You are on page 1of 29

Kerja Kursus CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM

Tajuk Tugasan : Perancangan, Pelaksanaan dan Laporan Perkhemahan Pengakap

Disediakan Oleh : KARTHIK A/L MAREY

ISI KANDUNGAN BIL A Perancangan - Kertas Kerja - Pengenalan - Objektif - Tujuan - Tema - Sasaran - Tarikh - Masa - Tempat - Anjuran - Jawatankuasa Pelaksana - Tentatif - Anggaran Perbelajaan - Jadual Pelaksana Gerak Kerja - Penutup - Lampiran B Pelaksanaan - Situasi Tentatif Pendaftaran - Upacara Perasmian Pembukaan - Teks Pengerusi Majlis - Senarai Aktiviti yang Diadakan - Perasmian Penutup C Laporan - Situasi Tentatif - Laporan Jawatankuasa Kerja - Laporan Kewangan - Kesimpulan Laporan PERKARA HALAMAN

SJKt Ladang Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Kertas Kerja

Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap 2011

Anjuran

Unit Kokurikulum SJKT Ladang Byram


1.0 Pendahuluan

Perkhemahan Badan Berunifrom Pengakap merupakan program anjuran Unit Kokurikulum SJKT Ladang Byram. Program ini merupakan program peringkat sekolah yang melibatkan murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. Seramai 54 ahli pengakap akan berserta perkhemahan ini. Secara amnya perkhemahan ini dianjurkan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang. Penganjuran

perkhemahan ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan modal insan yang seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial. Walau bagaimana pun objektif, tujuan serta lain-lain butir perkhemahan tersebut seperti berikut;

2.0

Objektif Perkhemahan ini mempunyai beberapa objektif yang perlu dikuasai oleh para peserta pada sepanjang perkhemahan serta dalam kehidupan. Antara objektif adalah seperti berikut; 2.1 Memupuk nilai-nilai dan pengajaran yang terdapat dalam Persetiaan Pengakap. 2.2 Melahirkan murid yang mematuhi peraturan Pengakap pada setia masa sepanjang perkhemahan. 2.3 Meningkatkan daya kepimpinan serta semangat tinggi dalam segala aktiviti Pengakap. 2.4 Menggunakan kemahiran yang telah belajari sepanjang tahun. 2.5 Memupuk semangat perpaduan diantara murid-murid. 2.6 Melahirkan murid yang berdisiplin serta boleh mematuhi segala peraturan dan arahan pemimpin.

3.0

Tujuan Perkhemahan yang dianjurkan mempunyai beberapa tujuan yang membawa pelbagai impak positif dalam usaha menyempurnakan modal insan. Antara tujuan penganjuran perkhemahan ini adalah; 3.1 Melahirkan insan yang bersemangat, mempunyai pendedahan terkini dan daya kepimpinan yang tinggi dalam sesuatu pengurusan. 3.2 Perkhemahan ini merupakan satu pendedahan kepada para murid untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan terutamanya darisegi pendidikan. 3.3 Melahirkan insan yang boleh mematuhi segala peraturan dan arahan pihak atasan.

4.0

Tema

Tema perkhemahan tahun 2011 adalah Belajar Berpakat Berjaya. Tujuan tema ini dipilih untuk para peserta menuntut ilmu kemahiran serta pengalaman yang menjadi teladan serta panduan pada masa akan datang. Selain itu, ahli pengakap juga perlu bersatu padu untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara.

5.0

Sasaran Kesemua ahli Pengakap Kanak-kanak SJKT Ladang Byram dari tahun 3 hingga tahun 6 merupakan sasaran perkhemahan tahun ini. 30 September 2011 2 Oktober 2011 ( Jumaat Ahad ) [ 3 Hari 2 Malam ]

6.0

Tarikh

7.0

Masa

Pendaftaran Bersurai

: 2.30 Petang (30 September 2011 Jumaat) : 12.30 Tengah Hari (2 Oktober 2011 Ahad)

