You are on page 1of 30

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DPP407 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

PENSYARAH: DR. RABIATUL ADAWIYAH BT AHMAD RASHID

TAJUK: RANGKA CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

AHLI KUMPULAN:

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

HEMA LINDA SUBRAMANIAM WIRDAYATY BT AHMAD TAY HUI CHIN TEN SIEW SUAN
ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 KANDUNGAN Tajuk Kajian Nama Ahli-ahli Penkaji Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah kajian Tujuan/Objektif Kajian Persoalan Kajian Sorotan Kajian Metodologi Kajian 9.1 Reka Bentuk Kajian 9.2 Sampel Kajian 9.3 Prosedur Mengumpul Data 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0 9.4 Prosedur Menganalisis Data Cara Pelaksanaan Kaedah Spelling Bee Kesignifikanan Kajian Jadual Pelaksanaan Kajian Jadual Perbelanjaan Bibliografi Lampiran

(DP2689/09) (DP2779/09) (DP2773/09) (DP2774/09)

MUKA SURAT 3 3 3-4 4-5 5-7 8 8 9-10 10 10 10 11-14 15-16 17-18 18 19-20 20 21-22 23-29

1.0

TAJUK KAJIAN

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Meningkatkan Kemahiran Pertuturan Bahasa Inggeris Bagi Pelajar Tingkatan 1 Gigih, Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, Pasir Mas, Kelantan dengan Menggunakan Kaedah Spelling Bee.

2.0

NAMA AHLI-AHLI
1. 2. 3. 4. Hema Linda A/P Subramaniam Tay Hui Chin Ten Siew Suan Wirdayaty binti Ahmad

3.0

PENGENALAN
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.

Melalui bahasa, seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa. Oleh itu, penguasaan Bahasa Inggeris adalah amat penting kepada pelajar dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, pelajar-pelajar dapat memperolehi ilmu dengan lebih banyak dan mudah.

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa teras kedua selepas Bahasa Malaysia, adalah penting bagi membolehkan masyarakat Malaysia bersaing dengan dunia luar dalam menuju ke arah globalisasi. Ia bagi mengelakkan masyarakat Malaysia terpinggir dari arus pemodenan dan kemajuan global. Berdasarkan kepada kepentingan ini, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar sebagai bahasa kedua. Antara cadangan yang dikemukakan adalah, Bahasa Inggeris digunakan sebagai alat pembelajaran di samping mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar menguasai Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris adalah penting dalam bidang pendidikan di Malaysia pada abad ini.

4.0

LATAR BELAKANG KAJIAN


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa aspek penting yang

mesti diambil kira oleh setiap guru. Setiap pelajar perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dari segi penulisan, pembacaan, sebutan dan perbendaharaan kata. Pengetahuan ini adalah penting bagi membolehkan seseorang pelajar itu benar-benar berkualiti dari segi bahasanya. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar-pelajar yang masih keciciran dan ketinggalan dalam merentas arus perubahan yang sedang melanda negara. Dalam kajian ini, guru mendapati masih ramai pelajar yang gagal meningkatkan kemahiran pertuturan Bahasa Inggeris mereka di dalam perbualan seharian dan juga di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Hasil kajian oleh Anisfield (1964) menunjukkan pelajar-pelajar yang bilingual didapati mempunyai kemahiran kognitif termasuk kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan berfikir yang lebih baik. Menurut Nor Azmi (2002) pula, prestasi dan personaliti pelajar bilingual adalah lebih baik berbanding dengan monolingual. Penyataan ini diperkukuhkan oleh Cummin dan Swain (1986) yang mana, menurutnya, pelajar-pelajar yang bilingual didapati mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik daripada pelajar-pelajar monolingual. Guru berpendapat adalah penting untuk menghasilkan individu yang berkemahiran dalam Bahasa Inggeris sesuai dengan kehendak pasaran semasa yang mahukan pelajar-pelajar ini adalah benar-benar berkualiti terutamanya apabila berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kredit yang penting yang dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada pelajar tersebut untuk bersaing dengan individu yang lain.

