P. 1
GERUDI

GERUDI

|Views: 456|Likes:
Published by Dorothy Doh Dominic
gerudi
gerudi

More info:

Published by: Dorothy Doh Dominic on Mar 31, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/16/2015

pdf

text

original

GERUDI OBJEKTIF AM Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi dan berkebolehan mengendalikan mesin gerudi.

OBJEKTIF KHUSUS Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. Mengetahui cara menentukan saiz gerudi. Mengenali bahan membuat gerudi. Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi. Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi. Membezakan jenis-jenis mata gerudi. Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal. Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul. Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi. Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan. Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya. Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi. Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi. Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi. Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi. Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar. Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang pandu. Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi perhatian semasa menggerudi.

Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI 5. gentian (fiber). kecuali sudut heliknya sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa. .1 Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. Proses menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. asbestos. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik. Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan . itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam.0 PENGENALAN Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Sudut heliks biasa ialah 30º.5. Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat. Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu: (a) Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah (b) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa. bakelit dan logam-logam tiruan yang lain. Selain. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya.

(b) Pusat mata Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. (ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar. Ia terdiri daripada : (a) Hujung mata Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon. . Bibir pemotong ini dibuat sama panjang. (iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.fungsinya ialah: (i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon.Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap. (e) Lengkang lurah Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam. bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. (iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi. (d) Lurah Lurah terdapat disepanjang bahagian badan. biasanya dicanai dengan sudut kandung 118º. (c) Bibir pemotong Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi.

Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang. Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi. Puting terdapat pada gerudi batang titus sahaja. Gunanya ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. (b) Batang Tirus Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunkyai saiz lebih daripada 13 mm . Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. etrletak dibahagian pangkal gerudi. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : (a) Batang Lurus Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. dengan itu gerudi tidak bergesel. Ia boleh . Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputar kerana puting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket atau liang sendi.(f) Jidar Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai tirusan Morse. . BATANG Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi yang dinamakan batang. PUTING Puting berbentuk nipis.

Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.228 inci hingga angka 97 atau 0. Gerudi yang bersaiz A merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi iaitu 0.2 CARA MENENTUKAN SAIZ GERUDI Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu: A) Saiz Dalam Sistem Metrik Bagi gerudi jenis kecil.04 mm hingga 0.0059 inci. saiznya ialah daripada 0. E) Cara Menguji Saiz Gerudi Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi.5. C) Saiz Dalam Sistem Angka Dalam sistem ini. tolok ini juga boleh didapati .09 mm dalam langkauan 0.413 inci.01 mm.5 mm hingga 20mm bagi jenis batang lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus. saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0. B) Saiz Dalam Sistem Pecahan Gerudi mempunyai julat saiz daripada 1/64 inci hingga 3 ¼ inci dalam langkauan 1/64 inci atau 1/32 inci. D) Saiz Dalam Sistem Huruf Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z.234 inci manakala saiz Z pula merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.

4 KAEDAH MENANDA SEBELUM MENGGERUDI Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi mendapatkan kedudukan lubang yang tepat. Oleh itu saiz dan bahan mata gerudi dibuat bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses. Bagaimanapun. 5. satu daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu lagi kecil sedikit (Rajah 5. ii) Buat dua bulatan. tujuannya ialah supaya pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan mudah. iii) Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat. Cara mengujinya ialah dengan melihat kesan mata gerudi. iv) Hidupkan mesin dan pastikan . Saiz gerudi juga boleh diukur dengan mikrometer.saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian batangnya.mata gerudi betul-betul diatas pusat lubang. i) Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk.dalam semua sistem saiz gerudi. dimana kebiasaannya saiz gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel) manakala bagi gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi (high karbon steel) atau tungsten karbida.32). tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu selalu digunakan. Selain menguji ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat yang disebutkan tadi. sama ada diatas pusat lubang atau terkeluar dari . 5. ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar gerudi.3 BAHAN MEMBUAT GERUDI Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda kerja yang mempunyai jenis bahan yang berbeza. v) Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat.

biasanya dipegang dalam cuk gerudi. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya. salah satu factor ialah mata gerudi dan benda kerja mestilah diikat atau dipasang dengan betul. dan mengikat benda kerja dengan baik juga salah satu factor untuk mendapatkan hasil kerja yang baik. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau tatal melekat pada ragum. vi) Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang. ini bermakna kedudukan pusat diubah.pusat lubang . Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi : 1. Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang (Lihat Rajah 5. dibuat bersesuaian dengan benda kerja. Manakala gerudi batang tirus khususnya untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm.berbagai bentuk dan jenis alatan tambahan yang digunakan untuk mengikat. Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiiz 13 mm atau lebih kecil darinya.13). 2. . 3. ia boleh dipasang terus pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket . Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum. maka pusat lubang hendaklah diperbetulkan dengan cara membuat satu l. 5.5 CARA MEMASANG MATA GERUDI DAN BENDA KERJA SEBELUM MENGGERUDI Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik dan kerja-kerja yang berkaitan dengan mesin gerudi.engkang lurah atau alur dengan menggunakan pahat mata bulat .

