You are on page 1of 20

BIL 1 PENGENALAN 2 3 4 5

PERKARA

MUKASURAT

DEFINISI MAKANAN DAN PEMAKANAN KEPENTINGAN MAKANAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

1 2 3-4 5 6-10 11-12 13

KEPENTINGAN MAKANAN-MAKANAN BERKHASIAT MEMPRAKTIKKAN AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL MERANCANG GIZI SEIMBANG MEWAJARKAN PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK DAN MEMERLUKAN MENGAITKAN ADAB MAAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA ADAB DAN TATATERTIB ORANG MELAYU KETIKA MAKAN ADAB DAN TATATERTIB ORANG BARAT KETIKA MAKAN TERTIB DI MEJA MAKAN (CARA BARAT DAN TEMPATAN) KESIMPULAN

14-16 16-17 17-18 19

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

DEFINISI MAKANAN DAN PEMAKANAN


MAKANAN : Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Menurut pakar pemakanan, makanan ialah yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membahan-bahan pepejal atau cecair bekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan.

PEMAKANAN : Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan, dan pengkajian tentang makanan tersebut.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Kepentingan Makanan

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Pengambilan Makanan Berkhasiat


Corak pengambilan makanan berkhasiat perlu dilakukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat Piramid Makanan.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Peringkat pertama dalam pengambilan makanan adalah bijirin diikuti buah dan sayur yang berada pada peringkat kedua dan seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging dan kekacang yang berada di peringkat ketiga. Produk yang paling sedikit diperlukan tubuh berada pada peringkat pertama iaitu di puncak dan ia adalah lemak, minyak, gula serta garam. Setiap individu perlu mengekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal. Sebelum menyediakan atau mengambil setiap hidangan, ketahui nilai kalori dan pastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi nilai kalori diperlukan badan kerana ia akan menambahkan berat. Mengambil hidangan bijirin dan buah-buahan serta sayur-sayuran juga, amat penting kepada tubuh kerana ia adalah sumber vitamin yang lengkap, tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Kepentingan makan-makanan berkhasiat .


1)Memelihara kesihatan fizikal
Membekalkan keperluan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Tubuh memerlukan protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral & air secukupnya

2)Memelihara kesihatan mental


Nutrien daripada makanan mempengaruhi fungsi dan kesejahteraan mental. Otak berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang diperolehi daripada makanan yang dimakan. Untuk mencegah dan merawat keadaan kekurangan zat makanan atau malnutrisi. Untuk mencegah dan merawat obesiti dan penyakit yang berkaitan dengannya Untuk mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung, hipertensi, gout, kanser, diabetes dan osteoporosis.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Mempraktikkan Amalan pemakanan yang betul .


Merujuk kepada kepentingan makan-makanan yang berkhasiat , untuk mencegah penyakit-penyakit kronik kita perlulah mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan sihat . Antaranya ialah

A) PELBAGAIKAN MAKANAN Tiada satu makanan yang mengandungi kesemua zat perlu sekaligus. Tiada makanan yang harus dipantangkan kecuali atas masalah kesihatan tertentu. Pastikan makanan harian anda adalah seimbang.

B) MAKAN SECARA TETAP Melangkau sesuatu masa sajian boleh menyebabkan kita makan berlebihan pada sajian seterusnya. Pengambilan snek adalah baik tetapi jangan sampai ia menjadi sajian utama.

C) MAKAN SEDIKIT TETAPI BANYAK KALI Konsep ini sukar diterima kerana bimbang dengan makan banyak, jumlah kalori meningkat. Keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin bertambah pembakaran tenaga.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

7 alasan kenapa perlu makan sedikit sedikit tetapi boleh banyak kali

1. Melajukan BMR (BMR-body metabolism rate) Melajukan BMR: kesan termik makanan Tips: Frekuensi makan + makanan TE BMR Makan akan menggerakkan enjin tubuh.

Zat makanan Thermic Effect

Protein 30%

Karbohidrat kompleks 20%

Lemak dan gula 3%

Protin tertinggi thermic effect: dada ayam, ikan, putih telur Lemak dan gula mengurangkan kadar pembakaran tenaga keseluruhan sajian di waktu itu. 2. Mengawal rasa lapar Puasa yang lama merangsang hormon yang mengawal pusat lapar. Sukar rasa kenyang, sentiasa ingin makan lagi. Contoh: Makan kerepek2 selepas makan nasi.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

3. Sentiasa bertenaga Insulin bertambah dengan kehadiran glukosa. Merangsang pembentukan tenaga. Makan kerap dengan jumlah yang betul memberi peluang tindakan insulin > berkesan. 4. Meningkatkan pembentukan otot Insulin pada jumlah yang tepat akan membawa glukosa & asid amino ke tisu otot untuk pertumbuhan. Tetapi asid amino hanya bertahan 3 jam, perlu bekalan baru!

