You are on page 1of 58

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

PENSYARAH PEMBIMBING:
CIK KALAIVALLI a/p RATNAM

SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI


AHLI K UMPUL AN: AM FATIN HAKIM IZZATI KHAJA R L I ND A SUZIE

KELAS: PISMP 3C DAN 3D

DEFINISI
Sistem limfatik adalah rangkaian saluran yang membawa suatu cecair jernih yang dipanggil limfa. Sistem limfa ada di semua bahagian badan kecuali sistem saraf pusat (di tulang belakang). Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organisma yang bertindak melindungi organisma tersebut daripada serangan penyakit dengan mengenalpasti dan membunuh patogen dan sel tumor.

ORGANISASI SISTEM LIMFATIK(SL)


FUNGSI SALURAN LIMFATIK LIMPOSIT TISU LIMPOID ORGAN LIMPOID

Fungsi Sistem Limfatik


Mengumpulkan kelebihan cairan dan protein dari cairan tubuh dan mengembalikannya ke dalam darah.

Menyaring dan menghancurkan mikroorganisma (MO).

Mengangkut lemak dari jaringan sekitar usus halus ke darah.

Perlindungan jangka panjang terhadap MO dan bendabenda asing yang memasuki tubuh badan.

Komponen Struktural SL
1. 2. 3. Kapilari Limfatik yang berfungsi mengumpulkan kelebihan cairan interstisial di jaringan. Pembuluh Limfatik berfungsi embawa cairan limfa dari kapilari limfatik ke vena di leher yang akan dikemballikan ke pembuluh darah. Nodus Lilmfatik; Terdapat sepanjang pembuluh limfatik yang berfungsi untuk menyaring bahan asing dari limfa sebelum masuk ke pembuluh darah. Tonsil berfungsi untuk menghancurkan benda-benda asing yang memasuki saluran penafasan bahagian atas dan sistem pencernaan. Limpa berfungsi menyaring benda-benda asing dari darah, menghasilkan limfosit, menyimpan sel darah merah, melepaskan darah kedalam tubuh pada bahagian yang kehilangan darah. Kelenjar timus membentuk antibodi pada bayi baru lahir, menghasilkan timosin, tempat mengembangkan limfosit menjadi limfosit T.

4. 5.

6.

Gambar rajah yang menunjukkan Sistem Limfatik

SALURAN LIMFATIK: KAPILARI DAN INJAP

Kapilari limfa akan bersambung dengan salur yang lebih besar disebut salur limfa. Dinding kapilari limfa terdiri daripada satu lapisan sel. Dinding kapilari limfa mempunyai liang-liang seni yang menjadikan kapilari limfa telap kepada cecair intersis.

Kapilari limfa berbeza daripada kapilari darah kerana salah satu hujungnya adalah buntu atau tertutup sementara hujung yang satu lagi dihubungkan kepada salur limfa. Di sepanjang salur limfa terdapat nodus limfa pada jarak tertentu. Nodus limfa banyak terdapat di perut, leher, dada dan ketiak.

Nodus limfa berfungsi menghasilkan limfosit yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Cecair intersis berwarna kuning pucat yang meresap masuk ke dalam kapilari limfa dan salur limfa disebut limfa. Di sepanjang salur limfa terdapat injap untuk memastikan limfa mengalir dalam satu arah sahaja.

Apabila satu bahagian salur di antara dua injap dipenuhi dengan limfa ,dinding salur limfa akan mengecut dan menolak limfa ke hadapan menyebabkan injap terbuka dan limfa mengalir ke dalam bahagian salur limfa yang berikutnya. Injap kemudian tertutup untuk menghalang pengaliran limfa kebelakang. Limfa berasal dari plasma darah yang keluar dari sistem kardiovaskular ke dalam jaringan sekitarnya.

Cairan ini kemudian dikumpulkan oleh sistem limfa melalui proses difusi ke dalam kelenjar limfa dan dikembalikan ke dalam sistem sirkulasi.

aliran limfa di sepanjang salur limfa yang dibantu oleh dalam salur limfa.

REHAT SEBENTAR

VIDEO

LIMFOSIT

Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada vertebrata.

Gambar rajah Limfosit

Limfosit dihasilkan nodus limfa yang yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Ada dua kategori besar limfosit, limfosit berbutiran besar (large granular lymphocytes) dan limfosit kecil. Limfosit memiliki peranan penting dan terpadu dalam sistem pertahanan tubuh.

Limfosit dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.

TISU LIMPOID

Tisu limpoid merupakan sebahagian daripada sistem keimunan badan yang membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. Limfosit mengandungi banyak tisu limpoid. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa, tonsil dan adenoids(tisu yang mengembang pada bahagian belakang kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher.)

Tisu dalam bidang perubatan bukan macam sehelai kertas tisu. Tisu ini merupakan nama yang digunakan kepada sekumpulan sel yang mempunyai fungsi yang spesifik. Selain itu,tisu dalam bidang perubatan tidak semestinya ialah lapisan. Oleh itu, sum- sum tulang juga merupakan salah sejenis tisu.

LIMPA

TIMUS

ORGAN UTAMA SISTEM LIMFATIK


SUMSUM TULANG

NODUS LIMPA

SALUR LIMFATIK

Organ Utama untuk Sistem Limfatik


Sistem limfatik terdiri daripada organ - organ utama seperti limpa,nodus limfa dan salur limfa. Limpa adalah kelenjar tanpa saluran ( ductless) yang berhubungan erat dengan sistem sirkulasi dan berfungsi menghancurkan sel darah merah tua. Organ ini dianggap merupakan salah satu pusat kegiatan pada sistem retikuloendotelium.

LIMFA Organ seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang abdomen iaitu dipermukaan perut. Ia berfungsi memerangkap dan menapis antigen, memusnahkan sel darah merah yang telah tua. Menghasilkan sel darah merah yang baru. Menakung darah pada waktu kritikal.

Bahagian berwarna hijau adalah lokasi limfa

NODUS LIMFA
Bintilan tisu yang berbentuk seperti biji kacang. Berdiameter 2 hingga 35 mm, berwarna kelabumerah jambu (greyish-pink). Terletak di sepanjang hentian sistem limfatik. Mengandungi leukocyte (sel darah putih) yang mempunyai fungsi pagositosis. Cecair limfa mesti melalui nodus limfa sebelum kembali ke dalam sistem peredaran darah.
KENAPA?

Nodus limfa merupakan tempat berlakunya pemusnahan agen jangkitan dan toksin. Nodus limfa biasanya terdapat banyak di bahagian dada, leher, pelvik, axilla (ketiak) dan pangkal paha. Boleh dikesan apabila ia menjadi bengkak.

STRUKTUR NODUS LIMFA


KAPSUL RUANG YANG MENGANDUNGI LIMFOID TISU KAPILARI DARAH SALUR EFFERENT LIMFATIK SALUR AFFERENT LIMFATIK

SALUR LIMFATIK

Ia merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan membentuk struktur seperti jaring. Terletak dibawah kulit dan selaras dengan kapilari darah. Ia nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan berlakunya backflow. Pembuluh limfa yang terkecil atau kapilari limfa lebih besar daripada kapilari darah terdiri daripada hanya selapis endothelium. Pembuluh limfa bermula sebagai pleksus halus kapilari yang sangat kecil atau sebagai rongga rongga limfa dalam tisu sebagai organ.

TIMUS Sepasang kelenjar yang terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung. Tempat berlaku pembentukkan limfosit.

SUMSUM TULANG

SEL IMUNITI
Sumsum Tulang: Menghasilkan sel limfosit B. Thymus: Menghasilkan sel limfosit T.

PERTAHANAN TIDAK KHUSUS


SEKATAN FIZIKAL PAGOSIT

INFLAMASI

SEKATAN FIZIKAL
Terdiri daripada: 1. Organ kulit iaitu hidung, mulut dan salur respirasi. 2. Membran mukus iaitu peluh, sebum dan asid perut. 3. Mekanisme pembekuan darah.

Apabila patogen masuk, sistem ini akan bertindak melalui kulit, perut, mata dan mekanisme pembekuan darah. 1. Kulit: Tebal menghalang patogen masuk. pH kulit (3-5) berasid menghalang percambahan mikrob. Enzim lisozim dalam peluh dan sebum di permukaan peluh dapat membunuh mikrob. Lapisan kulit mati juga snetiasa disingkirkan. Sebum yang menganduni asid laktik yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat.

2. Perut: Asid hidroklorik dalam perut dan jus gaster (berasid) membunuh patogen dalam makanan yang dimakan (mencerna) dan menghalang percambahan mikrob. 3. Mata: Air mata mengandungi enzim lisozim (protein antimikrob) yang menguraikan dan membunuh sesetengah jenis patogen yang memasuki mata. 4. Mekanisme pembekuan darah: Antibodi dalam serumdapat membunuh bakteria yang memasuki luka. Bila luka mekanisma bertindak mengumpalkan darah pada tempat luka. Darah membeku dan mengeras lalu membentuk keruping (kudis). Keruping tersebut bertindak sebagai penganti kepada kulit (benteng pertama) serta menghalang patogen masuk ke dalam badan.

PAGOSIT
Pagosit (neutrophil dan macrophage) bertanggungjawab untuk mengenali,mencerna dan menghancurkan sesetengah jenis mikroorganisma. Walaubagaimanapun, pagosit tidak dapat mengenali bakteria tertentu jika bakteria tersebut disertai oleh kapsul. Pada keadaan ini, limfosit B telah membantu pagosit dengan pengenalan.

Limfosit B menghasilkan antibodi melawan antigen yang terkandung di dalam kapsul bakteria. Antibodi tersebut menempel pada kapsul. Pagosit kemudian mengenali dan mencerna seluruh keseluruhan komplek, termasuk bakteria.

Beberapa mikroorganisma tidak dapat sepenuhnya dihilangkan. Untuk bertahan melawan mikroorganisma ini, sistem kekebalan membina dinding di sekitar mereka. Dinding tersebut dibentuk ketika pagosit, terutama macrophage, menempel satu sama lain.

