P. 1
Pbs Pengajian Am 2013 tingkatan 6

Pbs Pengajian Am 2013 tingkatan 6

|Views: 823|Likes:
Published by Nur Syahirah
PERMASALAHAN DAN KELEBIHAN PASAR RAYA GIANT KEPADA PENGUNJUNG
PERMASALAHAN DAN KELEBIHAN PASAR RAYA GIANT KEPADA PENGUNJUNG

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Nur Syahirah on Apr 01, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $0.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

03/14/2014

$0.99

USD

pdf

text

original

TAJUK PBS PENGAJIAN AM : KELEBIHAN DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT DI PASAR RAYA BESAR GIANT KEPADA PENGGUNA.

1

2.0 BIL. 1.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

KANDUNGAN PERKARA Sinopsis Penghargaan Pengenalan Objektif Kajian Lokasi Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian dan Perbincangan Kesimpulan Rujukan Lampiran HALAMAN 1 2 3-4 5 6 7-10 11-35 36 37 38-44

2

1.0

Sinopsis
Kajian yang bertajuk- Kepentingan dan Permasalahan Pasar Raya Besar Giant kepada

pengunjung/pelanggan, ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan serta permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna. Seramai 30 orang pengguna dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat dua persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor kepentingan dan permasalahan yang berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan paling mempengaruhi pengguna berbanding permasalahan dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, analisis mendapati kepentingan dan permasalahan berada dalam kedudukan yang seimbang dalam kajian yang saya lakukan ini. Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap kepentingan dan permasalahan dicadangkan serta beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan.

3

3.0

PENGHARGAAN Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah dan saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya kerja kursus saya mengenai permasalah dan kelebihan yang terdapat Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran menjalankan kajian.Setinggi-tinggi penghargaan kepada Razuwan Bin Ramli dan Mohd Zaini Bin Ismail, guru Pengajian Am saya yang telah memberi panduan, nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa kajian ini dijalankan. Dan yang paling utama ucapan ribuan terima kasihi juga ditujukan kepada ibu bapa tersayang kerana telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan semasa kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada semua pengunjung Pasar Raya Besar Giant yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa temubual dan soal selidik dijalankan. Wassalam…

4

ubat dan pakaian. dan UAE. produk pembersihan rumah. seperti buah-buahan.000 kaki persegi di Bangsar. Brunei Darussalam. dan makanan bakar bersama dengan ruangan rak yang dimaksudkan untuk barangan bertin dan berbungkus serta juga untuk pelbagai barangan bukan makanan seperti pembersih rumah. Pasar Raya Besar Giant telah ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Setelah enam tahun berusaha .0 PENGENALAN Pasar raya ialah sejenis kedai layan diri serbaneka yang menawarkan beraneka produkmakanan dan keperluan rumah. hasil tani. Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia. Selepas berpuluhpuluh tahun berniaga. Pasar raya lazimnya lebih besar dan banyak pilihannya berbanding kedai runcit dan lebih kecil berbanding pasar raya besar.Pasar raya biasanya merangkumi bahagian daging. kebersihan. Dairy Farm International Holding yang telah membeli Giant terus mengekalkan prinsip itu sehingga dapat mengubah wajah Giant menjadi jenama terkenal . sayur-sayuran dan hasil 5 . Menjelang tahun 2006. Singapura. Selangor. Rangkaian ini juga meliputi 6 gedung di selatan Malaysia iaitu Singapura. Pasar raya besar Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan. terdapat sebuah syarikat bertaraf antarabangsa berniat untuk membeli Giant kerana kebolehan Giant ialah menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga yang dikenakan. syarikat ini telah mengembang untuk mengoperasi sejumlah 86 pasar raya besar/pasar raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar raya besar 350. seperti alkohol (di mana penggunaan dibenarkan). Pada 1999. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. akhirnya telah berjaya mereka bentuk gedungnya pengenalan produk bukan makanan dalam Pasar Raya Besar Giant . Kuala Lumpur. pelaksanaan piawaian runcit antarabangsa yang merangkumi keselamatan. Indonesia.4. latihan berstruktur. Ia adalah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI).000 kaki persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11. produk farmasi dan bekalan haiwan. dan persekitaran beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi. Pasar Raya Besar Giant ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang utama di Malaysia. gedung Pasar Raya Besar Giant pertama dibuka di Shah Alam. Kebanyakan pasar raya juga menjual pelbagai keperluan rumah lain yang kerap diguna. tenusu.

laut yang segar dalam persekitaran pasar basah. jelas menunjukkan bahawa masalah yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant bukanlah hal yang boleh dipandang remeh. Namun begitu masih terdapat pelbagai masalah yang terdapat di pasar raya ini. seramai 80% pelanggan bersetuju bahawa terlalu banyak kaunter pembayaran di tutup. selain itu. seterusnya pekerja-pekerja di sini terlalu mengambil mudah tentang kehabisan bekalan barangan di rak pula sebanyak 93. saya akan mengkaji dan mengenal pasti kadar peratusan pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang di sediakan. Oleh itu.4%. Kajian mendapati terdapat banyak masalah yang ada di pasar raya ini.3% pelanggan terpaksa beratur panjang ketika ingin membayar barangan yang telah di beli.7% pelanggan yang datang ke Pasar Raya Besar Giant bersetuju menyatakan bahawa pekerja di sini tidak begitu mesra dengan pelanggan yang datang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 86. Daripada butiran yang yang terdapat pada borang soal selidik. 6 . Kadar keburukan yang terdapat di pasar raya telah di hadapi oleh pengguna dapat di lihat melalui borang soal selidik yang telah di tandakan oleh pengguna telah saya gunakan sebagai responden bagi mengkaji masalah atau keburukan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant. Oleh itu. semua pihak Pasar Raya Besar Giant harus memainkan peranan dan bekerjasama membuang sikap kurang mesra dan membuat pembaharuan bagi memperbaiki permasalahan yang di hadapi oleh pelanggan. seramai 93.

Cina dan India. Didalam kajian ini pensampelan yang digunakan ialah pensampelan tidak berkemungkinan iaitu pensampelan kuota yang mengandungi 30 responden yang mengikut bangsa Melayu. seterusnya pengamatan dan ulasan dari kajian-kajian yang lepas. Objektif kajian ini ialah: 1. Pertama adalah untuk mengenalpasti permasalahan dari semua golongan dari segi umur . Seterusnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan penggunapengguna ketika berada di Pasaraya tersebut. 2. Terdapat dua objektif utama kajian ini dijalankan. bangsa dan jantina ketika berkunjung ke Pasar Raya.5. Kaedah methodologi yang digunakan dalam kajiselidik ini ialah dengan menggunakan borang soal kajiselidik melalui kaedah temuduga secara bersemuka. Mengenalpasti permasalahan yang berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. 7 .0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang telah dilakukan oleh institut teknologi mara pada november. 1990 membuktikan bahawa "Pasar raya sebagai tempat yang popular dikalangan masyarakat masa kini". Mengenalpasti kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna.

Mukim Alor Malai.0 LOKASI KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di Pasar Raya Besar Giant yang terletak di berhampiran dengan pusat bandar. Lokasi tempat kajian ini terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Bukhary dan pasar.(sila rujuk gambar dan peta yang dilampirkan) Alamat : Lot 273 & Lot 3569 Jalan Langgar. Kedah.6. 05350 Alor Setar. Tel:04-7335909 Fax: 04-7336125 8 .

Selain itu. Saya telah menyediakan soal selidik yang sesuai untuk memenuhi objektif kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui permasalahan dan kepentingan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna/pelanggan. serta kaedah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat kajian. Ini ialah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrument soal selidik .3 Kaedah Temubual Kaedah temubual saya ialah menggunakan kaedah tidak formal. Terbahagi kepada dua aspek iaitu mengenalpasti berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant dan mengenalpasti kepentingan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna. 7. Sebagai contoh . melalui kaedah ini juga dapat memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. temubual. berdasarkan temubual dengan pengunjung secara persendirian. Data jenis kuantitatif ialah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan. Temubual yang dilakukan ini sedikit sebanyak membantu dalam memberi matlumat terhadap kajian yang 9 . Dapatan kajian ini perolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden iaitu pengunjung di pasar raya tersebut. 7. Borang itu saya edarkan secara rawak kepada pengunjung Pasar Raya Besar Giant untuk dijadikan responden dalam kajian ini.2 Kaedah Soal Selidik Dengan kaedah soal selidik yang dijalankan ialah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. saya telah melakukan temubual ini dengan beberapa orang pengguna yang kerap berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant serta tujuan kunjungan ke pasar raya tersebut. angka dan peratusan.7. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif.0 KAEDAH KAJIAN (METOD) Kajian ini ialah berbentuk destriptif iaitu meggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan kajian.

Saya telah menggunakan alat perakam suara untuk merakan perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temubual tersebut.4 Kaedah perpustakaan Kaedah perpustakaan saya ialah menggunakan internet untuk membuat carian tentang pasar raya yang saya telah membuat kajian. Selain itu. saya menggunakan internet juga untuk membuat carian tentang kajian saya melalui Wikipedia dan google. 7. 10 .dibuat.

Kepentingan di Pasar Raya Besar Giant. Skala empat mata ini terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju. Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala empat mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Bahagian B: Bahagian ini mempunyai 27 soalan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian. umur dan bangsa.Bahagian A: Mengenai demografi responden seperti jantina. Ianya seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 1. Jadual 1: Skala Tahap Persetujuan Skor 1 2 3 4 Tahap Persetujuan Sangat tidak setuju (STS) Tidak setuju (TS) Setuju (S) Sangat setuju (SS) 11 . Seramai 30 orang responden dijadikan bahan kajian kami. tidak setuju dan sangat tidak setuju. Pecahan item terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. 2. setuju.

penyelidik membuat penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan kajian dan kesimpulan. Setelah borang selesai dijawab.Membina item soalan kajian mendapatkan kebenaran daripada pihak Pasar Raya Besar Giant mengedar soal selidik kepada responden menganalisis data mentafsir data membuat rumusan kajian Rajah 1: Carta Alir Proses Penyelidikan Berdasarkan Rajah 1. 12 . perbincangan juga mengumpul maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan. mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data. tajuk dan objektif kajian. Selain itu. Penyelidikan menyerahkan borang soal selidik kepada responden dan menerangkan caracara untuk menjawab. kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah. Prosedur kajian dimulakan dengan perbincangan bersama penyelia mengenai masalah yang ingin dikaji.