ketuk dengan perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak bergerak. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa proses menggerudi dijalankan. 4. . Ikat rgum kuat dengan tangan. Digunakan untuk menebuk lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja umum. Pintalan ini adalah dari dua laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi.4.6 PERBEZAAN JENIS-JENIS GERUDI Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas. GERUDI PINTAL (TWIST DRILL) Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah digerudi. 6. GERUDI HUJUNG RATA Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian dalam lubang buntu supaya berbentuk tepat 90º. 7. GERUDI BERGABUNG/GERUDI PUSAT (COMBINATION & COUNTERSINK/CENTRE DRILL) Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan hujung 118º. Diantara jenisjenis gerudi yang biasa digunakan ialah : 1. GERUDI PIPIH (FLAT DRILL) Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. 2. Jangan guna pengetuk untuk mengikat ragum. arah kiri dan arah kanan. 5. Gerudi ini dibuat dalam dua arah . 5. 3. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin.

Digunakan dalam kerja-kerja berat. 8. 6. Sudut Pemotong 2. Pada bahagian badan gerudi ini terdapat saluran . SUDUT PEMOTONG Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59º dari paksi iaitu membahagi dua sudut . GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL) Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. sudut Heliks.7 CARA MENCANAI DAN MENGASAH SEBATANG GERUDI PINTAL Untuk mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal faktor penting yang perlu diambil kira ialah sudut-sudut yang hendak dicanai. Digunakan untuk melubang pada bahan yang lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis.5. Ini dapat mengelakan kepanasan pada benda kerja. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong 3. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru kepala benam dan rivet kepala benam. 10. Hujung gerudi ini bersudut 60º. GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL) Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. 7. Satu bagi pemotong dan dihujung terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran. GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL) Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL) Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada badan gerudi ini adalah lebih dari dua. 9. GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL) Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak. Terdapat tiga jenis sudut yang harus diberi perhatian iaitu : 1. 1. GAMBAR N10 5. GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL) Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran garispusat.minyak yang terus keluar ke bahagian hujung. ini bertujuan minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ia juga boleh digunakan untuk membuang segi pada hujung lubang yang telah digerudi. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang berat.

Sebagaimana sudut pemotong. Jika sudut ini dicanai dengan betul maka. Fungsi sudut kelegaan ini ialah supaya permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja.(Lihat Rajah 5. sudut kelegaan dicanai antara 8º hingga 12º. lubang yang dihasilkan menjadi besar. dengan sendirinya bibir pemotong menjadi sama panjang.15 2. RAJAH 5. RAJAH 5.1). sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi logam lembut.14).15. Sudut heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam keras dan teguh. Untuk jerja-kerja am.14 Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung pada jenis logam yang hendak digerudi.kandung mata gerudi. Bagi logam keras. jika tidak. Bukaan sudut yang terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana tidak cukup sokongan. (Lihat Jadual 5. SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG Sudut kelegaan bibir pemotong tebentuk dengan mencanaikan permukaan belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Sudut heliks biasanya 30º. .1).16). sudut kelegaan bibir pemotong juga berbeza-beza. 3. bergantung pada jenis bahan yang hendak digerudi (Lihat Jadual 5. Sudut yang lazim digunakan ditunjukan dalam rajah 5. Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok sudut gerudi (Lihat Rajah 5. sudut pemotongannya lebih besar. SUDUT HELIKS Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara mencanai kerana ia telah sedia dibentuk semasa membuat gerudi. tetapi bagi logam lembut sudutnya lebih kecil.

Ini termasuklah mencanai sudut pemotong yang sama besar bukaan dari paksi.sudut kelegaan bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang lurah dengan betul. bibir pemotong yang sama panjang. . Mengawal cara tatal keluar 4. Keempat-empat faktor diatas boleh mempengaruhi kerja menggerudi serta hasilnya dari segi : 1. hanya lurah yang bekerja. Akibatnya lubang lakan menjadi besar. Seterusnya gerudi akan bergoncang dan ini boleh mengakibatkannya patah. hanya satu lurah yang bekerja dan lubang menjadi besar akibat putaran hanya pada pusat mata.8 KESAN PADA LUBANG JIKA MATA GERUDI TIDAK DICANAI DENGAN BETUL Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa mencanai mata gerudi. gerudi berputar pada pusat mata dan ini menyebabkan lubang menjadi besar. Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang 2. (b) PANJANG BIBIR PEMOTONG SAMA TETAPI BUKAAN SUDUT PEMOTONG BERBEZA Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi. . Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus 5. iaitu : (a) SUDUT PEMOTONG SAMA BESAR TETAPI PANJANG BIBIR PEMOTONG BERBEZA Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah sahaja yang boleh memotong bahan.5. Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya 3. (c) KEDUA-DUA SUDUT DAN PANJANG BIBIR PEMOTONG TIDAK SAMA Pusat mata terkeluar dari paksi. Mengurangkan geseran dan kepanasan Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku semasa mencanai bibir pemotong serta kesan daripada kesilapan tersebut.

Ini akan menghasilkan penyudahan kerja yang tidak memuaskan dan kemungkinan juga gerudi akan patah. ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan garis pusat luar gerudi tidak tepat.(d) SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG YANG TERLALU BESAR DAN TERLALU KECIL Hujung mata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu besar kerana tidak cukup sokongan. sebaliknya jika sudut kelegaan terlalu kecil. Mesin gerudi tangan (hand drill) 2. ini mengakibatkan permukaan hujung mata menjadi cepat panas. ini adalah kerana lengkang lurah semakin tebal arah ke pangkal. Pusat mata yang tidak beranjak dari paksi mungkin menyebabkan gerudi berputar belong/gelong. (e) LENGKANG LURAH YANG DINIPISKAN TIDAK SEIMBANG TEBALNYA DARI PAKSI GERUDI Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin pendek. geseran akan berlaku. Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine) 6. Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine) .9 NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada ianya jenis mudah alih atau jenis tetep. Mesin gerudi jenis tiang (biliar drilling machine) 5. beban gerudi bertambah kerana gerudi sukar masuk kedalam benda kerja. 5. Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill) 3. Mesin gerudi meja (bench drilling machine) 4. diantaranya ialah : 1. Jika lengkang lurah dicanai tebal sebelah.

Sebagai contoh. oleh itu Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000 . Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang betul disebut putaran per minit (PPM).10 PENGIRAAN KELAJUAN PUSINGAN PENGUMPAR (PPM). Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine) Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum konsep asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama. Kelajuan memotong bahan 2. maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai tingkat kelajuan. ini bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter dalam masa satu minit.7. Pada amnya gerudi kecil memerlukan bilangan putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar. Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine) 8. Oleh sebab mata gerudi terdiri daripada berbagai-bagai saiz. 5. perkara-perkara berikut perlu diketahui : 1. Untuk menghitung kelajuan spindal. KADAR SUAPAN DAN FAKTOR PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN Kelajuan pemotongan ialah pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit. Garis pusat mata gerudi Formula Untuk menghitug putaran per minit Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit) π X Garis pusat (milimeter) Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter. Gambarajah mesin gerudi dibawah menunjukkan nama-nama bahagian pada sesebuah mesin gerudi. keluli lembut mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per minit.

(PPM) = KP X 1000 πD Contoh 5.142 X 35 = 227. PPM = KP X 1000 πD PPM = 25 X 1000 3. Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis keluli tahan lasak. PPM = KP X 1000 πD PPM = 30 X 1000 3. hujung mata .π X Garis pusat iaitu. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30 meter per minit.2 HANTARAN Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi yang masuk ke dalam benda kerja pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal.1 Hitung kelajunan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak.2 Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping keluli lembut dengan kelajuan memotong 25 meter seminit.142 X 15 = 636 Contoh 5. sebaliknya jika terlalu perlahan. mungkin tepi pemotongnya pecah. Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Jika terlalu laju.

3 Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15 mm dan 52 mm dalam.3 X 15 ) 0.3 X D ) D = Garis pusat gerudi dalam milimeter PPM = Putaran per minit H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran Contoh 5. Formula Untuk menghitung anggaran masa menggerudi Anggaran masa menggerudi = P H X PPM Dimana.bergesel dan cepat menjadi panas.6 = 0.77 minit atau 46 saat FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HANTARAN DAN KELAJUAN . Anggaran masa menggerudi = P H X PPM = 52 + ( 0.23 X 320 = 56.5 73. d = Dalam lubang P = Panjang juluran mata gerudi ( Dalam lubang + panjang hujung mata ) = d + ( 0. Kadar hantaran pemotong ialah 0.23 mm dan kelajuan spindal ialah 320.23 X 320 = 56.5 0.

(b) Minyak galian lelemak.11 JENIS-JENIS PENYEJUK. 4. (c) Minyak galian lelemak bersulfur.Berikut ialah beberap faktor pemilihan kelajuan spindal : 1. Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam kerja menggerudi ialah untuk membebaskan haba daripada gerudi dan benda kerja. kerja-kerja tekan dan sebagainya. memotong bahan. Jenis dan keadaan mesin. Ketepatan dan penyudahan kerja. menggerudi. Tindakan geseran antara mata pemotong dengan tatal yang dirincih menghasilkan haba yang boleh menyebabkan tepi mata pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau mematahkan gerudi tersebut. 3. Tiga jenis minyak galian yang aktif : (a) Minyak galian bersulfur (b) Minyak galian sulfur berklorin (c) Minyak galian berlemak Tiga jenis minyak galian yang tak aktif : (a) Minyak galian biasa. Minyak pemotong atau minyak galian. FUNGSI DAN KEGUNAANNYA Bendalir pemotong menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemesinan seperti melarik. membenang ( dalam dan luar ). . Bahan mata gerudi 5. menggerudi. Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada beberapa jenis. mencanai. melulas. 2. Jenis bahan 6. meraut. Penggunaan bendalir pemotong. antaranya ialah : 1. 5. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin. Keadaan ini menghasilkan permukaan lubang yang tidak baik dn kerja yang tidak tepat.

2. Tiga jenis minyak boleh larut : (a) Minyak galian boleh larut. Menjimatkan tenaga. Membantu memecahkan tatal. 3. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong. dan dapat menjimatkan masa mengasah gerudi. mesin-mesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan. 3. 6. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong. (b) Minyak boleh larut lelemak tinggi. Penyejuk khas. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal. Disebabkan geseran dapat dikurangkan. 3. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan gerudi lambat haus dan tahan lama. FUNGSI BENDALIR PEMOTONG Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah : 1. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan kelajuan mesin yang tinggi digunakan. 2. Untuk menyejukkan benda kerja. . Minyak boleh larut. KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG 1. 4. Meningkatkan produktiviti. 5. dan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih pantas lagi. 4. (c) Minyak boleh larut tekanan lampau. Bendalir pemotong tiruan atau kimia. Menjimatkan kos gerudi. 2.

4. 5. 3. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekalikali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata keselamatan. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi. iii. 5. 5. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap kali selepas ianya digunakan. 2. Ini boleh menyebabkan mata gerudi mudah patah. Meningkatkan mutu. Menjimatkan tenaga buruh. Bersihkan minyak. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum . Kerja-kerja menukar alat. 4. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang tepat. iv. ii. 1. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat.12 LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI i. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi. Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi.13 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. 5. dan mengasah mata alat dapat dikurangkan. bendalir pemotong dan tatal pada lantai.

October 27. tak payah susah-sudah cari malumat lain kat internet. 2008 at 3:14 AM . ia berdasarkan gambar-gambar yang jelas dan penjelasan yang penting untuk lebih mudah difahami berbanding dalam modul. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi dilakukan. posted by mohdfaizrazali at 9:51 am 1 comment: song jean yau said.dengan memasuki blog begini memang jimat masa bagi seorang pelajar.saya nak berterima kasih kpd EN. Untuk subjek workshop . Dari keseluruhannya saya amat berterima kasih kpd EN. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian dilakukan 7. ia lagi bagus. selain daripada itu . Blog ini boleh dikatakan untuk lebih mudah difahami oleh pelajar-pelajar yang ambil subjek ini . SONG JEAN YAU 14PKM08F1010 Pertama sekali. 6. sebab kalau kita dah lihat gambar-gambar kita boleh lebih mudah dan senangi untuk memahamkannya. gambar-gambar ialah amat penting untuk seorang pelajar .kalau semua subjek yang dalam mekanikal dapat membuat blog macan begini..memulakan kerja.kalau bahagian mesin larik dapat membuat penjelasan berdasar gembar-gambar setiap bahagian lagi bagus....FAIZ krn mendapat mewujudkan blog ini untuk pelajar-pelajar mekanikal yang amat memerlukan maklumat dan pengetahuan yang begini.. FAIZ dengan mewujudkan blog ini utk bantu menyenangkan pelajar utk belajar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->