8.0

Tempat

Kawasan Sekolah SJKT Ladang Byram

9.0

Anjuran

Unit Kokurikulum SJKT Ladang Byram

10.0

Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Pengerusi : En. Gunasegaran a/l Veerasamy [ Guru Besar ] : En. Nathan a/l Sinasamy [ Penolong Kanan Kokurikulum ] : En. Kalaiarasan a/l Madhu [ Penolong Kanan Pentadbiran ] : Pn. Parameswary a/p Veerappan [ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ] : En. Karthik a/l Marey [ Pemimpin Pengakap Sekolah ] : En. Pannir Selvam a/l Arasu [ Penolong Pemimpin Pengakap Sekolah ]

Tim. Pengerusi

Naib Pengerusi 1

Naib Pengerusi 2

Setiausaha

Bendahari

Ahli Jawatankuasa Kecil

Buku Program Persembahan Murid Lagu Pengakap Hadiah dan Cenderamata Sambutan & Jemputan Dokumentasi Sistem P. A Persiapan Lokasi Makanan dan Minuman Disiplin Perhiasan Sekolah

: En. M. Karthik : Pn. V. Parameswary : En. Jamaluddin Bin Mat Sharip : Pn. S. Jayanti : Pn. T. Suria Indira Devi : En. A. Pannir Selvam : En. R. Segar : En. M. Kalaiarasan : Pn. B. Kanthimathy : En. S. Nathan : En. S. Jaganathan & Pekerja-pekerja kontrak

11.0

Tentatif 30 September 2011 (Jumaat) MASA AGENDA 02.30 Petang Pendaftaran 03.00 Petang Taklimat Keselamatan 03.30 Petang Mendirikan Kem & Gejet 06.00 Petang Kemas Diri & Persediaan Persembahan 07.30 Malam Taklimat Perasmian 08.00 Malam Perasmian YB Dato Zainal Abidin 08.30 Malam Makanan Malam 09.30 Malam Nyanyian 11.30 Malam Kudapan 1 Oktober 2011 (Sabtu) 06.00 Pagi 06.45 Pagi 07.30 Pagi 07.45 Pagi 09.00 Pagi 09.30 Pagi 11.00 Pagi 12.30 Tengah Hari Senaman Yoga Kemas Diri & Sarapan Pagi Pemeriksaan Pagi Kawad Kaki Minuman Pagi Ceramah Asas Pertolongan Cemas Mencari Harta Karun Makanan Tengah Hari

02.00 Petang 03.30 Petang 05.00 Petang 05.30 Petang 06.00 Petang 07.30 Petang 08.30 Malam 10.30 Malam 11.30 malam 2 Oktober 2011 (Ahad) 6.00 Pagi 6.45 Pagi 7.30 Pagi 7.45 Pagi 10.00 Pagi 10.30 Pagi 12.00 Tengah Hari 12.30 Tengah Hari

Ceramah Ikatan dan Simpulan Sesi Bersama Pasukan Bomba Minuman Petang Permainan Kecil Kemas Diri & Persediaan Persembahan Makanan Malam Unggun Api Burung Hantu Kudapan

Senam Robik Kemas Diri dan Sarapan Pagi Pemeriksaan Pagi Jungle Track Minuman Pagi Upacara Menurun Kem & Gotong Royong Majlis Perasmian Penutup Bersurai

12.0

Anggaran Perbelanjaan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Perkara Makanan dan Minuman Cenderahati & Hadiah Banting Photostat dan lain-lain Kain Rentang (Banner) Bayaran Penceramah Bahan Keperluan Perkhemahan T-Shirt Perkhemahan Khemah Cenderahati Tetamu Khas Jumlah Besar

Perincian 70 orang RM4 9 kali 70 orang RM3 3 peket RM15

Perbelanjaan (RM) 2520.00 210.00 45.00 15.00

1 RM40 2 RM150

40.00 300.00 300.00

70 orang RM25 10 buah RM80 3 orang RM40

1750.00 800.00 120.00 6100.00

13.0 Jadual Pelaksana Gerak Kerja


2.30 30 / 09 / 2011 (Jumaat) 3.00 Taklimat Keselamatan 3.30 Mendirikan Kem & Gejet ( Semua Guru / Murid ) HARI PERTAMA 6.00 Kemas Diri & Persediaan Persembahan 8.00 8.30 Makanan Malam ( Semua Guru / Murid ) 9.30 11.30 Kudapan Malam

