SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK1

APAKAH SAINS?

Sinopsis Topik ini membincangkan tentang pengertian Sains. Ianya membincangkan cara kanak-kanak amati Sains. Bahagian kedua menjelaskan tentang pengertaian sains daripada aspek proses, produk, dan sikap dan nilai murni. Hasil Pembelajaran  Memperihakan cara kanak-kanak amati matapelajaran sains  Membincangkan pengertian sains

Pengenalan

APAKAH SAINS

BAGAIMANA KANAK-KANAK AMATI SAINS

ALAM SAINS

SAINS SEBAGAI PRODUK

SAINS SEBAGAI PROSES

SAINS SEBAGAI SIKAP DAN NILAI

com] Begitulah kanak-kanak belajar. Mereka punyai tenaga yang banyak. Dengan soalan-soalan yang ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. zazzle. Begitu jugalah dengan persepsi kanak-kanak terhadap sains. mencium bau. Akhirnya daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak 1. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji.1 BAGAIMANA KANAK-KANAK AMATI SAINS Kanak-kanak suka bermain. MEMERHATI OBJEK ATAU FENOMENA BERTANYA TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA FAHAMAN TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA Rajah 1 : Cara Asas Bina Kefahaman konsep Pandangan kita terhadap sesuatu perkara akan dipengaruhi oleh pengalaman kita dengan perkara itu. suka menyentuh . bagaimana objek itu berfungsi? Siapa buat objek itu? Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Sekiranya pengalaman pembelajarannya semasa belajar sains tidak selaras dengan . Mereka akan tidak penat untuk bertanya banyak soalan. membuka dan memasang semula objek yang mereka tengok. [Sumber: www.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak sifat tabii sains. maka mungkin minat terhadap pembelajaran akan terhakis dari hari ke hari dan akhirnya mungkin kanak-kanak ini tidak akan mengambil matapelajaran ini di peringkat sekolah menengah dan seterusnya. (2) idea mungkin nampak kurang lengkap atau bercanggah. Ambil sekeping kertas dan pensil. Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain. Juga apabila persepsi kanak-kanak terhadap sains berkurangan ianya akan mempengaruhi prestasinya. Kajian tentang idea yang dipunyai kanak-kanak didapati adalah (1)dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri. dimantapkan atau diubah supaya kefahaman mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli saintis. dan kejadian-kejadian yang diperhati di alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. guru itu terlebih dahulu perlulah mempunyai kefahaman yang mantap tentang sifat tabii sains.2 ALAM SAINS AKTIVITI 1 1. 1. dan (3) idea mereka agak mantap dan agak sukar untuk diubah.Guru perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka tentang konsep sains dapat dibetulkan. perbualan. 2. Tanya pendangan rakan-rakan anda? Daripada aktiviti tadi apakah maksud sains anda dan rakan anda sama atau berbezabeza? Apa yang terdapat di sekeliling kita itulah sains. Kita membuat kajian sains . Bagi memastikan guru boleh menyediakan pengalaman yang relevan dan bermakna. Justru objektif kurikulum sains tidak akan tercapai. Begitulah pentingnya guru perlu menyediakan pengalaman yang sesuai dan relevan dengan sifat tabii sains agar sifat ingin tahunya tidak `diluntur’ oleh anda. Tulis apakah maksud sains pada pandangan anda.

kenapa langit biru pada siang hari tapi merah bila matahari terbit. apa itu gerhana matahari. Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin yang sedia dalam diri kita tentang alam semulajadi. Istilah itu juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah dikumpulkan melalui sistem itu.berkeley.SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak apabila kita mengkaji objek yang sekecil zarah. dan kenapa tengok zirafah panjang adalah di antara berjuta soalan yang ingin kita tahu jawapannya. mengkaji diri kita. Kenapa daun itu hijau. Rajah 2 : Gambaran maksud sains [Sumber: http://undsci. Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains itu mengamalkan sikap dan nilai –nilai yang tertentu. Sistem ini menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk memperihal dan menerang fenomena semulajadi. dan mengkaji bintang di langit. haiwan. mengkaji udara.Melalui sains kita akan tahu jawapannya.edu/article/0_0_0/whatisscience_01] . sains adalah satu sistem untuk mendapatkan pengetahuan. tumbuhan disekeliling. Jadi.

