You are on page 1of 9

1.

Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung. Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuangpejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama . Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila. Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan

oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

2. Seperti kita sedia maklum, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Pada 31 Ogos 2010 genap 53 tahun Malaysia bebas daripada penjajahan British. Tentulah kita pernah baca atau menonton bahawa momen bersejarah tatkala Tanah Melayu menerima pengisytiharan kemerdekaan tepat detik 12 tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Kemuncak acara itu adalah upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan setaraf dengan semua negara-negara berdaulat di dunia.

Bagi mengingati hari penuh bersejarah itu pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak panitia bagi memupuk semangat patriotik dalam diri pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ogos adalah seperti berikut :

Perasmian Bulan Patriotisme Pemberian tanda lencana kepada semua warga sekolah Pertandingan menulis esei Pertandingan menyanyi lagu patriotisme Pertandingan melukis potrait tokoh perjuangan kemerdekaan Pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan Pertandingan kiuz kemerdekaan Perrsembahan multimedia menyambut Hari kemerdekaan

Semua pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Perasmian Bulan Patriotisme & Kemederkaan pada 9 Ogos 2010

3. Pada 06 Ogos 2010, sekolah kami menyambut hari Kebangsaan Singapura. Rakyatrakyat Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Kami menyambutnya kerana kami harus ingat bilakah Singapura mencapai kemerdekaan. Hari kemerdekaan ini sungguh penting kerana hari inilah, baru kami menjadi negeri yang merdeka. Pada awalnya, semua negara yang berdekatan dengan kami mempunyai fikiran bahawa Singapura tidak dapat bertahan selama beberapa tahun yang akan menjelang. Walaupun kami tidak mempunyai cukup sumber daya alam, semangat rakyat-rakyat Singapura tidak pernah musnah. Dengan ketua Singapura ynag sungguh berwawasan, sekarang Singapura sudah menjadi negara yang moden dan selamat. Semua rakyat-rakyat Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan Singapura pada setiap tahun. Mereka boleh menyambutnya dengan pelbagai-pelbagai cara. Ada yang pergi ke perbarisan yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak ynag tertentu. Ada juga ynag menyambutnya di sekolah dan ada juga yang melihat perbarisan ini di televisyen dengan empat bahasa yang berlainan iatu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Bagi saya, saya menyambutnya di sekolah. Malangnya, saya tidak dapat melihat perbarisan yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan yang berseragam seperti ' NCC, NCDCC, NPCC dan juga SAINT JOHNS ' kerana saya telah melibatkan diri dalam persembahan yang telah dipersiapkan oleh cikgu-cikgu kami. Walaupun saya tidak dapat melihat perbarisan itu, saya pasti mereka telah melakukan perbarisan itu dengan baiknya. Ketika mereka sedang mengadakan perbarisan itu, saya berada di sebuah bilik untuk menyiapkan diri untuk persembahan nanti. Rasa gembira meluap di dada saya kerana saya dapat mempersembahkan sebuah tarian untuk sekolah sempena Hari Kebangsaan. Menengah satu dan dua sudah pun tiba di dewan untuk pertunjukkan yang akan diadakan oleh penari-penari dan penyanyi-penyanyi. Menengah tiga, empat dan lima pula sedang mengadakan permainan antara kelas seperti bola keranjang, bola kapten dan bola sepak. Bila tiba masanya untuk saya dan rakan-rakan untuk mempersembahkan tarian kami. Saya rasa sungguh ghairah pada masa itu. Setelah persembahan kami habis, menengah tiga, empat dan lima pula naik ke dewan untuk penyampaian hadiah yang akan diadakan. Walaupun kelas saya tidak memenangi sebarang permainan itu, saya tahu dan saya percaya bahawa kelas saya sudahpun cuba sedaya-upaya kami untuk memenangi permainan itu tetapi

malangnya, kami tidak memenangi sebarang permainan itu. Setelah acara penyampaian hadiah, kami pun menonton sebuah filem tentang sejarah Singapura. Ketika filem itu habis, saya rasa bahawa Singapura telah berjaya. Ketua-ketua Singapura telah pun bekerja keras untuk menghadapi cabaran-cabaran yang sungguh mencabar. Tanpa ketua-ketua ini, Singapura akan tetap jadi pulau nelayan sahaja. Selepas sahaja persembahan yang terakhir iatu acara menyanyi. Cikgucikgu pun suruh kami turun dewan dan balik. Semua yang telah mempersembahkan persembahan mereka, mereka harus letak kembali apa yang mereka gunakan. Selepas itu baru kami boleh pulang. Saya rasa sungguh bangga untuk menjadi seorang rakyat Singapura kerana Singapura adalah negara yang harmonious. Singapura pun juga adalah yang selamat. Saya akan taat kepada Singapura, negaraku yang tercinta. (: 4. Setiap tahun pada 31 Ogos kita menyambut Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini, Sambutan Kemerdekaan di sekolah ini dilakukan pada pagi Isnin 30 Ogos 2010 bertempat di Dataran Nilam. Sambutan yang sederhana tetapi meriah dimulakan dengan perbarisan pengendali perhimpunan iaitu Persatuan Pandu Puteri. Ucapan rasmi sempena kemerdekaan telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Arbaenah Bt Masud, GPK 1. Di antara program-program sambutan pada tahun ini ialah: 1. Kempen kibarkan Jalur Gemilang. 2. Pertandingan menulis esei patriotisme. 3. Pertandingan keceriaan kelas dan sudut kemerdekaan. 4. Pertandingan kuiz sejarah secara spontan. 5. Majlis bacaan Surah Yasin sempena kemerdekaan. 6. Pertandingan melukis potret tokoh sejarah. 7. Perhimpunan rasmi kemerdekaan. Kemerdekaan ialah apabila seseorang bangsa atau umat merdeka daripada segala bentuk penjajahan undang-undang ciptaan manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, bebas daripada kezaliman kepada keadilan dan bebas dari kejahilan kepada berilmu baik lahiriah ataupun zahiria. Merdeka bukan bermaksud bebas dan tidak terikat dengan sebarang peraturan dan boleh melakukan apa saja yang disukai. Merdeka bukan semata-mata bebas secara fizikal daripada belenggu penjajahan, tetapi konsep merdeka yang sebenar mengikut pandangan Islam ialah membebaskan diri daripada semua bentuk penjajahan yang bercanggah dengan ajaran Islam, samada dalam bentuk pemikiran

rohani dan jasmani mahupun budaya dan citarasa, perasaan dan emosi seseorang insan itu. Sepatutnya, umat yang merdeka dapat berfikir dengan matang apakah yang terbaik dilakukan untuk dirinya, bangsa dan kepentingan umat keseluruhannya serta negaranya tanpa khawatir dan bimbang terhadap sebarang halangan yang menghalangnya. Sepatutnya kita mempunyai pemikiran apakah yang kita telah sumbangkan untuk negara, bukan mengharap apa yang negara dapat sumbangkan untuk kita. Sebab itulah sekiranya fahaman dan mentaliti kita belum berganjak sampai bilakah kita boleh dikatakan sebagai seorang manusia yang benar-benar merdeka? Kefahaman tentang kemerdekaan sememangnya amat berbeza antara generasi dulu yang memperjuangkan kemerdekaan dengan air mata dan darah berbanding generasi hari ini. Hal ini kerana bagi generasi terdahulu, kemerdekaan adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya, manakala bagi golongan muda di zaman ini, 31 Ogos hanya sekadar cuti umum, berseronok, bakar bunga api, berhibur, berkelah dan bersantai. Golongan penjajah pada masa kini tidak lagi datang menaiki kapal dan menggunakan senjata seperti masa dulu, sebaliknya berupaya menjajah umat islam menerusi alat komunikasi canggih serta menggunakan kuasa kewangan dan media. Dengan danya zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan, ia menjadi semakin mudah untuk mereka melebarkan pengaruh dan mengawal aspek politik, ekonomi dan system social milik kita. Sesetengah Negara masih bergantung kepada Negara yang masih menjajah mereka dalam banyak sektor seperti perdagangan, pendidikan dan ketenteraan. Malah, perkara terburuk ialah penjajahan pemikiran masih berlaku masih berlaku dikalangan masyarakat Negara itu. Justeru, rakyat Malaysia perlu terus berusaha untuk membebaskan diri dan jiwa mereka daripada kejahilan, kemiskinan dan rasa rendah diri daripada bangsabangsa lain. Kemerdekaan yang sebenar akan menjadikan umat islam sebagai umat yang mampu berdikari, berilmu pengetahuan, berkeyakinan tinggi, mempunyai jati diri yang kuat dan bebas daripada pengaruh penjajahan. Sehubungan itu, dalam kemeriahan pelbagai pihak mengadakan sambutan kemerdekaan pada Ramadan mulia ini, maka kita juga perlu secara serius berfikir mengenai pelbagai persoalan berkaitan erti kemerdekaan, pengisian dan perjuangan untuk diteruskan bagi memartabatkan Malaysia. Banyak cara kita boleh membuktikan komitmen, jasa bakti dan pengorbanan untuk negara. Biar apapun bentuk khidmat kita, peranan dan modus operandi pengisian kemerdekaan memerlukan rakyat berilmu dan berakhlak mulia dengan etika kerja cemerlang. Menerusi ilmu maka dapatlah kita berkhidmat lebih efektif dan efisien mempertahankan kemerdekaan dalam semua bidang, termasuk pelestarian alam sekitar.

Semoga Watan Ini Sentiasa Aman Damai Janganlah kita mensia-siakan nikmat ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memberi untung kepada kita. Marilah kita mengisi kemerdekaan secara dengan melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan berguna bagi membangun agama, bangsa dan Negara. Hakikatnya kemerdekaan adalah satu konsep sarat dengan pengertian politik, jati diri dan pembangunan sebuah bangsa. Pengertian merdeka dari segi politik tidak terbatas kepada pembebasan dari kuasa penjajah saja. Merdeka bererti kebebasan dari segi pemikiran, keilmuan, sosial, ekonomi dan budaya dari pengaruh asing yang merosak dan menindas. Merdeka juga bermakna mempertahankan maruah negara terhadap penghinaan dalaman dan asing, seperti memomokan bahasa dan agama rasmi, apatah lagi melumurkan Jalur Gemilang dengan najis!Penghayatan kemerdekaan seharusnya diserlahkan menerusi kefahaman mengenai peranan kita sebagai warga merdeka. Merdeka tidak semestinya perayaan disambut dengan pelbagai acara meriah. Merdeka juga jangan sampai sekadar upacara tahunan terhadap suatu tarikh keramat seperti 1 Syawal atau tahun baru. Tidak bermakna mendiami sebuah Negara merdeka, sedangkan rakyatnya masih belum merdeka jiwanya dan amalan sehariannya. Apalah erti kemerdekaan yang dikecapi oleh kita, jika masyarakat yang tidak patuh kepad aperaturan-peraturan agama dan Negara. Kejayaan sesebuah Negara yang merdeka tidak hanya dilihat dari segi pembangunan luaran seperti bangunan yang besar, tinggi dan moden, di samping kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Namun yang lebih utama dalam pembangunan sesebuah Negara ialah aspek pembangunan modal insan yang berteraskan ajaran islam. Kemerdekaan dalam ertikata lain akan dapat dinikmati sepenuhnya jika kita mampu menjadikan negara yang tercinta ini mencapai tahap tamadun yang tinggi berasaskan perinsip keadilan dan pegangan agama, perpaduan, mempunyai keperibadian dan akhlak yang kukuh dan menunaikan kewajipan bernegara, serta mampu menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara negatif yang dipelopori oleh penjajah barat atas nama kebebasan dan hak individu. Pengaruh pemikiran bebas atau Liberal yang didatangkan oleh barat, jika dibawa kedalam masyarakat dan menjadi amalan di negara ini, pasti akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan kehancuran negara.Sebagai bangsa Malaysia yang merdeka, jiwa kita, diri kita, keluarga dan masyarakat kita perlu bebas daripada mengagungkan pemikiran penjajah, bebas daripada amalan penjajah dan bebas daripada idealisme dan undang-undang penjajah.

5. Berita-Sempena Bulan Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan, sekolah kamu telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis berita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

RAWANG, Jumaat-Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan pada bulan Ogos lalu. Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang dicapai oleh negara. Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh Puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian persembahan deklamasi sajak dan koir bertemakan kemerdekaan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bualan kemerdekaan ialah pertandingan pidota, pertandingan menulis esei, pertandingan menulis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei. Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah Merdeka dengan penuh bersemangat. Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara sentiasa subur dan berkekalan di jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara.

6. Karangan Jenis Catatan Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.

.. ISI-ISI KARANGAN .. Format Catatan hari, tarikh, masa, dan rakaman peristiwa dinyatakan dengan jelas .. 8.00 pagi, ucapan guru besar membaca dua perutusan khas perutusan Hari Guru .. 8.45 pagi, sukaneka tiup belon, lari bawa lilin, lari dalam guni perlawanan bola

jaring .. 9.45 pagi, persembahan Hari Guru persembahan nasyid pementasan drama khas .. 11.00 pagi, rehat, jamuan pelbagai jenis kuih dihidangkan sungguh menyelerakan .. 11.45 pagi, penyampaian hadiah sukaneka Yang Dipertua PIBG, sampaikan hadiah * Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya. CATATAN TENTANG SAMBUTAN HARI GURU

JUMAAT, 17 MEI 2004 7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2003. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga cerah pada hari itu. 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 8.45 pagi Sukaneka dimulakan dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari dalam guni. Perlawanan bola jaring juga diadakan antara murid dan guru. 9.45 pagi Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah muridmurid tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama yang berjudul Guru Agung. 11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersamasama guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami. 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada

tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu. APA Tajuk catatan* BILA Diadakan, tarikh Berlaku, masa DI MANA Tempat diadakan SIAPA Terlibat dan diraikan KENAPA Perlunya disambut MENGAPA Aktiviti dibuat, tujuan BAGAIMANA Perjalanan aktiviti Sambutan, suasana

You might also like