5. Mengelakkan penguraian otot Jika melangkau waktu makan, otot akan diurai untuk bekalan asid amino darah. Saiz otot berkurang, BMR berkurang

6. Memperbaiki penyerapan zat makanan Makan banyak, belum tentu semua zat dapat diserap dan diguna dengan baik. Makan kerap walau sedikit, % penyerapan & penggunaan zat lebih bertambah.

7. Mengurangkan simpanan lemak tubuh Jumlah kalori makanan lebih terkawal, mengelak pembentukan lemak simpanan.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

D) Bilangan makan (berapa kali makan ?) Tempoh tidur yang biasa adalah 6 jam, 18 jam waktu jaga boleh memuatkan 5 6 sajian sehari pada sela masa 3 3.6 jam setiap kali.

Manusia mangambil masa 2 - 4 jam untuk melengkapkan penghadaman.

Jika melangkau waktu makan.. Satu kesalahan BESAR, akan mengurang BMR, mengurangkan otot Contoh:

Makan terakhir jam 8 malam semalam. Bersarapan jam 10 pagi; Puasa 14 jam! Tempoh ini cukup untuk merangsang survival mode / tindakbalas puasa, iaitu katabolisme otot untuk mendapatkan tenaga. Bila signal puasa dihantar ke otak, BMR supaya ada banyak tenaga simpanan. Akan lapar yang keterlaluan dan makan banyak pada sekali duduk.

E) Banyak mana boleh makan ?? Untuk tujuan pelangsingan, kurang 550 kkal bagi lelaki dan kurang 400 kkal bagi wanita untuk satu sajian. Saiz sajian mengecil: Sarapan Makan Malam.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Kurang aktif, pembakaran tenaga berkurang BMR tidur paling rendah Menghasilkan lebih insulin waktu malam Tangki glikogen biasanya telah penuh, tenaga lebihan akan disimpan dalam bentuk lemak.

F) Masa Sajian Sarapan se awal 6 7 pagi untuk BMR lebih awal dan supaya pengagihan bilangan sajian yang terkawal. Ideal: ada sumber protin tanpa lemak + CHO kompleks di setiap sajian; jika tidak, pilih snek yang sihat : buahan, sayuran, yogurt rendah lemak atau susu / protin tanpa lemak Tidak makan kurang 3 4 jam sebelum tidur. Amalan yang konsisten menjamin kejayaan.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Merancang satu gizi seimbang


Faktor-faktor seperti umur , saiz badan , jantina , jenis pekerjaan , tahap aktiviti fizikal, cuaca dan keadaan kesihatan harus diambil kira apabila merancang gizi seimbang.Piramid makanan dibawah akan membantu dalam usaha ini .

Lemak dan gula (sedikit) Daging dan protein lain (2-3 hidangan sehari) Buah-buahan dan sayur sayuran (sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari)

Bijiran dan nasi (8-11 hidangan sehari)

Seorang harus memakan makanan dari kesemua tujuh kelas makanan dan dalam jumlah yang betul untuk memperoleh gizi yang seimbang.Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit makanan.Makanan yang disediakan dengan sedikit atau langsung tiada minyak dan garam lebih sihat.Makan banyak buah-buahan, sayursayuran dan bijirin untuk mendapatkan vitamin, mineral dan serabut yang mencukupi.Hadkan jumlah makanan yang sangat manis dan minum banyak air.

Cadangan Menu :

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik dan memerlukan

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Kita haruslah mewajarkan pengagihan makanan kepada yang memerlukan contohnya kepada fakir-fakir miskin , rakyat rakyat di Negara yang berperang , anak-anak yatim , warga emas ,golongan yang ditimpa musibah dan lain-lain lagi . Malaysia sebagai Negara yang berkebajikan dapat meringankan beban dengan menolong Negara yang kurang bernasib baik seperti Palestin , Indonesia dan banyak lagi . Antara kebaikan pengagihan makanan adalah kita dapat mengeratkan hubungan sesama insan . Kesan buruk apabila pengagihan makanan ini tidak dilakukan ialah , boleh menyebabkan mereka lemah dan mungkin menyebabkan kematian kerana kelaparan . Mereka akan mendapat penyakit yang lebih teruk daripada sebelumnya . Oleh itu , dengan mengagih makanan kepada golongan-golongan yang memerlukan ini , kita dapat menyelamatkan mereka daripada penyakit-penyakit dan kematian .Akhir sekali , pengagihan makanan sangat penting kepada yang memerlukan demi kesihatan mereka.

Mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Adab dan Tatatertib Orang Melayu Ketika Makan Selain pantang larang terdapat pula adat dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adat dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu. Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masmg-masing.

Anak gadis pula dikehcndaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu, kemudian barulah dlikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang rnuda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda.

Ketika makan seelok-eloknya ambilah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan mengangkat makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

yang berdckatan jika kita mahukan makanan itu.

Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-cloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.

Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah.

Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-cloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.

Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu Maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu, seelok-cloknya datanglah selepas waktu sembahyang Isyak

Adab dan Tatatertib orang barat ketika makan Kita mula makan hanya apabila tetamu lain mulai makan.walaupun tidak menjadi kesalahan kalau anda terusmakan apabila makanan telahdihidangkan. Hanya dipandang kurang bersopan.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Buka lipatan napkin sebelum meletakakan di atas peha anda.apabila anda selesai makan,letakkan semula dengan tidak payah hendak melipatnya sepertiawal tadi.

Tidak manis menolak sesuatu hidangan yang disajikan kepadaanda. Ambil sedikit sahaja dan biarkan sahaja di pinggan anda dengan tidak dimakan.menghisap rokok di meja makan dianggap sungguh biadap melainkan jika semua yang ada bersama di meja itu bersetuju.

Jangan suap makanan dengan menggunakan pisau. Makanan jenis roti tidak dipotong dengan pisau.pecahkan kecil-kecil dengantangan anda. Tetapi untuk menyapukan mentega, anda mesti gunakan pisau mentega.

Hidangan salad dimakan dengan menggunakan garpu & sudu salad, tetapi anda boleh juga pakai garpu salad sahaja. Sup mestilah dimakan dengan sudu sup dan jangan sekalikali hirup terus dari mangkuk sup kecil itu, letakkan sudu di tepi pinggan yang mengalas mangkuk sup , disangkutkan ditelinga mangkok sup atau di letakkan sahaja di dalam mangkok.

Sekiranya anda termakan susuatu yang anda tak boleh telan, dengan diamdiamkeluarkan benda itu dari mulut anda dengan menggunakan garpu dan sorokkan di bawah makanan yang ada di pinggan anda. Boleh juga, anda gunakan napkin anda untukmengeluarkan benda itu dari mulut.

Jangan sekali-kali mencongkil gigi dihadapan khalayak ramai. Jika sesuatu terselit di celah gigi, minta diri untuk keluar ke bilik air, bagi mengelauarkan sesuatu yang tidak menyenangkan itu.

Jika anda (dengan tidak sengaja atau kerana kurang faham) membuat sebarang kesilapan atau melakukan apa apa di meja makan, jangan segan minta maaf. Dengan meminta maaf anda tidak dipersalahkan.

Tertib di meja makan(cara barat dan tempatan)

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Perkara yang terlalu penting untuk anda mencapai taraf tamu yang terpuji : Jangan bercakap masa mulut penuh dengan makanan. Cuba jangan sedawa dan menghirup. Jangan suap makanan terlalu banyak. Anda mesti pastikan mana satu kerat makanan yang anda hendak ambil. Jangan digembar-gemburkan susunan lauk-pauk yang teratur cantik dalam pinggan hidangan itu untuk mencari keratan pilihananda. Cuba jangan tumpahkan nasi atau sisa lauk dari pinggan atau mangkuk anda. Jangan terlalu riuh-rendah apabila menggunakan sudu garpu dan pisau atau kayu sepit apabila makan. Gunakan satu persatu sahaja apabila perlu, dengan seberapa senyap yang boleh. Elakkan menggunakan tangan untuk mengambil makanan. Letak sisa makanan (sepertitulang) di tepi pinggan anda. Makan dengan bibir rapat. Gunakan kertas/kain napkin Untuk mengeluarkan makanan yang tidak ingin ditelan. Makan buah-buahan yang masak dan berkopek dengan Menggunakan garpu (setelah dipotong kecil-kecikan. Pisang atau jenis yang lain gunakan tangan untuk mengopeknya. Makan buah-buahan yang masak dan berkopek dengan menggunakan garpu (setelah dipotong kecil-kecikan. Jangan tinggalkan kesan lipstik berlebihan di tepi cawan/gelas. Sedikit sahaja makanan diambil dengan sudu dan jangan buka mulut luas-luas untuk menyuap makanan. Jangan potong/atau cubit kecil-kecil keseluhan makanan di atas pinggan sebelum kita makan.

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

KESIMPULAN

Kesimpulannya , kita harus sedar bahawa makanan-makanan berkhasiat sangat penting buat kita semua .Selepas itu ,kita juga mestilah mempraktikkan cara pemakanan yang betul agar kesihatan kita terjamin . Kita haruslah menjaga kesihatan diri supaya terhindar daripada pelbagai penyakit seperti gout, obesiti , diabetes dan lain-lain lagi. Seterusnya , kita perlulah merancang diet yang sihat dengan membuat menu harian . Selain itu , kita wajarlah mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan . Akhir sekali , kita mestilah beradab dan menjaga tatatertib ketika makan .

IZNA DALILA BINTI MOHD SHAFFIE |SAINS|B6D2E1|MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

You might also like