1 Analisis Bahagian A i.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 8.1.8. Analisis menunjukkan responden yang berjantina perempuan seramai 24 orang (80%) dan diikuti dengan responden berjantina lelaki seramai enam orang (20%). 13 .1 Dapatan Kajian 8. Taburan Responden Berdasarkan Jantina Jadual 2: Taburan Responden Berdasarkan Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Frenkuensi 6 24 30 Peratusan 20% 80% 100% 20% lelaki perempuan 80% Carta Pai 1 Menunjukkan Taburan Responden Mengikut Jantina Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina.

responden yang berumur 31 hingga 35 tahun 14 . Didapati responden yang berumur 36 hingga 40 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangan seramai sembilan orang (30%) diikuti dengan responden yang berumur 41 hingga 45 tahun dan 46 hingga 50 tahun seramai enam orang (20%) .ii. Taburan Responden Berdasarkan Umur Jadual 3: Taburan Responden Berdasarkan Umur Umur 20-25 26-30 31-35 36-40 41-45 46-50 Frenkuensi 2 3 4 9 6 6 Peratusan % 7 10 13 30 20 20 Jumlah 30 100 7% 20% 10% 20-25 26-30 13% 20% 31-35 36-40 41-45 46-50 30% Carta Pai 2 Taburan Responden Berdasarkan Umur Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur.

15 .seramai empat orang (13%) manakala responden yang berumur 25 hingga 30 tahun seramai tiga orang (10%) dan 20 hingga 25 tahun hanya seramai dua orang (7%).

Hasil kajian menunjukkan bilangan pelanggan yang berbangsa Melayu seramai 17 orang dengan peratus sebanyak 57% dan diikuti oleh responden yang berbangsa Cina seramai 7 orang dengan peratus sebanyak 23%.iii. 16 . Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum Jadual 4: Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum Bangsa/Kaum Melayu Cina India Jumlah Frenkuensi 17 7 6 30 Peratusan% 57 23 20 100 20% 23% 57% Melayu Cina India Carta Pai 3 Menunjukkan Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum Jadual 4 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan bangsa. Manakala responden yang berbangsa India seramai 6 orang dengan peratusan sebanyak 20%.

5 % 16. Manakala bahagian tidak setuju pula merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS) dengan kenyataan yang di kemukakan. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat banyak barangan di sana.6% 1 3.3 8 12 40 5 4 13.1.8.3 6 20 80% 16.3 f 9 3 (S) % 30 80% 18 60 F 15 Jawapan SETUJU (S) 4 (SS) % 50 3.7 20 66. 2 6.7 4 13.7 20% 9 30 70% 1 3. i.2 Analisis Bahagian B Untuk mengetahui maklumat mengenai kepentingan dan permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant kepada pelanggan.3 6. penyelidik telah membahagikan empat tahap persetujuan bagi setiap item kepada dua bahagian iaitu setuju dan tidak setuju. 93. Bil Item-item soal selidik TIDAK SETUJU (TS) 1 (STS) f 1. Kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna.7 20% 2. Pasar raya ini menyediakan khidmat „fast food‟.3 f 1 2 (TS) % 3. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di Pasar Raya Besar Giant. Bahagian setuju merangkumi mereka yang setuju (S) dan sangat setuju (SS) dengan kenyataan yang saya berikan. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan. Jadual 5: menunjukkan Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Kelebihan yang Terdapat di Pasar Raya Besar Giant. 4.4% 17 .7 30% 26.

7% 0 0 10% 4 13.3 15 5 16. Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu “green day”.3 26. 11.7 13.3% 26. 10.3 90% 10 25 83. takoyaki dan sebagainya.5. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di Pasar Raya Besar Giant.4 12 40 19 63.7 90% 33.3 2 6.6% 4 13.3 6. Tahap keselamatan yang terjamin disediakan. 93. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar. 7. 1 3. Terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan seperti barang basah. 12.7 3 0 0 25 66.3% 3 10 10% 0 0 6.3 10 3 10 8 2 6. Pelanggan boleh mencuba makanan luar seperti sushi. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di „food court‟ yang disediakan.7% 83.4% 18 .3 3 10 9 30 17 56.7 9 86.3% 4 13. 33.7% 30 70% 50 5 16.7 9.3 73.7 80% 16 53. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan. 3 10 20% 3 10 8 26.7 12 40 8. barang kering dan keperluan harian.3 30% 9 30 1 3.

