You are on page 1of 25

KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN 1. 2. 3. Penghargaan Pendahuluan Kebudayaan Melayu Siri Drama Nur Qaseh 4. 5. 6. 7. 8. Persembahan Power Point Jadual perlaksanaan Tugas Borang Kolaborasi Refleksi Rujukan

MUKA SURAT

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan izin dan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu , Kebudayaan Melayu, BMM 3114 dengan jumlah kredit (2+0). Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing di atas penerangan dan ilmu yang dicurahkan. Segala maklumat yang diberikan begitu bermakna dan berguna untuk menyelesaikan tugasan ini. Dengan

menyiapkan tugasan ini kami terdedah kepada pelbagai pengetahuan baharu tentang budaya kami sendiri. Memang kami sedia maklum keunikan budaya Melayu namun kami tidak pernah membaca atau memkaji budaya Melayu sehinggalah kami diberikan tugasan ini. Secara tidak langsung tugasan ini memberi kami peluang dan ruang untuk lebih mengenali asal-usul budaya sendiri. Terima kasih juga kepada rakan-rakan kelas kami iaitu PISMP 7G dan juga rakan-rakan sekumpulan yang telah bersama-sama berusaha untuk menyiapkan tugasan ini dan membantu kami secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam memberi idea sehingga tugasan ini dapat disiapkan walaupun mempunyai kekangan masa dan komitmen yang lain iaitu menjalani praktikal di sekolah selama tiga bulan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami atas sokongan dan dorongan yang diberikan untuk terus belajar dan juga berjuang untuk mendidik anak bangsa di masa hadapan. Kami berharap agar segala ilmu dan idea yang kami perolehi semasa melakukan tugasan ini dapat kami aplikasikan di dalam kehidupan seharian kelak.

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


PENGENALAN

Malaysia

terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Justeru, kepelbagaian

masyarakat ini telah menghasilkan pelbagai budaya yang masih lagi menjadi amalan sehingga sekarang. Kepelbagaian budaya tersebut seperti dari aspek pakaian, makanan, perkahwinan, muzik, pantang larang dan sebagainya telah mempamerkan keunikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum. Keunikan ini telah menarik minat orang luar untuk datang ke Malaysia dan membuat kajian mengenai keunikan yang terdapat di negara ini. Budaya yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat kita diberi pelbagai takrifan mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya juga merangkumi setiap aspek kehidupan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Menurut tafsiran yang dibuat Mohd Taib Osman pada tahun 1988, budaya ialah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat

menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Apabila membincangakan tentang orang Melayu memang tidak pernah terlepas daripada membincangkan kebudayaan Melayu yang dilihat cukup unik dan menarik. Kebuadayaan melibatkan semua aspek dalam kehidupan sehari-harian. Beberapa aspek kebudayaan Melayu yang dapat dilihat dan diaplikasikan di dalam drama Melayu melalui drama TV 3 yang disiarkan pada pukul 7.00. iaitu memlalui drama Nur Qaseh. Beberapa aspek tentang kebudayaan Melayu ditonjolkan dalam drama ini. Sebagai contoh aspek kekeluargaan, kepercayaan, cara hidup, bahasa, adat, politik, kesenian dan sebagainya.

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


KEBUDAYAAN MELAYU SIRI DRAMA NUR QASEH Kebudayaan Melayu adalah cara hidup sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada generasi ke generasi lain dalam proses pembelajaran. Menurut Edward Tylor menyatakan maksud budaya adalah satu keseluruhan system yang komplek yang dalamnya ada unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undangundang, adat istiadat dan kemahiran yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat

tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan meliputi hasil

Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamdun , peradaban, kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilaiDi samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir manusia, cara pemikiran,

seseorang itu . Budaya merupakan warisan sosial perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.

Latar Masa, masyarakat dan tempat Latar ialah keterangan tentang waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya. Bagi drama pula, latar diertikan sebagai gambaran yang
4