5.0

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN


Penggunaan Bahasa Inggeris yang agak terhad di dalam proses pembelajaran dan

pengajaran di sekolah rendah telah memberikan impak yang agak kuat kepada pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Berdasarkan tinjauan yang dibuat, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan yang sedemikian berlaku. Antaranya, ialah kurangnya minat membaca di kalangan pelajar-pelajar. Para pelajar tidak berminat untuk membaca bahan-bahan

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

berbahasa Inggeris kerana mereka berpendapat bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sukar untuk mereka pelajari. Apatah lagi apabila mereka terikut-ikut dengan ejaan dan sebutan dalam Bahasa Melayu. Mereka berpendapat bahawa sebutan perkataan dalam Bahasa Melayu adalah berdasarkan ejaannya. Begitulah anggapan mereka dengan Bahasa Inggeris. Kurangnya membaca bahan-bahan berbahasa Inggeris ini menyebabkan

pengetahuan perbendaharaan kata yang terhad di kalangan pelajar. Apabila para pelajar ini tidak didedahkan secara meluas dengan perbendaharaan kata yang baru setiap hari, mereka terikat untuk menggunakan perkataan yang sama dan berulang-ulang setiap kali mereka membina ayat, sama ada, secara lisan atau bertulis. Selain itu, pada hemat guru, dorongan yang terlalu sedikit yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan penjaga menyebabkan mereka menjadi kurang minat. Hanya segelintir para ibu bapa dan penjaga ini yang benar-benar prihatin dengan prestasi pelajaran anak-anak mereka. Kebanyakan daripada ibu bapa dan penjaga ini adalah mereka yang mempunyai kerjaya ataupun sekurang-kurangnya mendapat sedikit pendedahan dalam pendidikan hingga ke peringkat SPM. Bagi para pelajar yang kurang berminat pula, kebanyakan ibu bapa dan penjaga mereka kurang mengambil tahu dengan prestasi pelajaran anak-anak. Bukan sahaja mereka tidak pernah menunjukkan muka ketika majlis-majlis yang dijalankan oleh pihak sekolah, malah tidak pernah mengambil tahu cukup atau tidaknya kelengkapan persekolahan anakanak seperti alat tulis dan buku-buku latihan. Seterusnya, guru mendapati pendekatan yang digunakan dalam P&P sebelum ini kemungkinan kurang berkesan di mana lebih berpusatkan kaedah expositori dan berlakunya
6

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

komunikasi sehala sahaja. Hal ini menyebabkan pelajar berperanan sebagai pendengar sahaja tanpa terlibat secara aktif dalam P&P. Berdasarkan tinjauan awal, para pelajar menyatakan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang terhad dalam perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, mereka tidak mampu dan gagal membina ayat selengkap seperti yang sepatutnya mereka lakukan. Secara tidak langsung, kemahiran pertuturan dan komunikasi mereka juga turut terjejas. Berdasarkan senario di atas, guru perlu menitikberatkan penambahbaikan dalam perbendaharaan kata Bahasa Inggeris para pelajar bagi membantu mereka membina ayat selengkap-lengkapnya dan seterusnya membimbing mereka untuk meningkatkan dan melancarkan pertuturan dan kemahiran komunikasi mereka di dalam Bahasa Inggeris. Fokus kajian ini adalah bagi meningkatkan kemahiran pertuturan para pelajar Tingkatan 1 dengan menggunakan Spelling Bee.

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

6.0

TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN


6.1 Tujuan Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pertuturan Bahasa Inggeris bagi pelajar Tingkatan 1 Gigih, Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

6.2

Objektif I. Melihat keberkesanaan penggunaan Kaedah Spelling Bee dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris bagi pelajar Tingkatan 1 Gigih. II. Pelajar dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. III. Pelajar dapat menggunakan perkataan-perkataan yang dipelajari untuk digunakan di dalam perbualan dan pertuturan harian.

7.0

PERSOALAN KAJIAN
I. Bagaimanakah penggunaan Spelling Bee dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan? II. Bagaimanakah para pelajar dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris?
8

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

III. Bagaimanakah pelajar dapat menggunakan perkataan-perkataan yang dipelajari untuk digunakan di dalam perbualan dan pertuturan harian?

