JANGAN LUPA AYAT!

FADHLI BIN MOHD YUSOF ZAINATOL NATAIM BINTI AZZAHRI

SEK. MEN. KEB. SRI GADING, BATU PAHAT JOHOR

Abstrak

Hafazan adalah salah satu kaedah yang menuntut motivasi yang tinggi bagi pelajar-pelajar menguasainya dengan berkesan. Bidang hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu. Kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani dam Mohd. Aderi Che Noh (2006) dalam Hasnida Ibrahim menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah Al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran Al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Bidang ini merupakan satu bahagian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang amat ditakuti oleh para pelajar. Mereka menganggapnya satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan bahagian tilawah yang memerlukan pelajar menjawab dengan berpandukan daya ingatan dibiarkan kosong atau menjawab dengan hanya meneka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan. Kajian ini akan dilakukan ke atas 33 orang pelajar tingkatan Empat Dedikasi SMK Sri Gading. Pengkaji telah memilih kaedah dalam kajian ini iaitu Program 10-01, Program Sahabat Hafaz dan Program Dekat Dengan Pelajar.

0 Refleksi Sek.1. mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan ayat. Keb. Mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran mudah lulus oleh pelajar kerana mereka beragama Islam. Terdapat juga sebilangan pelajar yang Cuma dapat menghafaz separuh dan majoriti pelajar menghadapi masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf.0 Fokus Kajian Hasil daripada ujian pra. Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah. pengkaji mendapati seramai 20 orang pelajar tingkatan Empat Dedikasi gagal memperdengarkan hafazan dengan baik di hadapan pengkaji. Men. maka dikhuatiri. pelajar-pelajar ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz ayat-ayat hafazan ini. ibadah. Bidang tilawah Al-Quran contohnya. tajwid dan sebagainya. sirah. 2. hafazan dan pengertian ayat. . akhlak. Bidang hafazan misalnya. tilawah al-Quran. dikhuatiri akan mempengaruhi keputusan pelajar terutamanya ketika menjawab bahagian tilawah Al-Quran dan pemarkahan semasa amali PAFA. dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga sikap pelajar itu sendiri. amat memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan. hadis. Sekiranya masalah in itidak dapat diatasi dengan berkesan. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik minat pelajar. jawi dan amali. Sri Gading merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar bandar.

Luqman Ayat 1 -5 dengan baik. fasih. Sri Gading sesi 2012. Kumpulan ini seramai 33 orang yang terdiri dari 11 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan. tetapi berdasarkan taburan data ujian pra. lancar dan bertajwid ii.1ObjektifUmum Melalui kajian ini. Pelajar dapat menghafaz surah Al-Luqman Ayat 1-5 dengan baik. Keb.0 Objektif Kajian 3. Men.3. didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat homogeneous. .0 Kumpulan Sasaran Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Dedikasi Sek. Men. maka guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P&P. Keb Sri Gading mengikut kaedah yang bersesuaian dengan diri masing-masing. fasih. 3. pengkaji berharap dapat meningkatkan kemahiran hafazan ayatayat Al-Quran dalam mata pelajaran pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan Empat Dedikasi Sek. Pelajar dapat membaca surah Al. Pelajar-pelajar dalam tingkatan Empat Dedikasi mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. lancar dan bertajwid 4.2 Objektif Khusus i.

kaedah yang diguna pakai oleh pengkaji ialah ujian pra. Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. . Madya Dr. 5.Ini bermakna.5. apakah rawatan yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Menurut Prof. Permasalahan pelajar-pelajar ini dapat pengkaji perincikan kepada aspek-aspek berikut: a) b) c) d) Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran Sejauh mana pelajar terdedah dengan bacaan dan hafazan al-quran Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian.cara mengumpul maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan yang telah dinyatakan.2 Cara Pengumpulan Data Menurut Mohd. Yasin (2006). Kajian ini merupakan kajian tindakan yang menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian dan ujian pra.0 Pelaksanaan Kajian 5. Saat md. ujian pos dan pemerhatian. Majid konting (1990) kaedah penyelidikan ialah cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.1 Tinjauan Awal Masalah Kesukaran pelajar untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu pengkaji rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan mereka terhadap bidang hafazan ini.

Ini adalah kerana melalui kaedah ini. pengkaji dapat melihat sejauh manakah respon ataupun tindak balas pelajar yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam kajian ini. Dari sini dapat dilihat sama ada pelajar tersebut melibatkan diri secar aktif atau sebaliknya. berdua atau individu berjaya diikuti oleh pelajar. sama ada aktif bersama ahli kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap pasif sewaktu aktiviti berlangsung. ii Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan dan hafazan ayat Al-Quran. b) Kekerapan pelajar melibatkan diri secara sukarela untuk menceburi sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan dengan mengangkat tangan untuk mencuba atau hanya berdiam diri. berkumpulan. (melakukan kerja sendiri atau memberi tumpuan pada bacaan tersebut). iii Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti berkumpulan.1 Pemerhatian i Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan. Melalui pemerhatian juga. . c) Penglibatan pelajar di dalam aktiviti berkumpulan. interaksi. aspek pengumpulan data menerusi pemerhatian adalah yang paling utama. Melalui kaedah ini.5. penglibatan diri dalam kerja berpasukan).aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan diri pelajar semasa proses pembelajaran. Antara perkara yang dinilai dan diperhatikan di sini dari aspek penglibatan diri pelajar ialah: a) Adakah pelajar mendengar dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh pengkaji samada untuk membaca Al-Quran secara kelas.2. pelajar dinilai secara terus tanpa ada halangan dari pengkaji untuk menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses P&P berlangsung. ( cara bersosial dengan rakan. d) Keyakinan diri pelajar untuk bertanya kepada pengkaji jika terdapat permasalahan atau perkara yang tidak difahami sewaktu pembelajaran.

2 Ujian Pra a) Ujian pra akan dijalankan secara tasmi’ dimana pelajar secara bergilir gilir akan memperdengarkan bacaan hafazan dihadapan pengkaji dimana pengkaji akan menilai mengikut kesempurnaan bacaan dan hafazan.Segala tingkah laku pelajar dan perubahan yang dipamerkan oleh pelajar dicatat menerusi borang pemerhatian setiap kali sesi P&P dijalankan.3 Ujian Pos Ujian pos dijalankan selepas pengkaji menjalankan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam kajian ini. sekiranya peratus kegagalan pelajar melebihi 50% kajian tindakan ini harus dijalankan. 5. Ujian pos yang akan dijalankan adalah sama seperti yang telah dilakukan oleh pengkaji pada ujian pra. .2.. Jika ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra. Ujian tasmi’ ini dijalankan terhadap 33 orang pelajar di dalam tingkatan 4 dedikasi. 5.2. Daripada ujian pra yang dijalankan. Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu bersikap aktif atau pasif di dalam pembelajaran.e) Aspek tingkah laku pelajar sewaktu memberi respon daripada pengkaji dengan menunjukkan mimik muka.bahasa tubuh postur badan samada bersesuaian dan bertepatan dengan suasana semasa. b) Ayat hafazan yang di uji untuk tasmi’bagi pra ujian ialah ialah ayat 1-5 surah alMulk. maka objektif kajian tercapai.

5.3 Analisis Data 5. Sebanyak 10 pemerhatian dijalankan dan nombor di catat pada petak di mana seseorang pelajar itu diperhatikan telah menjalankan aktiviti yang dimaksudkan.1 Pemerhatian Analisis data ke atas pemerhatian yang dijalankan adalah secara berstruktur. Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang di beri Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakr kertas Berangan-angan Berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain Membuat kerja lain Menggangu pelajar lain secara fizikal Mencuba untuk menarik perhatian Mengasah pensel Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah) Pemerhatian berdasarkan 9 aktiviti di atas direkodkan dalam bentuk jadual di bawah apabila pemerhatian dijalankan.3. Pemerhatian Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 NAMA ADILAH AHMAD WAIZ AINUR AFIQAH AIZA FAZIANA INTAN SHAHIRAH IZNI NURFATIN KHAIRUL ASYRAF KHAIRUNNISA IZATY MOHD FARRIZ MUHD ZULHANIF MOHAMAD ARIF 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Peratus % .