80 70 60 50 40 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 Sangat Tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S7 S8 S9 S10 S11 S12 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju 19 .

Ini dibuktikan apabila seramai 80% pelanggan bersetuju dengan tahap keselamatan di Pasar Raya Besar Giant ini.4% pelanggan bersetuju bahawa Pasar Raya Besar Giant ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat pelbagai pilihan barangan terdapat disitu.6% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini. Oleh itu. . Namun begitu.7% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini. Hanya 13. masih ada yang tidak bersetuju dengan perkara ini iaitu seramai 20% pelanggan. Walau bagaimanapun. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat untuk memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di „food court‟ yang disediakan tidak mendapat persetujuan sepenuhnya apabila hanya seramai 86. Kajian mendapati 80% pelanggan bersetuju bahawa mereka mudah mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan di setiap rak. Walau bagaimanapun. Aspek keselamatan juga merupakan kelebihan yang terdapat di Pasar Raya Giant ini. Hal ini dibuktikan apabila seramai 70% pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. mereka bersetuju dengan khidmat yang disediakan ini. namun terdapat juga pelanggan yang tidak bersetuju. Hal ini mungkin kerana pelanggan lebih suka makan makanan diluar. seramai 6. seramai 93.Analisis kajian mendapati bahawa pelanggan yang berpuas hati dengan kelebihan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant. 20% pelanggan lagi tidak bersetuju dengan penyataan ini. Selain itu. Dapatan kajian ini dibuktikan hanya 30% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini. Walau bagaimanapun. seramai 30% pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. 20 . Hanya segelintir yang tidak bersetuju dengan penyataan ini iaitu seramai 20% pelanggan. Walaupun peratusan aspek ini berada pada tahap yang tinggi. Seramai 70% pelanggan bersetuju bahawa penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan pekerja di Pasar Raya Besar Giant.Seramai 80% pelanggan bersetuju bahawa Pasar Raya Besar Giant ini menyediakan khidmat „fast food‟. Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga bersetuju bahawa terdapat pelbagai makanan tradisional dipasarkan oleh Pasar Raya Besar Giant ini.3% pelanggan yang dikaji bersetuju dengan kenyataan ini.

3% pelanggan-pelanggan dalam kajian ini pula bersetuju dengan pihak Pasar Raya Besar Giant kerana sering mengadakan promosi yang menarik dan yang menjimatkan. Sebagai rumusan. 21 . Namun begitu. seramai 6. takoyaki dan pelbagai lagi. Seramai 90% pelanggan menyatakan setuju dengan aspek ini.3% yang tidak bersetuju dengan penyataan yang dibuat. terdapat juga sebilangan pelanggan iaitu 33. seramai 93.6% pelanggan tidak bersetuju kerana berkemungkinan kerana mereka tidak gemar dengan makanan luar yang disediakan. Sementara itu. Walaupun begitu.7% pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. perkhidmatan „green day‟ dan pelbagai makanan tradisional dipasarkan. antara ciri-ciri yang menunjukkan pengaruh yang tinggi terhadap kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna adalah pelanggan mudah mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan.7% pelanggan pula dilihat tidak bersetuju dengan penyataan ini. Dapatan kajian ini dibuktikan hanya 10% pelanggan tidak bersetuju bahawa lokasi Pasar Raya Besar Giant berada pada kedudukan yang strategik. namun begitu terdapat juga pelanggan yang tidak bersetuju. Pelanggan-pelanggan ini juga gemar berkunjung ke sini kerana penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasar raya ini. Aspek ini adalah antara sebab mereka sering berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.Berdasarkan peninjauan. Walau bagaimanapun. seramai 26. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelanggan boleh mencuba makanan luar sepeti sushi. Seramai 73. Ini dibuktikan dengan seramai 90% pelanggan mengatakan setuju terhadap aspek ini. Walaupun peratusan aspek ini berada pada tahap yang tinggi. barang kering dan keperluan lain lagi. Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga amat gemar mengunjungi Pasar Raya Besar Giant ini mudah dan kedudukannya amat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar.4% pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. didapati terdapat pelbagai pilihan barang yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant seperti barang basah. Terdapat juga sebilangan kecil pelanggan yang tidak bersetuju dengan aspek ini iaitu seramai 10%. Kajian mendapati bahawa Pasar Raya Besar Giant ini menyediakan khidmat „green day‟ iaitu hari sedunia tanpa plastik. Ini dapat dibuktikan apabila seramai 66.

