You are on page 1of 2

Monyet yang pintar Bintang-binatang kecil di hutan tidak senang dengan kedatangan singa di tempat mereka.

Singa itu mengaku dirinay raja dihutan itu.Singa itu sangat ganas.Bianatng-binatang lemah selalu menjadi mangsanya.Oelh itu,binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskannya. Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu.Saya akan merayu kepadnya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi,kata kambing tua kepada kawan-kawannya.Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Semasa pertemuan denagn kambing,singa itu berkata dengan angkuh. kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi,kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepoada aku setiap hari.Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu.Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. jangan beri muka kepada singa yang kejam itu.Ada hati dia mahu makan kita.Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya. Tapi bagaimana,Kijang?sampuk arnab yang berdiam diri sejak tadi lagi. Kita masih ada jalan.Biar saya yang menadi mangsanya yang pertama.kata monyet dengan berapi-api. Esoknya,monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. Mengapa lambat,ha?Engkau tahu tak aku lapar?Herdik singa. Ma..ma...maafkan patik tuanku,semasa dalam perjalanan kesini saya telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja,sembah monyet pura-pura ketakutan. Apa?Raja?Hanya aku raja di hutan ini !KATA SINGA DENGAN BENGIS.Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi.Apabila tiba di tepi perigi tersebut,monyet pun berkata,Itu singa yang mengaku dirinya raja,tuanku,Monyet menunjukkan bayang-bayang singa didalam perigi itu.Tanpa membuang masa,singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh sang Singa yang dilihatnya itu.Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak hari itu,binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.

1.Kenalpasti dialog tersebut. Haiwan Dialog 1 Dialog 2 Dialog 3 Dialog 4 Ciri-ciri Perwatakan

1.1 Apakah watak yang anda pilih sebagai watak kegemaran anda. ................................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................................... 2.Pilih tiga rakan anda dan nyatakan perwatakan mereka dan nyatakan simpulan bahasa yang sesuai bagi rakan anda. Perwatakan Rakan 1 Rakan 2 Rakan 3 Ciri-ciri Simpulan bahasa yang sesuai

Simpulan Bahasa Baik hati Ada bakat Banyak mulut Kepala angin Lipas kudung

You might also like