You are on page 1of 5

SKRIP KENDURI KAHWIN

Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah padan

Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Rizal Bin Musa dan Nornasyrah Binti Abdul Rahman. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih

Berarak masuk ke Meja Makan Beradap, pasangan raja sehari; (Nama Pengantin Lelaki) dan (Nama Pengantin Perempuan). Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hari ini menugal jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri Memberi cahaya di tengah balai Majlis indah bertambah seri Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati (Nama Tuan Rumah) dan Puan (Nama isteri Tuan Rumah), selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; (Nama Pengantin Lelaki) dan (Nama Pengantin Perempuan)., yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke : Majlis Perkahwinan (Nama Pengantin Lelaki) dan (Nama Pengantin Perempuan).

Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz (Nama) di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin Mengail patin di tepi titi Senyum terukir pasangan pengantin Tanda gembira penuh di hati

Sejarah perkenalan pasangan pengantin

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Encik., selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Encik di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada dot.dot.dot. selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota Uda memupuk bunga melati Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai di dalam hati

Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub sebagai hadiah yang cukup istimewa buat kedua-dua mempelai kita. Lagu yang akan dipersembahkan ialah dot.dot.dot.

Itulah sebentar tadi nyanyian yang telah dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub. Terima kasih diucapkan.

Puan dibawa ke Gunung Ledang Dibawa dengan penuh beradab Pinggan mangkuk telah terhidang Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh dot.dot.dot. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah dibacakan sebentar tadi.

Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T.

You might also like