PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 1 PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

1.1 Sinopsis Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang

digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

1.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis bentuk dan makna hasil lukisan gua, artifak dan Seni Pribumi.

1.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Pengenalan Seni Alam Melayu

Lukisan Gua

Artifak

Seni Pribumi

Kaum Jah-hut

Kaum Mah meri

Pua Kumbu

1

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1.4 Pengenalan Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisanlukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh

2

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah. 1.5 Lukisan Gua Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Lukisan gua di Bukit Tambun Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu „Malaya Dalam Sejarah – Majalah Persatuan Sejarah Malaya‟ pada bulan November 1959 berkata, “Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna – tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”

3

Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik. Selain itu. Perak. lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki. tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan 4 . dan rusa. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang. Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam. terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong. Sungai Siput.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong. sampan. haiwan. unsur alam dan juga bentuk abstrak. Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia. geometrik. di Pahang dan juga di Kedah. yang terletak berdekatan dengan Gua Niah. Gambaran haiwan di dinding Gua Tambun Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. di Hulu Kelantan. lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. tapir.

haiwan. unsur alam.6 Artifak Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. sampan dan abstrak. Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI susunan manusia yang menari. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia. Motif-motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu. Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan. 1. Bentuk- bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu. 5 . Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. tembikar China dan manik kaca. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400.

000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri. Johor. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia. atau di kawasan-kawasan Mesolitik. termasuklah di Gua Niah di Sarawak. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong. Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara. Kebanyakan artifak. manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang. termasuk kawasan perkuburan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasankawasan yang mempunyai sumber emas. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5. melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar. telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. 6 .

(www.my) 1.7 Seni Pribumi Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang.muzium negara. Bes. Poyang.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Loceng Gangsa dari Zaman Logam Layari Internet Dapatkan maklumat tentang 10 artifak yang telah didaftar dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 yang dikenali sebagai Objek Warisan Ketara.gov. 7 . topeng adalah tunggak budaya mereka. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin. Moyang. dan Hantu. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh.

7. Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut.1 Kaum Jah-hut Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang.2 Kaum Mah meri Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. Mereka juga dikenali sebagai orang laut. Mahmeri memberi maksud bersisik. keagamaan. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1. buluh dan rotan. Selain hasil anyaman. sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey. bertam. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. 1. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan. mistik. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan. kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. lagenda serta gambaran kehidupan mereka. Moyang Harimau Berantai 8 .7.

9 . alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai. Kreativiti mengukir patungpatung berbentuk dewa-dewa.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. figura manusia. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut.

penyembahan dan hiburan. lalu secara simboliknya „mengeluarkan‟ penyakit itu dari badan pesakit. Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak. gaya dan piuhan. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi „mengalihkan‟ penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan. sentiasa menjadi sebutan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam. Untuk mengubati pesakit. Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan. sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti. salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. 10 . Nama seperti Moyang Tetek Lanjut.

Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. Oleh sebab ini. Ukiran topeng Kaum Mah meri Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu. 11 . hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri. menakut serta melucukan. Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri. Selain daripada ukiran kayu. setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib dan hakim. maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis. kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan penyakit.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya.

Bagaimanapun. bekas simpanan.7. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua. seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu. motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang Fauna Buaya mempunyai kuasa untuk menjaga 12 . Kepercayaan Dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang Biasanya. Antara motif-motif yang digunakan: Motif Engkeramba Penerangan Merupakan gambaran figura roh. Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti. motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. tikar serta perhiasan upacara.3 Pua Kumbu Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban. LAYARI INTERNET Layari internet dan dapatkan gambar beserta nama 5 patung kaum Jah-hut dan Mah meri 1.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin.

pucuk rebung. biji benih dan bunghabungaan. pucuk paku. alat tenun Alam & Alatan 13 . Burung pembawa alamat baik kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Rusa mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu Serangga labah-labah. bulan. awan larat. kunang-kunang. buahbuahan. selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan mempunyai kuasa untuk mencipta bayi Harimau dan tikus kasturi sering dikarang dalam bentuk abstrak Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. kala jengking dan lipan Flora rotan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Motif Penerangan Kepercayaan tempat berhuma (tanaman padi). menurut kepercayaan kaum Iban. Ular membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dantidak ditenun dengan sewenang-wenangnya Katak ditenun dengan gaya seperti manusia.

