You are on page 1of 5

PRAKTIKAL 5 ELEKTROKIMIA - DAYA GERAK ELEKTRIK SEL

Tujuan

Untuk menyiasat kesan kepekatan terhadap daya gerak elektrik (d.g.e.) sel

Teori

Sumber elektrik dari sel elektrik mampu mengubah tenaga kimia kepada tenaga keupayaan elektrik. Daya gerak elektrik (d.g.e) ialah keupayaan atau tenaga sesuatu punca elektrik untuk menggerakkan cas-cas elektrik dari satu terminal ke terminal yang lain. Daya gerak elektrik ditakrifkan sebagai jumlah tenaga yang dibekalkan oleh suatu sel untuk menggerakkan satu coulomb cas dari satu terminal ke terminal yang lain. Daya gerak elektrik juga boleh dilihat sebagai bezakeupayaan yang merentasi terminal sel ketika arus sifar (tiada beban). Bagi larutan 1M pada 25 C (keadaan piawai), EMF standard (sel potensi standard) dipanggil E sel. Bagi sel standard, terdapat tiga syarat perlu dipatuhi iaitu : kepekatan ion (1.0 mol dm -3), suhu (25 C) dan tekanan (1 atm). Dalam terma kepekatan sel, kepekatan komponen sel boleh mempengaruhi emf sel, sebuah sel boleh dibina dengan mempunyai ion logam yang sama untuk anod dan katod, tetapi pada kepekatan yang berbeza dalam kedua-dua bahagian sel.

Senarai bahan

KA1 ialah larutan kuprum(II) nitrat 1.0 mol dm-3 KA2 ialah larutan zink nitrat 2.0 mol dm-3 KA3 ialah larutan zink nitrat 1.0 mol dm-3 KA4 ialah larutan zink nitrat 0.1 mol dm-3 KA5 ialah larutan zink nitrat 0.01 mol dm-3 KA6 ialah larutan zink nitrat 0.001 mol dm-3 A ialah larutan tepu kalium klorida

Senarai radas

Lima jalur kertas turas (20cm x 1cm) Kepingan zink Kepingan kuprum Voltmeter dengan senggatan 0.1V Wayar penyambung dan klip buaya 50cm3 silinder penyukat Bikar 100cm3 Kertas label Kertas pasir Air suling

Prosedur

Rajah 1 1. Dengan menggunakan silinder penyukat, 50 cm 3 KA1 diisi ke dalam bikar A dan 50 cm3 KA2 ke dalam bikar B. 2

2. Sejalur kertas turas direndamkan ke dalam larutan kalium klorida tepu dan hujung kertas turas itu dimasukkan ke dalam kedua-dua bikar A dan B untuk membina titian garam. 3. Kepingan zink dan kuprum dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir. 4. Kepingan logam diapitkan dengan klip buaya dan disambungkan ke voltmeter dengan menggunakan wayar penyambung (Rajah 1). 5. Bacaan awal voltmeter sebaik sahaja kedua-dua kepingan logam tersebut direndamkan ke dalam larutan dicatat ke dalam Jadual1. 6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggantikan KA2 dengan larutan lain seperti di dalam Jadual 1.

Keputusan

: [Zn2+] / mol dm-3 2.0

Amali 1

Bikar A 50 cm3 KA1 50 cm3 KA1 50 cm3 KA1 50 cm3 KA1 50 cm3 KA1

Bikar B 50 cm3 KA2 50 cm3 KA3 50 cm3 KA4 50 cm3 KA5 50 cm3 KA6

Bacaan voltmeter 0.80

Log [Zn2+] 0.3

0.90

1.0

1.00

0.1

-1.0

0.70

0.01

-2.0

0.90

0.001

-3.0

Soalan

1. Tuliskan gambar rajah sel bagi sistem sel kimia ini.

Zn(p) | Zn2+(ak) || Cu2+(ak) | Cu(p)

2. Tuliskan setengah persamaan tindak balas yang berlaku dalam bikar A dan B.

Bikar A, Cu2+(ak) + 2 e Cu(p) Tindak balas penurunan

Bikar B, Zn(p) Zn2+(ak) + 2 e Tindak balas pengoksidaan

3. Tuliskan persamaan keseluruhan sel. Persamaan keseluruhan sel ialah : Cu2+(ak) + Zn (p) Cu(p) + Zn2+(ak)

4. Tentukan arah pengaliran elektron dalam sel. Elektron mengalir daripada terminal Zn ke terminal Cu. 5. a) Plot graf bacaan voltmeter lawan log [Zn2+] dalam bikar B. Graf di lampiran 1. Kepekatan zink nitrat adalah berkadar terus dengan bacaan voltmeter.

b) Bagaimanakah daya gerak elektrik sel berubah dengan kepekatan ion zink dalam bikar B.

Berdasarkan graf yang dibina, dapat dilihat bahawa bacaan voltmeter adalah berkadar terus dengan nilai log [Zn2+]. Bacaan voltmeter meningkat apabila log [Zn2+] meningkat. Ini menunjukkan bahawa kepekatan log [Zn2+] mempengaruhi bacaan voltmeter.

6. Apakah yang akan terjadi kepada bacaan voltmeter jika a) Larutan dalam bikar A digantikan dengan larutan kuprum (II) sulfat 0.1 mol dm-3?

Jika larutan dalam bikar A digantikan dengan larutan kuprum (II) sulfat, nilai bacaan voltmeter akan berkurangan.

b) Larutan dalam bikar B digantikan dengan larutan magnesium sulfat 1.0 mol dm-3 dan kepingan logam zink digantikan dengan kepingan logam magnesium?

Apabila larutan dalam bikar B digantikan dengan larutan magnesium sulfat 1.0 mol dm-3 dan kepingan logam zink digantikan dengan kepingan logam magnesium, nilai bacaan voltmeter juga akan berubah. Proses penurunan dalam katod kali ganda sebanyak tiga manakala proses pengoksidaan di anod berlaku sebanyak dua kali ganda. Nilai bacaan voltmeter adalah lebih besar sewaktu menggunakan logam magnesium kerana mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk dioksidakan berbanding dengan zink yang berdasarkan keupayaan standard.

Kesimpulan : Kepekatan zink nitrat adalah berkadar terus dengan bacaan voltmeter.

You might also like