3. Dalam ujian ini. 5.12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 MOHAMAD HAZRUL MOHAMMAD HAIZIZI MOHAINI MUHAMAD HUSAINI MOHD DANIAL MOHD EZZUL HAZIQ MOHAMMAD FARHAN MOHAMMAD FAUZI MUHAMMAD HASYAM MUHD HIHAM MUHD SADIY NASHRIQ HAIQAL NOR INSYIRAH NARASNA TASNIM NURHAZIQAH NUR NATASHA NURSYAMIRA NURUL AFIDAH NURUL SYAKILLA NORHANISAH RAHAYU ROSNITA Daripada jadual di atas. berangan-angan. pengkaji mennggunakan kaedah yang kedua iaitu ujian pra. Ujian ini dijalankan seminggu selepas kaedah pemerhatian digunakan. didapati hampir 18 orang pelajar telah menjalankan paling banyak aktiviti dan diantara aktiviti tersebut adalah merangkumi berfikiran di tempat lain.2 Ujian Pra Selepas pengumpulan data secara pemerhatian dilakukan. berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. . setiap pelajar Tingkatan Empat Dedikasi dikehendaki membaca surah Al-Luqman 1 hingga 5 di hadapan pengkaji seorang demi seorang.

sebutan huruf yang jelas dan penggunaan tajwid yang tepat. Pengkaji membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul bagi surah pilihan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-kurangnya 5 kali. Ini mungkin disebabkan oleh amalan pengajaran yang kurang berkesan. tiga belas orang pelajar berada pada tahap baik iaitu berjaya menghafaz surah yang diberikan dengan baik. hanya menghafaz sebahagian dari ayat hafazan dan kurang bertajwid. . 5. tahap penguasaan hafazan pelajar adalah pada tahap yang lemah dan sederhana terutamanya dalam aspek kemahiran menghafaz surah dengan lancar. 3. 2. Setelah pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul. pengkaji telah mencadangkan tiga jenis aktiviti yang akan dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar ini. Manakala sepuluh orang pelajar berada pada kurang baik dan sepuluh orang pelajar pada tahap lemah. Markah 13-20 7-12 1-6 Tahap Baik Kurang Baik Lemah Bilangan Pelajar 13 10 10 Daripada keputusan ujian ini. didapati. Untuk mengatasi kedua-dua tahap ini. Tahap kurang baik adalah pelajar tersebut boleh membaca tetapi tidak dapat menghafaz dengan lancar.4 Tindakan Penyelesaian Yang Dicadangkan Berdasarkan analisa yang telah dijalankan. Pelajar akan membaca surah-surah tersebut berulang kali sekurang-kurangnya 10 kali dalam sehari. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka. Pelajar yang lemah pula adalah pelajar yang tidak boleh menghafaz dan ada sebahagiannya masih kurang fasih membaca.Jadual di bawah menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan kepada pelajar Tingkatan Empat Dedikasi. maka pengkaji akan melaksanakan tiga teknik menghafaz surah-surah pilihan seperti berikut: Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari) Cara pelaksanaan adalah seperti berikut: 1.

Tujuannya adalah untuk memastikan murid memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. 5. Saling menegur ayat antara satu sama lain. 2. Program “Sahabat Hafaz” 1. Pengkaji menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan. murid-murid dikehendaki untuk berada di tempat duduk masing-masing dalam keadaan selesa dan memandang ke hadapan kelas terutama kepada guru yang mengajar. Setiap kali proses P&P berlangsung. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang kedua 3.pada setiap selang masa 10-15 minit pengkaji akan jalankan aktiviti yang melibatkan murid terlibat sepenuhnya didalam aktiviti yang menggunakan bahan sumber pengajaran di dalam aktiviti tersebut. 4.4.murid-murid sekolah hanya mampu memberikan tumpuan yang berfokus dalam masa kurang daripada 10 minit. Kajian menunjukkan bahawa. Kaedah pengajaran yang telah dipilih adalah kaedah pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar atau sumber pengajaran yang berkesan sewaktu proses pembelajaran. Bahan sumber ini akan menarik minat murid memberikan tumpuan di dalam kelas manakala daripada bahan sumber tersebut pengkaji akan . 4. Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz. Program „Dekat Dengan Pelajar‟ 1. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang pertama. Pelajar kemudiannya akan membaca di hadapan pengkaji. 2. Pengkaji sering menasihati muridmurid agar tidak melakukan perkara lain selain memberi tumpuan yang khusus kepada guru yang mengajar. slideshow. Program ini melibatkan penggunaan ICT seperti klip video. 3. mahupun bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.Maka. gambar.

”roda 7. Dengan adanya aktiviti seperti ini. Kaedah ini adalah secara berperingkat dan berhubung kait di mana setiap sumber pengajaran yang digunakan mempunyai aktiviti yang menarik dan bersesuaian supaya murid tidak bosan dengan sumber pengajaran semata-mata.gambar. 5.video. Kaedah ini dijalankan secara serentak semasa proses P&P TilawahAl-Quran.”jambatan roboh”.menjalankan aktiviti yang menarik. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah paparan Al-Quran digital.”PUZZLE’. Ketiga-tiga teknik ini telah diguna pakai oleh Hasnida Ibrahim dalam kajiannya iaitu Kemahiran Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dalam Sukatan AA 101 Di Kalangan Pelajar Semester Satu (Jun 2011). bahan maujud. “bola hikmah”.”kuiz”.”gerabak keretapi”. 6. dijalankan ialah seperti.Tujuannya adalah untuk memastikan murid terlibat secara langsung di dalam pengajaran.”dadu aladdin”.klu james bond.kad imbasan. Manakala aktiviti yang impian”. Tindakan yang dijalankan ini bukan sahaja melibatkan pengajaran berpusatkan guru malah turut berfokus kepada pembelajaran aktif para pelajar dalam menguasai ilmu. .dan sebagainya. perbincangan kumpulan dan soal jawab. carta. mampu merangsang minat murid seterusnya dapat mengekalkan tumpuan semasa belajar.

5 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini. Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:    proses dan mutu pengajaran pemahaman dan penguasaan pengajaran situasi dimana proses pengajaran berlaku Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu. atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.5. pengkaji akan menggunakan Model Stephen Kemmis. .

Memerhati Memerhati keadaan kelas. Pelajar akan mengulangi bacaan sebanyak 10 kali secara individu. Merefleksi Suasana kelas kurang kawalan semasa pelajar menjalankan aktiviti hafazan secara individu.Lingkaran pertama (Program 10-01) 1. 3. Catat jangkaan. Merancang Memilih ayat hafazan. . 4. Bertindak   Guru memperdengarkan bacaan yang betul dan pelajar mengikutinya beramairamai sebanyak 5 kali. menyediakan jadual bagi bacaan ayat hafazan. Penambahbaikan perlu dibuat. 2. merekod soalan pencapaian pelajar.

Apa yang perlu pengkaji lakukan? Lingkaran ketiga (Program Dekat Dengan Pelajar) 1. 4. Bertindak Pelajar dipasangkan dengan seorang memperdengarkan bacaan dan seorang mendengar dan menilai hafazan. Memerhati Suasana kelas diperhatikan. 3. Mengubah rancangan Mengubah cara teknik hafazan dengan menggunakan teknologi iaitu dengan menggunakan ABBM yang menarik untuk menarik perhatian pelajar dan meningkatkan minat untuk menghafaz.Lingkaran kedua (Program Sahabat Hafaz) 1. 5. Bertindak Paparan video ayat hafazan dengan cara bacaan atau tarannum yang menarik Menggunakan kad imbasan ayat hafazan kepada pelajar. Kesan kaedah direkodkan keatas hafazan pelajar. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar. Merefleksi Keputusan hafazan pelajar meningkat tetapi masih ada pelajar yang gagal. Mengubah rancangan Pelajar dipasangkan untuk mengelakkan bacaan dan hafazan secara individu 2. 2. Pelajar membaca dengan tarannum yang diperdengarkan tadi Pelajar menyelesaikan “puzzle” ayat hafazan yang diberikan oleh guru .

Aktiviti Tempoh Perlaksanaan 1 2 3 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Menjalankan Kajian Awal. 4. Kawalan kelas baik. Pelajar menunjukkan minat yang tinggi. Memerhati Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar. Merefleksi Perasaan ingin tahu pelajar berkembang.permasalahan yang wujud dalam hafazan diperincikan dari setiap aspek Analisis kajian awal – untuk mengetahui bilangan pelajar yang perlu dikaji 1 minggu 2 minggu 2 minggu 4 1 minggu .6 Jadual Pelaksanaan Kajian Bil. 5.3.

7 8 ii. 9 10 i.5 - Merancang tindakan Tindakan yang dirancang bersesuaian dengan kajian yang akan dilaksanakan. 11 12 13 14 15 Melakasanakan tindakan Aktiviti 1 (Program 10-01) 1 minggu Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 Melaksanankan tindakan Aktiviti 2 (Program Sahabat Hafaz) 2 minggu 1 minggu Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 Melaksanakan tindakan Akitiviti 3 (Program Dekat Dengan Pelajar) 2 minggu 1 minggu Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 3 Ujian untuk mengesan permasalahan pelajar Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian 2 minggu 1 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu 5. Dilakukan secara individu dan juga berkumpulan 1 minggu 6 i.6 Jadual Peruntukan Kewangan Bahan Yang Digunakan Program 10-01 Jumlah Program Sahabat Hafaz .

Program Dekat Dengan Pelajar .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful