You are on page 1of 5

SJK (T) ENGGOR,33600 ENGGOR MINIT MESYUARAT PBS KALI PERTAMA 2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran :28.12.2012 :12.30 - 2.30 ptg. :Pusat Sumber Sekolah : Pn.Selvarani Cik Sangeetha En.Pathmanathan Pn.Sumathi Cik Chang Pn.Vanaja Cik.Kanageswary Pn.Leena En.Raymond Cik Kumutha 1.0 Ucapan Aluan
1.1 Penyelaras PBS mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan ribuan terima

kasih. 2.0 Ucapan Guru Besar


2.1 Dalam ucapan Guru Besar meminta guru-guru mengemaskinikan fail PBS bagi tahun

2013. 2.2 Penggunaan Sistem SPPBS.

3.0 Perkara perkara berbangkit 3.1 Pengajaran dan pembelajaran matapelajaran KSSR bagi tahun 2013. 3.2 Masalah dalam merekod band dalam system SPPBS. 4.0 Agenda- agenda minit mesyuarat 4.1 Postmortem pentaksiran berasakan sekolah (PBS) 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 Penyelaras KSSR telah membacakan keputusan murid bagi tahun 2012. Murid tahun 1 dan tahun 2 telah mendapat band 4 sebagai band yang tertinggi. Tetapi,ada dua matapelajaran yang belum mengisi prestasi murid bagi tahun 2012. Guru Besar menegaskan supaya perkara ini tidak berulang pada masa depan. 4.2 Jadual Waktu KSSR 4.2.1 4.2.2 Guru kanan telah membacakan subjek kssr yang diajar oleh guru bagi tahun 2013. Guru besar meminta guru-guru untuk membuat persediaan awal sebelum sekolah bermula.
4.2.3 Bagi guru-guru yang mengajar subjek KSSR untuk mendapatkan evidence

dan band daripada guru yang mengajar pada tahun 2012. 4.3 MMI- Melindungi Masa Instruksional 4.3.1 4.3.2 Guru besar juga menerangkan konsep MMI iaitu PdP mesti dijalankan walaupun ketiadaan guru. Hal ini bermakna persediaan awal adalah penting bagi menjayakan MMI.

4.3.3 4.3.4

Jadual waktu yanhg dirangka juga berdasarkan dasar MMI dan guru perlu masuk ke kelas mengikut jadual waktu. Guru juga tidak boleh membuat kerja peribadi mahupun sekolah di dalam kelas.

4.4 LDP 4.4.1 Guru Besar memberikan cadangan untuk mengadakan LDP PBS supaya guru tidak mengalami sebarang kekeliruan dalam memasukkan band ke dalam sIstem SPPBS.
4.4.2 Guru besar juga member cadangan untuk mengadakan bengkel membuat

dan mengumpul evidence terbaik bagi 10 buah matapelajaran KSSR dari tahun 1 hingga tahun3. 4.4.3 Dengan ini,guru tidak mengalami sebarang masalah untuk mengukur pencapaian murid. 4.5 Buku Latihan Murid 4.5.1 4.5.2 4.5.3 4.5.4 Guru Besar menyatakan untuk memberi latihan mengikut pencapaian murid. Guru Besar mengingkatkan bahawa semua guru yang mengajar subjek KSSR dan memberi banyak latihan kepada murid. Bagi subjek KSSR guru perlu mengikut dokemen standard prestasi dan perlu memberi latihan berpandukan kepada kebolehan murid. Guru juga perlu memahami konsep PBS dalam pemberian latihan dan perlu memenuhi spesifikasi PBS. 4.6 Pengemaskinian Fail PBS 4.6.1 Guru besar meminta semua guru untuk mengemaskini fail PBS dan fail portfolio guru bagi tahun 2013. tahap

4.6.2 4.6.3 4.6.4

Guru juga perlu memastikan fail dibuat berdasarkan kepada surat daripada PPD Kuala Kangsar. Evidense murid dalam Fail Showcase dan Fail Perkembangan Murid boleh dikembalikan kepada murid. Guru kelas tahun 1 hingga tahun 3 perlu mengemaskini fail Showcase dan Fail Perkembangan Murid sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

4.7 NKRA 4.7.1 NKRA ialah dasar kerajaan yang perlu dipatuhui oleh setiap guru. kurikulum baru KSSR tetapi Linus bagi murid tahun 1 hinggan tahun 3 dijalankan seperti tahun sebelumnya. 4.7.3 4.7.4 Guru yang mengajar matapelajaran matematik dan bahasa Malaysia bagi perlu berusaha supaya murid mencapai arus perdana. Oleh itu, adalah penting untuk guru matematik dan bahasa Malaysia untuk membantu sekolah mencapai 100 % .

4.7.2 Guru besar menyatakan bahawa walaupun kita menggunakan sistem

4.8 Bilik darjah 4.8.1 4.8.2 4.8.3 Guru Besar menyatakan bahawa bilik darjah mesti ceria dan menggalakan murid supaya menggunakan bahan yang disediakan dalam bilik darjah. Guru Besar menyatakan sudut pembelajaran kendiri perlu disediakan dalam setiap bilik darjah. Pengurusan bilik darjah bukan sahaja di bawah seliaan guru kelas tetapi guru matapelajaran juga memainkan pernan yang penting dalam keceriaan bilik darjah. 4.8.4 Guru kelas juga perlu mengemaskini sudut PBS di mana data murid dipaparkan mengikut band masing-masing.

4.9 Sudut PBS 4.9.1 4.9.2 4.9.3 Sudut PBS perlu diwujudkan di sekolah. Oleh itu, guru besar memberikan tugas ini kepada Cik Chang untuk menceriahkan sudut PBS. Di samping itu, di bilik darjah juga perlu mewujudkan sudut PBS supaya murid arif tentang aspirasi PBS.

4.10

Pendedahan kepada Ibu bapa 4.10.1 Guru besar meminta kepada guru kelas untuk memberikan taklimat ringkas tentang PBS sebelum guru besar menerangkan dalam mesyuarat Tahunan PIBG 2013. 4.10.2 Pendedahan kepada ibu bapa adalah penting dan mereka perlu mengetahui dasar ini supaya boleh membantu anak mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

5.0 Ucapan penutup Mesyuarat PBS telah ditangguhkan pada pukul 2.30 ptg dengan ucapan terima kasih oleh Penyelaras PBS.

Disediakan oleh: .. ( Pn.Leena Christy A/P Antronisamy) Penyelaras PBS

Disahakan oleh: . (Pn.Selvarani A/P M.Solaimuthu) Guru Besar

You might also like