You are on page 1of 8

Praktikal 4 sce 3109 Praktikal 4 Tajuk : Elektrolisis Tujuan : Untuk mengkaji tindak balas redoks dari segi pemindahan

elektron pada suatu jarak. Teori : Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan kedua-dua proses iaitu pengoksidaan dan penurunan. Ini termasuklah proses redoks ringkas seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida, penurunan karbon

oleh hidrogen untuk memberikanmetana, atau pengoksidaan gula dalam badan manusia, menerusi satu siri proses pemindahan elektron yang sangat rumit. Istilah redoks (redox) datangnya daripada dua konsep iaitu penurunan (daripada Bahasa Inggerisnya reduction) dan pengoksidaan (oxidation). Ia boleh diterangkan menggunakan penjelasan mudah: Pengoksidaan menerangkan tentang kehilangan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion Penurunan menerangkan tentang penerimaan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion Pengoksidaan dan penurunan sebenarnya merujuk kepada perubahan nombor pengoksidaanpemindahan sebenar elektron mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu, takrifan yang lebih baik bagi pengoksidaan ialah peningkatan dalam nombor pengoksidaan, dan penurunan sebagai pengurangan dalam nombor pengoksidaan. Secara amalannya, pemindahan elektron sentiasa mengakibatkan perubahan nombor pengoksidaan, tetapi terdapat banyak tindak balas yang dikelaskan sebagai redoks, walaupun tidak ada elektron yang berpindah (contohnya yang melibatkan ikatan kovalen). Bahan yang mampu mengoksida bahan-bahan dikenali sudut sebagai agen berbeza, lain

dinamakan oksidatif atau oksidaan dan atau bahanpengoksida. Dilihat dari

pengoksidaan, pengoksida

bahan

mengeluarkan elektron daripada bahan-bahan lain, lalu menurunkan diri sendiri. Bahan pengoksida biasanya merupakan bahan kimia daripada unsur dengan 1

Praktikal 4 sce 3109 nombor pengoksidaan yang tinggi (contohnya, H2O2, MnO4-, CrO3, Cr2O72-, OsO4) atau bahan dengan keelektronegatifan tinggi yang boleh menerima satu atau dua elektron lebihan dengan mengoksidakan sesuatu bahan (O, F,Cl, Br). Bahan yang mampu menurunkan bahan-bahan lain dinamakan reduktif dan

dikenali sebagai agen penurunan, atau bahan penurun. Dilihat dari segi berlainan, bahan penurun memindahkan elektronnya pada bahan lain. Bahan penurun, dalam bidang kimia adalah sangat pelbagai. Penurun logam -logam keunsuran

elektropositif boleh digunakan (Li, Na, Mg, Fe, Zn, Al) sebagai agen penurunan. Logam-logam ini dengan sedianya menderma atau membuang elektron. Jenis bahan penurun lain termasuklah reagen pemindah hidrida (NaBH4, LiAlH4), reagen-reagen ini digunakan dengan meluasnya dalam kimia organik, terutamanya dalam penurunan sebatian karbonil kepada alkohol. Kaedah berguna yang lain ialah penurunan yang melibatkan gas hidrogen (H2) dengan mangkin palladium, platinum, atau nikel. Penurunan-penurunan bermangkin ini digunakan terutamanya dalam penurunan ikatan karbon-karbon ganda dua atau ganda tiga. Cara melihat proses redoks dari segi kimia ialah bahan penurun memindahkan elektron kepada bahan pengoksida. Oleh itu, dalam tindak balas ini,bahan penurun atau agen manakala bahan dan diturunkan. penurunan kehilangan pengoksida atau agen elektron dan adalah teroksida, elektron

pengoksidaan menerima

Radas

tiub-U, penitis, elektrod karbon, galvanometer, kaki retort dan pemegang, wayar penyambung, klip buaya

Bahan

0.2 mol dm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid 0.5 mol dm-3 larutan ferum (II) sulfat larutan kalium manganat (VII) 2

Praktikal 4 sce 3109 larutan kalium iodide. Asid sulfurik Larutan kanji Larutan kalium thiocyanate

Susunan radas :

Praktikal 4 sce 3109 Prosedur : 1. Sebuah tiub U diisikan setengah penuh dengan asid sulfurik cair. 2. Dengan menggunakan penitis berasingan, larutan kalium dikromat (VI) berasid dimasukkan ke dalam salah satu lengan tiub U. Lengan tiub U yang satu lagi diisikan dengan larutan ferum (II) sulfat. 3. Elektrod karbon dicelup ke dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid dan larutan ferum (II) sulfat. 4. Kedua-dua elektrod disambungkan kepada galvanometer melalui wayar penyambung. 5. Perubahan di elektrod dan arah pesongan jarum galvanometer direkodkan. 6. Radas tersebut dibiarkan selama 30 minit. Perhatikan sebarang perubahan yang berlaku. 7. Larutan ferum (II) sulfat diambil menggunakan penitis yang bersih dan dimasukkan ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan Kalium thiocyanate dimasukkan. Perubahan diperhatikan. 8. Langkah 1 hingga 6 diulangi dengan menggunakan pasangan agen pengoksidaan dan agen penurunan berikut : a) Larutan Kalium manganat (VII) berasid b) larutan kalium iodide 9. langkah 7 diulang untuk mengkaji larutan kalium iodide dengan larutan kanji.

Praktikal 4 sce 3109 Keputusan : Eksperimen 1 Arah pengaliran electron pesongan galvanometer menunjukkan arus mengalir dari elektrod dalam larutan kalium dikromat (VI) (terminal positif) ke elektrod dalam larutan ferum (II) sulfat (terminal negative) melalui wayar penyambung. Perubahan warna larutan kalium dikromat (VI) bertukar daripada jingga kepada hijau. Larutan ferum (II) sulfat bertukar dari hijau ke perang dan bertukar menjadi merah bata apabila diuji dengan larutan kalium thiocyanate Ion Fe2+ dioksidakan kepada ion Fe3+ Electron mengalir dari elektrod yang dicelup dalam larutan ferum (II) sulfat ke elektrod yang dicelup dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid. inferens

Eksperimen 2 Arah pengaliran electron pesongan galvanometer menunjukkan arus mengalir dari elektrod dalam larutan kalium iodide (terminal negative) ke elektrod dalam larutan kalium manganat (VII) berasid (terminal positif ) melalui wayar penyambung.

inferens

Electron mengalir dari elektrod yang dicelup dalam larutan kalium iodide ke elektrod yang dicelup larutan kalium manganat (VII) berasid.

Praktikal 4 sce 3109 Perubahan warna larutan kalium manganat (VII) berasid bertukar menjadi larutan tidak berwarna. Larutan kalium iodide tidak berwarna bertukar keperangan dan bertukar menjadi biru apabila diuji dengan larutan kanji. Kehadiran iodide. Ions iodide dioksidakan menjadi iodine. Manganat (VII) ions diturunkan kepada manganese (II) ions

Perbincangan : Questions: 1. (i) Write the redox equations for both the redox reactions carried out in this experiment. a) 6Fe2+ (aq) + Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 2Cr3+ (ak) + 7H20 (ce) b) 10I- (ak) + 2MnO4- (ak) + 16H+ 5I2 (ak) + 2Mn2+ (ak) + 8H20 (ce) (ii) In each of the reaction, state the oxidizing agent and redusing agent. - Untuk tindak balas (a) , agen pengoksidaan adalah larutan kalium dikromat (VI) dan agen penurunan adalah larutan ferum (II) sulfat. - untuk tindak balas (b) agen pengoksidaan adalah larutan kalium manganat (VII) berasid dan agen penurunan adalah larutan kalium iodide. 2. State the direction of flow electrons in each of the redox reaction carried out in this experiment. larutan ferum (II) (-) larutan kalium dikromat (+) electron melalui dari (-) ke (+) Kalium iodida(-) kalium manganat (+) elektron melalui dari (-) ke (+) 6

Praktikal 4 sce 3109 3. State the function of the sulphuric acid used. - untuk memisahkan agen pengoksidaan dan agen penurunan pada suatu jarak - membenarkan pergerakan ion menerusinya supaya litar elektrik adalah lengkap.

4. State another two pairs of solution that can be used for the experiment above. Agen penurunan - Potassium bromide,KBr solution Agen pengoksidaan - Chlorine, Cl2 water

Potassium iodide, KI solution

Bromine water, Br2

5. Explain why potassium bromide solution cannot be used to replace sulphuric acid? - Kalium bromida tidak boleh digunakan bagi menggantikan asid sulfurik kerana elektrolit ini adalah elektrolit lemah yang tidak membolehkan ion-ion bergerak melaluinya.

Praktikal 4 sce 3109 Kesimpulan : 1. Pemindahan elektron pada suatu jarak dalam tindak balas redoks menghasilkan arus elektrik 2. Di dalam satu sel redoks, pengoksidaan berlaku di elektrod negatif (anod) dan penurunan berlaku di elektrod positif (katod)

Rujukan : http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=FEB&m=4&r= m&i=NOTA http://ms.wikipedia.org/wiki/Tindak_balas_redoks

You might also like