You are on page 1of 7

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR.

Program Bina Insan Guru Fasa II 2012

Aktiviti Kemasyarakatan
Tarikh 15 OGOS 2012 Anjuran 2 PISMP BC/ PJ/RBT 2 Ambilan Januari 2012 Tempat Rumah Anak Yatim, Amitabha Centre, 115, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80350 Johor Bahru, Johor.

1.0 2.0

Nama program Tarikh dan masa

: Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa II /2012 : 15 Ogos 2012 ( Rabu) 8.30 pagi 3.30 petang : Rumah Anak Yatim, Amitabha Centre, 115, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80350 Johor Bahru, Johor. : 2 PISMP BC/PJ/RBT 2 : 24 orang siswa guru dari 2 PISMP BC/PJ/RBT_2 ( Rujuk Lampiran 1)

3.0

Tempat

4.0 5.0

Penganjur Sasaran penyertaan

6.0

Latar belakang program Program Bina Insan Guru ( BIG ) mula dilaksanakan pada Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-Perkhidmatan, Sukatan Pelajaran yang disediakan ini menekankan unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan prinsip-prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa. Elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan dalam proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan pelajaran BIG merangkumi tiga tema utama, iaitu konsep dan ciri-ciri dalam pembinaan insan guru, pembangunan insan guru, dan peranan seta tanggungjawab insan guru. Ketiga-tiga tema utama ini dapat direalisasikan melalui aktiviti khidmat masyarakat ini.

7.0

Rasional Program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berjiwa merdeka dan perkasa dari segi membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Selain itu, guru harus menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan, mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang guru serta dapat menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan.

8.0

Matlamat Memenuhi kehendak sukatan Program Bina Insan Guru untuk mendedahkan siswa guru dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreatif dan inovatif.

9.0

Objektif Melalui Program BIG ini, siswa guru akan dapat : 9.1 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. 9.2 Menunjukkan kemaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. 9.3 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 9.4 Menghayati dan manampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak keguruan. 9.5 Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. 9.6 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

10.0

Perancangan Bilangan guru pelatih yang terlibat adalah seramai 24 orang siswa guru dari opsyen 2 PISMP BC/PJ/RBT 2, di bawah program PISMP Ambilan Januari 2012.

11.0

Tentatif Program Tarikh Masa 8.30 pagi 8.40 pagi 8.40 pagi 9.00 pagi 9.00 pagi 9.15 pagi 9.15 pagi 12.15 tengah hari 12.15 tengah hari 12.45 tengah hari 12.45 tengah hari 3.15 petang 3.15 petang3.30 petang 3.30 petang Aktiviti Berkumpul di Jabatan HEP untuk pendaftaran Bertolak ke Rumah Anak Yatim, Amitabha Centre Tiba di destinasi Sesi taklimat Gotong-royong membersihkan Rumah Anak Yatim Rehat dan makan tengah hari Aktiviti bersama kanak-kanak di rumah anak yatim Penyampaian cenderahati dan sesi fotografi Bersurai dan bertolak balik ke kampus

15 OGOS 2012 (RABU)

12.0

Jawatankuasa 12.1 Jawatankuasa Induk Penasihat : Tuan Haji Mohd. Said bin Hasran Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim : Puan Rubiah binti Ahmad Timbalan Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim : Encik Abdul Latiff bin Awi Penyelaras Program Bina Insan Guru IPG Kampus Temenggong Ibrahim : Puan Norhayati binti Ibrahim Pegawai Eksekutif Kanan IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

12.2

Jawatankuasa Pelaksanaan Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Dokumentasi : Dr. Sia Keng Yek : Liow Wen Jie : Goh Yingyan : Wong Li Yoong : Lee Jin Ruey : Michella Leong Yi Hua (K) : Chan Way Kiat : Ho Chun Ming : Yap Ke Ni (K) : Liew Jee Siong : Chiew Sing Tze : Yit Mei Sian : Chai Yin Wen (K) : Ng Qi An : Sua Shang Zhan : Tan Sau Loon (K)

AJK Makanan

AJK Aktiviti

AJK Pengangkutan

AJK Sijil dan cenderahati : Wong Xiao Jing (K) : Go See Yee : Lee Fang Mei AJK Alatan : Law Yii Hua (K) : See Wee San : Yong Chia Xin : Loh Kai Xin (K) : Hu Yi Lin : Gan Zhen

AJK Fotografi

13.0

Kewangan 13.1 13.2 Bil. 1 2 3 4 5 Sumber kewangan Peruntukan siswa guru adalah RM 6.00 setiap orang. Anggaran perbelanjaan keseluruhan BIG Fasa 2 /2012: Butiran Pengangkutan (bas) Air Mineral Sijil Penghargaan Bilangan 24 orang 3 kotak X 24 botol 3 helai Jumlah (RM) Bas IPG KTI Bekalan Stor IPG KTI Bekalan ULDP IPG KTI RM 72.00 RM 60.00

Makanan RM 3.00 X 24 orang Hamper 3 X RM 20.00 Alat tulis - Kertas warna 15 helai - Pembaris 20 batang - Pemadam 20 biji - Pengisar pensel 5 biji - Pensel 3 kotak X 12 batang - Pensel warna 3 kotak X 36 batang - Pen 3 kotak X 12 batang Jumlah Besar

Bekalan Stor IPG KTI

RM 141.00

13.3

Ulasan Pegawai Eksekutif Kanan

14.0

Penutup Dengan anjuran aktiviti kemasyarakatan ini, diharapkan para siswa guru 2 PISMP BC/PJ/RBT 2 Ambilan Januari 2012 dapat membentuk keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain daripada menimba pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran dalam pelaksanaan program, pembinaan modal insan yang berakhlak mulia juga harus dititikberatkan. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak amatlah kami hargai. Di sini didahului dengan ribuan terima kasih.

You might also like