AMALAN TERBAIK DALAM PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (pengalaman untuk perkongsian) Oleh : Hj.

Samsudin bin Md Noor Pendahuluan Penilaian melalui sistem peperiksaan masih menjadi pengukuran terhadap pencapaian bagi seseorang pelajar. Sebahagian guru seolah-olah telah ketandusan jalan penyelesaian apabila saban tahun ada sahaja muridnya tidak mencapai tahap yang membanggakan atau gagal dalam peperiksaan. Bagi guru yang memiliki semangat keguruan yang tinggi tidak mudah mengeluh dan berputus asa malah ianya disusuli dengan refelksi demi refleksi untuk mencari pendekatan yang terbaik agar berlaku peningkatan prestasi seperti yang tercatat dalam pelunjuran tahunan. Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pemudahcara, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama atau dikenali insan kamil. Pengalaman mengajar yang telah saya tempohi selama kira-kira 32 tahun dalam dunia pendidikan sebagai seorang guru biasa hinggalah menjadi Guru Cemerlang yang bertaraf Gred Khas (JUSA) C. Maka saya merasakan perlu diterjemahkan pengalaman ini untuk dikongsi bersama oleh rakan-rakan pendidik di seluruh negara. Walaupun saya menjawat jawatan sebagai Guru Pendidikan Islam mulai tahun 1978 tetapi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mula dirasai pada tahun 1990 apabila keputusan Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar Kupang melonjak naik sehingga 98.5 peratus dan pencapaian A melebihi sekolah-sekolah lain di daerah ini. Apabila pendekatan dipertingkatkan di SMK Siong, bermula keputusan sekitar 80 peratus telah meningkat tahun demi tahun sehingga menjadi 92.1 peratus pada tahun 2001, dan tahun 2002 saya bertukar ke Sekolah Model Khas Baling, di dapati peratus kelulusan menurun semula ke tahap 81.6 peratus. Maka saya dapat membuat andaian bahawa pendekatan yang saya lakukan menampakkan impak yang membanggakan. Berpandukan kedudukan prestasi murid-murid yang diajari di Sekolah Model Khas Baling, yang mana pelajarnya adalah di kalangan anak-anak orang miskin di Daerah Baling dan Sik. Mereka diambil masuk dengan prestasi yang rendah iaitu sekadar boleh membaca sudah dikira layak ke tahun empat sekolah ini kerana dasar pengambilan yang begitu. Peningkatan prestasi yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan keberkesanan pelaksanaan.

1

projekprojek akademik dan kegiatan ko-korikulum. Perancangan Awal Perancangan strategik lima tahun dan tahun semasa perlu diadakan supaya apa yang dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai panduan pelaksanaan sepanjang tahun dan strategi masa hadapan.7 % 73. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi program-program pengajaran dan pembelajaran berkesan. dan bahan bantuan mengajar bagi mempermudahkan murid memahami sesuatu tajuk. bahan-bahan ’power points’. VD.6 % 31. pengukuhan. Perkara yang lebih penting untuk diutamakan dalam perancangan itu ialah aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan bagi mencapai target. pemurnian. kelas pengukuhan dan pengayaan. biasanya ’target’ itu adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.0 % 53.03 2.Prestasi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2004 hingga 2007 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Model Khas Baling Tahun 2004 2005 2006 2007 Peratus Kelulusan 100% 100% 100% 100% Peratus 1A dan 2A 35. Perancangan kemudahan pembelajaran murid. Perancangan strategik perlu dimasukkan ’target’ atau pelunjuran yang hendak dicapai.97 Usaha-usaha penambaikan sentiasa dipertingkatkan berdasarkan kekuatan.54 1.7 % Gred Purata Mata Pelajaran 3. peluang dan halangan sebagai langkah memperbaiki dan menyusun strategi untuk tahun-tahun berikutnya. kelas pemulihan. Guru sepatutnya membuat pengukuran masa bagi sesuatu topik yang hendak diajar. kelemahan. Jika tiada masalah kertaskertas. Perancangan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun seharusnya mengikut agihan yang telah ditentukan dan guru boleh mengambil daya anisiatif supaya sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal. CD. kelas tambahan. Perancangan awal yang perlu dilakukan iaitu penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran selain daripada buku teks seperti nota-nota tambahan. 2 . seperti keadaan kelas yang lebih kondusif. pemulihan. kemudahan peralatan kegunaan pelajar. ada topik yang diselesaikan dalam satu masa dan ada yang perlu lebih dari satu masa. peningkatan kemahiran menjawab dan sebagainya sebelum tiba masa peperiksaan yang sebenar.90 2. Keadaannya menjadi lebih baik jika guru berusaha adakan sebuah Bilik Khas Pendidikan Islam (jika ada bilik yang kosong). pelbagai jenis pen yang dakwatnya berbagai warna . yang boleh memberi keseronokan kepada murid untuk belajar disediakan oleh guru. kemungkinan peruntukan kewangan sekolah boleh digunakan untuk tujuan ini atas budibicara pentadbir sekolah. Guru boleh menggunakan masa-masa baki untuk tujuan pengayaan.

sentiasa tenang dan berhatihati dalam tindakan supaya tidak tersalah langkah. 3 . Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan rapi serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan yang dihati pentadbir sekolah dan murid-muridnya. Pandangan pertama iaitu pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan. Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid. berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai pandangan.Siapa Guru Di Hati Murid Usaha menarik minat murid mendampingi guru adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata pelajaran yang diajar. bersifat cekal dan sabar. membawa mereka ke tempat rekriasi melalui program Pendidikan Islam. berwibawa. Aktiviti membaca yasin. rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru yang memiliki komitmen yang tinggi. solat hajat sebulan sekali dan lebih kerap di masa hampir dengan tarikh peperiksaan menyebabkan mereka terasa seolah-olah guru itu mengambil berat dan prihatin ke atas mereka. dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru. Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid. berkunjung ke rumah salah seorang murid. program menelaah bersama di waktu petang dan sebagainya. mesra dan sentiasa nampak periang. dedikasi dalam menyampaikan ilmu. kreatif dan inovatif. Melalui cara ini murid mudah mematuhi segala yang dihajati guru. Mereka begitu gemar datang berurusan dan berjumpa untuk menyelesaikan berbagai masalah atau meminta guru menilai tahap pencapaiannya jika tempat itu kelihatan kemas dan tersusun yang mencerminkan perwatakan guru yang sebenar. sedia berkorban masa dan wang ringgit serta berketrampilan adalah antara ciri-ciri personaliti yang boleh menawan hati murid-murid. berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya. terutama yang sakit. bersimpati dan empati. berwatak tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan. sentiasa memelihara disiplin diri. membuat jamuan makan sekali atau dua kali setahun. beretika dan boleh diteladani. ’komited’ dengan tugas. memahami perasaan mereka melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang permasalahan mereka. memiliki idea-idea yang bernas. lawatan ke tempat-tempat tertentu. Guru boleh membuat berbagai program di luar bilik darjah yang bertujuan merapatkan diri dengan mereka. Antaranya. Guru yang memiliki penampilan diri yang baik akan memberi bonus kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama murid di kelas yang beliau ajar. bersikap adil kepada semua murid. Begitu juga dengan kekemasan kerjakerja yang lain yang boleh dinilai baik oleh murid. kesungguhan dalam pekerjaan. sentiasa mengharga masa. cuba penyelesaian kekusutan yang berlaku ke atas mereka. sentiasa bertimbangrasa dan penyayang.

berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar. Mungkin murid-murid sudah tahu tentang latarbelakang guru itu secara tidak langsung sebelum ini. Sebaliknya terdapat juga murid langsung tidak tahu tentang guru itu. serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid bertanggapan guru itu garang jika guru itu bermula dengan watak tegas. Dalam masa yang singkat guru dapat mengingati semua nama mereka. berupaya meningkatkan prestasi murid. Semasa inilah guru perlu memainkan peranan yang cukup bijak bagi menawan hati mereka seperti memuji mereka dengan kata-kata yang menggambar guru itu amat sayang kepada mereka. Jika sekiranya menjadi guru kelas berkenaan maka kesediaan guru untuk menjadikan kelas ini lebih ceria dan menarik menjadikan murid-murid berkeyakinan terhadap gurunya itu. kerana dia mungkin murid yang baru di sekolah itu atau murid ini hanya tahu guru yang mengajarnya sahaja. Berbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengingati nama-nama mereka seperti bertanya nama setiap kali hendak bercakap dengan mereka. bijak mengurus masa secara optimum. atau memasukkan foto-foto mereka dalam komputer peribadi untuk diingat setiap hari. murid yang baik. dan bijak mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan guru. kecemerlangan dalam mengurus bilik darjah. Guru memperincikan bahan-bahan yang perlu disediakan oleh mereka dan bahan yang akan disediakan oleh guru sendiri supaya murid mengetahui bahawa gurunya bersedia untuk mengajar mereka.Gerakerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. dan menampakkan personaliti sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan. 4 . Berkenalan dengan murid yang akan diajari adalah suatu yang tidak boleh diabaikan kerana pernilaian murid ke atas diri guru pada hari pertama akan diterjemahkan terus ke dalam minda mereka tentang perwatakan guru itu. Guru Dan Bilik Darjah Pada peringkat awal. Ketika itu juga guru berusaha dengan kata-kata bersemangat dan menampakkan kesungguhan untuk menjadikan mereka murid yang berjaya. Murid akan menampakkan lebih mesra jika disebut nama mereka semasa berkomunikasi. kerana mereka sudah dua atau tiga tahun belajar di sekolah ini cuma belum pernah belajar dengannya. Mengenali nama setiap murid di kelas tersebut adalah satu pendekatan yang baik. murid-murid akan membuat berbagai tanggapan atau persepsi terhadap guru yang akan masuk ke kelas mereka. Murid juga mungkin bertanggapan guru ini boleh dipermainkan kerana perwatakan yang tersangat lembut atau tidak serius. murid yang memiliki keyakinan diri yang tinggi. Guru sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi. Beberapa peraturan yang mesti dipatuhi yang menampakkan ketegasan tetapi berhemah serta memiliki sifat keterbukaan dalam menerima pandangan serta bersedia melakukan perubahan.

memberi hadiah tertentu.’siapa yang ada apa-apa masalah. dan apa sahaja yang kelihatan tidak menceriakan sebagai suatu cara untuk mendidik dan memperadabkan mereka sebelum mereka menerima pelajaran. tugasan dan ulasan kendiri.Guru juga boleh menyatakan beberapa ganjaran yang akan diberikan kepada murid jika mereka bersedia untuk memberi kerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku atau pencapaian kemajuan murid bertambah baik dari masa semasa. Selepas itu. Guru perlu memahami modul pengajaran dan pembelajaran yang bermula dengan set induksi. Biasanya apabila loceng berbunyi. dan kertas A4 untuk dibuat peta minda. dengan gaya berjalan yang laju serta membawa beberapa bahan yang diperlukan atau menjemput mereka supaya bergerak pantas ke Bilik Pendidikan Islam atau bilik khas. seperti berjanji untuk bawa mereka ke tempat perkelahan atau lawatan ke mana-mana atau berjanji untuk menghadiahkan sesuatu.’ ’ustaz nampak semuanya seronok. seperti ’apa khabar semua’. Murid-murid membuka buku teks bagi tajuk berkenaan. guru meminta mereka bersihkan kelas. Pertanyaanpertanyaan dan kata-kata begini adalah sentuhan awal supaya mereka seronok dengan kedatangan guru itu. ’ada yang sakit atau yang tidak sihat’. ’bagus’ supaya murid merasakan mereka dihargai. Apabila sesuatu tajuk disentuh. penerapan nilai-nilai murni berteraskan ajaran Islam. Guru juga mempamerkan bahan maklumat melalui 5 . kemaskan diri. Apabila melangkah masuk teruskan memberi salam. guru cuba bertanya tentang beberapa pengalaman mereka yang ada kaitan dengan tajuk berkenaan. mereka bangun dan membaca doa dengan ikhlas dan khusyuk supaya mendapat keberkatan Allah SWT. guru akan masuk ke bilik darjah berkenaan atau murid –murid datang ke Bilik Pendidikan Islam. kemudian mampu menganalisa dan membanding beza serta membuat penilaian serta mampu untuk mengaplikasi dalam situasi yang tertentu. Guru memuji dengan perkataan. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan sesuatu. rumusan. atau menceritakan satu cerita pendek atau apa sahaja sebagai set induksi. nota tambahan yang disediakan guru sebagai ’hand out’. dan cuba berjenaka dengan mereka seperti memberi satu teka-teki dan sebagainya. perkembangan isi mengikut aras serta menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai. kerusi. meja. Ketika ini guru menunjukkan sikap kesungguhan untuk masuk ke kelas itu. Saya pernah berjanji untuk membuat jamuan makan kepada mereka. Guru sewajar menunaikan janji-janji itu supaya murid tidak kecewa dengan sikap guru yang dianggap berpura-pura itu. Guru bertanyakan mereka. membawa mereka ke tempat rekriasi. dan saya tunai setelah mereka tunjukkan peningkatan. Pengajaran Dan Pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai apabila murid mengetahui dan memahami tajuk yang diajar. ini yang menjadikan ustaz pun seronok hendak mengajar’.

Maka peranan guru mempastikan kedua-dua otak itu berfungsi dengan baik. Apabila mereka seronok dengan pembelajaran seperti ini menjadikan mereka terasa masa berada di kelas terlalu sebentar dan kadang-kadang mereka akan terus berada di kelas ini walaupun loceng telah berbunyi kerana kemungkinan selepas ini tiada guru yang datang ke kelas mereka. Pendekatan cara bermain atau berintraksi bersama mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan menjadikan mereka semakin berani mengeluarkan berbagai idea secara spontan dan berani bertanya tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sebab mereka tidak merasa tertekan dan hati dan perasaan mereka sentiasa tenang. Otak kanan memberi penekanan kepada bentuk dan corak.’slide’ yang ditayang dengan bantuan ’LCD’ atau menggunakan teknik-teknik yang lain. analisi dan lirik lagu. Oleh itu minda mereka akan lebih terbuka. Otak kiri memberi penekanan kepada bahasa. dari awal hingga akhir kerana teknik ini ternyata membosankan murid. lojik. Di samping itu guru sentiasa berjenaka dan memberi perangsang serta memuji sebagai penghargaan bagi semua kerja yang sedang mereka lakukan. guru memberi persoalan untuk diselesaikan oleh murid sendiri. Guru sepatutnya tidak menyampaikan ilmu secara sehala. nombor. 6 . tentang tajuk yang dipelajari. tidak bergantung ayatayat yang terdapat dalam buku. imiginasi. menggalakkan pelajar berkenaan segera bertanya rakannya yang berdekatan atau mereka akan bangun bertanya rakan yang lebih meyakinkannya. maipulasi ruang. murid berbincang sesama mereka. Kelebihan membuat peta minda ialah mereka dapat menguasai semua isi yang terkandung dalam buku atau nota. Guru berbincang dengan murid secara bersahaja. bersoal jawab. di samping melatih mereka berfikiran kreatif dan kritis. Peranan otak kiri dan otak kanan perlu diseimbangkan. dan mereka hanya menggunakan bahasa dan ayat-ayat sendiri ketika menjawab soalan. Kadang-kadang guru berhadapan dengan murid yang lambat faham akan sesuatu tajuk atau isi kandungan. Murid-murid ternyata lebih gemar membuat peta minda setelah mereka dilatih untuk membuatnya berkali-kali dan seolah-olah menjadi ’kegilaan’ kepada mereka. rumusan matematik. membuat peta minda. urutan. dan berbagai aktiviti lain yang boleh merangsangkan minat murid. Murid berkenaan tidak segan silu untuk terus bertanya dengan guru. Mereka sendiri memahami apa yang terkandung dalam buku. Pendekatan yang digunakan antaranya menjadikan rakannya sebagai ’guru’ untuk menjelaskan perkara tersebut. Guru mengulangi semula dengan pendekatan yang lebih mudah atau membina soalan untuk dibincang dalam kumpulan setelah mengenalpasti ada murid yang masih belum faham kandungan tersebut. angan-angan. dan rentak lagu. guru membuat penilaian mengikut aras. guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang hanya menekan aspek-aspek tertentu dalam kandungan itu. murid membuat aktiviti kumpulan.