tetapi sifat-sifat sains yang penting adalah jitu:  Fokus sains adalah tentang alam semulajadi  Sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi.  Cara saintis bekerja berbeza-beza. Kesimpulannya pengetahuan sains dikumpul daripada proses sains dan semasa proses sains dijalankan ahli-ahli sains membuat kerja mengikut budaya kerja yang berasaskan kepada sikap dan nilai murni. tetapi dasarnya sains adalah berkaitan dengan menguji idea-idea.  Idea saintifik boleh dipercayai sebab telah melalui ujian yang rigorous. cara alam semulajadi berfungsi. Jadi sains bukan hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman. tetapi walaubagaimanpun sekiranya ada bukti baru idea tadi boleh diubah. .SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak Cuba cari! Istilah sains berasal daripada bahasa apa? Apa maksudnya? Sains itu bersifat kompleks dan “multi-faceted’. membuat kesimpulan berasaskan bukti penyiasatan. dan kenapa alam semulajadi itu begitu.

Anda boleh undur ke langkah sebelumnya jika tidak dapat jawapan kepada masalah yag dikaji.1 Sains sebagai proses Proses sains merujuk kepada cara kerja yang diamalkan oleh ahli sains semasa mengumpul dan mentafsir maklumat.shtml] Perlu diingat kaedah ini tidak bersifat linear. Ini bermakna langkah-langkah yang diikuti tidak satu hala.2.SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak 1.org/science-fair-projects/project_scientific_method.sciencebuddies. . Cara kerja ini dikenali sebagai kaedah saintifik (Rajah 1) Soalan kajian Buat kajian tentang masalah Bina hipotesis Fikir!Cuba semula Uji hipotesis melalui eksperimen Analisa data dan buat kesimpulan Hipotesis diterima Buat laporan kajian Buat kajian tentang masalah Hipotesis tidak diterima Rajah 3 : Kaedah Saintifik [Sumber: http://www.

Setiap prinsip sains hanya akan diterima oleh komuniti sain sekiranya disokong oleh bukti empirikal. tentunya kita perlu menyediakan ruang dan peluang bagi kanak-kanak terlibat secara aktif dalam aktiviti hands-on. Bagi mencapai hasrat itu. kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menguasai kemahiran saintifik. . Salah satu objektif kurikulum sains adalah untuk mengajak kanak-kanak supaya bercita-cita menjadi seorang saintis. minds-on. Ianya terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Sains sebagai proses akan mempertonjolkan bahawa sains akan memperihalkan alam semulajadi dengan menggunakan ujian empirikal dan analisa. Ini bermakna pengetahuan sains tidak sempurna sebab kesilapan yang berpunca daripada peralatan sains atau kesilapan manusia akan berlaku semasa proses sains dilakukan. Kemahiran proses sains yang merupakan cara kita berfikir manakala kemahiran manipulatif adalah cara kita bekerja semasa proses sains itu dilaksanakan. Justru barulah kanak-kanak tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak Sekiranya kita mahu mengunakan kaedah saintifik ini kita perlu telah menguasai kemahiran saintifik. Apabila kita hendak memperlihatkan sains sebagai proses. Kemahiran saintifik merupakan alat untuk mengkaji persoalan sains. Saintis akan menjalankan proses sains bagi memperolehi pengetahuan sains. Perincian tentang kedua-dua kemahiran ini akan dibincangkan dalam kursus yang lain. Melalui aktiviti yang sedemikian baharulah kanak-kanak akan dapat menguasai dan memahirkan kemahiran saintifik mereka.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak 1. prinsip dan hukum. Hukum sains menerangkan bagaimana sesuatu kejadian terjadi.2 Sains sebagai produk Produk sains yang terhasil daripada proses sains adalah terdiri daripada fakta. Prinsip dan hukum pula adalah idea kompleks berdasarkan kepada beberapa konsep yang berkaitan. FAKTA KONSEP PRINSIP HUKUM TEORI Rajah 4 : Jenis-jenis Produk Sains Fakta adalah penyataan khusus tentang sesuatu objek atau insiden. dan teori (Rajah 2). konsep. bentuk segiempat mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan berlainan daripada bentuk lain. Contohnya. Contohnya.2. Kita memperolehi nya melalui pemerhatian dan pengukuran. atau fenomena yang mempunyai sifat atau ciri yang sepunya antara mereka. objek. Contohnya. .   kucing jenis Parsi yang dipelihara di rumah tidak pandai cari tikus semua planet berbentuk bulat Konsep adalah idea abstrak yang dibina tentang kejadian. Hukum Graviti Newton digunakan untuk meramal tingkahlaku objek yang jatuh.

terdapat tindakan yang sama kuat dan arah yang bertentangan. menghubungkait. 1.2. Kajian menunjukkan sikap boleh dipelajari dan boleh diubah. Penggabungjalinan sikap dan nilai murni bukannya boleh menampakkan hasil dalam jangkamasa yang singkat. Sikap akan mempengaruhi cara manusia bertindak. teori kinetik atom menyatakan bahawa semua jirim terdiri daripada partikel yang seni yang dipanggil atom. Anda sebagai guru perlulah senantiasa merujuk huruian kurikulum sains untuk memilih sikap saintifik dan nilai yang perlu diintegrasi kedalam setiap aktiviti sains yang dilaksanakan. Sikap terhadap sains penting sebab sekiranya sikap kanak-kanak positif terhadap sains. prinsip atau teori. dan meramal. Tujuan sesuatu teori adalah untuk digunakan untuk menerangkan sesuatu berdasarkan bukti. Tentukan samada penyataan berikut adalah fakta sains. Anda sebagai guru perlu merancang secara rapi cara untuk . cecair dan gas.Contohnya. Teori boleh digunakan untuk menerang.3 Sains sebagai sikap Sikap saintifik adalah tanggapan mental terhadap seseorang. matapelajaran atau kejadian. Pergerakan atom-atom berbeza-beza dalam pepejal. mereka akan bersedia untuk menerima proses pembelajaran sains dengan mudah. objek.SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak Teori mengandungi prinsip-prinsip umum yang berkaitan untuk menerangkan sesuatu fenomena. a) b) c) d) e) Bumi berputar di atas paksinya Gerhana matahari berlaku bila bulan berada di antara bumi dan matahari Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain Kutub magnet yang bertentangan akan menarik antara satu sama lain Bagi setiap tindakan. Jujur dan tepat dalam merekod maklumat adalah satu sikap saintifik yang perlu dipupuk daripada kanak-kanak di sekolah rendah lagi.

(2000). Allyn & Bacon.). A Discovery Approach.SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak mengintegrasikan sikap dan nilai murni dan bersabar sebab perubahan sikap mengambil masa yang lama. M. Buat rumusan tentang tajuk ini dengan menggunakan peta konsep. Dengan usaha yang gigih dn konsisten kanak-kanak akan dapat membentuk sikap yang positif terhadap sains. & Esler. K.php?mid=176&l=&c3= www. Lagi pun. http://www. bak kata pepatah – melentur biar masa rebung. References Abruscato. Esler.education.Washington: Wadsworth Publishing Company. Teaching Elementary Science (8th ed.com/reference/article/science-attitudes .visionlearning. J. (5th Edition) USA. (2001). Teaching Children Science. K. W.com/library/module_viewer.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful