincang berbagai isu. Kerjasama. memudahkan komunikasi antara dua orang pekak dan memberi pemahaman yang baik.5. 25 .5. Kunci untuk menyampaikan ilmu kepada kanakkanak pekak ialah komunikasi. guru-guru dan mayarakat sekeliling kanakkanak pekak amat penting bagi memastikan komunikasi yang baik dan bermakna sentiasa berlangsung bagi memastikan perkembangan diri kanak-kana kini. Ini menimbulkan masalah apabila bahasa tulisan kanak-kanak pekak sukar difahami. bapa. keluarga. bergurau senda. diantara murid.0.1. Kanak-kanak ini tidak boleh dibiarkan berseorangan tanpa sesiapa di sekeliling memahaminya. 6. BIM diguna dan diterimapakai oleh orang pekak secara meluas dan dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pada tahun 2000 yang mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak untuk tujuan komunikasi den penterjemahan . guru dan kawan-kawan. berinteraksi dengan keluarga. Pendedahan awal amat penting bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. bimbingan dan galakan diantara ibu. Bahasa Isyarat Malaysia(BIM) BIM ialah bahasa yang tulen bagi orang pekak Malaysia. Kanak-kanak juga perlu dimasukkan ke program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengar bagi intervensi awal. KESIMPULAN Dalam dunia yang serba moden ini tiada masalah akan timbul bagi kanak-kanak pendidikan khas terutamanya bagi kanak-kanak pekak.

Pagliano & Verheul (2009) berpendapat terapi adalah bertujuan meningkatkan potensi seseorang untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan melibatkan diri pada rangsangan motivasi. Terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam membentuk insani yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani . emosi intelek dan sosial. Peranan yang penting dimainkan oleh ahli terapi bagi meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif.7. Semua pihak perlu memberi peluang kepada kanak-kanak pendidikan khas agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Berdasarkan kedua-dua model yang dibincangkan di atas terdapat perbezaan yang boleh dibuat perbandingan di antara model sosial dan model perubatan.0. PENUTUP Messbauer. dengan itu dapat meningkatkan komunikasi dan fungsi. rohani. emosi dan tingkahlaku kanak-kanak. Ransangan dan motivasi ketika menjalankan terapi fizikal bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak tetapi juga terhadap guru dan ibubapa. Model perubatan menyatakan bahawa individu tersebut adalah masalah manakala model sosial pula menyatakan masyarakat adalah masalah 26 .

Jilid 1. Owen (1990).RUJUKAN Abdullah Yusoff. Boston :Allyn & Bacon Paul. 321-336. Language Disorders : A Functional Approach to Assessment and Intervention. Bultein Pendidikan Khas: Jabatan Pendidikan Khas. Jurnal Dewan Bahasa. (Unpblished M. Pengenalan Pendidikan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Fakulty Of Linguistic University Malaya. S (1994) Language And Deafness San Diego: Singular Publishing Group. Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur. Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Kementerian Pendidikan Malaysia (1997).A Tesis) Abdullah Yusof. P. & Quigley. 40: 4. Abdullah Yusoff. Bahasa Isyarat Malaysia : Persekutuan Orang Pekak Malaysia Kuala Lumpur. 27 . (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The Formation Of Sign Language Among Deaf Pupils). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod Tangan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan Pelajar Pekak (An Expression Of Idea In A Composition : A Case Study On A Deaf Student). Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->