seni tangan itu bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam rumahtangga. perkahwinan. Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku kaum Iban. malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Walaubagaimanapun. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di bahagian leher. perubatan. ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. 14 . Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan. Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka. pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak. menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain. jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara kelahiran. Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun pua. pengkebumian. dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mengikut kepercayaan. Bagi masyarakat Iban. penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan.

motif: buah terabai/Lang Tuai 15 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu.

motif: tangga begi 1. 16 . Ia menggambarkan hubungan antara manusia dan alam secara rohaniah. Penggunaan motif atau simbol boleh dikaitkan dengan kepercayaan dan budaya hidup masyarakat di alam Melayu.8 Rumusan Seni di Alam Melayu sangat unik.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu.

Seni Arca .Seni Bina . Sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara lain. perkembangan Seni Visual seperti berikut: Maklumat yang dibincangkan adalahh mengikut tajuk-tajuk .Karya-karya terkenal 2.Seni bina . Ia meliputi tempoh setengah abad. 4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka. 3) Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka. 5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia 17 .1 Sinopsis Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka.Catan Cina .Seni Moden .Catan air .2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia 2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual Di Malaysia.Seni Plastik .Seniman .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 2 PENGENALAN SENI VISUAL MALAYSIA 2. Kesenian visual yang menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni.Artifak .

4.4 Kandungan Isi 2.3 Kerangka Tajuk-tajuk Pengenalan Seni Visual Malaysia Perkembangan Seni Visual Malaysia Sebelum Merdeka Selepas Merdeka Artifak Seni Plastik Catan Cina Seni Arca Catan Air Senibina Senibina Seni Moden Seniman Karya-karya Terkenal 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.1 Perkembangan Seni Visual Sebelum Merdeka Apakah yang anda faham tentang seni visual sebelum merdeka ? 2.1.1 Artifak Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan.4. 18 . senjata atau ornamen.

Bukit Tambun. Di Johor. Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada suhu sebarang suhu. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.2 Catan Cina Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Pahang. Perak dan Gua Niah.1. 19 . Ulu Tembeling. Selain sebagai senjata untuk mempertahankan diri. keris juga merupakan satu lambang yang menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara. Kelantan. Keris Panjang dan Keris Madura. 2. Keris Pekaka. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi Para pengkaji sejarah dengan motif geometri berbentuk „tulang ikan‟. Perlis. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI A) Tembikar Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam B) Keris Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Bukit Tengku Lembu. Keris Taming Sari. Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung.4. Serawak.

Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu.pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Ia meliputi tempoh setengah abad.1. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Wang Yau. Abdullah Ariff dan lain-lain lagi. Reverend Pak Yuen. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria. 20 . Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Chai Horng. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow. Terdapat kepercayaan bahawa pengembara.4. 2. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan. Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng. Reverend Chuk Mor. Seni halus tidak pernah difikirkan .3 Catan air Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.

Turner dan Constable. stesen keretapi.1. istana. monumen. dan lain-lain lagi. ekonomik. (2) Balai Besar di Alor Setar. (4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme. sekolah. Kedah (1893). George Anglican di George Town. pusat pengajian. Pulau Pinang (1817).4 Seni bina Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Wilayah Persekutuan (1888). Contohnya. Melaka (1728). dokumentari. Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina. arkeologi.000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid. zaman Pre-Raphelites. 21 . sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik. estetik. Melaka (1641). (5) Gereja St. Kedah (1735). tembok. Contoh senibina sebelum merdeka: (1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. (3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur. 1995). Futurisme dan Konstruktivisme.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme. Dianggarkan terdapat lebih kurang 35. (6) Balai Seni di Alor Setar. Kubisme. sejarah. rumah berhala.4. Surealisme. bangunan pentadbiran kerajaan. masjid. 2.

Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.1 Bincang dan hasilkan jadual kronologi tentang perkembangan seni visual sebelum merdeka berkaitan : - Stail dan bentuk tema bahan gaya aliran tahun 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rumusan : Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah.5 Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka Apakah perbezaan di antara aliran seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka? 2. Latihan 1. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan.1 Seni Plastik Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial.5. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan 22 .

ruang. ukiran. Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. 23 . senibina. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu. Bahan yang digunakan ialah kayu. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. struktur. Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk Seniman pada menerapkan ciri ‟nasional‟ atau keaslian‟ seni plastik moden. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan dan perasaan seniman. menempa. besi. dan menggelek. tanah liat. Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan. batu dan sebagainya. bahan dan proses berkarya. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. logam. sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media.2 Seni Arca Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang. mencantum dan sebagainya. 2. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi. menyambung. jalinan. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk. melentur. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat. arca.5. keluli dan sebagainya. tenunan senjata dan sebagainya. tembikar. Gaya ‟avant garde‟ yang dipolori oleh penghargaan. menjalin. mengurut. membentuk. kayu. menguli.

Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karyakarya Anthony Lau. Tengku Sabri Tengku Ibrahim. Mad Anuar Ismail. Chan Teck Meng. Latiff Mohidin. struktur dan rupa. Ham Rabeah Kamarun. alam dan kehidupan secara umumnya. yang sama tema dengan catannya. Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.Sabapathy (1976). Kajian Seni Lukis dan Seni Reka.K. Contohnya. Kuala Lumpur. karya Syed Ahmad Jamal “The Link” (1963). Teo Tien Eng. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca “Djin Api” (1959). Syed Ahmad Jamal. Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan halhal yang menghubungkan catan dengan arca. Raja Shahriman dan Bayu Utomo. Zulkifli Yusof. Ramlan Abdullah. Menurut T. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI warna. “Forest” (1968) dan “Ecstacy” (1986) Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976 satu pameran “Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia” telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas 24 . Ariffin Ismail. budaya. berbanding dengan catan. Cheong Laitong. karya-karya arca Syed Ahmad Jamal. Dari segi tema. para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama. Wan Ahmad Wan Mohamod. Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca.

perpustakaan. 25 .5.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kelihatan awal dekad 1990-an. Bank Bumiputra. 5. Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandarbandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial. elektik dan sebagainya. sama ada secara konvensional.3 Seni Bina Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri. Bangunan-bangunan awam seperti masjid. 2. menara. anglo-Indian. bersifat galeri. Bangunan-bangunan kerajaan. Stadium Negara (1964). 4. Muzium Negara.merdeka. pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran. Masjid Negara. Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri. Bangunan-bangunan perniagaan. Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan. 6. suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom. bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). Pelbagai bentuk arca terhasil. senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum. hospital. muzium dan sebagainya. Taman-taman dan kawasan rekreasi. 3. Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi: 1. Dayabumi. Menjelang era pasca. tugu peringatan dan sebagainya. 2. bangunan parlimen (1963). Bangunan Sultan Abdul Samad.

Balai Seni Lukis Negara di 109. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff. 26 . Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden. Kuo Ju Ping. sesi perbincangan dan pameran. Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W.4 Seni Moden Pada tahun 1957.K. 2. Lim Tong Juan dan William K. Lee Joo For. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat. Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. mengadakan kelas-kelas melukis. Baharuddin Kassim. Lau. Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Chuah Thean Teng. Perdana Menteri Malaya yang pertama. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah.5. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His. Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Cheong Lai Tong. Tay hooi Keat.

Antaranya ialah perbincangan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mohd Hoessein Enas. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Syed Ahmad Jamal. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato‟ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Patrick Ng. Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun.G. Lim dan ramai lagi. Cheong Laitong. 27 . ceramah. antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. ahli politik dan diplomat. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. Nik Zainal Abidin. Puan P. Professor Ungku Aziz. Tan Sri Ghazali Shafie. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal. Tan Sri Kamarul Ariffin. Tan Sri Zain Azraii. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis. Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Tan Sri Dato‟ Azman Hashim. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. pencinta seni. Lee Joo For. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. pameran dan sebagainya. Peter Harris. Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. syarahan. Anthony Lau. laporan.

Sculpture. Chong Kam Kow. Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Joseph Tan dan lain-lain lagi. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Graphics. Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal. Chinese Brush Painting. pop. Pottery and Ceramics. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art. Ceramics. op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran. Fashion dan Industrial Design. Photography. Mereka terdiri dari kumpulan ‟New Scene‟ seperti Redza Piyadasa. Tan Teong Eng. Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan. Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting. Textiles. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture). Sulaiman Haji Esa. Photography dan Commercial Art. 28 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Fine Metal.

