You are on page 1of 10

10 PENDAHULUAN

1.1 PENGURUSAN

1.2 ORGANISASI

20 PENGURUSAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI


NASIONAL

2.1. SEJARAH PENUBUHAN

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL


KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang
pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan
perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti
Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN
telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan
masyarakat di negara ini pada waktu itu.

Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan


iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan
di antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Di
antara 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah
Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN).

2.2 SKOP PENGURUSAN

2.2.1 OBJEKTIF

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan
kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada
perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional.
Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut telah
diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan ‘Rukun Negara’ sebagai ideologi
kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindak-tanduk politik boleh
memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan ‘Barisan Nasional’. Sebagai
tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha
pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya
ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial
Negara. Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan
2020 seperti berikut:

‘Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-
mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan
sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi,
keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-
nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan
bangsa sendiri.’

Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatupadu,


mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh,
hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta
mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.

2.2.2 DEFINISI

Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan


Negara dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional,
beberapa konsep dan istilah yang berkaitan perlu difahami.

1) Perpaduan Negara

Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah,
hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen
yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

2) Integrasi Nasional

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia


khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan
Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

3) Bangsa Malaysia

Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan
diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan
etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan
adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu
kepada bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

2.2.3 VISI

Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan Bangsa
Malaysia Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju

2.2.4 MISI

Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan Interaksi

Sosial Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu dan Beridentiti
Nasional

2.2.5 MOTO

” BERSATU KITA MAJU ”

2.2.6 OBJEKTIF UMUM

Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi


nasional selaras dengan dasar-dasar Kerajaan berlandaskan Perlenbagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
2.2.7 OBJEKTIF KHUSUS

• Memupuk semangat perpaduan rakyat antara kaum dan sesama kaun serta
mengukuhkan integrasi nasional kea rah pembentukan satu bangsa
Malaysia yang bersatu padu.

• Memperkasakan komuniti.

• Mengukuhkan jaringan (networking) dengan agensi-agensi kerajaan,


Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO’s), sector swasta serta agensi dan
pertubuhan di peringkat antarabangsa.

• Memperkukuhkan amalan dan penghayatan nilia-nilai muri serta semangat


patriotisme di kalangan masyarakat.

• Memperkukuhkan amalan tadbir urus baik (good governance) dalam


pengurusan Jabatan.

2.2.8 DASAR KUALITI JABATAN

Dasar Kualiti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah


menjadikan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebagai sebuah
Jabatan yang cemerlang, komited dan mampu dalam memberi perkhidmatan yang
cekap dan berkesan kepada orang ramai.

2.2.9 PIAGAM PELANGGAN

Kami komited untuk memperkukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional


bagi melahirkan satu bangsa malaysia yang bersatu padu

• Menggubal, menyelaras dan melaksanakan dasar yang boleh mengukuhkan perpaduan


negara dan integrasi nasional;
• Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/aktiviti yang boleh memupuk
dan mengukuhkan semangat perpaduan dan integrasi nasional serta meningkatkan
semangat patriotik di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini;
• Menubuhkan kawasan rukun tetangga dan tabika perpaduan berdasarkan kelulusan
yang diberi oleh agensi pusat;
• Memberi bimbingan dengan menerapkan nilai-nilai murni serta perpaduan di
kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun melalui program pendidikan pra
sekolah di tabika perpaduan;
• Melaksanakan program latihan kepada pegawai dan kakitangan jabatan, ahli
jawatankuasa rukun tetangga dan guru-guru tabika perpaduan dalam usaha
meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran;
• Melaksanakan penyelidikan mengenai perpaduan dan integrasi nasional secara
berterusan dan saintifik;
• Memantau iklim perpaduan dan integrasi nasional melalui pengesanan perhubungan
sosial;
• Meningkatkan publisiti dan mempromosi perpaduan dan integrasi di peringkat
negeri dan kebangsaan melalui media cetak dan elektronik;
• Mengukuhkan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan
bukan kerajaan, institut pengajian tinggi dan pertubuhan antarabangsa; dan
• Mengukuhkan amalan tadbir urus baik (good governance) dengan mengurus
kewangan, sumber manusia dan pentadbiran am mengikut prosedur dan peraturan
yang berkuatkuasa.

30 ORGANISASI JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

3.1 STRATEGI ORGANISASI


Menjadi penggerak utama kepada jentera dalam semua perkara dasar, strategi,
program serta menjadi pusat kepada semua maklumat yang berkaitan dengan isu
perpaduan negara.

3.2 FUNGSI ORGANISASI

Fungsi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam mencapai


objektifnya ialah:-

• Menggalakkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

• Menerap Nilai-nilai Kewarganegaraan Ke Arah Pembentukan Satu Bangsa


Malaysia yang bersatu padu.

• Mencegah Konflik Antara Kaum, Masyarakat dan Wilayah.

• Memantau, Mengesan dan Menilai Perhubungan Antara Kaum dan


Masyarakat.