dan mereka bersedia untuk menerima dengan lapang dada seperti menarik sedikit telinga sebagai menandakan guru tidak gemar dengan perlakuan tersebut. sambil mengenakan sedikit denda terhadap mereka. guru memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka boleh membaca al-Quran jika mereka mengikuti teknik dan kaedah yang akan di bawa oleh gurunya itu tetapi mereka hendaklah melakukan latihan berterusan di rumah atau di luar bilik darjah. Jika mampu selalu berjumpa mereka untuk berbincang dan sekali sekala jemput mereka makan di kantin dan sebagainya supaya mereka dapat merasai bahawa guru itu benar-benar untuk membantu mereka menguasai bacaaan al-Quran. Murid-murid ini kadang terasa malu disebabkan kelemahan mereka. Di samping galakan dan motivasi guru yang berterusan. dan guru terus maafkan dan letakkan tangan dibelakang mereka atau memuji mereka 7 . seperti menyuruhnya membaca dengan kuat di hadapan kelas. Setelah mereka berjaya membaca maka berilah penghargaan berupa sijil di perhimpunan sekolah. serta mencerita kelebihan-kelebihan apabila boleh membaca al-Quran. Contohnya.Pendekatan-pendekatan yang lebih mudah. Guru meminta pandangan mereka tentang cara yang kehendaki supaya mereka boleh mereka lakukan dan matlamatnya mereka boleh membaca al-Quran. ganjaran. Contohnya. tetapi ketegasan itu dilakukan dengan senda gurau. perangsang. menjadikan mereka terasa bersalah jika mereka tidak mendengar nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh guru. Qiraati dan Hattawiyah boleh digunakan tetapi guru hendaklah sentiasa memantau perkembangan mereka dengan memberi galakan. Gabungan kaedah Iqrak. Oleh itu guru tidak perlu menggunakan kaedah yang menyebabkan mereka menjadi malu. meringankan bebanan murid dan meningkatkan minat untuk terus menyelesaikan tugasan bagi tajuk berkenaan. menjemput mereka berkumpul di suatu bilik yang tidak disertai oleh murid-murid lain. guru memberi kebebasan kepada murid bertemu dengan guru untuk menghafaz ayat-ayat itu di hadapan guru. kadangkadang terdapat murid yang ingin menghafaz sedikit demi sedikit dan akhirnya semua ayat tersebut telah berjaya di hafaz atau pun menggunakan pelbagai pendekatan yang disukai oleh murid berkenaan dan guru sepatutnya melayan kehendak mereka. sebaiknya mereka di bawa ke tempat lain atau membaca dalam kumpulan yang sama atau membaca secara beramai-ramai. murid yang sukar menghafaz ayat-ayat al-Quran bagi tingkatan empat. misalnya. Bagi murid-murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran. Apabila mereka merasakan seronok belajar Pendidikan Islam maka mereka akan berusaha untuk memahami tajuk yang sedang dipelajari. Guru juga memberi cadangan. dengan cepat memohon maaf. Murid yang sememangnya sayang kepada gurunya itu. Guru juga hendaklah menunjukkan ketegasan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. guru boleh menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. penghargaan berterusan. pujian. guru boleh melantik murid-murid yang cemerlang menjadi naqib untuk mendengar hafazan murid berkenaan. serta menampakkan kesayangan guru itu terhadap murid. Guru memberi semangat. Dengan wajah keriangan yang ditunjukkan oleh guru.

tempat wukuf. tempat saei. Sebagai guru yang telah diberikan amanah untuk mengajar di kelas yang berkenaan seharus mencari pendekatan yang boleh meningkatkan motivasi dan kecenderungan mereka untuk mengikuti pelajaran yang sedang diajar. suka ponteng. Penggunaan alatan bantuan mengajar. Guru menggunakan beberapa murid untuk menunjuk cara. Denda atau hukuman yang boleh menjatuhkan maruah dan memalukannya sepatutnya dielakkan supaya murid berkenaan tidak tertekan. 8 . Contohnya. Bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan dan tulisan jawi. merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. akibatnya murid berkenaan mungkin membuat tindakan negatif seperti tidak datang ke sekolah. Memasang lagu-lagu nasyid atau zikir yang boleh menjadi halwa telinga mereka tetapi diperlahankan suaranya. maka tindakan yang boleh difikirkan ialah langkah pertama. Kebiasaannya guru berhadapan dengan masalah apabila berada di kelas yang terlalu lemah dan kemungkinan terdapat empat atau lima murid yang tidak boleh membaca dengan baik dan yang lain pula bersikap malas. murid akan lebih mudah faham dalam masa yang singkat. dan kebijaksanaan guru mengaplikasikannya supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang memberangsang minda mereka. Penggunaan pendekatan ini. tajuk cara menyempurnakan ibadah haji dan umrah. Pendekatan. Mina dan Muzdalifah serta Miqat Makani. atau kepelbagaian kaedah yang lebih kepada berpusatkan murid. kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal suku kata hingga seterusnya murid boleh membaca kalimah mudah dan kalimah yang lebih dari dua sukukata hinggalah ke tahap boleh membaca ayat-ayat dan esei. bagi murid yang terlalu lemah. diperkenalkan huruf hijaiyah yang dipadankan dengan huruf rumi. Pembelajaran Kerjasama. Model-model berbentuk replika seperti model kaabah. tidak suka membuat tugasan yang diberikan oleh guru. modul atau kaedah seperti Pembelajaran Masteri.supaya mereka tidak merasakan sesuatu yang boleh menjejaskan penumpuan terhadap pelajaran yang sedang dihadapi itu. mengadakan penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian murid berkenaan. Pendekatan mendekati murid adalah seperti yang telah dijelaskan perlu untuk menarik minat mereka menyintai jawi. suka tidur dan sebagainya menyebabkan guru terasa bosan untuk berhadapan dengan mereka. adalah di antara kaedah yang boleh digunakan mengikut kesesuaian tajuk. supaya murid rasa terhibur dan kadang-kadang kandungan lagu itu memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka. kemampuan murid. jamrah. Kontruktivisma. Pembelajaran Kontektual. simulasi. Kesannya. model-model tertentu. main peranan dan sebagainya. juga dapat membantu meningkatkan keseronokan dan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. murid mudah faham dan minat mereka untuk meneruskan pembelajaran dan mereka tidak menunjukkan perlakuan yang bermaksud bosan dengan cara guru menyampaikan pengajaran.

belajar menerima hakikat iaitu menyatakan kemampuan sebenar supaya guru boleh membuat penambahbaikan. pengotor. Apabila mereka sudah menampakkan kecenderungan untuk belajar. Menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru melalui perbincangan kumpulan juga satu teknik yang boleh membantu murid yang lemah. seperti kata-kata. InsyaAllah perubahan akan berlaku. Guru menggalakkan murid menjawab latihan mengikut teknik jawapan yang betul dan jawapan yang dikemukakan itu adalah betul. teruskan memberi galakan. Berikan penekanan bahawa murid yang ikhlas dan yakin dengan pekerjaan akan mudah mencapai kejayaan dan keberkatan. Leteran yang berterusan. bimbing mereka untuk mendapatkan jawapan. murid diminta berbincang dengan rakan-rakan sekiranya tidak yakin dengan jawapan yang diberikan itu. Yang lebih penting guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap mereka. tidak menipu dengan cara meniru rakan secara menyalin semula jawapannya. dekat dengan mereka ketika mengajar. Kemudian ketua kumpulan akan menyemak semula jawapan setiap ahli kumpulan. dan memberi tindak balas positif terhadap perlakuan dan pertuturan mereka. tidak malu untuk menyatakan kelemahan. Jika mereka tidak faham.’saya yakin murid kelas ini boleh lulus pelajaran ini dalam peperiksaan nanti.Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menambahkan kebencian mereka terhadap mata pelajaran yang diajar atau terhadap guru sendiri. motivasi dan pengharapan yang baik. Setelah mendapat jawapan. kaki tidur dan sebagainya akan menghilangkan minat mereka untuk berada bersama guru itu. cuba ulang bahagian itu melalui kaedah yang berbeza seperti memberi lambaran kerja. setiap tajuk yang dipelajari diberikan latihan untuk dilaksanakan di minit-minit terakhir dan menyambung tugasan itu di luar kelas atau di rumah sebagai kerja rumah. sedia mendapatkan pertolongan rakan bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman. Caranya. kerana ustaz sudah nampak ada peningkatan. ustaz seronok jika murid kelas ini berjaya’. Nasihatkan mereka secara ikhlas supaya mereka tidak menyalin terus daripada jawapan rakannya itu. gembirakan hati mereka. dan pujian jika mereka melakukan sedikit perubahan ke arah kebaikan. bukan kerana terpaksa atau dipaksa atau melaksanakan sekadar melepas batuk di tangga. Mulakan pelajaran dengan perkara yang cukup mudah. berjenaka. menyebut perkara-perkara negatif yang ada pada mereka seperti mengecap mereka sebagai pemalas. sekurang-kurang guru dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan di kelas berkenaan. Penilaian Dan Pentaksiran Aspek yang diberikan penekanan ketika membuat latihan dan menjawab peperiksaan ialah keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab. Sebaik-baiknya. banyak memberi contoh-contoh. Akhirnya murid-murid dapat mendengar nasihat guru dan melaksanakan tugasan dengan baik. tetapi amalan ini hendaklah dilakukan berterusan bukan secara sekali sekala. 9 . murid-murid diberikan perhatian. masing-masing murid menulis jawapan tersebut. Pendekatan yang berkesan. Latihan.

Guru akan memberi nasihat dan bimbingan kepada pencapaian yang lemah.A+. Semua guru sepatutnya memahami teknik menjawab soalan peperiksaan awam (PMR dan SPM) supaya murid-murid dilatih sejak di tingkatan satu bagi PMR dan di tingkatan empat bagi SPM. supaya murid berkenaan merasakan ada peningkatan dalam diri mereka. Galakan dan pujian harus diberikan terutama murid yang lemah jika ada sedikit pencapaian. memberi motivasi. Bagi kelas yang lemah. Guru melatih sehingga mereka faham. Antaranya.Guru menunjukkan teknik dan kaedah menjawab soalan yang berkesan diperingkat awal lagi. guru perlu membuat pembetulan perkara-perkara yang salah dan berikan sedikit markah bagi jawapan tersebut.C+.B. meminta dia rajin berbincang dengan pelajar yang cemerlang. ujian topikal atau bulanan dan peperiksaan dibuat secara analisa bagi membolehkan guru mudah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap murid dalam perkara-perkara tertentu untuk tindakan susulan. guru perlu memperbanyakkan soalan-soalan pencapaian rendah dan cuba memberi satu jawapan contoh supaya mereka berminat untuk terus menjawab soalan-soalan itu sehingga selesai. kemudian latihan demi latihan mengikut teknik peperiksaan sebenar. rekod-rekod dipamerkan kepada mereka melalui ’LCD’.C.dan E. Soalan-soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun termasuk peperiksaan percubaan perlu mengikut Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) sebenar 50:30:20.C-. termasuk soalan-soalan berbentuk aplikasi dan analisis.B-. Perekodan latihan topikal. bersemuka dengan murid berkenaan secara peribadi. supaya mereka dapat membezakan percapaian mereka dan membandingkan dengan pencapaian rakan-rakan mereka.A-. pencapaian yang masih tidak berubah atau yang menurun. kefahaman dan kemahiran berfikir. 30 (soalan-soalan pencapaian sederhana) dan 20 (soalan-soalan pencapaian tinggi atau sukar).B+. Contoh Rekod Pencapaian Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 5 Sastera Ikhtisas Bil 1 2 3 4 5 Nama Abdul Hadi bin Wa Daud Ahmad Saffian bin Yaacob Amirul Azwan bin Abdul Ghani Falahi bin Mohd Nordin Mohd Azam bin Alias 1 CB B A B 2 C B A BB3 BB BA B4 BB C A BBilangan Latihan 5 6 7 B B B B B+ A B B+ B+ AB B+ B A B- 8 B+ A B+ A B- 9 B+ A B+ B+ B 10 A A+ A A+ B+ 10 . 50 (soalan-soalan pencapaian rendah). Setiap latihan murid direkod dalam buku rekod dengan memberi markah mudah iaitu A. taburan soalan juga meliputi soalan-soalan pengetahuan.D. dan memberi tugas-tugas lanjutan bagi perkara-perkara atau bidang-bidang yang dikenal pasti masih lemah.

Contoh Rekod Pencapaian Ujian Bulan Mac 5 Sastera Ikhtisas Bil 1 2 3 4 5 Nama Murid Abdul Hadi bin Wan Daud Ahmad Saffian bin Yaacob Amirul Azwan bin Abdul Ghani Mohd Fakhrul A’leef bin Mohd Ramli Mohd Farhan Hakim bin Md Yusuf A 18 10 20 16 16 B1 14 20 14 09 16 Markah B2 12 18 18 09 10 Jumlah Markah 64 72 82 55 55 Gred 3B 2A 1A 4B 4B B3 14 14 14 16 06 B4 06 10 18 05 07 Contoh Rekod Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM Pendidikan Islam Kertas 1 BIL NAMA MURID A 1 20 8 13 12 13 19 14 11 2 14 3 10 16 12 13 11 8 B 3 14 12 11 12 13 10 6 4 6 71 44 57 65 55 71 61 45 2A 7D 4B 2A 4B 2A 3B 6C Jumlah Markah Gred 1 2 3 4 5 6 7 8 Kertas 2 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 Mohd Yusof B Abd Rahman Mohd Zahir B Md Ideris Mohd Firdaus B Halim Mohd Aiman B Mohd Yusof Mohd Zahaidey B Abd Wahab Moh Zulhusni B Abd Dhani Muhamad Hafiz B Aziz Muhamad Syazwan B Mohd Rodzi 23 27 22 26 18 26 26 20 NAMA MURID Mohd Yusof B Abd Rahman Mohd Zahir B Md Ideris Mohd Firdaus B Halim Mohd Aiman B Mohd Yusof Mohd Zahaidey B And Wahab Mohd Zulhusni B Abd Dhani Muhamad Hafiz B Aziz Muhamad Syazwan B Mohd Rodzi 1 16 18 11 14 15 16 16 14 2 19 19 16 11 17 16 13 15 3 19 14 17 10 16 15 16 16 4 16 10 16 11 14 16 14 14 5 13 4 9 9 15 15 4 10 Jumlah Markah 83 65 69 55 77 78 63 69 GRE D 1A 2A 2A 4B 1A 1A 3B 2A Keputusan BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 NAMA MURID Mohd Yusof B Abd Rahman Mohd Zahir B Md Ideris Mohd Firdaus B Halim Mohd Aiman B Mohd Yusof Mohd Zahaidey B Abd Wahab Moh Zulhusni B Abd Dhani Muhamad Hafiz B Aziz Muhamad Syazwan B Mohd Rodzi K1 71 44 57 65 55 71 61 45 K2 83 65 69 55 77 78 63 69 JUMLAH MARKAH 77 55 63 60 66 75 62 57 GRE D 1A 4B 3B 3B 2A 1A 3B 4B 11 .

jika tiada kesempatan. personaliti. kebijaksanaan menawan hati budi murid. Pengukuhan dan Pengayaan Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan. Guru pada awal gurulah pada akhir 12 . program itu perlu dilanjutkan di luar bilik darjah iaitu semasa lapang atau di luar waktu persekolahan. di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh. Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid. Program ini boleh dilaksanakan di masa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penutup Kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Program pengukuhan dan pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui kelas-kelas tambahan atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok. Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran. sifat pengorbanan dan keikhlasan. pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi. InsyaAllah dengan doa dan harapan. usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua. Penekanan secara lebih intensif dilaksanakan sebulan sebelum peperiksaan percubaan. guru perlu mengenal pasti murid yang masih tidak menguasai topik berkenaan kemudian diberi pemulihan segera. Selepas peperiksaan percubaan guru membuat analisa keputusan untuk melihat kelemahan dan kekuatan murid kemudian tindakan susulan dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran. Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar. kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan. guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan. pengukuhan dan pengayaan.Pemulihan. keperibadian. Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful