You are on page 1of 27

MEDIA AUDIO

PENGENALAN Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik menerusi kabel atau udara. Media audio bersifat auditif (suara). Unsur suara ini memiliki komponen bahasa, musik, dan sound effect yang dapat dikombinasikan untuk menguatkan isi pesan. Beberapa jenis media yang dapat dikelompokkan dalam media audio: a) radio, b) kaset audio (pita magnetik dan piringan hitam), c) laboratorium bahasa. Audio yang digunakan mungkin berbentuk secara langsung atau rakaman yang boleh disiarkan secara terbuka (system siaraya) atau secara tertutup. Media audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, iaitu;

Satu sumber bunyi / suara; Satu alat peka bunyi; Satu system pengiriman audio; atau Satu system pengiriman radio.

Media audio adalah komunikasi sehala. Bagi mengatasi masalah ini dalam keadaan tertentu, program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan

bercetak atau teknik perbincangan atau perbentangan yertas dalam kelas. Jika komunikasi dua hala diperlukan, media audio dua hala seperti telefon atau pembaca kad magnetik (rakaman sementara) boleh digunakan.

AUDIO DALAM PENDIDIKAN Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutamanya bagi mengajar seseorang cara debutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula hdala berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden, audio semakin penting sebagai salah satu eleven dalam proses pendidikan. Sejak lahirnya teknologi audio sekitar pertengahan abad 20, media audio telah digunakan untuk keperluan pembelajaran. Menurut Ronald H.

Anderson (1994) media audio merupakan bahan ajaran yang ekonomis, menyenangkan, dan mudah disiapkan untuk digunakan oleh siswa. Media audio mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah: a) Merupakan kaedah penyampaian pengajarandan pembelajaran yang mudah dan berkesan b) Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh murid dan guru.

c)

Bahan audio boleh digunakan untuk kumpulan atau individu dengan mudah

d)

Bahan audio memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding menerusi pembacaan.

Namun media ini juga memiliki kelemahan, diantaranya: a) Cenderung menurun kualitas suaranya dengan pemakaian (usang) b) Perlu ruang kedap suara dan peralatan editing untuk

mempersiapkannya c) Jalannya program tidak dapat dikontrol pemakai (R. Raharjo, 1984). d) Kaedah persembahan daripada peralatan audio terhad kepada urutan rancangan yang dirakamkan. e) Memerlukan jangka masa yang lama untuk menghasilkannya

KONSEP AUDIO DAN GELOMBANG AUDIO Kita boleh mengandaikan bahawa sesuatu tekanan udara mewakili kepadatan (density) molekul udara tersebut. Apabila sesuatu objek bergerak, ia akan mengganggu susun atur molekul-molekul udara tersebut dan ini akan menyebabkan kepadatannya turut berubah. Seterusnya ini akan menyebabkan lain-lain molekul udara turut berubah sama. Semasa kita mendengar sesuatu, sebenarnya kita sedang merasai perubahan tekanan udara disekeliling telinga kita. Perubahan ini seterusnya akan diterima oleh gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak kita. Sekiranya perubahan tekanan udara ini digrafkan sebagai fungsi masa, kita akan dapati graf gelombang seperti berikut; Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap (constant). Apabila gelombang bunyi tiba ke gegendang relinga anda, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun kepada paras yang lebih rendah dari paras tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi (volume) sesuatu audio yang diterima. Kekuatan bunyi ini yang dikenali sebagai amplitud dan serng diukur dalam unit decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udara tersebut dinamakan pitch. Dalam istilah saintifik, pitch adalah berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi tersebut. Ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim udara disekeliling kita. Getaran ini kemudiannya dikenali sebagai gelombang

bunyi. Gelombang bunyi ini diwakili oleh corak seperti rajah di bawah. Ianya dikenali sebagai wave pattern (gelombang analog).

Corak gelombang ini mempunyai 2 faktor utama yang membolehkan anda bekerja dengan audio di dalam komputer iaitu amplitud atau ketinggian suara (volume) dan frekuensi. Setiap puncak tertinggi di dalam gelombang bunyi tersebut adalah berkaitan dengan volume: semakin tinggi puncak semakin kuat bunyi yang dikeluarkan. arak di antara puncak mewakili frekuensi : semakin jauh jarak semakin kecil nada suara (pitch). Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi ini akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan. Frekuensi biasanya diukur dalam unit Hertz (Hz). Setiap corak yang muncul bagi setiap saat pada gelombang bunyi adalah bersamaan dengan 1 Hz. Sekiranya corak tersebut muncul sebanyak 1000 kali dalam masa 1 saat maka ia adalah bersamaan dengan 1000 Hz atau 1 KHz.

AUDIO DIGITAL DAN ANALOG SIGNAL ANALOG Perwakilan elektrikal bagi bunyi merupakan signal yang perbagai amplitud dan frekuensinya iaitu analog kepada ciri-ciri gelombang bunyi dan ianya dikenali sebagai signal analog. Kebanyakan peralatan audio yang ada dipasaran masa kini masih berasaskan teknologi analog. Antaranya; pemain dan perakam kaset audio, pemain piring hitam, kaset video, CD audio (muzik) dan sebaginya. Pada dasarnya media yang digunakan bagi menyimpan data audio bagi analog dan data audio digital adalah sama; contohnya cakera padat (CD) atau pita (tape). Perkembangan teknologi juga membolehkan kaedah penyimpanan yang hampir sama digunakan di antara data audio analog dan juga data audio digital. Ini membolehkan CD muzik biasa (analog) boleh dibaca oleh pemain cakera padat digital (contohnya pemacu CD pada sesebuah komputer). Namun demikian tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan serasi. Oleh yang demikian data audio analog dan digital perlu diterjemahkan bagi membolehkan ianya difahami oleh media-media yang berlawanan.

Rajah 3.11 : Signal analog

Contoh-contoh teknologi analog a) Rekod piring hitam Ciri-ciri ` Berbentuk bulat berukuran 7 inci diameter, 10 inci diameter atau 12 inci diameter. Ia mempunyai beberapa kelajuan iaitu 78 psm,45psm,33 1/3 psm dan 16 2/3psm sangat sesuai untuk dengar muzik, drama, sajak dan kesan-kesan bunyi seperti bunyi burung dan sebagainya. (psm = putaran satu minit) Kelebihan Boleh mengeluarkan bunyi yang sungguh halus dan tajam seperti bunyi cengkerik serta lain-lain spesis serangga yang sukar untuk didengar. Serasi dengan mana-mana pemain rekod piring hitam Sesuatu sagmen audio mudah dikesan kerana maklumatnya ada tercatat pada jaket rekod. Batasan Tidak boleh merakam seperti pita audio kaset Mudah tercalar dan melengkung Memerlukan kawasan simpanan yang lebih besar daripada media audio yang lain. Pengeluaran bahan ini sangat terhad kerana teknologi lama.

b) Pita gelendong terbuka Ciri-ciri Pita ini mempunyai berbagai-bagai saiz seperti 3 inci, 5 inci dan 7 inci. Kelajuan pita ialah 7.5 iss, 3.45 iss dan 1.875 iss. Pita ini sesuai untuk membuat rakaman pengajaran secara kumpulan dan membuat penilaian kendiri. Format gelendong terbuka kurang digunakan kerana tercipta pita kaset audio. (iss = inci satu saat)

Kelebihan Boleh membuat rakaman seperti pita audio kaset Boleh dipadam dan digunakan semula untuk membuat rakaman lain Tidak mudah rosak seperti rekod piring hitam Mudah disimpan Pita yang rosak dan putus boleh disambung semula. Kesan bunyinya lebih baik daripada pita audio chalet Mudah disunting

Batasan Bahan yang terakam mudah padam jira tidakdilabelkan Sukar digunakan kerana memerlukan penggulungan semula

Sukar untuk kenalpasti atau mengesan bahagian-bahagian yang ingin dimainkan.

c) Pita kaset audio Ciri-ciri Mempunyai dua gelendong yang tersemat di dalam kotak plastrik berukuran 2.5 inci x 4.0 inci x 0.5 inci. Kedua-dua gelendong dipasang dengan pita 0.125 inci lebar dan boeh diundur dan dimaju dengan gunakan perakam audio. Pita chalet audio boleh dikenalpasti melalui jangka masa rakaman yang tercatat pada kotak kaset. Sebagai contoh : C30 bermakna masa rakaman bagi kaset ini ialah 30 minit bermakna 15 minit side A dan 15 minit side B. Pita kaset audio mempunyai bebrapa had masa rakaman seperti C30, C60, C90 dan C120 sangat sesuai untuk membuat rakaman luar.

Kelebihan Memiliki harga murah dan boleh didapati dengan mudah Boleh padam dan digunakan semula Mudah alih Tidak mudah padam

Tidak memerlukan kawasan simpanan yang luas

Batasan Pita ini mudah terlekat dan putus dalam kotak kaset Kualiti bunyi kurang baik jika selalu diguna atau tersimpan lama. Pita yang rosak tidak mudah dibaiki Susah untuk disunting

d) Kaset mikro Ciri-ciri Seperti pita kaset audio, kaset mikro mempunyai 2 gelendong terbuka yang berukuran 1.94 inci x 0.33 inci x1.09 inci. Saiz pita ialah 0.13 inci lebar dan kelajuan0.94 iss digunakan oleh wartawan dan penyelidikan untuk membuat rakaman serta-merta seperti temuramah dan sebagainya.

Kelebihan Sangat padat Boleh dibawa ke mana-mana Boleh disimpan dalam kocek

Batasan Tidak serasi dengan kaset yang lain

Kualiti bunyi kurang baik Harganya lebih mahal dari pita kaset audio

e) Cakera padat audio Ciri-ciri Merupakan ciptaan teknologi audio, visual dan data yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dalam bentuk digital. Mula diperkenalkan pada tahun 1983 dalam bentuk bulat, berwarna perak, berukuran 12 cm diameter dan mempunyai kelajuan yng lebih cepat daripada rekod piring hitam. Cakera padat yang dimaksudkan ialah CP audio yang boleh menyimpan sehinnga 75 minit muzik. CP ini juga menggunakan teknologi laser untuk keluar maklumat. Maklumat ini boleh dikesan dengan cepat dan tepat pada manamana bahagian cakera yang dikehendaki. Ia juga diprogram untuk mendapatkan muzik tertentu dan menerangkan baki masa yang tinggal selepas sesuatu muzik itu dimainkan.

Kelebihan Tahan lama dan boleh dimain berulang kali tanpa merosakkan bunyinya. Mempunyai kesan bunyi yang sungguh jelas

Maklumat boleh diakses dengan cepat dan tepat pada tempatnya Maklumat boleh diprogram dan dimainkan semula mengikut urutan yang telah ditetapkan

Boleh membuat rakaman Tidak mudah calar

Batasan Tidak mempunyai tidak mempunyai atuput visual untuk

menjelaskan konsep Kos tinggi

AUDIO DIGITAL Audio digital ialah gelombang bunyi yang telah ditukar kepada bentuk digital dan disimpan dalam komputer. Kebiasaan format audio digital adalah: a) CD muzik b) MP3 c) WAV d) AIFF(Audio Interchange File Format)

Banyak pemain CD juga memainkan fail MP3 walaubagaimanapun, pemain perisian memainkan pelbagai jenis format audio. Disebabkan tidak semua CD muzik boleh dibaca oleh pemain cakera padat digital disebabkan oleh ketidakserasian penyimpanan data maka data audio analg akan diterjemahkan bagi membolehkan ianya di fahami oleh mediamedia yang berlawanan.

Rajah 3.21:Signal Digital.

Sampling Untuk mengubah signal analog kepada bentuk digital dipanggil

sampling. Audio signal analog yang lain ialah dalam bentuk gelombang bersambung yang mempunyai kedudukan pada pelbagai kedudukan pada suatu masa dan ditukar kepada contoh digital. Sampling bergantung kepada kadar dan saiznya. Kadar sampling perlu 2 kali frekuensi analog yang ditangkap.Semakin tinggi kadar sampling semakin tinggi kualiti bunyi tetapi memerlukan saiz penyimpanan besar.Untuk saiz sampling ,makin besar penambahan, semakin tinggi kualiti.

Rajah 3.21 : Sampling

Cip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada denyutan digital dinamakan analog digital converter (ADC).Proses sebaliknya iaitu penterjemahan dari digital kepada analog pula menggunakan cip digital to analog converter(DAC). Cip-cip ini biasanya telah sedia terbina di dalam kad audio(sound card).

