You are on page 1of 6

ISAH PENYUSUAN

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak-anak yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas.

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang-orang Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi-bayi dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskin yang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. Disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan.

Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah Siti Aminah. Setelah menawarkan diri, Siti Aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. Mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah-rumah lain tetapi hampa. Lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. Mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tangan kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan.

Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tibatiba menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi...

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap-cakap tentang keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan-kawannya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan-kawannya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam-zam. Kawan-

kawannya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang.

Selepas peristiwa itu, Halimatun Sa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah Halimatun Sa'adiah.

Penyusuan Rasulullah SAW


Posted 11/02/2012 by Shafi-Q in ANAK, Rabiul Awal, Sirah Nabi. Tagged: anak susuan, bahasa arab, Di Bawah Naungan Kenabian Dan Kerasulan, hijrah ke madinah, ibu / saudara susuan, kanak kanak, Kelahiran baginda Rasul SAW, menyusui, menyusukan, nabi muhammad, Nabi Muhammad SAW: Anugerah Allah Kepada Umat Manusia, penyusuan, sallallahu alaihi wasallam, siti aminah. 2 Comments

. Sewaktu lahir, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sudah menjadi anak yatim. Kebiasaan masyarakat Arab Makkah akan mencari orang yang boleh menyusukan anak mereka dari daerah pendalaman dan mereka memilih orang yang mempunyai keturunan yang baik agar berpengaruh pada bayi mereka. Di samping bertujuan menjauhkan dari penyakit peradaban, memperkuatkan fizikal kanakkanak dan supaya mempelajari bahasa Arab yang fasih sejak kecil. Di antara kalangan kabilah-kabilah pedalaman yang terkenal dalam penyusuan ini ialah Kabilah Bani Saad. . Siti Aminah masih menunggu untuk menyerahkan anaknya itu kepada salah seorang keluarga Saad yang bakal menyusukan anaknya, sebagaimana sudah menjadi adat kebiasaan bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. . Sementara masih menunggu orang yang akan menyusukan itu. Muhammad disusui oleh Tsuwaibah, hamba perempuan bapa saudaranya, Abu Lahab bersama dengan penyusuan Hamzah bin Abdul Mutthalib dan Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi dengan air susu anaknya yang bernama Masruh. Aminah

menyerahkan anaknya kepada Tsuwaibah, hamba perempuan pakciknya, Abu Lahab. Jadi mereka adalah saudara susuan. . Sekalipun Thuwaiba hanya beberapa hari saja menyusukan, namun ia tetap memelihara hubungan yang baik sekali selama hidupnya. Setelah wanita itu meninggal pada tahun ketujuh sesudah ia hijrah ke Madinah, bagi meneruskan hubungan baik itu ia menanyakan tentang anaknya yang juga menjadi saudara susuan. Tetapi kemudian ia mengetahui bahawa anak itu juga sudah meninggal sebelum ibunya. . Akhirnya datang juga wanita-wanita Bani Saad yang akan menyusukan itu ke Makkah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari dan menolak anak-anak yatim. Sebenarnya mereka masih mengharapkan sesuatu balasan dari si ayah. Sedangkan dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh kerana itu di antara mereka itu tidak ada yang mahu mendatangi Muhammad. Mereka akan mendapat hasil yang lumayan bila mendatangi keluarga yang dapat mereka harapkan. . Akan tetapi Halimah binti Abi Dzuaib as-Sadiyah yang pada mulanya menolak Muhammad, seperti yang lain-lain juga, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Di samping itu kerana dia memang seorang wanita yang kurang mampu, ibu-ibu lain pun tidak menghiraukannya. Setelah sepakat mereka akan pulang dan meninggalkan Makkah. Halimah berkata kepada suaminya, Harith bin Abdl-Uzza : Tidak senang aku pulang bersama dengan teman-temanku tanpa membawa seorang bayi. Biarlah aku pergi kepada anak yatim itu dan akan kubawa juga. Baiklah, mudah-mudahan kerana itu Tuhan akan memberi berkah kepada kita. jawab suaminya. . Halimatus Sadiyah lalu memutuskan menemui Ibu Nabi Muhammad (Siti Aminah) dan menawarkan diri untuk menyusui/menjaga Nabi. Atas persetujuan semua keluarga, dibawalah Nabi ke rumah Halimatus Sadiyah. Pada hari kelapan sesudah dilahirkan, Muhammad pun dibawa pergi bersama bayi-bayi yang lain ke pedalaman. Dalam perjalanan pulang banyak kejadian aneh di antaranya; Muhammad boleh tidur dengan nyenyak, kantung susu untanya penuh, keldainya