1 3. 6.7% 5 16.3% 1 3.3 15 93.7 20 66.7 20% 2. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang dibeli.7% 5 16. Susunan barangan yang tidak teratur. Permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Giant terhadap pengguna.7 20% 4. 0 0 6.7 22 . Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya beberapa sahaja yang dibuka. 2 6.7 20% 9 30 70% 6.7 30% 26.3 8 12 40 5 4 13.3 f 6 3 (S) % 20 80% 25 83.3% 30 80% 18 60 15 50 3. Tandas yang terdapat disini tidak bersih. Banyak troli di sini rosak. Item-item soal selidik TIDAK SETUJU (TS) 1 (STS) f 1.ii.3 9 2 6. 5.3 1 3.6% 7. Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak memuaskan.7 3 10 f 4 2 (TS) % 13. 2 % 6. Bil. Jadual 6: Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Permasalahan yang Terdapat di Pasar Raya Giant. 9 30 33.3 6 20 80% 16. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak kehabisan.3 1 3.3 f 18 Jawapan SETUJU (S) 4 (SS) % 60 93.7 4 13.3% 50 66.

3 2 6.3 20% 5 16. 9 30 6.7 80% 17 56.7% 11. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak. 4 13.3 6.3 13.7 16 53. Kekurangan pekerja di pasar raya.6% 12 40 5 16.7 15.7 10% 9. Berlaku kekurangan tempat letak kereta.3 23 . Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu. 3 10 0 0 25 83.7 9 30 80% 12 40 12. 9 30 33.4% 4 13.3 10. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan.6% 1 3.3 15 50 66.7 93.3 90% 2 6.3% 3 10 9 30 3 10 8 90% 26. Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad.4% 20 66. 1 3. 3 10 10% 0 0 25 83. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk mendapat lebih banyak potongan harga.7 13. 3 10 20% 1 3.8.3 8 26.7 93.7% 5 16.7 14.3% 1 3. 86. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini.

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju 90 80 70 60 Sangat Tidak Setuju 50 40 30 20 10 0 S6 S7 S8 S9 S10 Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju 24 .

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S11 S12 S13 S14 S15 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju 25 .

3% pelanggan tidak berpuas hati dengan kebersihan tandas di pasar raya ini. Walaupun ramai pelanggan yang datang ke pasar raya ini. Terdapat sebilangan besar pelanggan bersetuju dengan masalah yang perlu mereka hadapi iaitu sebanyak 80% dan hanya sebahagian kecil sahaja tidak bersetuju dengan soalan yang disediakan iaitu sebanyak 20%. walaupun hanya masalah kecil. 26 . Pihak-pihak Pasar Raya Besar Giant seperti tidak ambil peduli dengan masalah troli rosak. terdapat 70% pelanggan bersetuju bahawa susunan barangan di pasar raya ini tidak teratur. Masalah ini sering dihadapi ketika tiba hari minggu. pekerja-pekerja di pasar raya ini terlalu mengambil remeh tentang kehabisan bekalan barangan di rak. Oleh itu. Selain itu. Kajian mendapati bahawa` terlalu banyak kaunter sering di tutup di Pasar Raya Besar Giant. sebanyak 80% pelanggan yang datang bersetuju bahawa pekerja di sini tidak mesra dan 20% lagi tidak bersetuju dengan soalan yang saya kemukakan. Seramai 80% pelanggan bersetuju dengan soalan ini dan terdapat 20% tidak bersetuju. Terdapat 66.3% lagi pelanggan tidak bersetuju. Sementara itu. Keadaan Pasar Raya Besar Giant ini yang besar pasti terdapat juga kekurangan.7% pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini.7% pelanggan tidak bersetuju dengan soalan ini. Ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju atas soalan yang kami sediakan. Hanya 6. Hanya 10% sahaja jumlah pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Hampir 93. Terdapat sebilangan sahaja iaitu sebanyak 6. Kajian mendapati bahawa sebanyak 90% pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini yang menunjukkan bahawa pelanggan terpaksa beratur panjang ketika ingin membayar barang yang hendak dibeli.3% pelanggan bersetuju dengan soalan yang dinyatakan. Seramai 93. kekurangan tempat simpan barang juga menyusahkan para pelanggan yang berkunjung ke sini. Sebilangan sahaja tidak bersetuju iaitu sebanyak 30% sahaja.7% pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan sebanyak 33.Analisis kajian mendapati bahawa layanan pekerja di Pasar Raya Besar Giant tidak memuaskan.

Kebanyakan masyarakat menganggap bahawa pembukaan pasar raya besar ini menjejaskan peruncit-peruncit kecil. sering berlaku kesesakan lalu lintas apabila tiba waktu puncak dan pelbagai lagi. Oleh itu. Sebilangan besar pelanggan beranggapan bahawa barangan jenama sendiri cepat rosak. mungkin jumlah pelanggan yang datang ke Pasar Raya Besar Giant akan bertambah. para pengguna terpaksa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas apabila tiba waktu puncak. setiap pasar raya besar mengeluarkan barang jenama sendiri.3% sahaja bersetuju dengan kenyataan ini. Hal ini telah memberi masalah kepada rakyat di negara ini untuk bekerja di sini. Sebanyak 93. Jika masalah ini cepat diatasi. Masalah kekurangan bilangan pekerja juga dihadapi oleh pihak pelanggan yang datang.7% bahawa mereka terpaksa membeli barangan yang banyak untuk mendapat potongan harga yang mereka inginkan. Apabila soalan ini diberikan kepada pelanggan seramai 80 % pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan hanya 20% sahaja tidak bersetuju. sebanyak 90% bersetuju dengan kenyataan ini dan 10% tidak bersetuju.6% lagi tidak bersetuju. penyelia di pasar raya ini haruslah mengatasi masalah yang telah berlaku di Pasar Raya Besar Giant ini seperti kerosakkan troli.6% lagi pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. hanya 33. Seramai 80% pelanggan bersetuju dengan masalah yang diutarakan ini dan terdapat 20% lagi tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Dengan keadaan pasar raya terletak di kawasan pusat bandar. Kajian mendapati bahawa terlalu ramai pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini.4% pelanggan bersetuju dan 6. Seramai 93. Hampir 66.4% pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan 6. Terdapat 13. Seperti mana yang diketahui. Kajian ini mendapati bahawa tempat letak kereta di sini kurang dan akan menjadi masalah ketika tiba musim perayaan dan hari cuti.7% pelanggan pasar raya ini tidak bersetuju dengan masalah ini.3% sahaja yang tidak bersetuju. Sebagai rumusan. Ramai pembeli bersetuju sebanyak 86. 27 .

Temubual telah dibuat berdasarkan persoalan kelebihan yang disediakan kepada pengguna. Adakah tempat letak kereta disini banyak? kereta 8 50% Kurang tempat letak kereta 40% Susah untuk mencari tempat letak kereta 1 1 80% 28 10% 10% . No 1 Soalan Adakah lokasi Pasar Raya Giant strategik dengan tempat tinggal anda ? Jawapan pengguna/pelanggan Sangat strategik 5 Boleh tahan jauhnya 3 Tidak strategik 2 50% 2 Adakah Pasar Raya Giant ini sering mengadakan promosi? Selalu mengadakan promosi 6 30% Kurang mengadakan promosi 4 20% Tidak mengadakan promosi 0 60% 3 Bagaimanakah layanan pekerja kepada anda? Amat mesra 1 40% Kurang mesra 5 0% Tidak mesra 4 10% Mudah untuk cari tempat letak 4. ringkas dan mudah untuk difahami. Seramai 10 orang pengunjung telah ditemubual dalam kajian ini. Respon yang diberikan oleh responden amat memuaskan.1.3 Temubual Kepentingan/kebaikkan pengguna terhadap Pasar Raya Besar Giant.8.

Adakah lokasi Pasar Raya Besar Giant strategik denagn tempat tinggal anda? 20% 30% sangat strategik 50% boleh tahan jauhnya tidak strategik Carta pai 1 menunjukkan temubual lokasi Pasar Raya Besar Giant strategik dengan tempat tinggal pengguna. Terdapat skala tiga mata yang diberikan oleh saya kepada pelanggan pasar raya tersebut iaitu sangat strategik. Manakala tidak strategik hanya dua orang (20%) sahaja. Majoriti graf ini menunjukkan bahawa sebanyak 5 orang (50%) menyatakan kedudukkan Pasar Raya Besar Giant ini berada di kawasan yang strategik. boleh tahan jauhnya serta tidak strategik. Hanya tiga orang (30%) menyatakan boleh tahan jauhnya.Graf Temubual Kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna 1. 29 .

Tiada responden menyatakan bahawa pasar raya ini tidak mengadakan promosi. manakala sebanyak 4 orang (40%) setuju bahawa Pasar Raya Besar Giant kurang mengadakan promosi. 6 orang pengguna iaitu 60% mengatakan bahawa Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi .Adakah Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi? 0% 40% Selalu mengadakan promosi 60% Kurang mengadakan promosi Tidak mengadakan promosi Carta pai 2 menganalisiskan tentang promosi yang diadakan oleh Pasar Raya BesarGiant.2. 30 .

Namun ada menyetujui sebanyak 5 orang (50%) bahawa pekerja disitu kurang mesra apabila melayan karenah pelanggan. Sebanyak 4 orang (40%) menyatakan bahawa sikap pekerja kepada pelanggan tidak mesra.3.Bagaimanakah layanan pekerja di sini kepada pelanggan yang datang? 10% 40% Amat mesra 50% Kurang mesra Tidak mesra Carta pai 3 menyatakan tentang layanan pekerja kepada pelanggan ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. manakala sebanyak seorang (10%) mengatakan bahawa amat mesra layanan pekerja Pasar Raya Besar Giant ini terhadap pelanggan. 31 .

