P. 1
89950912-an-Jadual-Berkala-Unsur.pdf

89950912-an-Jadual-Berkala-Unsur.pdf

|Views: 16|Likes:
Published by Joshua Duanik

More info:

Published by: Joshua Duanik on Mar 30, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/23/2013

pdf

text

original

TAJUK: Sejarah Perkambangan Jadual Berkala Unsur NAMA: Halimundar b.

Idris KELAS: 4Alim

Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara tetap sepanjang jadual.JADUAL BERKALA Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur.Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa. . Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia. seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain.

Di dalam Jadual berkala dinyatakan: • simbol • struktur hablur • sifat-sifat asid atau bes • keelektronegatifan • haba pengewapan • haba pelakuran • kekonduksian terma • muatan haba tentu • isi padu atom • jejari atom • jejari ion • jejari kovalen . Jadual Berkala Unsur membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dengan lebih sistematik dan lebih mudah.PENGENALAN Terdapat 117 unsur kimia yang diketahui pada masa kini.

Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama. tetapi sifatsifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan. disusun dalam kumpulan yang sama. Jadual Berkala mengandungi lapan kumpulan iaitu: • Kumpulan I – Logam alkali • Kumpulan II – Logam bumi beralkali • Kumpulan III • Kumpulan IV • Kumpulan V • Kumpulan VI • Kumpulan VII – Halogen • Kumpulan VIII – Gas adi . iaitu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama.Dalam Jadual Berkala. unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik secara mengufuk. Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama.

terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan. Kala 2 dan 3 masing-masing mempunyai 8 unsur. Jadual Berkala mempunyai 7 kala iaitu dari Kala 1 hingga Kala 7. Kala 4 dan 5 mempunyai 18 unsur manakala Kala 6 mempunyai 32 unsur.Antara Kumpulan II dan Kumpulan III iaitu terletak di tengah-tengah Jadual Berkala. Kala 1 (1 petala elektron) mengandungi 2 unsur iaitu Hidrogen (H) dan Helium (He). Kala 7 mempunyai hanya 23 unsur. . Kala menunjukkan jumlah petala elektron dalam atom unsur.

yang memberikan mereka ciri-ciri serupa. Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala piawai.SEJARAH Sejak abad ke-18 lagi.G.J. Mosley (1887 – 1915) KUMPULAN Kumpulan jadual berkala adalah lajur menegak dalam jadual berkala bagi unsur. . Dobereiner (1780 – 1849) • John Newlands (1837 – 1898) • Lothar Meyer (1830 – 1895) • Dmitri Mendeleev (1839 – 1907) • H. beberapa orang ahli sains telah bertungkus lumus untuk cuba mengelaskan unsur sehingga terhasilnya Jadual Berkala Unsur yang digunakan sekarang. Unsur dalam satu kumpulan mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam elektron valens (valence shell) mereka. Ahli-ahli kimia yang dimaksudkan adalah: • Antoine Lavoisier (1743 – 1794) • John Dalton (1766 – 1844) • Johann W.

NOMBOR KUMPULAN Terdapat tiga sistem jumlah kumpulan. Nama nombor Rom merupakan nama tradisi asal bagi kumpulan ini. satu menggunakan nombor Arab dan dua yang lain menggunakan nombor Rom. nama nombor Arab adalah skema nama baru yang dicadangkan oleh IUPAC. JADUAL BERKALA . Skema IUPAC dibangunkan untuk menggantikan sistem nombor Rom lama kerana nombor tersebut mengelirukan disebabkan menggunakan nama yang sama bagi benda berlainan.

KAEDAH LAIN MEMAPARKAN UNSUR KIMIA • Jadual berkala alternatif • Jadual berkala penuh • Jadual berkala Cina • Konfigurasi elektron • Logam dan bukan logam • Senarai unsur mengikut nama • Senarai unsur mengikut simbol • Senarai unsur mengikut nombor atom • Senarai unsur mengikut takat didih • Senarai unsur mengikut takat lebur • Senarai unsur mengikut ketumpatan • Senarai unsur mengikut jisim atom Ini adalah jadual berkala [1] untuk getaran magnet (resonan magnet). ia cenderung . Setiap kerangka terbahagi kepada beberapa subkerangka (subshells). Oleh kerana elektron paling luar akan menentukan ciri-ciri kimia. PENJELASAN MENGENAI JADUAL BERKALA Jumlah atom kerangka elektron menentukan golongan kala yang mana ia berada. Dengan itu terbentuk struktur jadual. yang mana apabila nombor atom meningkat mengisi secara kasar.

ia mempunyai sifat-sifat yang amat berbeza. berlian boleh dibakar!). dan karbon adalah pepejal yang boleh dibakar (ya.serupa dalam sesuatu kumpulan. sebagaimana yang boleh dilihat dengan melihat alotrop mereka: diatomic oksigen adalah gas yang menyokong pembakaran. Unsur yang bersebelahan dalam jadual mempunyai jisim serupa tetapi ciri-ciri berlainan. amat hampir kepada klorin (Cl) dalam kumpulan hampir akhir dalam jadual (halogen) adalah fluorin (F) . Sebagai contoh. Walaupun unsur-unsur tersebut mempunyai jisim yang hampir serupa (ia berbeza hanya beberapa unit jisim atom). diatomic nitrogen adalah gas yang tidak menyokong pembakaran. Unsur yang bersebelahan dalam kumpulan yang sama mempunyai ciri-ciri fizikal yang serupa. berhampiran dengan nitrogen (N) dalam kala kedua jadual berkala unsur adalah karbon (C) dan oksigen (O). walaupun mempunyai jisim yang berbeza. Sebaliknya.

dan bromin (Br). sementara bromin mempunyai titik didih cecair yang amat rendah. klorin dan fluorin adalah gas. SEJARAH Rencana utama: Sejarah jadual berkala Jadual awal dibentuk tanpa pengetahuan mengenai struktur dalaman atom: jika seseorang mengatur unsur menurut jisim atom (atomic mass). Walaupun terdapat perbezaan jisim yang ketara di antara setiap unsur dalam kumpulan tersebut. yang pada 1829. dan kemudian melakar ciri-ciri lain tertentu menurut jisim atom. menyedari beberapa triad unsur yang serupa: . akan kelihatan alunan atau perkalaan kepada ciri-ciri tersebut sebagai fungsi jisim atom. klorin dan bromin mempunyai warna. alotrop-alotropnya mempunyai sifat yang serupa: Semuanya bersifat mengkakis (semuanya bertindak balas dengan logam untuk membentuk garam logam halida).Orang pertama menyedari kesamaan ini adalah ahli kimia Jerman Johann Wolfgang Döbereiner.

Lothar Meyer dari Jerman dan ahli kimia Rusia Dmitry Ivanovich Mendeleev membangunkan jadual berkala hampir pada masa yang sama.55 g/cm3 Strontium 87.00495 g/cm3 Kalsium 40. dengan menyusun unsur mengikut jisim. Bagaimanapun. Akhirnya.9 0.1 1.Beberapa triad Unsur Jisim atomik Ketumpatan Klorin 35.6 2. Mendeleev meletakkan beberapa unsur luar daripada urutan .00156 g/cm3 Bromin 79.5 g/cm3 Ini diikuti oleh ahli kimia Inggeris John Alexander Reina Newlands. namun hukum oktafnya telah ditertawakan oleh saintis sezaman dengannya.00312 g/cm3 Iodin 126.6 g/cm3 Barium 137 3. Dia menyamakannya dengan oktaf muzik.9 0. pada tahun 1869.5 0. yang menyedari pada tahun 1865 bahawa unsur yang jenisnya serupa akan berulang setiap lapan kali.

membetulkan ralat dalam nilai beberapa jisim atomik.jisim yang ketat supaya dapat memadankan cirinya dengan ciri 'jirannya' dengan lebih sesuai. pengelasan tidak berjaya kerana cahaya.Antoine Lavoisier merupakan ahli sains pertama yang menjelaskan bahan-bahan termasuk cahaya dan haba kepada logam dan bukan logam. Mendeleev kemudiannya dibuktikan benar dengan penemuan struktur elektronik dalam unsur pada akhir abad ke-19 dan ke-20. haba. dan meramalkan kewujudan beberapa unsur baru serta ciri-cirinya dalam sel-sel kosong dalam jadualnya. . dan beberapa sebatian yang lain juga dianggap sebagai unsur…. Antara ahli sains yang telah menghasilkan jadual berkala unsur: 1)Antoine Lavosier -pada tahun 1789. -walau bagaimanapun.

. yang dikenali sebagai triad Dobereiner.setiap kumpulan mengandungi tiga unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa.Beliau menyusun unsur yang telah wujud mengikut tertib jisim atom menaik. Newlands ialah ahli kimia pertama yang menunjukkan kewujudan corak berkala. 3)John Newlands -Dari tahun 1864-1865.Newlands mencadangkan Hukum Oktaf.Dobereiner membahagikan unsure-unsur kepada kumpulan.2)Johann Dobereiner -pada tahun 1829. -jisim atom bagi unsur di tengah sama dengan purata jisim atom bagi 2 unsur yang lain dalam setiap triad.sifat yang serupa berulang pada setiap unsur kelapan dalam susunannya. Sumbangan beliau gagal kerana Hukum Oktaf hanya dipatuhi oleh 17 unsur tang pertama .

5)Dmitri Mendeleev -pada tahun 1869.Mendeleev menyusun unsur mengikut tertib jisim atom yang menaik dan mengelaskannya mengikut sifat kimia yang serupa. . -beliau dapat meramalkan sifat bagi unsur yang belum dijumpai. Meyer memplot graf isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang wujud ketika itu. -beliau menyedari bahawa unsure dengan sifat kimia yang serupa menempati kedudukan yang setara pada lengkung itu. -beliau meninggalkan tempat kosong dalam jadualnya untuk diisi dengan unsur yang masih belum dijumpi. -beliau berjaya menunjukkan bahawa sifat unsur dapat membentuk suatu corak berkala terhadap jisim atomnya.4)Lothar Meyer -pada tahun 1870.

beliau menyimpulkan bahawa nombor proton seharusnya digunakan sebagai asas bagi perubahan berkala sifat kimia. Moseley -pada tahun 1914. . -daripada eksperimennya.Dengan ini. beliau mengesahkan kerja Mendeleev….6)Henry J. dan bukannya jisim atom.Moseley membuat kajian spektrum sinar-X bagi unsur. -beliau menyusun semula unsur mengikut tertib nombor proton yang menaik dalam Jadual Berkala Unsur. G.

htm [19] http:/ / periodictable. maricopa. edu/ Projects/ Chemcomics/ [10] http:/ / chemlab. com [8] http:/ / web. beckman. co. uiuc. 091/ www/ pt/ [9] http:/ / www. science. htm [4] http:/ / www. wou. lanl. edu/ periodic/ default. cyberchem. pc. edu/ las/ physci/ ch412/ alttable. asp [15] http:/ / webmineral. chemistrycoach. html [11] http:/ / pearl1. htm [12] http:/ / www. il/ PTelements. theodoregray. com/ periodic_tables. uky. wou. shtml [16] http:/ / www. com/ yogi/ periodic/ [7] http:/ / www. edu/ fermisurface/ periodic_table. cgi [14] http:/ / www. html [6] http:/ / environmentalchemistry. dartmouth. html [18] http:/ / www. my/ am1/ periodicm/ index. chemsoc. org/ viselements/ pages/ periodic_table. utm. gov/ periodic/ default. edu/ cgi-bin/ cgiwrap/ aj39/ NMRmap. com/ . phys. edu/ las/ physci/ ch412/ perhist. com/ chemical. html [13] http:/ / www. htm [5] http:/ / www. com/ PeriodicTable/ [17] http:/ / www. edu/ 3. webelements. mit. nyu. ufl. [1] http:/ / bic. edu/ ~chemlab/ info/ resources/ p_table/ Periodic. html [3] http:/ / www. edu/ mritab1/ [2] http:/ / www.RUJUKAN:…….

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->