8.0 SOROTAN KAJIAN


Zainab (2005) menyatakan bahawa setiap pelajar perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dari segi penulisan, pembacaan, sebutan dan perbendaharaan kata. Pengetahuan ini adalah penting untuk membolehkan seseorang pelajar itu benar-benar berkualiti dari segi bahasanya. Tambah beliau lagi, pengetahuan asas dalam pertuturan penting untuk

menghasilkan individu yang berkemahiran dalam Bahasa Inggeris sesuai dengan kehendak pasaran semasa yang mahukan pelajar-pelajar ini adalah benar-benar berkualiti terutamanya apabila berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kredit yang penting yang dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada pelajar tersebut untuk bersaing dengan individu yang lain. Perkara ini turut disokong oleh Dato Dr. Hassan Ahmad (2003) bahawa bahasa Inggeris sangat berguna sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara manusia yang menggunakan dua bahasa yang berlainan. Bahasa Inggeris juga bertujuan untuk memudahkan orang mempelajari hasil tamadun yang berlainan. Untuk mengembangkan kemahiran pelajar berbahasa Inggeris, satu kajian telah dijalankan oleh Indah (2008). Beliau menyatakan bahawa aktiviti bercerita dapat mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi di samping para pelajar dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif apabila menghadapi sebarang masalah atau rintangan. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pelajar-pelajar akan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri apabila perbendaharaan kata mereka bertambah. Seterusnya, para pelajar memanfaatkan kosa kata dalam komunikasi seharian mereka, dalam jangka masa yang

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

panjang sudah tentu mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan untuk bersosialisasi dengan semua peringkat umur.

Seterusnya, Siti, Nadzrah dan Rozmel (2007) mengatakan bahawa untuk memupuk minat pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian, pelajar perlu didedahkan kepada aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar kelas yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Inggeris misalnya, Kem Bahasa Inggeris dan Minggu Bahasa Inggeris. Beliau juga menyatakan bahawa pelbagai genre penulisan seperti naratif, deskriptif dan kreatif perlu didedahkan kepada pelajar untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris.

9.0 METODOLOGI KAJIAN


9.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang kami gunakan ialah mix methods iaitu melibatkan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif.

9.2 Sampel Kajian Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar kelas Tingkatan 1 Gigih Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, Pasir Mas Kelantan yang terdiri daripada 13 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki. Sampel ini dipilih berdasarkan tahap pencapaian mereka yang sederhana dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dijalankan. Bagi sampel guru pula, hanya seorang guru sahaja yang dipilih oleh guru kerana guru tersebut berpengalaman mengajar

10

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Bahasa Inggeris melebihi 10 tahun dan banyak mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik mengajar subjek ini.

9.3 Prosedur Mengumpul Data i. Ujian Pra

Sebelum kaedah Spelling Bee diperkenalkan, pelajar akan diberi ujian pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu ujian pra. Ujian pra ini bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaiaan awal pelajar sebelum kajian dijalankan iaitu dari segi bina ayat Bahasa Inggeris dan pertuturannya. Dalam ujian pra ini, instrument yang digunakan adalah kertas ujian yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bertulis iaitu ujian subjektif yang ringkas dan bahagian lisan SBOA (School Based Oral Assessment ). Bagi ujian bertulis, pelajar dikehendaki menjawap soalan dengan membina ayat berpandukan gambarajah yang disediakan (Lihat Lampiran 1). Masa yang diperuntukkan adalah 20 minit, dan pelajar dikehendaki menjawap kesemua soalan (5 soalan) tersebut. Kertas jawapan pelajar akan disemak bagi tujuan analisis kajian. Cara pemberian markah adalah bergantung format dan piawaian yang telah ditetapkan, iaitu jawapan yang betul dari segi stuktur ayat, tatabahasa dan perbendaharaan kata akan diberi 10 markah, dan markah penuh dalam ujian ini adalah 50 markah. Bagi ujian lisan SBOA, guru akan menyediakan teks berbentuk dialog supaya pelajar dapat berkomunikasi berpandukan teks yang disediakan (Lihat Lampiran 2). Masa yang diperuntukkan dalam ujian lisan ini ialah 20 minit dan 2 orang pelajar akan membaca teks dialog yang disediakan oleh guru. Ini bermakna, pelajar akan berkomunikasi secara

11

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

berpasangan. Ujian lisan ini bertujuan untuk melihat kefasihan dan irama, sebutan dan intonasi, penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata serta etika dan sikap yang betul semasa pertuturan bahasa Inggeris. Guru akan menilai dengan menanda pada borang yang telah ditetapkan berdasarkan kriteria tertentu (lihat lampiran 3).

ii.

Pemerhatian

Selain itu, pemerhatian juga akan dijalankan sebelum kaedah Spelling Bee dilaksanakan bagi mengenal pasti tingkah laku pengajaran guru, tingkah laku respon pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam kelas. Instrumen yang digunakan dalam pemerhatian ini adalah video kamera atau pita rakaman dan buku diari untuk cacatan harian. Pada bahagian cacatan harian ini bertujuan mencatat segala tingkah laku dan respon pelajar dan guru, dan rakaman pula sebagai bukti analisis dan sebagai rujukan kepada tingkahlaku verbal dan non-verbal semasa analisis. Sebelum pemerhatian dilakukan, guru tersebut akan dimaklum terlebih dahulu, dan pemerhatian ini akan dilakukan sepanjang kajian ini iaitu bermula dengan minggu ke-1 hingga ke minggu ke-12. Pada minggu pertama, guru pembantu akan mengajar dengan menggunakan kaedah mengajar yang biasa digunakan semasa mengajar dan reaksi pelajar dan guru akan dicatatkan ke dalam diari dan dirakam dengan pita video. Item perlakuan pengajaran guru dicatatkan dan dianalisis berdasarkan kepada kekerapan itu dipraktik. Tingkah laku pembelajaran pelajar juga dilakukan bagi tujuan mengenal pasti sikap belajar mereka dan bagaimana mereka membuat respon terhadap pengajaran guru. Manakala pemerhatian selepas kaedah Spelling Bee juga dilakukan dengan cara yang sama dengan pemerhatian sebelum kaedah Spelling Bee, di mana rekasi dan tingkahlakunya

12

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

akan dirakam dan dicatat dalam diari. Rakaman bagi selepas penggunaan kaedah Spelling Bee adalah 5 kali sahaja iaitu pada minggu ke 3, 5, 7, 9, dan 11 di mana pita rakaman akan diletakkan di depan kelas iaitu pada sudut yang tertentu dan di belakang kelas supaya tidak berlaku bias semasa rakaman

iii.

Soal selidik

Kajian Soal Selidik pula merupakan satu instrumen untuk mengumpul data secara formal iaitu jenis soal selidik berbentuk dikotomus Ya dan Tidak. Soal selidik perlu memenuhi objektif atau soalan yang hendak dikaji. Kandungan soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian jawapan YA dan Bahagian jawapan TIDAK (Lihat Lampiran 6). Dalam soalan soal selidik ini, soalan ini dirangka untuk memenuhi 3 kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria pertama ialah untuk mengetahui sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, kriteria kedua pula ialah untuk membuktikan wujudnya ketidakfahaman pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan yang ketiga bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar terhadap penggunaan ayat dan perkataan yang betul semasa

berkomunikasi selepas terlaksananya kaedah Spelling Bee. Semua kriteria ini terkandung dalam soalan 1 hingga 10 soalan.

iv.

Temubual

Temu bual pula melibatkan pertemuan guru dengan responden untuk tujuan mendapatkan maklumat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, guru perlu menyediakan alat kajian. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh guru dan diajukan serta

13

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

dijawab secara lisan. Dalam kajian ini, temu bual tidak berstruktur (Unstructured Interviews) digunakan bagi meneroka dengan mendalam dan terperinci masalah utama kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris di mana soalan yang dikemukakan lebih kepada penerokaan idea dan soalan-soalan yang terbuka dalam kelas. Catatan akan dilakukan semasa guru mengemukakan soalan kepada pelajar. Temu bual secara tidak berstuktur dijalankan ke atas 10 orang pelajar yang dipilih secara rawak dan seorang guru bagi membantu dalam kajian ini dengan mendapat maklum balas tentang pengajaran kaedah Speeling Bee dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. v. Ujian Pasca

Ujian ini dijalankan selepas kaedah Spelling Bee dijalankan tujuan ujian ini diadakan untuk menilai tahap penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata pelajar serta struktur ayat yang dibina. Di samping itu juga bertujuan untuk menilai tahap kemahiran komunikasi pelajar dari segi kefasihan, penggunaan bahasa, tatabahasa, perbendaharaan kata, sebutan dan intonasi pelajar selepas menggunakan kaedah Spelling Bee. Ujian ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berbentuk lisan dan bertulis. Bagi bahagian bertulis guru telah menggunakan instrumen kertas soalan di mana kertas soalan ini mengandungi lima soalan berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar membina ayat berdasarkan gambarajah yang disediakan contoh soalan boleh rujuk pada lampiran 1. Cara pemberian markah adalah bergantung format dan piawaian yang telah ditetapkan, iaitu jawapan yang betul dari segi stuktur ayat, tatabahasa dan perbendaharaan kata akan diberi 10 markah, dan markah penuh dalam ujian ini adalah 50 markah. Manakala bagi bahagian lisan pula, guru akan menggunakan instrumen borang penilaian yang dikenali sebagai School Based Oral Assessment (SBOA) yang telah diperkenalkan pada 14 Julai 2003 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penilaian pelajar

14

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

akan dinilai dari segi konstruk kefasihan dan irama, sebutan dan intonasi, tatabahasa dan perbendaharaan kata, serta etika dan sikap contoh borang penilaian SBOA serta konstruk yang nilai boleh rujuk pada lampiran 3 Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk berpasangan dan guru sebagai penilai semasa mengendalikan aktiviti ini guru akan menyediakan sebuah dialog yang berasaskan sukatan pelajaran pelajar akan menyambung dialog yang tidak lengkap mengikut kreativiti contoh dialog boleh dirujuk pada lampiran 2. Guru akan menilai pelajar melalui borang penilaian SBOA.

9.4 Prosedur Menganalisis Data Analisis data dilakukan dengan analisis statistik deskriptif. Ujian awal akan direkod (dalam bentuk peratusan) dan disusunkan dalam bentuk jadual. Kaedah Statistik Deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai bagi menjawap persoalan-persoalan yang berkaitan dengan tahap pencapaian pelajar (ujian pra dan pasca) dan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan kaedah Spelling Bee ( soal selidik ) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Analisis pemerhatian pula akan dijalankan dengan proses mentranskripsi data temubual, rakaman video dan cacatan nota yang dilakukan dalam kelas. Pekara-pekara yang berbentuk petunjuk-petunjuk bukan lisan seperti tekanan perasaan atau malu, ketawa atau gerak badan akan dianalisis dengan membaca dan mentafsirkan apa makna yang tersirat daripada gerak-geri mereka ini. Dalam kes ini, analisis ini memerlukan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam meninterprestasi data tersebut. Bagi kajian tindakan ini, langkah yang akan dilakukan bagi menganalisis data kualitatif ini adalah melalui kaedah tematik iaitu, melibatkan langkah menyemak sepintas lalu