PENGHASILAN DAN MAIN SEMULA AUDIO DIGITAL


Variasi tekanan udara

Dihasilkan dari mikrofon

Tukar kembali ke voltan

Pengubah Digital ke Analog

DAC

Pengubah Analog ke Digital

ADC

Signal ditukar kepada binary (bentuk diskrit) 0101001101 0110101111

Variasi tekanan udara

Rajah 3.22: Penghasilan dan main semula audio digital.

Sound Card Sound card banyak digunakan dalam pengajaran terutamanya dalam pengajaran bahasa. Sekeping sound card berukuran lebih kurang sama dengan sekeping sampul surat. Pada kad terdapat satu jalur pita audio terakam di bahagian bawah kad. Sebenarnya sound card ini hampir sama dengan kad imbasan kecuali ia mempunyai audio. Kad audio ini dimasukkan ke dalam slot mesin pembaca kad.

Pita audio ini mempunyai dua runut yang boleh merakam suara dan mengeluarkan semula suara yang telah dirakam untuk dibandingkan dengan suara yang sedia terakam. Jika suara atau tindak balas itu tersilap, ia boleh dibetulkan dengan memadamnya menggunakan batang kawalan yang terdapat pada mesin tersebut. Sound card boleh digunakan untuk membina perbendaharaan kata, mempelajari konsep dan menyemakan bunyi dengan visual. Sebagai contoh dalam KBSR, suara binatang boleh disesuaikan dengan visual binatang yang terdapat pada sound card.

PERBEZAAN ANTARA ANALOG DAN DIGITAL Ciri-ciri media digital Sistem base asas binary Mudah dicerakin badan (body) Mudah diuruskan Banyak format di file MP3 Digital signal ada nilai diskrit selalunya dalam nilai integer.

Ciri-ciri media analog Format yang asas dan terbahagi kepada video dan bunyi Mempunyai nilai berterusan dimana ia boleh ada nilai pada skala infiniti. Tidak boleh dicerakinkan

SOFTWARE EDITING MEDIA AUDIO Satu daripada pakej professional PC-based dan paling berkesan adalah Sound forge

MENGEDIT AUDIO DIGITAL Simple audio editing software membolehkan: Merekod segmen audio digital Trimming Splicing and assembly Pengubahsuaian suara untuk seluruh segmen Reversing Sounds Salin, potong, tampal and buang segmen dari audio digital

Contoh audio editing software: COOL Edit Pro Gold Wave PROSONIQ SonicWORX

Samplitude Studi PENGGUNAAN AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR Sesuatu alat bantu mengajar seharusnya mampu menimbulkan penumpuan dan pemerhatian pelajar kepada sesuatu proses pembelajaran. Justeru itu, penggunaan bahan audio serta gabungan media-media lain seperti video misalnya dapat menunjukkan kepada pelajar keadaan sebenar dalam situasi tertentu. Ini adalah kerana kebanyakan bahan audio adalah lebih efektif yang boleh menarik minat pelajar.

Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran melalui pita audio. Di antaranya adalah:-

Sesuai digunakan bagi penuntut yang kurang cekap membaca. Bahan-bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses penyuntingan.

Peralatan yang kecil dan mudah alih. Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi. Mudah dipadam dan digunakan semula.

Penggunaan masa masa yang flexible di mana penyampaian dapat disampaikan mengikut kadar masa tertentu.

Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Kelemahan sekiranya menggunakan pita audio sebagai bahan pengajaran. Di antaranya adalah:-

Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat dalam pita audio.

Gangguan daripada bunyi luar yang akan mengganggu minat pelajar semasa proses pengajaran.

Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa. Kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah.

Kurangnya unsur interaktiviti antara pengguna dan mesin.

PROSES MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR Mendengar adalah satu asas penting dalam komunikasi. Mendengar bukan sahaja melalui telinga tetapi juga dengan deria lain seperti mata, mulut dan hati. Seseorang yang mendengar tidak semestinya memahami mesej yang

disampaikan. Kemahiran mendengar memerlukan seseorang itu menggunakan kesemua derianya. Bagaimanapun, gangguan dan halangan wujud dalam setiap proses pendengaran. Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti gangguan dan halangan tersebut. Mendengar secara aktif bukan sahaja membantu dalam proses penerimaan mesej tetapi juga apabila hendak menyampaikan mesej.

