You are on page 1of 4

KAEDAH SUKU KATA

Pengenalan

Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ka + yu = kayu. Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KV+KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV), penggunaan diftong (V) dan konsonan berganding (K).

Langkah-Langkah Pengajaran 1. Perkenal bentuk dan bunyi huruf vokal mudah a i u, dan satu konsonan, eg. b 2. Bina dan sebut suku kata terbuka ba bi bu; bu bi ba 3. Bina perkataan dan baca perkataan 4. Buat frasa dan ayat, dan bacanya. 5. Tulis atau salin apa yang dibaca 6. Buat latihan pengayaan: permainan, secara berpasangan atau kumpulan kecil

Contoh Pengajaran 1. Mulakan dengan membunyikan huruf vokal mudah a i u 2 3 4 5 6 7 8 Pilih satu konsonant mudah seperti b, Bunyikan huruf b (bh) beberapa kali. Bina suku kata ba bi bu. Ulang Bina dan baca perkataan ba ba bi bi bu bu dan u bi i bu a bu Baca ayat ibu abu bubu baba ubi ibu Murid menulis huruf, suku kata dan huruf . Setelah mahir, murid boleh mula membaca cerita

Contoh Membina dan membaca cerita itu buku itu buku abu abu buka buku abu baca buku abu suka baca buku

Mengajar suku kata tertutup (kvk) b ba bi bu bat bit but k ka ki ku makan ikan su masak masuk ubat sabut

kan kin kun s sa si

sak sik suk

Mengajar huruf vokal o dan e O ko po lo ro om lom otak, pokok koko, roda lori e e e mak e kor e nam em pat e lok be lon

Emak Ella bela enam ekor kera. Bapa letak kereta di tepi rumah.

Suku kata istimewa: nga ngi ngu; nya nyi nyu Bunga nyonya ungu. Singa nganga mulutnya

Salim menyanyi lagu sunyi Suaranya nyaring. Penyu bertelur di pantai.

Murid diajar mengikut kadar kebolehannya b k s Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil (2-4 orang) Buat latih tubi bagi murid yang lemah. Contohnya: ulang (guna kad imbasan) ba ba bi bi bu bu; ka ka ki ki ku ku; sa sa si si su su;

TIPS MENGAJAR KVK Kali ini saya ingin berkongsi cara mengajar murid agar dapat menguasai kemahiran KVK dalam tempoh satu minggu.

Sedikit info, setelah mengajar murid menguasai suku kata KV, guru perlu mengajarkan kemahiran KVK pula. ini adalah kesinambungan daripada pengajaran sebelum ini supaya murid akan lebih mudah menguasai kemahiran seterusnya.

Sebelum itu, pastikan murid benar-benar menguasai kemahiran KV dari aspek SEBUTAN dan BACAAN teks KV+KV.

Untuk mengajar kemahiran KVK, guru mesti ada sekurang-kurangnya bahan bantu mengajar yang berikut :

kad perkataan KVK lembaran kerja 1 memadan gambar dengan perkataan lembaran kerja 2 mencari perkataan tersembunyi

barang permainan berunsur pendidikan.

TIPS MENGAJAR :

Pastikan murid telah bersedia Tunjukkan kad perkataan KVK Bas, Pen, Jam, Gam, Vas, Pam dan lain-lain. Guru eja dan sebut, kemudian minta murid ikut. Tunjukkan gambar bagi setiap perkataan yang dieja dan sebut. Ulang aktiviti sehingga murid faham konsep mengeja dan mengingati apa yang dieja. Beri murid masa untuk buat aktiviti menguasai kemahiran ini secara kumpulan dan individu. Soal murid secara rawak. Tunjuk gambar dan minta murid eja tanpa merujuk pada kad perkataan. Edarkan lembaran kerja 1 semak jawapan melalui perbincangan. Minta murid eja semula perkataan yang dipadankan Betulkan kesalahan murid jika ada. Edarkan lembaran kerja 2 semak jawapan melalui perbincangan. Minta murid eja semula perkataan yang telah dijumpai dan digarisi. Betulkan kesalahan murid jika ada. Berikan murid bermain selama 15 minit dengan permainan yang telah disediakan. Soal jawab di akhir pengajaran kukuhkan pemahaman murid dengan meminta murid memberikan contoh lain bagi perkataan KVK atau suku kata KVK.

You might also like