You are on page 1of 6

Matematik bukanlah suatu ilmu yang hanya berkaitan dengan nombor atau simbol tetapi ia membawa pelbagai makna

yang telah menjadi asas yang tidak dapat diabaikan dalam kehidupan seharian kita masa kini. Cuba kita bayangkan kehidupan yang tidak ada kewujudan Matematik. Tanpa Matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati kehidupan yang berteknologi tinggi seperti sekarang. Pastilah kehidupan kita akan menjadi huru-hara dan banyak perkara akan tergendala tanpa ilmu Matematik. Marilah kita lihat sejauh mana aplikasi algebra matriks membawa pengaruh kepada kehidupan seharian kita. Algebra matriks adalah salah satu cabang ilmu Matematik yang juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Menurut Wikipedia, algebra merupakan cabang Matematik yang menggunakan penyataan Matematik bagi menerangkan hubungan antara dua kuantiti unit , masa dan lain-lain. Bagi takrifan matriks pula, Kartono (2004) mendefinisikan matriks sebagai objek atau pembolehubah atau operator yang disusunkan secara persegi panjang yang biasanya dibatasi dengan tanda kurung siku. Dengan ini, apakah itu algebra matriks? Algebra matriks ialah salah satu bahagian yang merangkumi teori matriks termasuklah sistem bagi persamaan linear, penentu matriks dan matriks songsang. Aplikasi algebra matriks banyak digunakan dalam kehidupan seharian sama ada disedari atau tidak, penggunaan aplikasi tersebut banyak dimanfaatkan dalam baik dalam bidang ekonomi, ilmu-ilmu sosial, mahupun ilmu-ilmu alam. Penggunaan matriks untuk menyelesaikan suatu sistem persamaan linear pertama kali diperkenalkan oleh Arthur Cayley pada tahun 1857.Dengan menggunakan matriks, penyelesaian sistem persamaan linear menjadi lebih mudah diselesaikan khususnya untuk sistem persamaan linear dengan pembolehubah lebih daripada tiga. Aplikasi matriks dalam menyelesaikan persamaan linear biasanya dilihat semasa pembelajaan yang sering dilaksanakan setiap hari. Sebagai contoh aplikasi matriks dalam penyelesaian masalah pembelajaan adalah seperti berikut: Imas dan Dewi pergi ke pasar. Imas telah membeli 3kg kentang dan 2kg lobak, dengan itu Imas harus membayar RM 13.50. Manakala Dewi membeli 2kg kentang dan 1kg

lobak. Dewi harus membayar RM 8.50. Masalahnya ialah apakah harga bagi 1kg kentang dan 1kg lobak? Permasalahan tersebut boleh disusun seperti jadual di bawah: Kentang (kg) Imas Dewi 3 2 Lobak (kg) 2 1 Harga yang dibayar (RM) 13.50 8.50

Katakan Harga Kentang =x dan Harga Lobak = y Persamaan linear yang dapat dirumuskan daripada jadual ialah

Aplikasi matriks songsang dapat digunakan untuk menyelesaikan sistem persamaan linear tersebut. ( )( ) ( )

( Oleh kerana ( ), maka

)(

x = RM 0.35, y = RM 0.15 iaitu harga bagi 1kg kentang ialah RM0.35 manakala harga 1kg lobak ialah RM 0.15. Selain daripada masalah pembelajaan, matriks juga boleh diaplikasikan dalam penyelesaian masalah penyediaan bahan untuk masakan. Sebagai contoh:

Mak Cik Aminah akan membuat 2 jenis kek. Bahan untuk membuat kek sudah disediakan iaitu 3kg tepung dan 2kg gula. Kek jenis A memerlukan 150g tepung dan 50g gula, sedangkan kek jenis B memerlukan 100g tepung dan 100g gula. Masalahnya sekarang ialah Mak Cik Aminah boleh buat berapa biji kek jenis A dan kek jenis B daripada bahan yang disediakan? Permasalahan tersebut boleh disusun seperti jadual di bawah: Kek A Tepung Gula 150 50 Kek B 100 100 Bahan sedia ada 3000 2000

Katakan Kek A =x dan Kek B= y Persamaan linear yang dapat dirumuskan daripada jadual ialah

Persamaan linear di atas dimudahkan,

Aplikasi matriks songsang dapat digunakan untuk menyelesaikan sistem persamaan linear tersebut. ( )( ) ( )

)(

Oleh kerana

( ), maka

x = 10, y = 15 iaitu Mak Cik Aminah boleh menggunakan bahan yang disediakan untuk membuat 10 buah kek jenis A dan 15 buah kek jenis B. Daripada contoh-contoh di atas, jelaslah terbukti bahawa algebra matriks amat berguna dan berkesan digunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Kehidupan kita yang penuh dengan masalah dan cabaran akan menjadi senang dan mudah sekiranya algebra matriks diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, algebra matriks juga diaplikasikan dalam penggunaan komputer dan memainakan peranan yang penting dalam paparan tiga dimensi ke atas skrin yang berdimensi dua, seterusnya mencipta pergerakan yang seolah-olah realistik. Bukan itu sahaja, penggunaan algebra matriks yang paling utama dalam komputer ialah kriptografi. Kriptografi melibatkan proses menyulitkan data supaya pihak ketiga tidak boleh memintas atau membaca data. Kriptografi dapat membantu data yang penting disulitkan daripada orang ramai dan ini memerlukan aplikasi algebra matriks. Sebagai contoh, Katakan suatu mesej dinamakan " Red Rum" Satu mesej akan ditukarkan ke dalam bentuk angka mengikut skim tertentu. Skim yang paling mudah adalah untuk membolehkan ruang = 0, A = 1, B = 2,..., Y = 25, dan Z = 26. Sebagai contoh, mesej "Red Rum" akan menjadi 18, 5, 4, 0, 18, 21, 13, 0. Data ini diletakkan ke dalam bentuk matriks. Saiz matriks bergantung pada saiz kunci penyulitan. Mari kita mengatakan bahawa matriks penyulitan (pengekodan matriks) kami adalah matriks 2x2. Sekiranya saya mempunyai tujuh keping data, saya akan meletakkan itu ke dalam matriks 4x2 dan mengisi tempat terakhir dengan ruang untuk membuat matriks lengkap. Katakan data original yang belum dienkrip ialah matriks A.

18 4 A= 18 13

5 0 21 0

Terdapat satu matriks disongsangkan yang dipanggil matriks penyulitan atau matriks pengekodan. Kami akan memanggilnya matriks B. Matriks B adalah terpulang kepada orang yang menyulitkan matriks. Katakan Matriks B ialah seperti berikut:

4 B= -1

-2 3

Data yang belum dienkrip akan didarab dengan matriks penyulitan. Hasil darab ini adalah matriks yang mengandungi data yang disulitkan.

67 16 X=AB= 51 52

-21 -8 27 -26

Inilah proses kriptografi yang dapat membantu orang ramai menyulitkan data yang penting supaya rahsia dapat disembunyikan. Algebra matriks banyak menyumbang dalam bidang kejuruteraan dengan menjadi alat yang penting dalam mengira daya, vektor, berat dan pelbagai faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan keselamatan sesuatu pembinaan. Algebra matriks amat penting digunakan untuk mengira keluasan, perimeter sesuatu kawasan semasa pembinaan. Bukan itu sahaja, ia juga digunakan untuk mendapatkan dimensi yang tepat dan mengira jumlah bahan pembinaan yang perlu dibeli. Secara tuntasnya, algebra matriks banyak membawa manfaat dan pengaruh serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian kita. Sedarlah betapa

pentingnya algebra matriks dalam kehidupan kita, maka kita perlulah menanamkan minat yang sewajarnya dalam pembelajaran algebra matriks. Melalui pembelajaran algebra matriks, pemikiran kita akan menjadi lebih bersistematik dan kritis dalam mengaplikasikan ilmu algebra matriks dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian, di samping dapat menghayati kepentingan serta keindahan matematik di dunia ini.

You might also like