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


tersedia dibelakang prop yang diwujudkan. Latar amat penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot. Dalam drama, latar memainkan peranan yang penting untuk menerangkan di mana dan bila kejadian serta peristiwa dalam drama itu berlaku. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar tempat bermaksud tempat berlakunya peristiwa dalam cerita. Sebagai contoh drama Nur Kasih terdapat beberapa tempat di Malaysia dan Luar Negara. Dalam drama ini menunjukkan latar tempat yang berbeza iaitu di Malaysia ketika di rumah Ustaz Hassan merupakan tempat Adam dan Aidil membesar dan menjalani hidup di kampung. Tempat lain adalah rumah Nur Amina merupakan rumah mentua Adam yang menjadi tempat majlis perkahwinan yang dijalankan. Seterusnya pejabat guaman yang mejadi tempat Aidil bekerja , di masjid tempat penduduk kampung bersama-sama solat berjemaah. Universiti di Kuala Lumpur menjadi tempat Nur Amina melanjutkan pelajaran ketika Adam pergi ke Australia. Bagi latar tempat di luar negara pula adalah Kaherah, Sydney dan Jeddah. Dalam drama ini Kaherah menjadi tempat Aidil melanjutkan pelajaran di sana dalam bidang Syariah selama lima tahun. Manakala, Sydney merupakan tempat Adam melanjutkan pelajaran. Selain itu, di sini Adam berjumpa dengan Katrina iaitu perempuan simpanan Adam. Manakala, di Jeddah pula, tempat Aidil berjumpa dengan Aliyah di kedai buku di sana. Di sana menjadi detik pertemuaan antara mereka sehingga mereka menjadi suami isteri. Seterusnya latar masa iaitu masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwayang digambarkan dalam sesuatu cerita. Latar masa dalam drama Nur Kasih menggambar masa kanak-kanak dan dewasa. Semasa zaman kanak-kanak menceritakan situasi Adam dan Aidil sering bergaduh kerana kedegilan Adam untuk menerima teguran. Sehingga Aidil sering menjadi mangsa akibat perbuatan adiknya. Semasa kecil, Adam sentiasa dirotan ayahnya kerana kenakalannya dan tidak mahu mengaji al-Quran. Semasa dewasa pula, menggambarkan Adam dan Aidil melanjutkan pelajaran dan berkahwin. Perasaan dendam Adam kepada ayahnya masih tersemat dalam dirinya walaupun dia sudah dewasa dan berkahwin. Latar masa dalam drama ini juga menyelit teknik imbas

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


kembali dengan zaman kanak-kanak yang memaparkan sebab terjadi sesuatu kejadian. Seterusnya latar masyarakat iaitu gambaran keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku. Misalnya agama, kepercayaan dan pekerjaan yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat. Latar masyarakat merupakan gambaran

keadaan dan amalan masyarakat yang dilakukan sesebuah golongan dalam kehidupan harian mereka. Latar masyarakat bagi setiap negara mempunyai

perbezaan yang ketara. Hal ini kerana sesuatu adat dan adab dalam sesebuah masyarakat merupakan warisan daripada generasi yang lepas. Jadi kehidupan sosial sesebuah masyarakat akan mencerminkan kepada pemikiran sesebuah masyarakat. Sebagai contoh dalam drama Nur Kasih menggmabarkan masyarakat kampung yang bekerjasama dalam menjalankan sesuatu majlis seperti gotong-royong, perkahwinan dan tahlil. Hal ini menggambarkan budaya masyarakat melayu yang hidup dengan sepakat dan kerjasama. Selain itu, budaya masyarakat Melayu yang menghormati golongan yang lebih tua dengan bersalaman dan mematuhi arahan yang diberikan. Latar masyarakat yang lain adalah masyarakat di Sydney, di dalam drama ini yang mengamalkan buday pergaulan bebas tanpa batasan. Terdapat sedutan yang menunjukkan rakan-rakan Katrina yang pulang mabuk dan menari-nari. Dalam masyarakat Melayu, budaya tersebut ditentang hebat dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral. Bidang politik Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan. Dalam institusi sosial dalam masyarakat Melayu. Keluarga akan diketuai oleh ayah yang akan membuat keputusan dalam keluarga. Jadi institusi sosial yang terdapat dalam Malaysia adalah banyak. Antaranya dalam masyarakat Melayu iaitu Dwisisi (bilateral)
6

sistem kekeluargaan

sama ada Dwipihak atau dwibelah.

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Nasab ibu (matrilineal) adalah suatu adat masyarakat yang mengatur garis

keturunan berasal daripada pihak ibu yang digunakan oleh orang Minagkabau Malaysia.Namun, majorit masyarakat Melayu menggunakan nasab bapa iaitu pihak bapa yang lebih diutamakan. Sebagai contoh dalam drama Nur Kasih, mereka menonjolkan watak Ustaz Hassan yang merupakan bapa kepada Adam dan Aidil yang membuat keputusan untuk mengahwinkan anak mereka. Walaupun Adam tidak setuju namun terpaksa akur dengan keputusan ayahnya. Hal ini menunjukkan peranan bapa amat besar dalam sesebuah keluarga sehingga anak menjadi takut untuk melawan demi menjaga penghormatan kepada bapa. Dalam budaya masyarakat Melayu terdapat hieraki dalam keluarga iaitu bapa, ibu, abang dan kakak. Selain daripada itu dikenali sebagai saudara atau kenalan. Dalam masyarakat Melayu bentuk-bentuk perkahwinan yang banyak di Malaysia adalah monogami perkahwinan diantara seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu satu suami dan satu isteri. Di dalam Surah an-Nisa ayat 3 menyatakan Jikakamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja. Sebagai contoh, dalam drama Nur Kasih Aidil berkahwin dengan Aliyah yang menunjukkan perkahwinan monogami yang diamalkannya. Selain itu, Ustaz Hassan dan Siti Khadijah yang berkahwin sehingga ke tua dan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Adam dan Aidil.

Namun, terdapat juga bentuk poligami Merupakan perkahwinan diantara seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki bolehberkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang. Poligami sebenarnya telah diamalkan zaman-berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi sehinggalah diharamkan oleh undang-undang. Di Malaysia, poligami pernah diamalkan oleh masyarakat Cinadan Hindu India di bawah undang-undang adat masing-masing, sehingga ia diharamkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) yang mula berkuatkuasa pada tahun 1982. Sebagai contoh dalam drama Nur Kasih yang mengamalkan poligami adalah Adam. Adam berkahwin dengan Nur Amina dan Katrina yang dicintai. Adam terpaksa berkahwin dengan Nur Amina walaupun dia tidak pernah mencintainya, semasa di Sydney Adam telah melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa pengetahuan Nur Amina.

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Bidang ekonomi. Pada zaman dahulu ekonomi sudah menjadi satu pengenalan bagi sesuatu bangsa. Masyarakat Melayu lebih kepada kerja tani sara diri manakala masyarakat Cina sinonim dengan perniagaan. Pada masa yang sama menjual anak untuk tujuan perubatan juga dijadikan sumber ekonomi. Hal ini bukan sumber yang besar masyarakat Melayu ketika itu. Hal ini didorong oleh kepercayaan karut dalam masyarakat ketika itu Kebanyakkan masyarakat Melayu hidup sebagai petani, Hindu sebagai peladang, Cina pula bekerja di pekan.Hal ini menampakkan jurang antara kaum dengan jumlah pendapatan yang berbeza.Jadi masyarakat Melayu masih lagi hidup di dalam takuk yang lama dengan perbezaan taraf hidup sehingga kini.Sebagai contoh, di dalam drama Nur Kasih penduduk kampung digambarkan sebagai pesawah padi yang hidup bersumberkan dengan pendapatan hasil padi.Namun, dengan arus perubahan teknologi sekarang.Masyarakat semakin maju ke hadapan dengan peluang pekerjaan yang terbuka luas jadi masyarakat kini tidak lagi terikat dengan petani dan pekebun.Sekarang, terdapat peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan sebagai contoh peguam, arkitek, doktor dan sebagainya. Sebagai contoh, di dalam drama Nur Kasih Aidil bekerja sebagai penguam bela di Kuala Lumpur. Manakala, Nur Amina dan Adam bekerja sebagai arkitek di dalam syarikat yang terkemuka di Malaysia. Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat. Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai perbezaan dalam aspek kawasan dan
8

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


pengasasan, bentuk dan pelaksanaan, pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, pembahagian harta, kekeluargaan dan perkahwinan. Undang-undang pembahagian harta dalam Adat Perpatih mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum perempuan. Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu daripada pihak sebelah ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuannya. Dalam keadaan tertentu Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak berhak memiliki harta pusaka. Sekiranya seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau anak perempuan adik-adiknya dan cucu-cucu perempuannya. Secara umumnya harta pasangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu harta carian, harta dapatan dan harta pembawaan. Harta carian ialah harta yang diperolehi bersama sepanjang perkongsian hidup. Harta ini dibahagi dua jika bercerai. Harta dapatan ialah harta yang sedia ada pada si isteri sebelum berkahwin, jika bercerai harta itu kekal di tangan isteri. Harta pembawaan ialah harta yang sedia dimiliki si lelaki sebelum dia berkahwin, jika bercerai bekas isteri tak boleh tuntut harta itu. Dalam adat temenggung pula, kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada wanita kerana pengaruh daripada hukum Islam (Hukum Faraid). Ini bermakna jurai keturunan sebelah bapa lebih diutamakan. Pemberian harta yang Iebih kepada anak lelaki dalam Islam kerana anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding dengan anak perempuan. Namun, jika berlaku penceraian lazimnya cara pembahagian harta suami isteri mengikut hukum syarak Mazhab Shafie. Adat ini menjelaskan harta yang diperoleh semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian. Harta sepencarian bagi harta isteri yang diceraikan dibahagi dua sama banyak. Jika isteri yang diceraikan itu tidak bekerja hanya berhak mendapat satu pertiga sahaja. Harta asal suami atau isteri dikembalikan kepada suami atau isteri berkenaan.. Sebagai contoh dalam drama Nur kasih mengamalkan adat temenggung Ustaz Hassan mewasiatkan hartanya kepada kedua-dua anak lelakinya iaitu Adam dan Aidil setelah dia meninggal dunia.

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Aspek Sosial Seterusnya, daripada skop perbincangan aspek sosial dalam drama ini dapat diketengahkan beberapa aspek utama iaitu aspek sosial agama, aspek kesenian, aspek pemakaian,aspek adat dan kepercayaan, aspek nilai dan juga falsafah dan yang terakhir iaitu bahasa.

kesenian

pemakaian

agama

nilai dan falsafah

bahasa

sosial

adat dan kepercayaan

Aspek pertama iaitu dari aspek bahasa. Terdapat pelbagai bahasa yang kerap digunakan oleh penulis skrip untuk drama mahupun filem. Ianya bagi menarik minat penonton. Kebanyakkan drama dan filem selalunya menerapkan bahasa Inggeris dalam drama. Kebudayaan melayu dapat dilihat jelas melalui penggunaan

bahasanya di dalam drama Nur Kasih ini iaitu penggunaan bahasa Melayu yang melambangkan identiti Melayu itu sendiri. Tutur kata dengan penggunaan bahasa Melayu yang sopan dan indah dapat dilihat dari aspek dialognya. Contoh dialog yang dapat diketengahkan sebagai bahasa utama ialah:Contohnya dialog antara Hajah Khadijah dengan anaknya Adam. Hajah Khadijah : Adam, Aidil sudah banyak berkorban untuk Adam. Sekarang sudah tiba masanya Adam pula berkorban untuk Aidil. Adam Hajah Khadijah : Tapi, : Tolonglah Adam.

10

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Secara rumusannya daripada aspek agama dapat dilihat bahawa agama Islam menjadi agama rasmi dan agama yang digunapakai dalam drama ini. Ini sudah terbukti menunjukkan cirri-ciri kemelayuan kerana seorang yang menyatakan bahawa dia melayu wajib beragama islam mengikut perlembagaan. Dalam drama Nur Kasih sangat jelas menunjukkan kemelayuan budayanya. Buktinya, dalam agama islam, budaya membaca surah Yassin untuk memohon kesembuhan sakit atau nazak kepada Allah telah diamalkan dalam masyarakat Melayu. Malahan, apabila seseorang meninggal dunia, masyarakat akan ziarah dan membacakan tahlil bersama-sama. Dari segi aspek kesenian pula banyak memaparkan kesenian-kesenian Melayu iaitu seni tampaknya, seni muziknya dan seni bina. Pembuktian yang dapat dilihat seperti di bawah.
Seni Muzik Kompang dimainkan pada majlis perkahwinan Adam dan Nur Anima. Seni Tampak Rumah Ustaz Hassan penuh dengan unsur seni bina Melayu.

Seterusnya dari aspek pemakaian. Seorang yang berkebudayaan Melayu haruslah berpakaian sopan dan elok bersesuaian dengan agama islam. Jelas di dalam drama Nur Kasih ini mengamalkan pemakaian orang Melayu dengan pemakaian kain batik yang menjadi simbul orang Melayu di mana seni batiknya sangat jelas.
Dalam drama Nur Kasih ini menggambarkan cara pakaian yang sopan antaranya baju kurung yang dipakai oleh Hajah Khadijah, Nur Amina , Sarah dan Aliyah. Manakala, Aidil dan Adam memakai baju Melayu pada hari Jumaat untuk menunaikan solat Jumaat.

Semasa majlis perkahwinan , Adam dan Nur Amina memakai pakaian songket.

Nilai dan falsafah di dalam drama ini banyak menunjukkan nilai-nilai kemelayuan. Kesopanan dan keayuan seorang anak kampung yang menghormati orang tua dan

11

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


melayan orang tua. Selain itu juga nilai-nilai murni yang diterapkan sangat banyak dalam drama ini. Budaya melayu terlalu banyak adat dan budaya mereka. Dalam drama ini, drama melayu yang diterapkan melalui adat-adat perkahwinan yang bermula dengan merisik, meminang dan berkahwin. Melalui drama Nur Kasih ini pengarah telah mengetengahkan unsure budaya Melayu yang sangat banyak. Masyarakat melayu tidak lekang dengan budaya membawa buah tangan ke rumah yang mereka lawati. Contohnya,
1. Dalam drama ini, semasa keluarga Nur Amina datang melawat mereka membawa pengat pisang sebagai buah tangan.

Masyarakat Melayu mempunyai beberapa permainan tradisional yang dimainkan masyarakat dahulu untuk kehiburan dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Antaranya gasing, layang-layang dan sepak takraw. Masyarakat melayu yang digambarkan di dalam drama ini adalah masyarakat yang mengamalkan budaya Melayu.
Zaman kanak-kanak Aidil dan Adam, mereka bermain gasing , bola sepak dan layanglayang bersama-sama. Terdapat juga babak di mana Aidil sedang bermain sepak takraw bersama-sama dengan budak-budak kampung.

Pengaruh luar dalam Masyarakat Melayu. Pengaruh luar ialah amalan yang tidak terdapat di dalam budaya Melayu. Namun, amalan luar ini secara tidak sengaja diamalkan oleh orang Melayu. Pengaruh luar boleh digolongkan sebagai pengaruh daripada Barat, Tanah Arab dan sebagainya. Tetapi, pengaruh yang paling kuat dalam drama ini ialah pengaruh daripada Barat. Ini dapat dilihat dengan ketara dalam aspek kehidupan seharian Adam. Walaupun dia menerima didikan agama di rumah, dibesarkan oleh ibu bapanya dengan acuan budaya masyarakat Melayu tetapi, apabila dia melanjutkan
12

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


pelajaranya ke luar negara dia mulai melupai asal usulnya. Adam terjebak dengan budaya masyarakat setempat yang menjadikannya lalai dan terleka. Kehidupannya di sana mempertemukan dia dengan Katrina yang bukan berbangsa Melayu. Katrina berlatar belakangkan masyarakat Australia yang boleh berbahasa Melayu. Katrina menpengaruhi cara hidup Adam di Australia. Adam akhirnya berkahwin dengan Katrina yang bukan berbangsa Melayu. Gaya hidup Adam lebih kepada budaya barat yang bebas dan sangat sosial yang jauh berbeza dengan budaya Melayu ketika Adam di Australia. Malahan dia juga meminum arak, tidak solat, tidak menjaga batasan pergaulan dan sebagainya. Budaya yang diamalkan oleh Adam ini memang bercanggah dengan amalan masyarakat Melayu yang tinggi nilai kesopanan. Inilah yang digambarkan dengan istilah pengaruh luar yang secara tidak sengaja terserap masuk dalam kehidupan masyarakat kini. Budaya Kebangsaan Pembinaan budaya kebangsaan ini dapat dianggap sebagai satu lagi

kejayaan orang Melayu membina jati diri sebagai lambang kebangsaan masyarakat. Prinsip penting dalam pembinaan budaya kebangsaan itu kepada orang Melayu ialah budaya kebangsaan adalah berasaskan kepada budaya penduduk asal negara ini dan berteraskan kepada Islam. Walaupun wujud pengaruh lain namun Islam menjadi sumber dan rujukan terpenting kepada pembinaan negara ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika budaya kebangsaan ini berteraskan kepada ajaran Islam. Prinsip budaya kebangsaan telah banyak menimbulkan kontraversi, terutama dalam kalangan orang bukan Melayu. Sedangkan terdapat satu lagi prinsip yang membolehkan unsur-unsur budaya lain, yang bukan Melayu diterima apabila orang ramai menerimanya sebagai rasmi dari masa ke masa. Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang baik daripada berbagai-bagai

13

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Tiga tujuan utama pembentukan kebudayaan kebangasaan. tujuan pertama ialah Perpaduan Negara. Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum dan keturunan di negara ini. Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt dikongsi bersama. Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan dalam kehidupan masyarakat. Melalui siri drama Nur Qaseh, kita melihat Katrina boleh mengadaptasi kehidupan dan budaya Melayu dengan cara hidup Islam. Katrina menerima cara hidup Islam dan menjadi wanita yang soleh serta pandai menjaga adap serta ketertipan sebagai wanita sama seperti wanita Melayu. Tujuan kedua ialah bagi membentuk keperibadian atau identiti Malaysia. Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 50 tahun merdeka, masyarakat Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh. Semangat sayangkan bangsa, tanah air dan sebagainya masih kabur. Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan antarabangsa. Kita dapat melihat permasalah ini dalam diri Adam sewaktu awal siri drama ketika dia menuntut di Australia. Dia mengabaikan cara hidup timur yang luhur. Dia juga terbabas dengan corak kehidupan masayarakat barat dan terlalai menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim. Tujuan ketiga ialah bagi meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik. Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat. Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis. Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.

14

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Kesimpulan Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti undang-undang, kesenian, falsafah, nilai sosiobudaya dan sebagainya. Kebudayaan sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh Perlembagaan dan Rukunegara sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai suku atau kaum ini boleh diserapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan sekiranya ia tidak bertentangan dengan tiga tujuan dasar kebudayaan kebangsaan. Apabila kita membincangkan isu kebudayaan Melayu, kita melihat daripada semua aspek kehidupan memandangkan busaya adalah cara hidup sebuah masyarakat. Melalui siri drama Nur Qaseh kita melihat perbagai pergelutan, masalah penerimaan budaya, bagaimana budaya mempengaruhi kehidupan seharian watak dan sebagainya. Sebagai orang Melayu, yakini berbangsa Melayu adalah amat perlu untuk memahami budaya bangsa sendiri yang unik ini. Kenali budaya bangsa sepenting kita mengenali diri sendiri. Kerana inilah jati diri dan asal usul kita.

15

KEBUDAYAAN MELAYU 2013

Jadual Perlaksanaan Tugas


Bil. Tarikh Tugasan Catatan

1. 2.

Mendapat soalan tugasan. Memahami kehendak soalan dan membaca soalan yang diberikan dengan teliti.

3.

Mencari bahan rujukan di perpustakaan dan membuat pinjaman buku.

4.

Membuat perbincangan dengan rakan-rakan bagi memdapatkan lebih banyak gambaran awal membuat tugasan.

5.

Membuat rangka awal jawapan soalan tugasan bagi memudahkan penyemakan tugasan.

6.

Menyemak semula rangka awal soalan tugasan

7.

Memjawab soalan tugasan melalui rangka awal tugasan

8.

Menyemak jawapan yang telah siap bagi memgelakkan kesilapan yang serius

9.

Mencetak jawapan tugasan yang telah siap

10.

Menyemak buat kali terakhir sebelum menyerahkan jawapan tugasan kepada pensyarah.

11.

Menyerahkan tugasan kepada pensyarah


16

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Borang Kolaborasi

Nama : Nur Izzati bt Md Zain Nor Qalbiah bt Esa Nurul Syafiqah bt Shariff

Kelas : PISMP 7 G Tarikh Kandungan Tanda tangan pelajar Tanda tangan Pensyarah

Mendapat soalan tugasan.

Memahami kehendak soalan Mencari bahan maklumat di perpustakaan.

Membahagikan tugas bagi setiap ahli kumpulan.

Berbincangan dengan ahli kumpulan tentang mana-mana bahagian yang tidak difahami.

Membuat rangka awal tugasan.

Menyemak semula semua hasil kerja yang disiapkan.

Merujuk kepada rakan-rakan daripada kumpulan yang lain.

Mencetak bahan yang telah siap di edit.


17

KEBUDAYAAN MELAYU 2013

Membuat penyemakan kali terakhir.

Menghantar tugasan kepada pensyarah.

18

KEBUDAYAAN MELAYU 2013

REFEKSI INDIVIDU NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI SHARIFF NO. IC : 900902-07-5268 NO. MATRIK : PISMP 83884003

Alhamdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran. Selawat dan salam kepada Rasullah SAW, kaum kerabat dan sahabat baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat shafaat di akhirat kelak. Saya dan sahabat seperjuangan kini di bahagian akhir untuk menyiapkan tugasan kali ini. Kami semua berpendapat bahawa ini merupakan antara tugasan yang agak mencabar yang pernah kami siapkan. Sepanjang masa usaha yang berikan adalah untuk memenuhi kehendak soalan dan memahami soalan. Adakala kami berasa buntu dan ini amat menyukarkan kami dalam usaha untuk menyiapkannya dengan cepat. Kami tiada menafikan kengkangan masa yang kami hadapi memandangkan kami akan menjalani praktikum fasa ketiga selama tiga bulan. Kami bercadang untuk menyiapkanya sebelum praktikum supaya semasa praktikum kami boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk persiapan mengajar di sekolah. Kami tidak mahu masalah berkaitan dengan tugasan menganggu kelancaran mengajar kami. Masalah ini bukan suatu perkara yang baik untuk sesiapa sahaja. Tambahan pula kami perlu mengantar tugasan ini sewaktu praktikum. Kami perlukan perancangan yang rapi agar tugasan ini siap dengan sebaik-baik rupa. Walau bagaimanapun, kita ini hanya manusia biasa. Kami tidak dapat menolak ketentuan takdir di mana kami terpaksa menyiapkan tugasan ini semasa praktikum. Cabaran yang paling besar dalam menyiapkan tugasan ini ialah dari segi usaha untuk mengaitkan siri drama Nur Qaseh dengan amalan dengan kebudayaan yang ditonjolkan dalam drama ini. Oleh itu, kami menonton siri drama itu semula untuk mengumpul maklumat dan mencari ciri-ciri kebudayaan yang ditonjolkan. Sekecil-kecil perkara dalam drama itu
19

kami

pertimbangkan

dengan

baik

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


memandangkan kami tidak mahu melakukan kesalahan dalam mentaksif budaya sendiri. Berbincang tentang isu kebudayaan memanglah bukan satu perkara baharu kepada kami. ini benar memandangkan banyak tugasan yang sebelum ini sedikit banyak menyentuh nilai kebudayaan masyarakat Melayu. Tetapi berlainan dengan kali ini ialah kami berpeluang mengenali nilai budaya sendiri dengan lebih dekat. Banyak rujukan yang kami lakukan untuk menyiapkan tugasan ini. Ada beberapa perkara yang tidak berkaitan tetapi melaluinya kami belajar sesuatu yang baharu. Maklumat yang kami dapat sepanjang usaha menyiapkan tugasan ini memang bermakna. Jujur pada pandangan saya, selaku orang Melayu, sepatutnya kita arif tentang budaya masyarakat Melayu. Nilai dan keluhuran budaya ini kian terhakis kerana sikap kami generasi muda yang tidak pernah peka tentang isu kebudayaan. Banyak perkara seperti, adat bersalin orang Melayu seperti melenggang perut, adat meminang dan merisik, perubatan tradisional dan sebaginya sudah mulai dilupakan. Memang tidak dapat saya nafikan sesetengah daripadanya menyalahi hukum agama namun, pada pandangan saya tidak salah sekadar mengetahuinya. Budaya kebangsaan pula adalah aspek yang pada mulanya saya tidak pasti. Saya membaca beberapa buah artikel yang membincangkan tentang budaya kebangsaan yang terdapat di dalam internet. Berdasarkan pembacaan, saya mendapati untuk mewujudkan budaya yang boleh diterima olah semua mungkin agak sukar memandangkan Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan etnik. Kepelbagaian ini sukar untuk disatukan kerana perbezaan. Walau bagaimanapun, penerimaan dan keterbukaan individu adalah amat perlu bagi merealisasikan hasrat yang murni ini. Akhir kata, saya amat bersyukur dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Walaupun terdapat beberapa kengkangan namun, semuanya dapat kami atasi bersama-sama. Sekian, terima kasih.

20

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Refleksi Tugasan Kebudayaan Melayu Nama: Nor Qalbiah binti Esa Kelas : PISMP 7G Ambilan Januari 2010

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Kebudayaan Melayu yang diberikan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menreangkan tentang budaya dan amalan yang diamalkan pada alam melayu. Kami diminta untuk mengkaji artikel, kertas kerja , drama atau filem untuk menceritakan tentang budaya melayu yang digambarkan dalam bahan yang hendak dikaji. Melalui undian, kumpulan saya mendapat drama. Jadi saya dan rakan telah berbincang mengenai drama yang hendak dipilih sebagai bahan kajian. Kumpulan saya telah memilih untuk mengkaji drama Nur Kasih kerana drama tersebut popular dan banyak menerapkan budaya masyarakat Melayu. Saya dan rakan-rakan telah membuat beberapa rujukan untuk mendapatkan maklumat mengenai budaya melayu yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Saya dan rakan telah berbincang untuk membahagikan tugasan untuk memudahkan kami menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya mendapat bahagian latar, politik dan ekonomi. Jadi saya telah membuat kajian mengenai bidang yang saya terima. Saya telah membuat draf mengenai budaya yang terdapat dalam drama yang dipilih. Saya dan rakan bersama-sama meniliti dan menghayati drama yang dipilih supaya kami dapat berkolaborasi mendapatkan maklumat di dalam drama Nur Kasih. Saya dan rakan sangat bersemangat untuk mencari maklumat di dalam drama yang dipilih. Walaupun, terdapat bahagian kajian tidak terdapat dalam drama, namun kami menjumpai banyak maklumat daripada kajian kami. Melalui tugasan yang diberikan terdapat banyak input yang saya perolehi mengenai budaya Melayu yang semakin ditelan masa dan zaman. Saya sebagai genarasi baru juga tidak tahu budaya yang telah diamalkan oleh masyarakat dahulu, jadi saya berasa seronok dengan pengetahuan yang baharu. Hal ini menjadikan saya mampu mempelajari budaya Melayu.

21

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Dalam latar yang saya kaji dalam drama ini, saya melihat semua aspek dengan latar masa, latar masyarakat dan latar tempat. Di dalam drama yang saya kaji ini , latar menjadi aspek yang penting dalam sesuatu drama atau karya untuk menjadikan sesuatu lebih bernilai. Dalam latar masyarakat ini menggambarkan

budaya orang Melayu pada zaman kini, yang mempunyai adat dan resam yang masih diamalkan oleh masyarakat kini sebagai contoh pinang meminang, perkahwinan dan sebagainya. Saya tertarik dengan cara mereka merisik dan meminang untuk dijadikan menantu dan suri rumah. Walaupun, adat itu menjadi budaya namun nilai dan falsafah yang dibawa menjadikan ia sesuatu yang menarik dan beradab. Manakala, daripada bidang politik pula, mencerminkan sistem di dalam masyarakat Melayu. Daripada sistem pemerintahan kepada sistem kekeluargaan yang mempunyai aturan yang tersendiri. Malahan, sistem ini menjadi ikutan dan peraturan dalam budaya masyarakat Melayu. Dalam sistem kekeluargaan , kita mempunyai hieraki dalam susunan keluarga daripada bapa , ibu dan anak-anak. Anak-anak perlu patuh kepada arahan ibu bapa dan ibu bapa perlu mendidik anak mereka. Dalam sesebuah keluarga asas, bapa memainkan peranan yang penting dalam keluarga dengan mencari nafkah dan membuat keputusan dalam setiap perbincangan. Selain itu, saya juga dapat menimba pengetahuan baru mengenai pembahagian harta pusaka dengan dua cara iaitu adat pepatih dan adat temenggung yang diamalkan oleh pelbagai negeri. Terdapat juga negeri yang mengamalkan adat yang lain dalam pembahagian harta. Dalam negeri saya mengamalkan adat temenggung yang menggunakan faraid dalam pembahagian harta. Hal ini mengelakkan daripada perebutan harta dan tidak adil. Kesimpulannya, banyak pengetahuan yang saya perolehi melalui tugasan yang diberikan tentang budaya masyarakat Melayu yang masih diamalkan oleh masyarakat kini. Selain itu, menjadikan saya tidak lupa akan asal usul masyarakat Melayu, supaya adat tidak mati ditelan zaman. Saya berharap dengan budaya melayu yang diturunkan oleh nenek moyang kita dapat diamalkan oleh generasi yang akan datang. Hal ini supaya masyarakat kita dapat menjadi masyarakat yang bertamadun.

22

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


REFLEKSI INDIVIDU NAMA : NUR IZZATI BT MD ZAIN KAD PENGENALAN : 901204-14-6078 KELAS : PISMP 7G AMBILAN JANUARI 2010 Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianNYA dapat saya menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan. Kumpulan saya terdiri daripada tiga orang ahli kumpulan iaitu Nurul Syafiqah bt Shariff dan Nor Qalbiah. Kami membahagikan tugasan dengan adil dan saksama. Pada mulanya memperoleh tugasan ini, kami diminta mencabut undi tentang tajuk yang perlu dibentangkan dan membuat sedikit rumusan tentang tajuk yang diberi. Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan izinNYA saya dan sahabat diberi peluang untuk menganalisis tentang drama yang berkisarkan tentang budaya Melayunya. Drama boleh dipilih berdasarkan drama-drama Melayu pada zaman sekarang mahupun dahulu kala. Pemilihan drama dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek penting seperti kualitinya, kesemua ahli memahami jalan ceritanya dan aspek-aspek budaya yang terdapat dalam cerita itu. Aspek budaya yang diketengahkan dalam cerita ini merangkumi aspek politiknya, sosialnya, ekonomi dan lain-lain. Dalam pembahagian tugasan, saya diamanahkan untuk menerangkan konsep social dalam cerita ini yang merangkumi cara pemakaian, agama , adat dan budaya, bahasa dan lain-lain. Saya yakin dan pasti dalam semua drama mahupun filem yang terdapat di Malaysia banyak menerapkan unsur-unsur budaya Melayu yang dapat membantu kita sendiri dalam memahami apa itu budaya. Erti budaya yang diketengahkan dalam drama dan filem Melayu membawa kepada aspek yang berbeza. Ada yang mengketengahkan budaya Melayu lama seperti adat-adat Melayu lama yang mempercayai pelbagai tahyul dan hantu namun dimodenkan pada zaman sekarang. Ada juga cerita-cerita cinta mengikut adat Melayu seperti proses mendirikan rumah tangga yang dimulakan dengan proses merisik, meminang dan akad nikah. Itu semua menerangkan tentang budaya-budaya melayu dari aspek sosial.

23

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Sepanjang melalui tempoh menyempurnakan tugasan ini, pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Cabaran utama adalah dalam pemilihan tajuk drama yang mahu di analisis dan dibentangkan. Pelagai drama diketengahkan untuk dianalisis. Dan akhirnya kami memilih drama Nur Kasih yang diadaptasikan daripada filem Nur Kasih The Movie. Selain itu, cabaran yang dihadapi juga adalah perselisihan faham dalam mengutarakan idea dan pendapat masing-masing. Tetapi itu bagi saya dianggap sebagai satu proses pembelajaran dimana kami belajar untuk menghormati pendapat dan idea sahabat. Bagi saya, subjek budaya ini perlulah diperluaskan lagi konteksnya kerana tanpa subjek ini mungkin ada yang tidak tahu tentang budaya-budaya dahulu kala. Secara peribadinya, banyak yang saya pelajari dalam menganalisis budaya dan mendengar daripada perbentangan sahabat-sahabat. Contohnya, dalam

perbentangan kumpulan sahabat yang membentangkan tentang adat bersalin , pada zaman sekarang sukar ditemui adat-adat lama kerana jarang sekali kita melihat dibandar-bandar mengamalkan budaya-budaya seperti itu. Sebagai seorang guru pelatih, saya berasa bangga kerana ilmu sebegini diterapkan dalam diri kami. Alhamdulillah tugasan secara rasminya dapat dilaksanakan dengan baik. Penghargaan diberikan kepada ahli kumpulan dan pensyarah pembimbing kerana banyak membantu dalam menyempurnakan tugasan ini.

24

KEBUDAYAAN MELAYU 2013


Rujukan INTERNET 1. http://rupanx.tripod.com/aj1132/12_sejarah_kebudayaan_dalam_sejara h_melayu.htm 2. http://didikhibur.blogspot.com/2011/12/aspek-kebudayaan-melayuabdullah-munsyi.html 3. http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-budaya.html 4. http://cikgustpm.blogspot.com/2012/06/bahagian-tema-1-adat-perpatihdan-adat.html

25

You might also like