Pendaftaran

Majlis Perasmian Perkhemahan

Nyanyian

( M. Karthik / M.Anila )

( Semua Murid )

( M. Karthik )

( S. Nathan )

( Semua Guru / Murid )

( M. Kalai )

6.00 01 / 10 / 2011 (Sabtu) Senaman Yoga

6.45 Kemas Diri & Sarapan Pagi ( Semua Guru / Murid ) 3.30 Sesi Bersama Pasukan Bomba ( Semua Guru / Murid )

7.30 Pemeriksaan Pagi

HARI KEDUA 7.45

9.00 Minuman Pagi

9.30 Ceramah Asas Pertolongan Cemas ( M. Karthik ) 7.30 Makanan Malam

11.00 Mencari Harta Karun ( Semua Guru / Murid ) 8.30

12.30 Makanan Tengah Hari ( Semua Guru / Murid ) 10.30 Burung Hantu ( Semua Guru / Murid )

Kawad Kaki

( Pn. Rathiga ) 2.00 Ceramah Ikatan dan Simpulan ( Pn. Rathiga )

( A. Pannir )

( A. Pannir )

( M. Kalai )

5.00 Minuman Petang

5.30 Permainan Kecil

6.00 Kemas Diri & Persediaan Persembahan

Unggun Api

( A. Pannir )

( A. Pannir )

( M. Kalai )

( M. Karthik )

( Semua Guru / Murid )

6.00 02 / 10 / 2011 (Ahad) Senam Robik

6.45 Kemas Diri & Sarapan Pagi ( Semua Guru / Murid )

7.30 Pemeriksaan Pagi

HARI KETIGA 7.45 Jungle Tracking

10.00 Minuman Pagi

10.30 Upacara Menurun Kem ( M. Karthik )

12.00 Majlis Perasmian Penutup ( Semua Guru / Murid )

12.30

Bersurai

( Pn. Rathiga )

( A. Pannir )

( A. Pannir )

( M. Kalai )

( Semua Guru / Murid )

14.0

Penutupan

Diharap para murid mendapat mencapai objektif dan maklumat program ini. Semoga apa yang dipelajari dalam program ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada para murid dimasa hadapan nanti.

Disediakan oleh, EN.KARTHIK A/L MAREY SETIAUSAHA

Disahkan oleh, EN. GUNASEGARAN A/L VEERASAMY GURU BESAR

14300 , .
SEK. JEN. KEB. (TAMIL) LADANG BYRAM, 14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG.
1 MALAYSIA ; RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Tarikh Warga Pendidik, SJK (T) Ladang Byram. : 10 September 2011

MESYUARAT PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFROM 2011 Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk. 2. Berhubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya menjemput Tuan/Puan/Cik ke mesyuarat perkhemahan badan berunifrom 2011. Ketepatan mesyuarat adalah seperti berikut :TARIKH MASA TEMPAT Agenda Mesyuarat Bil Ucapan Aluan Ucapan Tuan Guru Besar Matlamat Program Pemilihan Jawatankuasa Pengagihan tugas Perkara Berbangkit Hal-hal lain 1 2 3 4 5 6 Kehadiran Tuan/Puan/Cik amatlah dihargai. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, ... 7 8 9 10 11 Nama Guru En. T. Ratana Vallo (GB) En. M. Kalaiarasan (PK1) Pn. V. Parameswary (PK2) En. S. Nathan (PK3) En. R. Segar Pn. S. Jayanti En. A. Pannir Selvam En. M. Karthik En. Jamaludin Pn. B. Kanthimathy Cik. M. Anila Tanda Tangan : 17 September 2011 : 12.15 Tengahari : Perpustakaan Sekolah

Tel&Fax : 04-5930358 | web : http//:sjktladangbyram.blogspot.com | email : byramts@gmail.com

Teks Pengerusi Majlis SJKT Ladang Byram Majlis Perasmian Perkhemahan Badan Berunifrom 2011 Masa 8.20 pagi CUE Para tetamu mengambil tempat ANN 1 ( Syamir ) Para hadirin sekalian Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin mengambil tempat masing-masing. Bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini, semua diminta berdiri ketika Yang Berhormat masuk ke dewan. Terima kasih.