Aspek-aspek Seni Asia Tradisional. Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif. sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini. Rekabentuk Grafik. Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut. Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis. maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. 29 . memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara. Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. Badanbadan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada . Fotografi. Ini termasuk USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan. Seni Arca. Teori-teori Seni. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang.

Cheong Laitong. Cheong Lai Tong. Syed Ahmad Jamal. Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa. Chong Kam Kow. Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Nik Zainal Abidin. Peter Harris. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Anthony Lau. Joseph Tan dan lain-lain lagi. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim. Tan Teong Eng. Lee Joo For. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal. Mohd Hoessein Enas. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Patrick Ng. 30 . Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.5 Seniman Balai Seni Lukis Negara di 109. Chuah Thean Teng.5.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His. Sulaiman Haji Esa. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato‟ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. Mereka terdiri dari kumpulan ‟New Scene‟ seperti Redza Piyadasa. Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

1948 31 . Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Pohon-Pohon Kelapa Media : Cat Air Tahun :1951 2.1 Yong Mun Sen (1896 -1962) 1. Coconut Plantation – Dawn.5.6.6 Karya-karya terkenal 2. Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.6. 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow. Rumah Atap Di Tepi Pantai Media : Cat Air Tahun : 1960 2.2 Abdullah Ariff Abdullah Ariff.5. Cat Air.5.

Pastel Kapur. Potret Diri.3 Dato‟ Mohd Hoessein Enas.6.5. Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Abdullah Ariff. 1958 32 . 1960 Dato‟ Mohd Hoessein Enas 2. Cat Air.

4 1. Nobat Media : Cat Minyak Tahun : 1962 4. Datuk Syed Ahmad Jamal Perhubungan ( Arca ) Media : Besi Waja Tahun :1963 33 . Cat Minyak.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Dato‟ Mohd Hoessein Enas .5.6. Gadis Melayu. Mengutip Daun Tembakau Media : Cat Minyak Tahun : 1963 5. 1959 3. Pengantin Perempuan Iban Media : Cat Minyak Tahun : 1963 2.

Djin Api. 1959 2.5.5 Anthony Lau (1933 - ) Anthony Lau. Lembu Liar ( Arca ) Media : Batu & Habuk Simen Tahun : 1963 34 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Datuk Syed Ahmad Jamal. Kayu. 1957 2. Cat Minyak Atas Papan. Mandi Laut.6.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Anthony Lau. Besi. Rimba.5. Pemandangan Pohon Media : Campuran Tahun : 1961 35 . 1968 4. Pondok Melayu. Pulau Pinang Media : Dakwat Tahun : 1952 3.6. Tay Hooi Keat (1910 .1989) Jalan Pinang Media : Cat Minyak Tahun :1955 2. Hasil Rimba ( Arca ) Media : Besi Tahun : 1966 2.6 1.

7 Ibrahim Husin (1939 - ) 1. 1958 5. Kekecuhan Media : Arkrilik Tahun :1969 Ibrahim Husin.5. Pak Utih. Lembu Berlaga. Cat Minyak. 1967 36 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tay Hooi Keat. Kapal Haji Media : Cat Minyak Tahun : 1966 2. Campuran.6.

Kelambu. 1969 2. Are You Alone Out There ?.6.6.8 Zulkifli Dahalan 1. Arkrilik.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Ibrahim Husin. Di Dalam Ruang Rumah Media : Cat Minyak Tahun :1974 2. Satu Hari Di Bumi Larangan Media : Cat Imulsi Tahun : 1977 2.5.5. Kapur Pastel 37 .9 Dzulkifli Buyung (1948 - ) Dzulkifli Buyung.

6. 1962 38 .10 A. Pago – Pago. Membakar Semut Media : Kapur Pastel Tahun : 1967 Dzulkifli Buyung. Kapur Pastel. Latiff Mohidin A. Cat Minyak.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.Latiff Mohidin. 1966 4. Lidi Media : Kapur Pastel Tahun : 1962 2.5. Kapal Kertas.

Imago Senja ( Cetakan ) Media : Kayu Tahun : 1969 A.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Yati. 1964 39 .5. pastel.Latiff Mohidin.6.11 Mazli Mat Som Mazli Mat Som. Kayu 2. Siri Langkawi.