lebih perkasa dari yang lain, setelah dia sampai di rumah orang-orang merasa kekeringan dan kelaparan kecuali Halimah kerana berkat dari Allah SWT. . Halimatus Sadiyah merasa tambah gembira dan senang kerana ekonominya bertambah luas. Sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah, binatang ternaknya gemuk-gemuk, susunya pun bertambah, dan tanamannya bertambah subur. Terasalah baginya perbezaan di saat sebelum menjaga Nabi dan di waktu menjaga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. . Selama dua tahun Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tinggal di Sahara, disusukan oleh Halimatus Sadiyah dan diasuh oleh Syaima, puterinya. Udara Sahara dan kehidupan pedalaman yang lasak menyebabkannya cepat membesar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya. . Setelah cukup peruntukan mengasuh dua tahun, Halimatus Sadiyah rasakan hanya sekejap saja dan tiba masanya dipulangkan, kemudian dia berjumpa Ibu Nabi (Aminah) untuk meminta tambahan 2 tahun lagi dalam menjaga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Keluarga Nabi kemudian bermusyawarah dengan keputusan yang diambil adalah menyerahkan semula penjagaan Nabi kepada Halimatus Sadiyah selama 2 tahun lagi supaya lebih matang, juga sememangnya dikhuatiri dari serangan wabak Makkah. . Dua tahun lagi anak itu tinggal di Sahara, menikmati udara pendalaman yang bersih dan bebas, tidak terikat oleh sesuatu ikatan jiwa, juga tidak oleh ikatan material. Jadi Nabi dijaga oleh Halimatus Sadiyah selama 4 tahun. . Maka, selama 4 tahun itulah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diasuh dan dibesarkan di bawah pengawasan Halimatus Sadiyah Dengan perasaan yang masih sayang kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Halimatus terpaksa menyerahkan Baginda kepada Siti Aminah kerana perjanjian selama 4 tahun sudah sampai pada masanya, sedangkan Ibu Nabi sudah sangat mengharapkan akan kembalinya anak ke pangkuannya untuk diasuh sendiri dalam rumahnya, maka semenjak berumur 5 tahun Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berada di bawah asuhan ibunya, Siti Aminah.

. Ringkasnya selama 2 tahun Baginda dijaga dan disusui oleh Halimatus Sadiyah kemudian baru dipulangkan ke Ibunya di kota dan ia meminta tambah. Akhirnya di tambah sehinggalah umur 4/5 tahun, iaitu selepas berlaku suatu peristiwa orang Yahudi ingin membawanya pergi setelah terjadi pembelahan dada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang membimbangkan Halimatus Sadiyah dan demi keselamatan RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam. . Baginda hidup bersama Bondanya sehingga umur 6 tahun, apabila ibunya meninggal dunia di Abwa antara Makkah dan Madinah ketika pulang dari menziarahi pusara suaminya. Lalu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam hidup bersama datuknya, Abdul Muthalib sehingga umur 8 tahun 2 bulan 10 hari kerana datuknya pula meninggal. Sebelum meninggal datuknya berpesan kepada bapa saudaranya (Abu Talib) agar memeliharanya, lebih daripada 40 tahun Abu Talib melindungi Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari segala gangguan musuh Islam.

You might also like