Masa 8.30 pagi

CUE Apabila isyarat Yang Berbahagia dengan diiringi YDP dan Yang Berhormat masuk ke dewan.

ANN 2 ( Syamir ) Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Zainal Bin Abidin, Penyelaras Kawasan Parlimen Nibong Tebal dengan diiringi oleh Encik A. Rajendran, YDP PIBG SJKT Ladang Byram dan Encik V. Gunasegaran, Guru Besar Sekolah SJKT Ladang Byram masuk ke dewan.

(Iringan Muzik) Masa CUE Apabila Yang Berbahagia, YDP dan Yang Berusaha telah mengambil tempat. ANN 3 ( Syamir ) Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Negeri Pulau Pinang , lagu Sekolah dan lagu Pengakap Malaysia yang akan disampaikan oleh kumpulan koir Sekolah ini. Yang Berbahagia dan para hadirin diminta berdiri.

Masa

CUE Apabila lagu tamat dinyanyikan

ANN 4 ( Syamir ) Mohon para hadirin mengambil tempat. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada kumpulan koir itu tadi. Untuk makluman semua, kumpulan koir itu tadi terdiri daripada murid-murid tahun 6 SJKT Ladang Byram di bawah bimbingan Encik Karthik a/l Marey Masa CUE Apabila Yang Berbahagia, YDP dan Yang Berusaha serta hadirin telah mengambil tempat duduk. ANN 5 (Mazura) Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara; Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Hari ini menugal jagung, Hari esok memetik peria; Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara; Pemanis kata selamat datang Selamat Petang pembuka bicara. Selamat Petang Yang Berbahagia, Tuan Mohd Gazali, Pegawai Pelajaran Daerah Selatan. Yang Berusaha, Encik A. Rajendran, Yang Dipertua PIBG SJKT Ladang Byram Yang Berusaha, Encik V. Gunasegaran, Guru Besar SJKT Ladang Byram, Para jemputan, Ibu bapa Penjaga-penjaga, Guru-guru dan ahli pengakap kanak-kanak SJKT Ladang Byram yang dikasihi. Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia. Majlis terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin ke Majlis Perasmian Perkhemahan Badan Berunifrom SJKT Ladang Byram 2011. Majlis juga turut merakamkan sekalung terima kasih atas

keprihatinan dan kesudian para ibu bapa dan penjaga untuk untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. Masa CUE Bacaan doa. ANN 6 (Syamir) Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi; Doa di baca memohon rahmat, Semoga majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Puan Suria Indira Devi Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Masa CUE Selepas bacaan doa. ANN 7 (Syamir) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Suria Indira Devi atas bacaan doa itu tadi.

Umum /muzik

Majlis diteruskan dengan Persembahan pembukaan tirai dengan Tarian Tualang 3. Untuk makluman semua persembahan Tualang 3 ini menyelitkan elemen-elemen gerak silat yang digabungkan dengan lagu semerah padi. Persembahan ini diilhamkan dengan sentuhan seni En Asmawi daripada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara. Mari kita sama-sama saksikan Sungguh bersemangat dah gagah putra putri kita bersilat dengan lenggok seni tersendiri. Terima kasih diucapkan. Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik V. Gunasegaran, Guru Besar SJKT Ladang Byram untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selepas persembahan

Ucapan Guru Besar

Masa

CUE Selepas ucapan alualuan Yang Berusaha

ANN 8 (Syamir) Bunga Melati di luar pagar, Dibawa gadis ke hujung kota;

Ucapan Ayahanda telah didengar, Dengarkan pula bicara YDP kita. Terima kasih Yang Berusaha Encik V. Gunasegaran, Guru Besar SJKT Ladang Byram Ucapan YDP PIBG Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik A. Rajendran, Yang Dipertua SJKT Ladang Byram menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Masa