• Menyelaras Program/Aktiviti Perpaduan dengan Agensi-agensi Kerajaan,


Swasta dan lain-lain.

3.3 STRUKTUR ORGANISASI

Pada 24 Julai 2001, selaras dengan bidang-bidang yang dinyatakan di dalam


P.U.(A) 35 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah disusun semula
yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dinantu oleh dua Timbalan Ketua
Pengarah dan dibahagikan kepada enam bahagian seperti berikut:-

(i) Bahagian Pengurusan

(ii) Bahagian Hal Ehwal Koporat

(iii) Bahagian Perancangan dan Pembangunan


(iv) Bahagian Penyelidikan Impak

(v) Bahagian Pembangunan Komuniti

(vi) Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Integrasi Negara

Sementara itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mempunyai 15


buah pejabat di Peringkat Negeri dan di 78 daerah, seperti yang tercatit di dalam
Jadual 1.

3.4 FUNGSI DAN TUGAS-TUGAS SETIAP BAHAGIAN

1) BAHAGIAN PENGURUSAN

Bahagian ini bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan pentadbiran jabatan


dan memberi sokongan kepada bahagian-bahagian lain termasuk menyediakan
kemudahan ICT kepada bahagian, negeri serta daerah.

Merancang, mengurus dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

1. Pentadbiran

2. Kewangan

3. Perkhidmatan

4. Latihan

5. Teknologi Maklumat

2) BAHAGIAN HAL-EHWAL KORPORAT

Bahagian ini bertanggungjawab dalam meningkat dan memperkukuhkan jaringan


kerjasama negara dalam isu-isu yang membabitkan perpaduan di peringkat
serantau dan antarabangsa.

3) BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan menyelaras pelaksanaan program-


program dan aktiviti-aktiviti untuk memantapkan lagi perpaduan dan integrasi
nasional.

Antara aktiviti-aktiviti penting yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Urusetia Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL)


2. Urusetia Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpaduan
Negeri (JKPPN)
3. Menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN)
4. Urusetia Majlis Dialog Perpaduan
5. Urusetia Mesyuarat Perancangan Strategik dan Sasaran Kerja Tahunan
6. Urusan Parlimen
7. Menyelaras maklum balas bagi Mesyuarat Pasca Kabinet dan Mesyuarat
Ketua Jabatan
8. Menjadi Jawatankuasa Kecil untuk Program-Program Jabatan

4) BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN IMPAK

Bahagian ini berperanan dalam melaksanakan aktiviti kajian, penyelidikan dan


pengesanan isu sosial dan konflik perhubungan kaum dalam usaha untuk
memantapkan lagi perpaduan dan integrasi nasional.

5) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

Bidang Tugas
Menyemai dan memupuk semangat serta nilai-nilai kejiranan dan perpaduan di
kalangan masyarakat. Ia dijalankan menerusi aktiviti pembangunan komuniti dan
pendidikan prasekolah seperti Rukun Tetangga dan Tabika.

Objektif
Objektif Bahagian ini adalah untuk memupuk semangat serta nilai-nilai
perpaduan di kalangan masyarakat bagi mencapai matlamat satu Bangsa
Malaysia yang bersatu padu. Ia dilaksanakan menerusi aktiviti pembangunan
komuniti, kemasyarakatan dan pendidikan pra-sekolah melalui institusi Skim
Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan.

Fungsi Unit Rukun Tetangga


1. Mengurus dan menyelaras penubuhan dan pembatalan Kawasan Rukun
Tetangga.
2. Memantau dan menyelia perjalanan Skim Rukun Tetangga serta aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakannya.
3. Mengurus, menyimpan dan menyediakan laporan dan maklumat mengenai
bilangan serta profail Kawasan Rukun Tetangga.
4. Mengkaji, menyemak dan menilai segala aspek perundangan dalam Skim
Rukun Tetangga serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan
pentadbirannya.
5. Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan kepada Ahli- Ahli
Jawatankuasa Rukun Tetangga.
6. Mengurus dan melaksanakan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan Rukun
Tetangga.
7. Menyelaras pelaksanaan Program Rakan Muda Jiran Muda.
Fungsi Unit Tabika
1. Merancang, mengurus dan melaksana program pra-sekolah Tabika Perpaduan
termasuk perluasan dan pembukaan kelas-kelas baru.
2. Mengawasi dan menyelia perjalanan kelas Tabika Perpaduan termasuk premis
dan peralatannya.
3. Mengurus dan menyelaras bahan pengajaran dan pembelajaran, alat bantu
mengajar dan buku teks Tabika Perpaduan.
4. Mengurus, menyelia dan memantau laporan-laporan dan data-data berkaitan
Tabika Perpaduan.
6)BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN INTEGRASI
NASIONAL

Bidang Tugas

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan masyarakat yang boleh


merapatkan perhubungan kaum dan memupuk semangat patriotik di kalangan
rakyat ke arah mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Urusan
penerbitan juga diletak di bawah bahagian ini.

You might also like