32 .Adakah tempat meletakkan kereta di sini mencukupi? 10% 10% Mudah untuk mencari tempat meletak kereta 80% Kurang tempat meletak kereta Susah untuk mencari tempat letak kereta Carta pai 4 menunjukkan analisis adakah tempat letak kereta disini banyak. Manakala seorang (10%) menyetujui bahawa kurang tempat letak kereta dan susah untuk mencari tempat letak kereta iaitu hanya seorang sahaja(10%). Seramai 8 orang (80%) menyatakan mudah untuk cari tempat letak kereta ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.4.

adakah patut pekerja asing bekerja di Pasar Raya Besar Giant ini ? Amat tidak setuju 3 50% Kurang setuju 20% Tidak patut 2 5 30% 20% 50% 33 . Pada pendapat tuan/puan . ringkas dan mudah difahami. Seramai 10 orang pengunjung telah ditemubual dalam kajian ini. No Soalan Jawapan pengguna/pelanggan 1.Permasalahan yang ada di Pasar Raya Besar Giant Temubual telah dibuat berdasarkan soalan permasalahan terhadap pengguna yang disediakan. Ketika tuan/puan mengunjungi Pasar Raya Besar Giant. adakah mudah untuk mencari barangan keperluan ? Tiada / kurang papan tanda Tulisan papan tanda terlalu kecil Barangan tidak teratur serta susah hendak cari 2 6 2 30% 2. Respon yang diberikan oleh responden amat memuaskan.

5 orang (50%) pula menyatakan tulisan di papan tanda terlalu kecil dan sukar untuk pelanggan membaca.GRAF TEMUBUAL Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna 1. adakah mudah untuk mencari barangan keperluan? 30% 20% Tiada papan tanda Tulisan dipapan tanda terlalu kecil 50% Barangan tidak teratur dan susah untuk mencari barang Terdapat juga beberapa masalah yang berlaku kepada pelanggan ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.Ketika tuan/puan mengunjungi Pasar Raya Besar Giant. Carta pai ini menunjukkan adakah mudah untuk mencari barangan keperluan di pasar raya tersebut. 34 . Sebanyak 3 orang (30%) menyatakan bahawa barangan tidak teratur serta susah hendak cari manakala seramai 2 orang (20%) menyatakan bahawa kurang papan tanda di pasar raya ini.

2. Majoriti iaitu seramai 5 orang (50%) menyatakan tidak patut dengan soalan yang di kemukakan. Manakala 3 orang (30%) tidak bersetuju dan dua orang (20%) menyatakan amat tidak setuju. 35 . Pada pendapat tuan / puan adakah patut pekerja asing bekerja di Pasar Raya Besar Giant ini? 20% 50% 30% Amat tidak setuju Kurang setuju Tidak patut Carta pai ini menunjukkan pendapat pelanggan Pasar Raya Besar Giant tentang jumlah pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini.

walaupun pasar raya tumbuh bak cendawan. peruncit-peruncit kecil tetap menjadi pilihan penduduk di sekitar sini. Kebanyakkan peniaga-peniaga untuk pasar sehari menyatakan bahawa mereka boleh menambahkan pendapatan melalui perniagaan di dalam kawasan pasar raya ini kerana pasar raya ini merupakan tempat yang sering dikunjungi. Melalui kertas kerja yang di sediakan oleh Haidi bin Mohd Ali (1990) menyatakan bahawa pasar raya adalah tempat untuk penduduk setempat bersiar-siar bukannya tempat untuk membeli barangan seperti yang semua ketahui.industri peruncitan merupakan sumber terpenting dalam ekonomi negara.2 PERBINCANGAN Adakah dengan adanya pasar raya besar. seorang peniaga ayam di pasar yang berhampiran dengan Pasar Raya Giant ini menyatakan bahawa pelanggan beliau semakin berkurangan kerana pihak pasar raya mungkin mengadakan pelbagai promosi berbanding dengan tempat perniagaannya.8. peruncit-peruncit tetap menjadi pilihan pengguna. bagi peratus yang tidak bersetuju mempunyai pendapat lain berbanding peniaga tadi. ia menjejaskan peruncit-peruncit kecil yang berdekatan? Berdasarkan pada analisis yang saya lakukan melalui borang soal selidik yang di berikan kepada pengunjung mencatatkan peratusan sebanyak 80% bersamaan dengan 24 orang responden menyatakan setuju dengan soalan ini. Menurut Encik Muhammad Bin Yusuf. kerana harga barangan yang di jual lebih murah dari pasar raya. dapatan kajian mendapati. Di samping itu. tanpa industri peruncitan tidak majulah pengeluar-pengeluar produk yang hanya bergantung kepada pasar raya untuk menarik para pelanggan membeli. Oleh itu. pelanggan terpaksa membeli barangan yang banyak untuk mendapat potongan harga yang disediakan. 36 . Akhir sekali. Tetapi.

Akhir sekali. Seperti yang diketahui.? Berdasarkan analisa temubual yang telah saya lakukan kepada pengunjung Pasar Raya Besar Giant sebanyak 100% bersamaan dengan 10 orang responden bersetuju dengan soalan yang telah saya kemukakan. 37 . Di samping itu. Muaz bin Ramli antara pengunjung pasar raya ini menyatakan bahawa kebanyakkan pasar raya dalam negara seperti berada di negara luar kerana jumlah warga asing semakin hari semakin bertambah. kerana dapat mengurangkan jumlah penganggur dalam negara. langkah awal perlu diambil oleh pengurus di pasar raya ini dengan hanya mengambil warga kerja tempatan. Melalui kajian luar Mustaffa bin Abdul Majid (1990) mendapati bahawa jumlah penganggur dalam negara ini semakin meningkat kerana jumlah kemasukkan warga asing semakin meningkat sehingga menjejaskan penduduk negara. berlakunya perkara seperti ini menyebabkan pemuda dan remaja tidak mendapat pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan serta musim cuti. Kadangkala masalah ini boleh mengurangkan jumlah pengunjung untuk datang membeli belah.Adakah dengan adanya pekerja warga asing yang bekerja dalam industri peruncitan memudaratkan warga tempatan. pekerja warga asing hanya di tempatkan bekerja dalam sektor perindustrian sahaja.

9. mungkin dapat meningkatkan jumlah pendapatan pihak pasar raya ini sendiri.0 KESIMPULAN Membangunnya sesebuah pasar raya dalam negara mestilah mempunyai permasalahan serta kepentingan yang terdapat dalam pasar raya tersebut. Sesungguhnya dengan semua masalah ini dapat di atasi. Justeru itu. pihak pengurusan pasar raya sendiri harus mencari jalan untuk mengatasi segala masalah yang ada di Pasar Raya Besar Giant ini. 38 . Dapatan kajian mendapati bahawa permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant merupakan faktor yang pihak pasar raya perlu membaiki untuk menambahkan lagi jumlah pelanggan untuk datang. Segala masalah serta kepentingan ini telah melibatkan pengunjung atau pelanggan yang datang ke pasar raya ini.

Haidi bin Mohd Ali (1990) Pasar Raya Merupakan Tempat Yang Popular Untuk Masyarakat Masa Kini: Universiti Teknologi Mara.wikipedia.imr.dbp.my/Search. sumber dari :http://www.sumber dari: http://prpm.10. diakses pada Februari 26. Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP.my/index. 39 . Store Location Giant.giant. diakses pada Februari 23.php?option=com_content&view=article&id=65%3Amod us-perniagaan-pasaraya-besar&catid=42%3Ainformasi-perniagaan&Itemid=1 2. 2013. 2013. ensiklopedia bebas. sumber dari: http://www.Kedah. diakses pada Februari 26.aspx?k=pasar+raya 6. 2013. Pasar Raya.com.0 RUJUKAN 1. sumber dari: http://ms.com. diakses pada Februari 23. 2013.gov. 2013.Wikipedia Bahasa Melayu.org/wiki/Pasar_raya 5.com/v/giant-hypermarket/4d58de9d23e0a093ab6a3e49/photos 4. diakses pada Februari 23. Modus Perniagaan Pasar Raya Besar.my/stores?q=Alor%20Setar 3. sumber dari: https://foursquare. Giant Hypermarket-Alor Setar.

0 LAMPIRAN PETA : Peta 1: Peta Pasar Raya Besar Giant. 40 . Alor Setar.11.

Kedah.GAMBAR: Gambar 1: Pasar Raya Besar Giant. Gambar 2 : Kawasan tempat letak kereta di Pasar Raya Besar Giant 41 . Alor Setar.

Gambar 3 dan 4: Menunjukkan keadaan di dalam Pasar Raya Besar Giant. 42 .

Gambar 5 dan 6 : barangan makanan yang ada di Pasar Raya Besar Giant. 43 .

44 .Gambar 7 dan 8: barangan keperluan harian yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant.

5. Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu “green day”. Bil 1. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasaraya. Terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan seperti barang basah. 12. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat pelbagai barangan di sini. Tahap keselamatan yang terjamin disediakan. STS TS S SS 3. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di „food court‟ yang disediakan. 7. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di pasar raya ini. barang kering dan keperluan harian. Soalan Pasar raya ini menyediakan khidmat „fast food‟. 8. 45 . 6. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat banyak barangan disitu. 10. 4. 2. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan.BORANG SOAL SELIDIK Umur: 20-25( Bangsa: Melayu( Jantina: Lelaki( ) 26-30( ) Cina( ) Perempuan( ) 31-35( ) India( ) ) 36-40( ) ) 41-45( ) 45-50( ) Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan. 11. 9. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar.

Bil 1. 9. Susunan barangan yang tidak teratur. 3. 8. Banyak troli di sini rosak. 4. 15. Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat STS TS S SS pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad. 11. 7. 14. Tandas yang terdapat disini tidak bersih. 12. 2.BORANG SOAL SELIDIK Umur: 20-25( Bangsa: Melayu( Jantina: Lelaki( ) 26-30( ) Cina( ) Perempuan( ) 31-35( ) India( ) ) 36-40( ) ) 41-45( ) 45-50( ) Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. Kekurangan pekerja di pasar raya. Soalan Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak memuaskan. 5. 46 . 10. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan. Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu. Berlaku kekurangan tempat letak kereta. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini. 13. Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya beberapa sahaja yang dibuka. 6. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak kehabisan. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang dibeli. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk mendapat lebih banyak potongan harga.

47 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->