CUE Selepas ucapan YDP PIBG

ANN 9 (Mazura) Terima kasih Yang Berusaha Tuan Syed Elfendy bin Syed Ahmad Al-Hady, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana atas ucapan itu tadi. Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa, Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh di jiwa, Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa, Di sini ada Guru Besar yang berjasa, Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia. Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Perkhemahan Badan Berunifrom 2011 SJKT Ladang Byram. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Ucapan Perasmi

Masa

CUE Sebaik sahaja ucapan perasmian

ANN 10 (Mazura) Buah Selasih di dalam puan, Dibawa gadis ke tengah laman; Takkan hilang jasamu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin atas ucapan dan kesudian untuk merasmikan

Perkhemahan Badan Berunifrom 2011 SJKT Ladang Byram. Masa CUE Sebaik sahaja Yang Berbahagia, mengambil tempat. ANN 11 (Syamir) Hadirin sekalian, Majlis diserikan lagi dengan mengetengahkan bakat murid-murid bermain alat muzik. Saksikan persembahan alat perkusi lagu Suriram dibawah bimbingan guru kita Pn Jayanti. Mari kita sama-sama saksikan Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tadi Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada ahli pengakap SJKT Ladang Byram Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik V. Gunasegaran Guru Besar SJKT Ladang Byram dan Yang Berusaha Encik A. Rajendran YDP PIBG SJKT Ladang Byram, untuk mengiringi Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selesai persembahan

Penyampaian sijil Penyertaan

Masa

CUE Sebaik sahaja Yang Berbahagia, YDP dan Yang Berusaha di atas pentas (iringan muzik gamelan)

ANN 12 (Syamir) Hadirin hadirat yang dihormati, Majlis dimulakan dengan penyampaian Sijil Penyertaan Murid Tahun 3 Dengan itu, dipersilakan: ( Baca ikut senarai )

Masa

CUE Sebaik sahaja penerima sijil terakhir turun dari pentas.

ANN 13 (Mazura) Seterusnya, bagi tahun 4 Dengan itu dipersilakan: ( Baca ikut senarai )

Tahun 5 Dengan itu dipersilakan: ( Baca ikut senarai ) Akhir sekali Tahun 6 Dengan itu dipersilakan: ( Baca ikut senarai )

Masa

CUE Sebaik sahaja penerima hadiah terakhir turun dari pentas.

ANN 14 (Syamir) Seterusnya, bagi Penerima Sijil Penghargaan dipersilakan: Nama Guru :______________________________

Masa

CUE Sebaik sahaja penerima sijil yang terakhir turun dari pentas.

ANN 19 (Mazura) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha Encik A. Rajendran untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato Zainal Abidin Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Masa

CUE Sebaik sahaja Yang Berbahagia menerima cenderamata

ANN 20 (Mazura) Majlis merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan;

Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi sanjungan. Tanam lenguna tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati.

Masa

CUE Sebaik sahaja Yang Berbahagia, YDP dan Yang Berusaha berada di tempat duduk

ANN 21 (Syamir) Hadirin hadirat yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian daripada ahli pengakap Dengan sukacitanya dipersilakan

Masa

CUE Sebaik sahaja persembahan Pra Sekolah selesai

ANN 22 (Mazura) Demikianlah persembahan daripada ahli pengakap sekolah. Berikan tepukkan sekali lagi. Majlis merakamkan ribuan terima kasih

Masa

CUE Setelah Guru Besar berada di tempat duduk .

ANN 46 (Syamir) Para hadirin yang dihormati, Hendak pergi ke Seberang Takir, Singgah sebentar di Sungai Ara, Kepada sekalian yang sudi hadir, Marilah kita berjoget ria, Sampailah kita ke persembahan yang terakhir. Dijemput kumpulan kelab Tunas Tari dibawah bimbingan saudara Asmawi sekali lagi untuk mempersembahkan Joget Ria. Dipersilakan Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 pada kali ini.

Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian para hadirin bersamasama kami pada hari ini. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi tuan rasa nak junjung. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan Majlis bagi pihak tuan rumah merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin hadirat atas kesudian bersama-sama pada hari ini. (Syamir) Kami bagi pihak majlis juga ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini. Tinggi sungguh pohon cemara, Tegak merimbun di tengah kota; Tersalah terkasar butir bicara, Jari disusun maaf dipinta Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, Terima Kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Senarai Aktiviti yang Diadakan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 Pendaftaran Taklimat Keselamatan Mendirikan Kem & Gejet Kemas Diri & Persediaan Persembahan Taklimat Perasmian Perasmian YB Dato Zainal Abidin Makanan Malam Nyanyian Kudapan Senaman Yoga Kemas Diri & Sarapan Pagi Pemeriksaan Pagi Kawad Kaki Minuman Pagi Ceramah Asas Pertolongan Cemas Mencari Harta Karun Makanan Tengah Hari Ceramah Ikatan dan Simpulan Sesi Bersama Pasukan Bomba Minuman Petang Permainan Kecil Kemas Diri & Persediaan Persembahan Makanan Malam Unggun Api Burung Hantu Kudapan Senam Robik Kemas Diri dan Sarapan Pagi Pemeriksaan Pagi Jungle Track Minuman Pagi Upacara Menurun Kem & Gotong Royong Majlis Perasmian Penutup

SJKt Ladang Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Laporan Jawatankuasa Kerja

Perkhemahan Badan Berunifrom 2011

Anjuran

Unit Kokurikulum SJKT Ladang Byram

A.

MAKLUMAT PELAKSANAAN Tarikh Tempat Penglibatan : : : 30 September 2011 Hingga 02 Oktober 2011 SJKT Ladang Byram Semua warga sekolah

B.

MAJLIS PERASMIAN Tarikh Tempat Perasmi : : : 30 September 2011 SJKT Ladang Byram Yang Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin [ Penyelaras Kawasan Parlimen Nibong Tebal ] MAJLIS PENUTUP Tarikh Tempat Perasmi : : : 2 Oktober 2011 SJKT Ladang Byram Encik Gunasegaran a/l Veerasamy [ Guru Besar SJKT Ladang Byram ]

C.

JAWATANKUASA KERJA Pengerusi Tim. Pengerusi : En. V. Gunasegaran [ Guru Besar ] : En. S. Nathan [ PK Koku ]

Naib Pengerusi 1 : En. M. Kalaiarasan [ PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Pn. V. Parameswary [ PK Hem ] Setiausaha Bendahari : En. M. Karthik : En. A. Pannir Selvam

Ahli Jawatankuasa Kecil Buku Program Persembahan Murid Hadiah&Cenderamata Sambutan & Jemputan Dokumentasi Sistem P. A Persiapan Lokasi Makanan & Minuman Pameran : En. M. Karthik : Pn. V. Parameswary / M. Parameswari : Pn. S. Jayanti : Pn. T. Suria Indira Devi : En. A. Pannir Selvam : En. R. Segar : En. M. Kalaiarasan : Pn. B. Kanthimathy : En. M. Karthik

D.

LAPORAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFROM

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Perkara Makanan dan Minuman Cenderahati & Hadiah Banting Photostat dan lain-lain Kain Rentang (Banner) Bayaran Penceramah Bahan Keperluan Perkhemahan T-Shirt Perkhemahan Khemah Cenderahati Tetamu Khas Jumlah Besar

Perincian 70 orang RM4 9 kali 70 orang RM3 3 peket RM15

Perbelanjaan (RM) 2520.00 210.00 45.00 15.00

1 RM40 2 RM150

40.00 300.00 300.00

70 orang RM25 10 buah RM80 3 orang RM40

1750.00 800.00 120.00 6100.00

E.

