You are on page 1of 12

LAPORAN PEMERIKSAAN KOLAM RENANG

1.0 i.

DATA PENTADBIRAN Nama Syarikat / Nama Kolam Renang : LOST WORD OF TAMBUN (LWOT)

ii.

Nama Pengurus : Calvin Ho

iii.

Alamat Perniagaan: SUNWAY LAGOON WATER PARK SDN BHD 1 PERSIARAN LAGUN SUNWAY 1 BANDAR SUNWAY IPOH 31150 ULU KINTA

iv.

No Telefon Pejabat : 605-5428888

v.

Tarikh Pemeriksaan : 14. March. 2013

vi.

Pegawai Pemeriksa EN AHMAD RAHISHAM BIN RAHIM

2.0

PENGURUSAN 2.1 Struktur Bahan binaan untuk lantai dan dinding kolam adalah sesuai, licin dan tidak toksik. Lantai dan dinding kolam juga berada dalam keadaan yang baik dan tidak retak. Kolam dikelilingi dengan suatu salur limpah. Sekeliling kolam renang disediakan dengan lorong jalan kaki yang tidak licin.

Peti pertolongan cemas dan jaket keselamatan ada disediakan dan diletakkan di tempat yang sesuai. Tiada penjaga disediakan untuk mengawasi perenang dan pengunjung. Walaubagaimana pun, penyelia kolam renang sentiasa berada di kawasan kolam renang tersebut.

Tanda aras kedalaman kolam tidak disediakan. Keadaan ini berpotensi mendatangkan bahaya kepada perenang atau pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak.

2.2

Kesihatan dan keselamatan Berdasarkan maklumat daripada pemilik kolam renang tiada kejadian yang tidak diingini berlaku akibat bahan-bahan kimia dan disinfektan yang digunakan di kolam renang tersebut. Tiada kejadian kebocoran gas toksik dan penggunaan disinfektan adalah terkawal. Walaubagaimana pun, terdapat segelintir pengunjung yang mandi di kolam renang tersebut mengalami kegatalan pada kulit. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh pendosan bahan disinfektan yang tidak mencukupi semasa proses rawatan air kolam.

2.3
Bil

Penilaian risiko
Hazad Golongan yang terdedah Perenang atau pengunjung kolam renang terutamanya kanak-kanak. Risiko dari hazad Lemas Langkah kawalan sedia ada Cadangan

Proses kerja

1.

Kolam renang

Tanda aras kedalaman kolam tidak disediakan

Tiada tangga di dinding-dinding sisi di hujung kolam Air kolam yang tercemar

Perenang

Perenang atau pengunjung yang mandi di kolam tersebut.

Terdapat garisan pada lantai kolam bagi memisahkan kawasan dalam dan cetek. Langkah kawalan ini tidak mencukupi kerana kedalaman sebenar kolam tidak diketahui. Tiada langkah pencegahan sedia ada yang efektif Iritasi mata Sistem rawatan dan kulit kolam yang berkesan.

Tanda aras kedalaman kolam renang haruslah disediakan.

2.

Pengurusan

Tiada anggota penyelamat

Pengunjung yang menggunakan kolam renang.

Kemalang an. Contohnya , lemas.

Tiada langkah pencegahan sedia ada.

3.

Bilik operasi rawatan kolam renang

Tiada laluan khas untuk pengendali/pekerja

Pekerja

4.

Proses rawatan kolam renang

Paras klorin tidak mematuhi piawai

Pengunjung yang mandi di kolam renang

Kemalang an. Contohnya , terjatuh dalam kolam rawatan. Iritasi mata dan kulit, perebakan penyakit berjangkit

Kayu yang diletakkan merentasi kolam rawatan

Membina tangga di dinding sisi di hujung kolam. Pemantauan berterusan bagi memastikan sistem rawatan air kolam yang efektif. Anggota penyelamat harus ada di kolam renang. Menyediakan alat penyelamat seperti galah panjang. Menyediakan laluan khas untuk pekerja

Rawatan kolam renang tidak efektif.

Pemantauan harus dijalankan ke atas proses rawatan kolam renang dan pendosan disinfektan

2.4

Training staff Semua kakitangan terlatih dengan tugas yang diberikan. Terdapat satu orang staf di setiap kolam yang disediakan yang mana bertindak sebagai penyelia, dan juga bertugas dalam penyelamat air kolam renang.

2.5

Regulations Terdapat papan tanda peraturan kolam renang diletakkan di kawasan kolam renang tersebut. Peraturan kolam renang harus dilekat atau diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Peraturan ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan di kolam renang tersebut.

3.0

REKA BENTUK, SAIZ KOLAM, KEDALAMAN KOLAM

3.1

Bathing Load Disebabkan bentuk kolam adalah tidak bersegi, keluasan kolam tidak dapat diukur. Tambahan pula, pengurus kolam renang tersebut juga tidak mempunyai maklumat tentang keluasan kolam tersebut. oleh itu, bathing load tidak dapat diketahui. Circulation rate dan Turnover juga tidak dapat dikira kerana maklumat keluasan kolam dan maklumat lain yang diperlukan tidak diperoleh.

3.2

Dilution Dilution dilakukan bergantung kepada keadaan fizikal air.

3.3

Sistem perawatan Serbuk klorin digunakan untuk disinfektan untuk membunuh mikroorganisma patogenik. Manakala dalam proses kogulasi, bahan kimia yang digunakan ialah Aluminium Sulfat. Selain itu, Natrium Karbonat dan Asid Hidroklorik merupakan bahan kimia yang digunakan dalam pengawalan pH air kolam.

3.4

Plant Room Terletak dibahagian belakang kolam rekreasi. Di sini segala kawalan proses rawatan air dilakukan seperti memasukkan klorin, natrium klorida (NaCl2) dan penapisan air.

3.5

Operasi Kolam ini beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam.

4.0

PENCEMARAN AIR KOLAM

4.1

Pengguna kolam renang Pencemaran air kolam daripada pengguna kolam renasng kemungkinana besar berlaku kerana pengunjung tidak diwajibkan untuk mandi (pre-swim hygiene) terlebih dahulu sebelum menggunakan kolam renang tersebut.

4.2

Infeksi Setakat ini belum ada kejadian kes atau infeksi serius yang berpunca dari kolam renang kecuali iritasi mata dan gatal-gatal pada kulit. Walaubagaimana pun, pihak pengurusan kolam renang haruslah memastikan sistem rawatan kolam renang berfungsi dengan baik dan efektif. Pool Hygiene Cleaning juga haruslah diberi perhatian bagi mengelakkan perebakan penyakit berjangkit berpunca dari kolam renang.

5.0

POOL HYGIENE CLEANING

5.1

Pre swim hygiene Bilik mandi disediakan ada disediakan untuk pengunjung membersihkan diri sebelum dan selepas mandi di kolam renang tersebut.

5.2

Showers dan tandas Jantina/kemudahan Tandas Showers Lelaki 14 7 buah Perempuan 14 buah 7 buah

5.3

Pembersihan kolam Pembersihan bagi kawasan permukaan kolam renang dijalankan sekali untuk 1 hari. Manakala untuk pembersihan 1 kali sehari.

6.0

DISINFECTION

6.1

Dosing Pendosan untuk rawatan kolam renang dijalankan setiap hari atau pada setiap malam. Berdasarkan bacaan nilai klorin di kolom renang tersebut, pendosan yang dijalankan mencukupi dan efektif. Ini kerana bacaan klorin yang didapati 1.80 bagi outlet dan 1.40 bagi inlet, menepati piawai yang ditetapkan iaitu sekurangkurangnya 1.0 ppm.

6.2

Disinfectant Bahan disinfektan yang digunakan dalam proses rawatan kolam ialah klorin yang berfungsi untuk membasmi kuman.

6.3

Algicides Algicides dijalankan setiap hari. Ini kerana pengunjung ramai pada setiap hari. Tambahan pula kolam renang tersebut di tempat terbuka yang sering terdedah kepada cahaya matahari yang mana mempercepatkan pertumbuhan alga.

7.0

PH & WATER BALANCE Nilai pH Inlet = 7.59 Outlet = 7.64 Alkalinity Inlet = 36 Outlet = 34 Pepejal terlarut Inlet = 417 Outlet = 434 NTU Inlet = 1.02 Outlet = 0.83 Cl Inlet = 1.80 Outlet = 1.40

8.0

PENGAWASAN KIMIA Pengawasan kimia biasanya dijalankan oleh PPKP dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta. Walaubagaimana pun, pengawasan kimia ini juga dijalankan sendiri oleh pihak pengurusan kolam renang terutama bagi memastikan dos-dos bahan kimia yang digunakan dalam rawatan air kolam renang pada tahap yang ditetapkan.

9.0

PENGAWASAN BAKTERIA Pengawasan bakteria biasanya dijalankan oleh PPKP dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta. Walaubagaimana pun, pengawasan kimia ini juga dijalankan sendiri oleh pihak pengurusan kolam renang terutama bagi memastikan dos-dos bahan kimia yang digunakan dalam rawatan air kolam renang pada tahap yang ditetapkan.

10.0

PENAPISAN Sistem pusingan semula air kolam renang beroperasi dalam 5 peringkat. Penapisan merupakan proses yang berlaku pada peringkat ke 3. Kadar penapisan adalah sesuai iaitu pada kadar yang sederhana berdasarkan pada saiz kolam tersebut. Backwashing dan koagulasi juga dijalankan dalam proses penapisan. Jenis penapis yang digunakan ialah penapis pasir.

11.0

PUSINGAN Pusingan semula air kolam renang penting dalam memastikan kesihatan, keselamatan dan nilai estetik kolam renang terjaga. Proses pusingan air kolam berjalan dengan baik di mana surface water draw off, inlet dan outlet serta pum ada disediakan.

12.0

HEATING AND AIR CIRCULATION Suhu kolam renang mematuhi standard yang ditetapkan iaitu antara 21.10C hingga 32.20C.

LAMPIRAN

Pemesiksaan jumlah kealkalian CaCO3 menggunakan peralatan EXAET MICRO 7+ (ADVANCE PHOTOMETER SYSTEM)

Pemesiksaan jumlah keliatan(kalsium) CaCO3 menggunakan peralatan EXAET MICRO 7+ (ADVANCE PHOTOMETER SYSTEM)

You might also like