Mikroorganisme dinding tersebut disebut granuloma. Beberapa bakteria dengan demikian ditahan bisa bertahan di dalam tubuh dengan tidak terbatas. Jika sistem kekebalan dilemahkan (bahkan 50 atau 60 tahun kemudian), dinding granuloma akan hancur, dan bakteria akan mula merebak dan terhasilah gejala-gejala penyakit.

INFLAMASI
Inflamasi adalah sebahagian dari reaksi tubuh terhadap kecederaan. Diperkirakan inflamasi tingkat rendah dalam tubuh merespons keadaan stress seperti merokok, tingkat kolesterol yang tinggi dan obesiti yang memberikan kontribusi bagi penimbunan lemak yang disebut plak dalam dinding bahagian dalam arteri. Inflamasi kemungkinan besar dapat membuat plak tersebut membentuk gumpalan darah atau blood-clot yang dapat menyebabkan serangan jantung.

Polyphenol adalah bahan kimia yang dapat bertindak sebagai anti oksida dan dapat mengurangi tahap inflamasi . Kajian menunjukkan minuman anggur segelas kecil sehari dapat memperkecil resiko kematian akibat penyakit jantung sebesar 33% dibandingkan dengan kelompok yang tidak mengkonsumsi minuman anggur.

RINTANGAN KHUSUS: TINDAK BALAS PELALIAN

BENTUK PELALIAN

BAHAN PELALIAN

TINDAK BALAS PELALIAN POLA TINDAK BALAS

BENTUK PELALIAN
Pelalian atau dalam bahasa Inggerisnya ' immunisation ' adalah satu proses di mana seseorang itu dilindungkan atau dilalikan dari sesuatu penyakit berjangkit. Ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama ( yang diproses ) kepada seseorang itu. Ada kalanya kuman itu diberi dengan cara dimakan seperti pelalian polio.

BAHAN PELALIAN
Acel-Immune DTaP Diphtheria-Tetanus-Per tussis WyethAyerst 800.934.5556 * diphtheria dan tetanus toxoids dan acellular pertussis adsorbsi, formaldehyde, aluminum hydroxide, aluminum phosphate, thimerosal, dan polysorbate 80 (Tween-80) gelatin Act HIB Haemophilus Influenza B Connaught Laboratories 800.822.2463 * Haemophilus influenza Tipe B, polyribosylribitol phosphate ammonium sulfate, formalin, dan sucrose * virus penyakit campak gelatin, janin anak ayam. neomycin sorbitol hydrolized

Pada masa sekarang telah terdapat pelalian untuk bermacam -macam penyakit seperti campak, polio, kancing gigi (tetanus), pertusis, diftiria ( sakit kerongkong ), rubella, t.b., beguk (mumps , demam kepialu (typhoid) , taun ( cholera ) dan lain -lain. Ini adalah sumbangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana perlalian telah berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit -penyakit berjangkit. Enam jenis penyakit menjadi punca kematian yang utama di dunia lebih -lebih lagi di negara -negara membangun iaitu diftiria ( sakit kerongkong ) , pertusis ( kokol ) , kancing gigi , t.b , campak dan polio. Pertubuhan kesihatan sedunia sedang meneruskan usahanya untuk membasmi penyakit -penyakit ini dengan menggalakkan supaya pelalian untuk penyakit -penyakit ini diberi kepada kesemua bayi dan kanak -kanak menjelang tahun 1990.

TINDAK BALAS PELALI


Pelalian boleh menyebabkan kesan -kesan sampingan yang tidak diingini di kalangan kumpulan bayi -bayi yang menerimanya. Pelalian untuk mencegah penyakit pertusis (whooping cough) boleh membuatkan bayi demam , menangis selalu dan tidak mahu menyusu untuk beberapa hari. Ubat yang dibekalkan oleh doktor boleh mengurangkan keadaan ini. Kadangkala terdapat nodul di tempat suntikan tetapi ini biasanya akan hilang dalam beberapa bulan.

Pelalian ini telah menggemparkan orang ramai di negara barat pada sedikit masa dahulu kerana berlakunya kecacatan otak dikalangan orang kanak -kanak. Ini menyebabkan ramai kanak -kanak tidak mendapat pengimunan ini.

Akibatnya pula kes -kes pertusis meningkat dengan banyaknya. Pakar kanak -kanak sekarang tidak menyarankan pelalian ini kepada bayi bayi yang pernah terkena sawan dan mengalami kecacatan otak.

Bayi -bayi yang mengalami demam tinggi , sawan atau menangis berjam-jam selepas diberi pengimunan ini disyorkan supaya tidak diberi lagi pengimunan Pertusis. Mereka disarankan supaya diberi lagi pelalian tetanus dan sakit kerongkong sahaja. Ibu bapa perlu memahami bahawa penyakit Pertusis adalah merbahaya kepada bayi dan semua bayi-bayi (kecuali bayi-bayi yang tertentu sahaja) mesti mendapatkan pelalian ini.

POLA TINDAK BALAS PELALIAN

You might also like