RUMUSAN

Perkhemahan Badan Berunifrom peringkat sekolah telah diadakan pada 30 September 2011 hingga 2 Oktober 2011. Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari dan 2 malam. Perkhemahan ini telah bermula dengan pendaftaran pada pukul 2.30 petang didwean sekolah. Seramai 54 orang ahli pengakap telah berdaftar diri untuk menyertai perkhemahan ini. Pendaftaran ini menunjukan 100% ahli pengakap telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Perkhemahan yang menampung kos perbelanjaan RM 6100.00 itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Zainal Bin Abidin, Penyelaras Parlimen Kawasan Nibong Tebal. Majlis perasmian ini telah berlangsung pada 30 September 2011 jam pukul 8.30 malam. Pada majlis perasmian ini kira-kira 100 ibu bapa telah menghadiri. Sebelum majlis ini bermula para peserta telah diberi taklimat majlis. Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 9 orang ahli yang merangkumi murid-murid tahun 3 hingga 6. Mereka mendirikan khemah dilokasi masing-masing telah menerima taklimat keselamatan daripada En. S. Nathan. Mereka juga diberi masa untuk mendirikan gejet. Para peserta menggunakan masa dengan teratur lalu mendirikan pelbagai gejet.

Sepanjang perkhemahan pelbagai aktiviti telah diadakan kepada murid-murid. Antaranya seperti berikut. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 Pendaftaran Taklimat Keselamatan Mendirikan Kem & Gejet Kemas Diri & Persediaan Persembahan Taklimat Perasmian Perasmian YB Dato Zainal Abidin Makanan Malam Nyanyian Kudapan Senaman Yoga Kemas Diri & Sarapan Pagi Pemeriksaan Pagi Kawad Kaki Minuman Pagi Ceramah Asas Pertolongan Cemas Mencari Harta Karun Makanan Tengah Hari Ceramah Ikatan dan Simpulan Sesi Bersama Pasukan Bomba Minuman Petang Permainan Kecil Kemas Diri & Persediaan Persembahan Makanan Malam Unggun Api Burung Hantu Kudapan Senam Robik Kemas Diri dan Sarapan Pagi Pemeriksaan Pagi Jungle Track Minuman Pagi Upacara Menurun Kem & Gotong Royong Majlis Perasmian Penutup

Pada ceramah Asas Pertolongan Cemas, murid-murid diberi peluang untuk mengamalkan apa yang dipelajari. Dengan menggunakan kaedah simulasi murid-murid didedahkan dengan asas pertolongan cemas. Misalnya cara mendukung masang gempa bumi, balutan untuk luka dan sebagainya. Selain itu murid-murid terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti firefox, laluan kecemasan dan sebagainya. Murid-murid amat aktif melibatkan diri dalam aktiviti ini. Muridmurid juga terlibat dalam aktiviti burung hantu. Ramai murid meluangkan pengalaman yang menakutkan bersama rakan-rakan lain. Seterusnya bakat-bakat murid dapat ditonjol dengan pelbagai persembahan. Akhir sekali tiada laporan kecemasan atau kemalangan dikalangan murid-murid dan guru. Segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

KESIMPULAN LAPORAN Kekurangan Walaupun semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan, namun ketepatan masa tidak diikuti dengan tepat. Kebanyakan aktiviti diadakan lebih lewat daripada apa yang dirancang. Kekurangan bahan keperluan seperti kain anduh serta kekurangan kemudahan telah mencacatkan kelicinan program ini. Selain itu, disiplin murid tidak dikawal sehingga murid-murid keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran guru. Tambahan lagi, persembahan murid-murid yang dipersembahankan mengandungi unsur-unsur ganas. Kebebasan yang diberi kepada murid tanpa bimbingan membosankan para menonton. Kelebihan Pada perkhemahan ini semua aktiviti yang dirancang telah dapat laksanakan. Kepelbagaian aktiviti menyeronokan murid-murid. Murid-murid juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti. Murid-murid menjadi aktif dan bukan pasif sekadar mendengar apa yang dibentangkan. Murid-murid diberi kebebasan untuk merancangan segala aktiviti persembahan mengikuti kreativiti masing-masing. Kesemua aktiviti yang jalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya simulasi, lakonan, bercerita, pemerhatian, latih tubi dan sebagainya. Oleh yang demikian semua aktiviti yang dijalanakan amat menyeronokan para peserta.

You might also like