Halangan dalam Proses Mendengar Halangan dalam proses mendengar perlu dilihat daripada aspek penyampai, pendengar dan faktor persekitaran.

a. Penyampai Nada suara yang tidak jelas sama ada sebab semula jadi kerana kecacatan seperti sengau ataupun kesihatan kerana batuk dan sakit tekak. Bercakap terlalu laju, panjang dan tiada intonasi suara yang kurang jelas menyebabkan pendengar hilang tumpuan dan isu tidak dapat difahami. Mesej terlalu kompleks antara pendapat dan perasaan bercampur aduk.

Asyik menyatakan lupa fakta ataupun hilang isi dan tidak menunjukkan dalam konteks sebenar ataupun tidak relevan dengan topik perbincangan.

Bahasa lisan dan tanpa lisan yang bertentangan, tidak selari atau-pun kongruen seperti mengatakan sedih ataupun marah tetapi senyum.

Menggunakan bahasa dialek ataupun

istilah

yang tidak jelas.

b.Pendengar Tiada tumpuan dan fikiran melayang. Perasaan terlalu ingin bercakap sehingga menyekat proses pendengaran. Tidak sabar hendak

menyampuk dan memberi pandangan. Ghairah menyusun dan mendengar hujah bagi memberi pandangan sendiri semasa orang lain sedang bercakap. Memilih apa yang hendak didengar sahaja dan mengabaikan perkara yang sedang diperkatakan. Terlalu cepat membuat tafsiran, menilai dan membuat hukuman ke atas orang yang bercakap ataupun mesejnya. Tidak menunjukkan minat hendak meminta penjelasan dan pengesahan apabila pendengar tahu dia sendiri tidak faham apa yang disampaikan oleh penutur.

c.Persekitaran Keadaan fizikal yang tidak kondusif:

Suasana bising dan panas menghalang proses komunikasi daripada berjalan Psikologi: dengan baik.

Keadaan tegang dan mencemaskan apabila berlaku pertelingkahan pendapat, pengalaman dan perbezaan nilai.

Tabiat Mendengar yang Efektif Tidak prejudis: Menerima tanpa syarat, tidak menghukum ber-dasarkan perbezaan jantina, bangsa, keturunan dan agama. Jangan anggap kita serba tahu: Semasa sedang mendengar, jangan sekali-kali kita mengatakan kepada diri sendiri, Saya tahu perkara ini... tentu akan jadi macam ini... macam itu.... Kita sebaik-baiknya mendengar cerita sepenuhnya. Jangan membuat keputusan melulu. Jangan takut: Apabila kita ikhlas ingin mendengar dan mem-bantu, kita tidak perlu takut. Minta penjelasan, semak persepsi, bertanya bagi mengelakkan daripada tersalah tafsir. Jangan terlalu berani: Terlalu berani membuat keputusan pada maklumat yang didengar mungkin mengundang padah. Jangan melatah bagi membela. Maklumat tambahan perlu dicari sama ada menyoal penutur ataupun orang yang paling rapat. Elakkan bertindak bagi pihak penutur.

Tabiat Mendengar yang Negatif

a) Tidak peka pada perasaan orang lain Kita ingin cepat rasa berjaya mengendalikan orang sehingga gagal memahami perasaan mereka. Kita terlalu ingin menunjuk kita faham tetapi belum cukup bukti yang jelas. Ini berbahaya kerana kemungkinan besar kita silap membuat perancangan dan tindakan. Prasyarat hendak menjadi pendengar yang efektif dan reflektif perlu peka pada perasaan orang lain. Kita perlu meminta penjelasan, buat semakan persepsi malah sekiranya mempunyai ke-mahiran kaunseling, gunalah kemahiran refleksi isi, refleksi pengalaman dan refleksi perasaan.

b) Gagal memberikan komitmen bagi memerhati dan mendengar Kita mungkin memberi peluang orang lain bercakap dan memberi pendapat tetapi pada masa yang sama kita asyik melakukan sesuatu yang tiada kaitan seperti menulis ataupun menyusun buku. Lebih dahsyat lagi sekiranya kita menyatakan, Awak cakap sahaja. Saya sibuk ni, saya dengar sambil buat kerja. Tidak membuat catatan Catatan bukan bermakna menulis panjang lebar di atas kertas di hadapan penutur. Cuma catat satu ataupun dua isi bagi me-mastikan pendengar tidak terlupa bagi tujuan meminta penutur memberi penjelasan dan pengesah kepada apa yang diperkatakan.

b) Memotong cakap orang

Apabila dikemukakan soalan, beri peluang orang yang bertanya menghabiskan soalannya. Jangan sesekali menjawab ataupun memberi pendapat secara melulu serta mengikut fikiran dan perasaan yang tidak relevan dengan isu sebenar. Tunggu sebentar dan minta penjelasan kepada soalan yang dikemukakan bagi mengelakkan salah faham. Elakkan daripada melabel penutur dengan kenyataan yang salah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:

Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan. Berikan perhatian sepenuhnya. Berikan 'eye-contact' atau kontak mata. Lihat tepat ke dalam anak matanya. Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda. Ikuti perbualannya dengan berkata, "yayaaha", gitu". Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya. Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.

Elakkan dari mengkritik. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.

Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.

Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.

Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.

PENDEKATAN PENGGUNAAN BAHAN AUDIO DALAM PENGAJARANPEMBELAJARAN.

Dalam menggunakan bahan audio dalam pengajaran beberapa pendekatan adalah perlu diambilkira bagi memastikan objektif dalam pengajaran dapat dicapai. Di antaranya adalah:-

1) PERSEDIAAN GURU Persediaan guru amat penting dalam melaksanakan pengajaran berbantukan bahan audio. Beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam menggubal suatu rancangan pelajaran menggunakan sumber audio. Di antaranya adalah:-

Tajuk yang akan diperkenalkan oleh guru. Aktiviti yang akan dilakukan. Soalan yang akan ditanyakan semasa dan selepas penggunaan sumber. Bagaimana mengaitkan sumber itu dengan pengalaman pelajar yang sedia ada supaya dapat menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Selain daripada itu, guru perlu mengetahui secara khusus apa yang hendak diajar dan objektif perlu dibina merangkumi keseluruhan isi kandungan pelajaran. Sebelum sesuatu rakaman bermula, guru hendaklah membaca semua nota yang telah disediakan terlebih dahulu untuk sesuatu rakaman dan menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan dalam sesi pengajaran. Bagi mengenalpasti kelemahan, guru hendaklah mendengar rakaman itu terlebih dahulu serta mencatatkan nota-nota dan maklumat-maklumat dari pita yang telah dirakamkan.

Dalam pada itu, guru juga harus mengenalpasti cara-cara bagi menimbulkan minat murid dan perkara-perkara yang hendak dibincangkan pada pertengahan dan akhir sesi perbincangan. Penjelasan harus diberikan kepada murid jika rakaman itu di dapati sukar difahami murid, sebelum atau selepas mendengar rakaman.

2) PERSEDIAAN MURID-MURID Memandangkan sifat pelajar adalah berbeza-beza di antara satu sama lain maka adalah perlu bagi guru untuk mengkaji terlebih dahulu sifat atau ciri pelajar seperti umur dan tahap pendidikan, sikap dan pengetahuan terhadap subjek dan perbezaan individu dalam kumpulan. Penyertaan dan penglibatan pelajar di pengaruhi oleh beberapa faktor dan ini membawa kesan ke atas pengajaran guru. Dengan itu, pemilihan rangkaian ayat, idea dan soalan serta muzik di dalam penghasilan bahan audio, mestilah merujuk kepada kumpulan

sasaran pendengar yang setara dengan darjah kesukaran isi bahan audio tersebut.

Selain daripada itu, rekabentuk bahan audio harus mengambil kira tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan keupayaan pelajar.

Perancangan bagi seseorang guru dalam menyediakan bahan pengajaran berbentuk audio harus merangkumi isi kandungan, kaedah persembahan faktafakta dan isi kandungan. Selain daripada itu, persekitaran pembelajaran yang berkesan perlu disediakan kepada murid-murid bagi menarik minat mereka semasa mendengar rakaman. Murid-murid perlu dilibatkan dengan komenkomen atau soalan-soalan menarik perhatian berhubung dengan topik rakaman.

You might also like