15

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

tindakbalas atau respon dengan mengambil nota terhadap tema-tema, isu-isu dan faktorfaktor yang muncul yang telah didengar atau yang dicatat. Lihat pada item yang timbul secara berulang-ulang atau yang nampaknya penting. Selepas itu, 3 atau 4 tema yang sangat ketara akan dipilih dan membentuk satu visual untuk melakar bukti-bukti yang berkaitan dengan tema utama. Kemudiannya, data akan dianalisis dengan melihat perkaitan dan meginterpretkan dengan menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan kesannya. Seterusnya, pemerhatian ini juga akan dilengkapkan dan disokong dengan hasil daripada temu bual dengan membuat rumusan secara deskriptif berserta dengan analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Gabungan kaedah ini dikenali sebagai kaedah tringulasi atau percantuman agar hasil dapatan yang diperoleh boleh dipercayai dan kesahannya. Secara ringkasnya analisis data kualitatif akan melalui peringkat-peringkat berikut mengenali dan memahami data melalui semakan, bacaan dan mendengar data-data yang telah dikumpulkan, membuat transkripsi bahan-bahan yang telah dirakamkan, menyusunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan mengenalpasti data, melindungi data-data yang sensitive, pengkodan, mengenal pasti tema, pengkodan semula ,membentuk kategori provisional/awalan, meneroka perhubungan di antara kategori dan akhirnya membuat pembaikan tema dan kategorinya.

16

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

10.0 CARA PELAKSANAAN KAEDAH SPELLING BEE


Guru mengarah pelajar membentuk kumpulan iaitu satu kumpulan terdiri daripada dua orang dengan mencari kawan rapat mereka sendiri yang turut terlibat dalam aktiviti tersebut. Tujuannya adalah supaya pelajar tidak berasa tertekan atau malu bila melakukan aktiviti. Kemudian guru memberi setiap kumpulan tatabahasa atau perbendaharaan kata yang telah dipelajari contohnya occupation.Guru meminta pelajar menggunakan tatabahasa atau perbendaharaan kata tersebut bertutur dengan pasangannya iaitu dalam perbualan mereka haruslah ada tatabahasa occupation yang dipelajari itu. Perbualan tersebut haruslah bermula dengan menggunakan Ayat Tanya yang menggunakan prinsip 5 Wife and 1 Husband iaitu melibatkan What, Why, When, Where, Who and How serta penggunaan ayat-ayat yang senang difahami. Soalan akan dikemukakan oleh salah satu pihak, pihak yang kedua perlulah menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak pertama tanpa menjawab soalan yang diingini oleh pihak pertama. Kalau pihak kedua terus menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak pertama maka perbualan tersebut secara automatiknya berhenti. Maka giliran untuk pihak
17

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

kedua mula menyoal pihak pertama. Oleh itu kedua-dua pihak harus pandai membawa perbualan supaya ia berterusan hingga mendapat jawapan yang diingini. ( Contoh aktiviti boleh rujuk dalam lampiran 4). Selepas selesai setiap perbualan guru meminta pelajar mencatat tatabahasa yang diberikan dalam buku tatabahasa. Aktiviti ini dilakukan secara berterusan sehingga pada minggu ke-6 dan sepanjang tempoh ini pelajar dikehendaki bertukar pasangan seminggu sekali. Namun begitu pada minggu ke-7 (24/08/2009) guru ada membuat perubahan iaitu mengarah pelajar membentuk satu kumpulan empat orang. Kemudian Guru akan memberi setiap satu kumpulan satu situasi perbualan yang melibatkan 4 orang di mana pelajar perlu menyambungkan perbualan yang tidak lengkap aktiviti ini dijalankan sehingga minggu ke11 (25/09/2009).

11.0 KESIGNIFIKANAN KAJIAN


Kajian Meningkatkan Pertuturan Pelajar dalam Bahasa Inggeris penting kerana bahasa tersebut merupakan bahasa kedua di Malaysia dan bahasa utama di peringkat antarabangsa. Oleh itu, adalah penting untuk pelajar menguasai bahasa ini supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Jadi, tujuan utama kajian ini adalah menyedarkan pelajar tentang kepentingan dan keyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua terpenting selepas Bahasa Melayu. Seterusnya, seseorang insan yang dilahirkan menerusi pendidikan haruslah seorang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani. Gabungan keempat-empat unsur ini dapat melahirkan seorang insan yang mahir, berkebolehan, berketrampilan dan berpengetahuan serta dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berjaya.

18

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar bestari dari aspek-aspek tersebut dengan menguasai bahasa yang pelbagai dan antaranya ialah Bahasa Inggeris. Kajian ini juga akan meningkatkan kefasihan pelajar berbahasa Inggeris di manamana sahaja dan tidak terikat kepada persekitaran sekolah sahaja. Menerusi penguasaan bahasa Inggeris yang baik, pelajar dapat berkomunikasi dengan baik dan dapat mengeluarkan pendapat yang bernas dan berupaya menghadapi cabaran yang mendatang. Di samping itu, para pelajar juga akan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri apabila mereka dapat bertutur dengan bahasa yang lancar dan fasih.

12.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN MASA


Ujian Pra dijalankan 01 /07/2009 - Ujian ini dijalankan oleh guru sebelum membuat pemerhatian Pemerhatian 1 2 /12/2009 hingga 3/07/2009 Sebelum melaksanakan Kaedah Spelling Bee terlebih dahulu guru membuat pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar dari segi respon yang diberikan pelajar semasa bertutur dengan kawan dan guru dengan menggunakan Bahasa Inggeris (BI). Temu Bual 6/07/2009 hingga 07/07/2009 Guru turut membuat temu bual dengan 20 orang pelajar Tingkatan Satu Gigih, bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan mereka tidak ingin bertutur dalam BI. 1. Pelaksanaan Kaedah Spelling Bee Guru memberi penjelasan tentang cara-cara Kaedah Spelling Bee dilakukan.
19

AKTIVITI

08/07/2009

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

hingga 21/08/2009

Pada mulanya guru terlebih dahulu membimbing pelajar dalam

menjalankan aktiviti ini. Perubahan Pada minggu ini, guru membuat beberapa perubahan iaitu a. Mengarah pelajar membentuk satu kumpulan empat orang. b. Guru memberi setiap satu kumpulan satu situasi perbualan yang melibatkan 4 orang di mana pelajar perlu menyambungkan perbualan yang tidak lengkap tersebut. 1. Ujian Pasca Ujian ini dijalankan selepas kaedah Spelling Bee dilaksanakan.

24/08/2009 hingga 25/09/2009

28/09/2009

2. Pemerhatian 2 Pemerhatian ini dijalankan selepas pelakasanaan kaedah Spelling

Bee sepanjang P&P Soal selidik 29/09/2009 Satu set soal selidik diedarkan kepada pelajar untuk menilai tahap

pemahaman dan minat pelajar terhadap keadah Spelling Bee. Temu Bual 30/09/2009 - Membuat temu bual dengan pelajar. 1. Mengumpul dan Menganalisis Data mengumpul dan menganalisis data selepas pelaksanaan tindakan dan penilaian 2. Membuat Laporan Kajian

01/10/2009 hingga 08/10/2009

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bahan
20

Bil

Kos

Jumlah

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

1. Fotokopi soal selidik, soalan ujian pra,soalan 30 set ujian pasca 2. Percetakan laporan kajian 3. CD- untuk tujuan rakaman 4. Kos Pengangkutan 2 set 2 keping 4 kali 30x RM0.50 2x RM6.40 2x RM1.50 4x RM5.00 Jumlah RM15 RM12.80 RM3.00 RM20.00 RM50.80

21

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

14.0 BIBLIOGRAFI
Aniza Abu Bakar, Tor Siong Hoon, Ruslina Omar, Fadhilah Mustapha, Azrina Sham & Noorlida Hashim. (2004). Mengubah Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Melalui Pembentangan Soalan Esei Dalam Kelas Tutoran Biologi : Satu Kajian Tindakan. Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Pahang. Azizah Binti Abu Hanifah (2008). Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar PKPG Kemahiran Hidup. Universiti Teknologi Mara : Johor. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur. Helen Naylon & Raymond Murphy. (1997). Essential Grammar In Use Supplementary Exercises. Cambridge University Press : Melbourne. Indah (2008). Story Telling Dalam Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur Othman Bin Lebar. Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan, Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, UPSI Siti Hamin Stapa, Nadzrah Abu Bakar & Rozmel Abdul Latiff (2007). Literasi Penulisan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar : Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia : Selangor. Zainab Binti Wahab. (2005). Penambahbaikan Perbendaharaan Kata Dalam Meningkatkan Kemahiran Pelajar-pelajar Tahun 4 Ibnu Sina Membina Ayat Bahasa Inggeris Yang Lengkap. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Ainsfield, 1964; Cummin & Swain, 1986; Nor Azmi, 2002. (atas talian) http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ppsmi/strategi_pelaksanaan_files/frames.htm23

22

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Biehler. 1997. Psychology applied to Teaching. (atas talian). http://college.hmco.com/education/pbl/tc/motivate.htm1#motivation Creed. 2004. Effective communication skills-Self-confidence-Public Speaking. (atas talian) http://www.petercreed.pwp.blueyonder.co.uk/

23

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

15.0 LAMPIRAN 1
Soalan Bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pasca )

24

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

25

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

LAMPIRAN 2 Teks Dialog SBOA Continue Below Conversation with Your Owns Creativity Policeman Colin Policeman Colin Policeman : What were you doing when the accident happened? : I was at the bus-stop. I was waiting for a bus. : Did you see the accident? : No, because I was reading the newspaper. : ..............................................

Ruth : Where are you going? James : To the cinema. Ruth : Do you like the cinema? James : Yes, I do. James:.................................... Mark : What is your job? Peter : I am an engineer with National Telephones. Mark : How long you have been working for that company? Peter : About 9 months. Mark:...........................

26

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

LAMPIRAN 3 Borang Penilaian SBOA

Name Year Model Activity Date CONSTRUCT Grammar and Vocabulary Pronunciation and Intonation Fluency and Rhythm Ethics and Mannerism TEACHER SIGNATURE ACHIEVEMENT

NAME

27

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

CRITERIA FOR GRADE CONSTRUCT 1. Grammar and Vocabulary

CRITERIA FOR GRADE

CRITERIA FOR GRADE

CRITERIA FOR GRADE

A
Excellent use of the language.

B
Proper use of the language. Good pronunciation and intonation.

C
Satisfactory use of the language. Satisfactory pronunciation and intonation.

D
Minimal use of the language. Poor pronunciation and intonation. Lack fluency with long pauses. Respond impolitely and inappropriately.

Excellent 2. Pronunciation & pronunciation and Intonation intonation. 3. Fluency and Rhythm 4. Ethics and Mannerism Very fluent and coherent. Respond with excellent mannerism.

Fairly fluent Fluent and clear with frequent but with occasional pauses. pauses. Respond with good and appropriate mannerism Respond with satisfactory mannerism

LAMPIRAN 4
28

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Cara-cara Pengendalian Kaedah Spelling Bee Contoh 1 Ali: What is your father occupation Abu? Abu: How about yours father? Ali: Im known asking you. Abu: Why you so interesting want to know my father occupation? Ali: Nothing just wants to know, so can you tell me now. Abu: ....... Contoh 2 Ali: What is your father occupation Abu? Abu: Why? Ali: Because our Class Teacher asks me ask it. Abu: My father is a Fire-fighter. Ali: Thank you. Tatabahasa

LAMPIRAN 5 Borang Soal selidik


29

DPP 407 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DPLI USM Julai 2009

Ya 1. Pengajaran menggunakan kaedah Spelling Bee membuat saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 2. Saya suka mengikuti mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah Spelling Bee 3. Saya suka membuat latihan menggunakan kaedah Spelling Bee 4. Pengajaran menggunakan kaedah Spelling Bee lebih berkesan. 5. Pembelajaran menyeronokan telah berlaku dalam kelas selepas terlaksanakan kaedah Spelling Bee. 6. Saya lebih memahami dalam penggunaan perkataan yang dibagi. 7. Saya tak suka menggunakan kaedah ini dalam pengajaran kerana membosankan. 8. Saya lebih suka berkomuniksi dalam Bahasa Inggeris 9. Penggunaan Bahasa Inggeris adalah tidak penting dalam kelas 10. Kadang-kadang penggunakan kaedah Spelling Bee menyusahkan mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris ini.

Tidak

30

You might also like