5. Menanti Nelayan.6. Menyeberang Sungai Media : Cat Air Tahun :1958 2. Cat Minyak.5. 1958 40 .6.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mazli Mat Som.13 Lai Foong Moi Lai Foong Moi. Waktu Pagi Di Kampung.12 Khaw Sia 1. Cat Minyak. 1965 2.

1958 2. Tanah Dan Air. Gauce. Sawah Padi Media : Cat Minyak Tahun :1963 41 . Semangat Angin.5. 1961 Patrick Ng Kah Onn.15 Yeoh Jin Leng (1929 - ) 1.6.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Cat Minyak. Menjemur Kain.6.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 ) Patrick Ng Kah Onn.5.

Pantai Timur 2. Paku Kipas.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Lilin Dan Pewarna Batik.17 Khalil Ibrahim 1. Cat Minyak.6.16 Jolly Koh Jolly Ko.5.1978 42 . 1968 2. Pantai Timur 1 Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1988 Khalil Ibrahim.5.6.

1968 Rumusan Seni visual selepas merdeka semakin matang dan menjadi bidang professional.6.5. Lilin Dan Pewarna Batik. arca dan karya mula menggunakan perisian komputer. 43 . Di Tepi Pantai Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1958 Chua Thean Teng. Musim Buah. Seni visual juga menjadi salah satu simbol perpaduan kaum.18 Chua Thean Teng 1. Kemunculan catan hard-edge. Institut dan akedemi seni swasta memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Persepsi masyarakat terhadap seni visual mula berubah daripada peringkat rendah ke peringkat antarabangsa.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.

bentuk aliran karya .tahun .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Latihan 2.1 Bina jadual perbandingan perkembangan seni visual selepas merdeka daripada hasil analisa terhadap bahan bacaan dan internet mengenai : .bentuk dan makna .stail 44 .tokoh .tema .

3. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain. dalam bukunya ‟Pandangan Islam Tentang Seni‟ menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi. Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian. Sidi Ghazalba. 2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni.1 Sinopsis Menurut Drs. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 3 APRESIASI KARYA SENI ORIENTAL 3. 45 . Menurut Zakaria Ali.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman.

3 Kerangka Tajuk-Tajuk Apresiasi Seni Oriental Falsafah dan Stail Perbandingan PandanganTokohtokoh Perbandingan Karya-karya Tuliskan esei pendek mengenai pengertian seni oriental dan ciricirinya. Seni China dan Seni India.4. Sebagai contoh. 46 . Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah Timur Tengah.1 Pengenalan Seni Oriental Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau berkumpulan. karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri. Asia Selatan dan Asia Timur. negara-negara dan peralatan yang berasal dari kawasan tersebut. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk menjelaskan tentang kebudayaan.4 KANDUNGAN ISI 3. Ia termasuklan Seni Islam.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 3. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. 3.

Tiada elemen-elemen figura. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas. Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. keinginan. perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Tiada pemisahan antara seni dan agama. perasaan dan akal fikiran manusia. nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan 47 . kehendak. Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan. Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Seni Islam Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Dalam jiwa." Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. sifat. muzik. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. perasaan. seni bina dan seni pentas. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia. Sunnah dan Ijma' Ulama. pada semua tempat. zaman dan situasi menepati citarasa. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan. nafsu.

tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dlm hidup. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Ia berkembang maju pada zaman Maurya. Nilai-Nilai Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa yang harus dilakukan. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim. contoh Tiang Asoka. Karma – prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal dari India. (b) Seni China Menurut ahli sejarah. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Dharma dikaitkan degan tugas. contoh Stupa Sanchi. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. (c) Seni India Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. Zaman Muslim. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. Kepercayaan kepada Tuhan – kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang Hindu. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah. Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya. Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina.m. contoh Tiang Asoka. Berasaskan kepada keagamaan dan pemujaan. Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI insan yang hampir kepada Allah. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil. contoh Stupa Sanchi. tahun 132 s. 48 . contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam.

Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi panduan.1 Jelaskan tentang perzezaan seni Islam dengan seni India dari sudut keagamaan. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni dalam karya yang mereka hasilkan. Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan. Mohd Taib Osman dan lainlain. Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada falsafah barat. Plato. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di Malaysia. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Leonardo da Vinci. Atistotle.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Latihan 1. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan.4. 3. pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah seperti Socrates.2 Falsafah dan Stail Pengenalan ‟Philos‟ dalam bahasa Yunani bermaksud bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala ‟Sophia‟ kebijaksanaan atau pengetahuan. Socrates. Falsafah seni pula adalah proses mencari jawapan kepada keindahan. 49 . Maka ‟Philosophia‟ secara jelasnya membawa maksud ‟mencintai akan kebijaksanaan‟. falsfah Islam dan falsafah timur.

didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. halal dan berakhlak. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam. dapat dipandang. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Falsafah Seni Islam Sejarah telah membuktikan bahawa. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan). Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. 50 . makhluk dan alam sekitar'. Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan.

Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Manakala menurut Al-Faruqi. nama kitab atau buku . Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan. 51 . Seni Khat Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal. disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci. konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya. penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak‟. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan gerakan tangan. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Beliau menegaskan bahawa:„Setiap motif „arabesque‟ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. inspirasi dari model khat lain. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani. mudah dirobah.

Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini. Riq'ah. Khat Kufi berasal dari Kufah. 52 . nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Nasakh. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Antaranya khat utama ialah Kufi. Diwani Jali dan Raihani. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan. Diwani. Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. surat penghargaan dan sebagainya. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian. Khat Diwani. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Farisi.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Jenis-jenis Seni Khat Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Thuluth. nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain. jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid. Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. pemerintahan. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran). Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan.

tembikar. seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh. sejadah. tikar permaidani. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding. makam. Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth. rumit penulisannya. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas. cerek. 53 . buyung. Seni Bina Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas. burung dan sebagainya. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. ia lebih banyak bentuknya .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Khat Diwani Jali. perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling. piring. juka dibandingkan dengan khat diwani. lebih indah dan estatik. gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Ia digubah dalam bentuk perahu. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang. reka bentuk yang direka oleh manusia. pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah. daun pintu. lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. ikan. kulit buku. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan. Pada zaman tersebut. Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. tungku dan topi besi perang. jubin. huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. bekas air.

1: Corak-Corak Arabes 7 54 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas. dewa atau patung. buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan. Rajah 1.

3: Khat Diwani Rajah 1. langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua 55 . kelembapan dan kepanasan.2: Khat Thuluth Rajah 1. Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan dan kecerahan.2 Senaraikan jenis-jenis khat dan dan kegunaannya masing-masing (b) Falsafah Seni China Mencius.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rajah1.5: Seni Bina 1. seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.

kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang paling kurang memerintah. Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. kesopanan. Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan. kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga. Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada 56 . masyarakat dan negara.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam dan berkilat. manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat. bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal berbadan kecil. Menurut Falsafah Toisme pula. Jika wujud sifat hormat menghormati. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains dan teknologi. akan memudahkan kefahaman rakyat. kesabaran menanggung penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di China. Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Seni Tembikar Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina.

pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan san kemanusiaan a) Ciri-ciri catan Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. Taoism dan Confucianism. Pada akhir Wangsa Chou. diperbuat daripada marmar. Catan mempunayi falsafah Arca dan Ukiran Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca berbentuk harimau dan burung hantu. Zaman Sung. Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua 57 . Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang. Shensi. Di guagua Tung Huang. bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian dan istiadat keagamaan Catan Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha. menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam. ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Terdapat banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang. Tembikar zaman Wangsa Ha. Seni Tembaga Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari bentuk-bentuk tembikar.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan tembikarnya.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

Seni kaligrafi Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script) Senibina Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking

a) Ciri-ciri Senibina

Berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu gerbang, beratap genting melengkungn ke atas.

Catan lanskap Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.

a) Ciri-ciri Catan lanskap Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan

58

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah.

Hukum Catan China (Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ton dan suasana: “Chi Yun Sheng Tungn” ton yang memberi suasana yang ghairah dan dinamik. Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.

Seni Bina

59

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Arca

Seni Tembikar

60

61 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni Catan Rajah : Menunujukkan lukisan zaman klasik China yang banyak memberikan gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang dalam kehidupan mereka.

air. Pengasas aliran ini ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Inferens (anumana). Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang). akasha (eter). Vaisheshika. kala (masa). Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha). Mimamsa dan Vedanta. manas (minda) dan atma(jiwa ). Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda) Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Dikenali sebagai astika darshana. (c) Falsafah Seni India Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya. Confucius dan Toisme Tuliskan satu essei pendek tentang konsep Yin dan Yang berdasarkan catan lanskap . api dan udara. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI FALSAFAH CHINA Mencius (Ying Yang) Confucius Toisme Rajah : Falsafah China terbahagi kepada Mencius. 62 . Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Sankhya. Yoga.

pancaindera.dan Tamas Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. simpati. Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra. belas kasihan. Kepentingan – sistem tafsiran Veda.Vedanta. Teks asas ialah karya-karya Upanishad. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Mimansa bererti siasatan. Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan. Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. Brahma Sutra dan Bhagavad Gita.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. murah hati. Mengelak daripada melakukan 63 . Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. Dua aliran utama iaitu Advai ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). sebab dan akibat. intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. jasa dan pengorbanan diri. Rajas . Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva. Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang. Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup.Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita. Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. minda. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti (jirim). Aliran Ramanuja disebut Vis is tadvaita. Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.

Seni Bina dan Seni Ukir Bidang Kesenian India. maka banyak patung-patung berbentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kekejaman atau mencederakan. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Perpaduan – masyarakat dari pelbagai kaum dan agama. Dibuat daripada batu marmar. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada zaman Guptas. Berkembang maju pada zaman Maurya. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. Ada juga menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. keadilan. Satya – kebenaran. Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Seni Lukis Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. contoh Stupa Sanchi.ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. tindakan yg benar. contoh Tiang Asoka. kerana ia lebih tahan dari tanah liat. Zaman Muslim. Seni arca bermula dengan patung. Contoh Gua 64 .

Zaman Muslim.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Ellora. Contoh Gua Ellora. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Zaman Muslim. Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya.merupakan zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Badami dan Bagh.pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Stupa dan Brobodur Seni Arca 65 . Badami dan Bagh.

juga telah mengemukakan teori estetika yang menyentuh aspek keindahan yang terdapat dalam sesuatu karya seni. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. 66 . Menurut Al Ghazali. Al Ghazali tidak melihat sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki.3 Perbandingan PandanganTokoh-tokoh (a) Pandangan Tokoh Islam Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. ahli falsafah terkenal Islam. Al-Ghazali. keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang perlu dihayati.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Lukisan Miniatur Radhe Krishna Lukisan Miniatur Rajasthani Hasilkan satu essei pendek mengenai enam aliran dalam sistem falsafah India 3.4.

Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :  Seni melaui pendengaran seperti muzik. beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk estetika. manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat. cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921 telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya. Pandangan ahli-ahli falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba lagi. Al Faruqi. (b) Pandangan Tokoh China Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. senia suara dan sebagainya. seni hias. Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Justeru itu. seni pakaian dan sebagainya. filem dan sebagainya. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. prosa. deklamasi puisi. memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera.  Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama. teater. tablo.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Drs. Namun pendapat tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni 67 . Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan pengalaman manusia itu sendiri. seni bina.  Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.  Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis. Al Faruqi menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam.

Konsep saster Hindu seperti „Rasa‟. Latihan 1.3 Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni 68 . Krya seni ini adalah gambaran keagamaan. Kalidasa pula menghasilkan puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan „rasa‟ yang mengetengahkan konsep estetika sepenuhnya. Teori „rasa‟ mula berkemba ng dengan teks Sanskrit iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan dalam persembahan drama ‘Fifth Veda’. Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Berdasarkan Kapila Vatsayan. (c) Pandangan Tokoh India Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan bentuk spiritual ang lebih sempurna. sastera (kaavya). seni catan. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak. bentuk seni bina klasik Hindu. adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan untuk golongan berada dan bukan golongan miskin. seni arca. Teori „rasa‟ juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam puisi klasik. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. muzik dan tarian mempunyai aturan tersendiri. berhubungkait dengan gambaran simbolisme.

Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan keagamaan. spiritual dan percaya bahawa seni berkait rapat dengan masyarakat.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI RUMUSAN Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses mencari jawapan kepada keindahan. di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. yang bersifat ketuhanan. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan. Falsafah China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius. Manakala falsafah India pula disebut Darsana. 69 . rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Confucius dan Taoisme.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful