You are on page 1of 41

Definisi fonetik dan fonologi Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia.

Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.

Fonetik Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.

Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masingmasing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara

mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu: a) b) c) Fonetik Akustik Fonetik Artikulasi Fonetik Auditori

a) Fonetik Akustik Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)

Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan. Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan makna Ya dalam perbualan akan berubah menjadi makna Tidak apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:

b) Fonetik Artikulasi Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi. Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.

Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras. Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya.

c) Fonetik Auditori Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi. Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.

Deskripsi Fonetik Bagi memastikan bunyi-bunyi itu dapat didesktripsi, maka kita perlu mewujudkan bunyi-bunyi tersebut sebagai unit-unit yang dapat dikaji. Ini dilakukan dengan mendengar rakaman bunyibunyi tadi dan kemudian mensegmen atau memenggal bunyi-bunyi tersebut kepada unit-unit terkecil. Pemenggalan bunyi dalam satu perkataan dapat dilakukan kerana bunyi tersebut adalah bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, ada masalah semasa mensegmen bunyi-bunyi, kerana bunyi bahasa dituturkan berterusan dan tidak terpisah-pisah. Kita perlulah mensegmen bunyi-bunyi bahasa itu sebaik mungkin. Hanya setelah bunyi-bunyi bahasa disegmen menjadi unit-unit bunyi, maka barulah kita dapat membuat deskripsinya. Bunyi bukan bahasa pula, walaupun dikeluarkan oleh mulut manusia tidak boleh dipenggalkan, seperti bunyi berdehem, mengeluh dan batuk. Bunyi ini tidak dapat dipenggalkan kerana ia bukan bunyi bahasa. Selain itu, walaupun bunyi yang dikeluarkan oleh mulut manusia dan didengar oleh manusia adalah bersambung-sambung dan bertali arus. Manusia sejak dahulu lagi telah memenggal bunyi-bunyi ini kepada unit-unit individu. Sebagai contoh, perkataan makan sebenarnya terdiri daripada lima urutan bunyi. Bunyi pertama diwakili oleh huruf m, bunyi kedua diwakili oleh huruf a, bunyi ketiga diwakili oleh huruf k, bunyi keempat diwakili oleh huruf a, dan bunyi yang terakhir diwakili oleh huruf n. Sesuatu perkataan terdiri daripada satu aliran arus bunyi-bunyi dan terdapat hentian antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Dengan lain perkataan, satu aliran arus bunyi

terhenti-henti berdasarkan sempadan setiap satu perkataan. Contohnya, Saya makan nasi terdiri daripada tiga aliran arus bunyi, iaitu aliran bunyi yang diwakili oleh saya, aliran bunyi yang diwakili oleh makan dan aliran bunyi yang diwakili oleh nasi. Bagi yang memahami bahasa Melayu, tidak ada masalah untuk memenggalkan aliran arus bunyi ini. Membuat deskripsi bunyi dilakukan dengan menggunakan kesan-kesan pendengaran yang kita dapati dalam menuturkan bunyi-bunyi tersebut. Apabila membuat deskripsi bunyi-bunyi bahasa, kita mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut dituturkan, apa daerah sebutan yang terlibat, apa alat sebutan yang digunakan, dan adakah pita suara digetarkan atau tidak.

Klasifikasi Bunyi Bunyi-bunyi yang mempunyai ciri-ciri yang sama diklafisikasikan ke dalam satu golongan. Klasifikasi bunyi dilakukan dengan menggunakan maklumat dalam deskripsi bunyi tadi. Maklumat tentang daerah sebutan, alat-alat sebutan, kesan-kesan pendengaran bunyi-bunyi dan keadaan pita suara digunakan dalam deskripsi. Kemudian baharulah bunyi-bunyi tadi diklasifikasikan ke dalam dua golongan besar, iaitu vokal dan konsonan. Kemudian, vokal pula diklasifikasikan lagi kepada jenis-jenisnya, dan konsonan juga kepada jenis-jenisnya.

Transkripsi Setelah disegmen, bunyi-bunyi itu diberi transkripsinya. Membuat transkripsi ialah memberi lambang kepada bunyi-bunyi bahasa tersebut. Kita perlu memahami proses memberi transkripsi ini. Bunyi diberi lambang fonetik, bukan sebaliknya. Semasa kita belajar membaca, kita diajar membunyikan huruf. Ini seolah-olah huruf mempunyai bunyi. Kita perlu menyedari hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, iaitu bunyi-bunyi itu diberi lambang, bukan lambang yang diberi bunyi.

Fonologi

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Ia melibatkan kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya. Skop kajiannya adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology .

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics . Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu

Alat Pertuturan dan Fungsinya

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Fungsi Alat Pertuturan Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Jenis-jenis Bunyi

Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

Penghasilan Bunyi Vokal

Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. a. (ai): b. (au): c. (oi): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a) b) c) d) e)

Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ). g) h) i) j) k) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). Satu konsonan sisian bersuara ( i ). Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w). Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: - Keadaan bibir hampar - Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras - Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut: Awal Ikan Ibu Bila Tiba Tengah Tali Padi Akhir

(b) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Enak Elok Teleng Leher

Tengah Tauge Tempe

Akhir

(c) Vokal depan separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya: - Keadaan bibir hampar - Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

- Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung - Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut - Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [] seperti pada perkataan berikut: Awal Esa Enak Belek Belok Tengah Tauge Tempe Akhir

(d) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: - Keadaan bibir hampar - Depan lidah diturunkan serendah mungkin - Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung - Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut - Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Awan Anak Kadar Beras Tengah Siapa Nama Akhir

(e) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: - Keadaan bibir hampar

- Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut - Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung - Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut - Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal ubat ular Bulat Sudu Tengah Batu Palu Akhir

(f) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: - Keadaan bibir hampar - Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut - Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung - Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut - Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Orang Otak Tolong Bohong

Tengah Pidato Koko

Akhir

(g) Vokal belakang separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya: - Keadaan bibir hampar - Belakang lidah dinaikkan separuh rendah - Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung - Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut - Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ]seperti pada perkataan yang berikut: Awal Orang Oleh Borong Bolot Tengah Soto Teko Akhir

(h) Vokal tengah []. Cara membunyikannya: - Keadaan bibir antara hampar dengan bundar - Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras - Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung - Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

- Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut: Awal Emak Empat Penat Tenat Tengah Sosialisme Behaviurisme Akhir

Cara Membunyikan Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Kg (ng) Glottis

Pb M W

Td N S R L -

Cj (ny) Y

H -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat Cara membunyikan sama seperti sekatan penuh pada arus udara dari paru- membunyikan konsonan [p]. yang berbeza paru ke rongga mulut. ialah: 2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang 1. Pita suara dirapatkan. atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara. rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [p] Konsonan [b] Palu Batek

Awal Lapik

Tengah Atap Adab

Akhir

Rabun

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t]

Bunyi konsonan [d]

1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara membunyikan konsonan sama seperti membuat sekatan penuh pada arus udara. membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah: 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. 1. Pita suara dirapatkan. 3. Pita suara direnggangkan . 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. suara. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi gusi dilepaskan serta-merta. bersuara [d]. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [t] Konsonan [d] Takut Dalam

Awal Batas

Tengah Padat Abad

Akhir

Tanduk

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti lembut untuk membuat sekatan penuh pada membunyikan konsonan [k]. yang berbeza arus udara . ialah: 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara di renggangkan. 4. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. 1. Pita suara dirapatkan .

2. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan lelangit lembut bersuara [g]. ialah letupan

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [k] Konsonan [g] Kala Garam Awal Makan Pagar Tengah Tamak Dialog Akhir

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

- Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung - Pita suara dirapatkan sepenuhnya - Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. - Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Anak Ikan Saat Rakyat

Tengah Lemak Budak

Akhir

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara []. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [] Bunyi konsonan []

1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras Cara membunyikan konsonan sama seperti untuk membuat sekatan pada arus udara. membunyikan konsonan []. yang berbeza ialah: 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding 1. Pita suara dirapatkan. rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita rongga hidung. suara. 3. Pita suara direnggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan 4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga lelangit keras gusi bersuara [] mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [].

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [] Konsonan [] Cara Jala Awal Laci Kanji Tengah Koc Kolej Akhir

f- Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]: - Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. - Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. - Pita suara di renggangkan. - Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara - Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

g- Konsonan getaran gusi bersuara [r]: Contoh perkataan: Awal Silap Satu Tengah Lasak Lesu Pedas Lemas Akhir

- Hujung lidah dikenakan pada gusi. - Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. - Pita suara dirapatkan. - arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara - arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

g- Konsonan gusi bersuara [I]: Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Rapat Rugi Tiram Seram Tengah Sabar Lebar Akhir

- Hujung lidah dikenakan pada gusi. - Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. - Pita suara dirapatkan - Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara - Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Lagu Lipat Tilam Kelam Tengah Tebal Kekal Akhir

h- Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: - Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. - Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. - Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Macam Murah Teman Lumba Tengah Ketam Badam Akhir

i- Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: - Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. - Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. - Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung - Arus udara dilepaskan perlahan-lahan - Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut: Awal Naga Nilam Tanah Panah Tengah Taman Laman Akhir

- Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. - Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. - Pita suara dirapatkan dan digetarkan - Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. - Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahanpelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut: Awal Ngilu Ngeri Tengah Bingka Rangkap Lalang Tulang Akhir

j- Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [] . Cara membunyikannya:

- Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara - Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung - Pita suara dirapatkan dan digetarkan - Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung - Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( )seperti perkataan yang berikut: Awal Nyaris Nyala Tengah Banyak Senyap Akhir

k-

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

- Bibir di bundarkan. - Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. - Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung - Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

- Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Waris Wajar Tengah Kawan Lawan Takraw Akhir

k- Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

- Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. - Bibir di hamparkan. - Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. - Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. - Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Yakin Yuran

Tengah Tayang Payah -

Akhir

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu

Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak 1972. Sudah 40 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan Pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972.

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dilakukan oleh pedagang, pengembara, dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan pada abad ke-16. Mereka (Portugis, Sepanyol, dan Itali) menulis kata-kata bahasa Melayu yang didengar oleh mereka di pelabuhan-pelabuhan, dalam huruf Rumi, dan mengeja kata-kata itu berdasarkan kesan bunyi yang mereka dengar. Di samping itu mereka menerapkan peraturan ejaan yang ada dalam bahasa mereka.

Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan ialah pengembara Itali, Antonio Pigafetta, pada abad ke-15. Sejak itu pengembara lain dari Eropah, seperti Inggeris dan Belanda menulis perkataan dan ayat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan huruf Rumi, berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka sendiri.

Orang Inggeris telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi di Tanah Melayu pada abad 17 hingga abad 19. Antara ejaan Rumi yang disusun ketika itu termasuklah Ejaan Rumi Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), dan Ejaan Rumi Negeri-Negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881), dan Ejaan Rumi Maxwell (1882). Ejaan Rumi ketika itu berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi.

Dalam bulan Oktober 1904 terbit Ejaan Wilkinson yang dikenal sebagai Romanised Malay Spelling yang digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan dalam kamus bahasa Melayu karangan Wilkinson.

Seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan, usaha perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku. Dalam hal ini, Maktab Perguruan Sultan Idris turut memainkan peranan.

Sistem ejaan yang terkenal selepas ejaan Wilkinson ialah sistem ejaan rumi Zaba yang dihasilkan olehnya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, pada 1924. Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun, dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karangan Mengarang maktab berkenaan. Antara beberapa buah buku yang menggunakan ejaan ini termasuklah buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), Daftar Ejaan (Jawi - Rumi) 1949 dengan judul Petua-Petua Ejaan Rumi. Semua buku yang tersenarai itu terkarang oleh pendeta Zaba.

Harus diingat, Sistem Ejaan Zaba digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei. Oleh sebab ejaan ini merupakan satu-satunya ejaan yang digunakan di sekolah sejak tahun 1924, ejaan ini dikenal juga sebagai Ejaan Sekolah sehingga tahun 1972 apabila perisytiharan Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia dibuat.

Selain Sistem Ejaan Zaba, terdapat juga beberapa sistem ejaan Rumi yang lain, iaitu Ejaan Fajar Asia, Ejaan Kongres, Ejaan Melindo dan Sistem Ejaan Rumi Baru. Sistem Ejaan Fajar Asia ini muncul dan digunakan dalam masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan untuk tujuan propaganda pemerintah Jepun di Tanah Melayu. Ejaan Rumi ini digunakan dalam majalah dwi mingguan, Fajar Asia (1943). Selepas berakhirnya pendudukan Jepun pada tahun 1945, ejaan ini terhenti penggunaannya dan ejaan Zaba digunakan semula.

Dalam Kongres Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura pada tahun 1956 telah disepakati para peserta Kongres mewujudkan satu sistem ejaan, yang dikenal sebagai Ejaan Kongres. Namun, sistem ini tidak pernah dilaksanakan kerana sifatnya terlalu idealistik dari segi linguistik hingga menjadikannya sukar diamalkan.

Usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua buah negara Malaysia dan Indonesia ini diteruskan. Beberapa siri perundingan dan pertemuan diadakan. Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenal sebagai Ejaan Melindo (Ejaan Melayu dan Indonesia) pada tahun 1959. Ejaan ini mencadangkan penggunaan lambang-lambang fonetik yang tidak praktikal sifatnya. Akhirnya ejaan ini tidak terlaksana.

Perbincangan anatara kerajaan Malaysia dengan Indonesia berhubung dengan ejaan bersama selepas tamatnya konfrantasi Indonesia-Malaysia (1963 1966). Hasil daripada usaha sama kedua-dua negara ini, maka wujudlah Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya dikenal sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu, seperti yang termaktub dalam

Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972. Di Indonesia sistem ini dikenal sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan.

Ejaan bersama ini dilancarkan serentak di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato Hussein, dan di Jakarta oleh Presiden Suharto pada 16 Ogos 1972. Ejaan Baru ini merupakan muafakat Malaysia Indonesia yang mengenyahkan tradisi ejaan lama, menggantikan Sistem Ejaan Zaba di Malaysia, dan Ejaan Soewandi di Indonesia.

Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. Fonem segmental Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya. Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan ketika bunyi-bunyi itu difonasikan. Sekiranya bunyi itu mendapat halangan ketika difonasikan, maka fonem itu disebut sebagai konsonan misalnya / b, d, g, h, k, l,/ dan sebagainya. Jika bunyi itu keluar secara leluasa ketika difonasikan, maka bunyi tersebut digelar vokal misalnya, / a, i, u, /. Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan / #makan# / terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/. Fonem suprasegmental Bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Fonem-fonem yang tidak boleh dipisahkan daripada fonem/fonem-fonem yang ditumpanginya. Iaitu fonem yang kewujudannya harus bersama-sama dengan fonem segmental. Bersifat fonemik iaitu bersifat bunyi.

JENIS-JENIS Tekanan Panjang pendek (mora) Jeda/persendian (hentian) Nada/ton Intonasi

Tekanan Keras/lembut penyebutan sesuatu suku kata Lambang [ ] diletak atas suku kata yang menerima tekanan BM tidak beza makna BI bersifat fonemik Cth : export perbuatan mengeksport

export hasil yang dieksport conduct perangai/kelakuan conduct memimpin/membimbing survey penyelidikan survey menyelidik Panjang pendek Kadar pendek sesuatu bunyi diucapkan. Lambang [ : ] mora

[ . ] mora [ : ] 1 mora [ : : ] 2 mora # Bahasa Melayu tidak beza makna, tetapi Bahasa Inggeris berbeza. Contoh : sit [ sit ] duduk ship [ ip ] kapal fit [ fit ] sesuai , , , seat [ si : t ] tempat duduk

sheep [ i : p ] kambing biri-biri feet [ fi : t ] kaki

Bahasa Arab dipanggil harkat = panjang pendek (tidak bezakan makna), baris bezakan makna. Jeda/persendian Unsur hentian yang memisahkan antara linguistik. (perkataan, ayat, rangkaitaan) Lambang [ # ] ayat , [ + ] perkataan

Contoh : i. [ # saya makan nasi ma? # ]

[ # saya makan nasi # ma? # ] ii. [ b likan + tin ] , [ b li + kantin ] iii. [ b r + ikan ] , [ b rikan ] iv. [ ai + skri:m ] 1 scream v. [ ais + kri:m ] aiskrim Nada/tona Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu perkataan.

Dalam bahasa Mandarin, Thai, Vietnam, Kampuchea, Laos dan lain-lain, membezakan makna. Contoh : mendatar [ ma ] , , meninggi [ ma ]

turun naik [ ma ] Intonasi 1.

menurun [ ma ]

Menaik atau menurun penyuaraan sesuatu ayat atau frasa Bahasa Melayu, intonasi ayatnya berbeza-beza Contoh : Intonasi ayat berita meurun di akhir ayat.

Ibu mencuci pakaian 1. Intonasi ayat tanya meninggi di akhir ayat.

Awak dapat wang itu dari mana?

Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. Di antaranya ialah:

Grafem

Penggunaan huruf e pepet atau dikenal juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan Rumi Zaba). Tanda diakritik di atas e pepet () tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh penggunaannya ialah: Ejaan Lama mak kledek mntri tmpoh Ejaan Sekarang emak keledek menteri tempuh

Penggunaan Huruf Konsonan Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu: Huruf Lama i . ch Huruf Sekarang c Contoh Penggunaan chacat - cacat chuchi - cuci kadhi - kadi dharab - darab dzalim - zalim dzat - zat sharat - syarat mashhor - masyhur mithal missal ithnin " isnin

ii . dh

iii. dz

iv . sh

sy

v . th

Tanda koma di atas () dan yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi sistem tulisan Rumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut: Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( )dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya: alam maaf alam maaf

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya: mana tama Makna tamak

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( ) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya: masaalah soal Masalah soal

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( )digantikan dengan huruf konsonan k jika membuka suku kata. Contohnya: dato ruyah datuk rukyah

Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialah q, v dan x. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf () untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: qariah qunut

Huruf v digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. Contohnya:

versi

universiti

subversif

Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya: xelophone xenomorph xelofon xenomorf

Pola Ejaan Perbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir.

Ejaan Rumi Lama Pola Ejaan 1 . a --- e taling 2 . a --- o 3 . e pepet ---e taling 4 . e pepet --- o 5 . i --- e taling 6 . i --- o 7 . u --- e taling 8 . u --- o Contoh aleh batok lbeh tmpoh pileh tidor usek untong

Ejaan Rumi Baru Pola Ejaan a --- i a --- u e --- i e --- u i --- i i --- u u --- i u --- u Contoh alih batuk lebih tempuh pilih tidur usik untung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Penulisan Imbuhan Aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut: tanda sempang pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya: Ejaan Lama di-makan di-pandang di-prkatakan di-slideki Ejaan Sekarang dimakan dipandang diperkatakan diselidiki

Tanda sempang (-) pada awalan sa dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu dieja se dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya: Ejaan Lama sa-bagaimana sa-blas sa-orang sa-saorang sa-umpama-nya Penulisan partikel Ada empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu lah, -kah, -tah dan pun. Partikel lah, -kah, dan tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya: Ejaan Lama ada-lah tolong-lah apa-kah kenapa-kah bila-tah Ejaan Sekarang adalah tolonglah apakah kenapakah bilatah Ejaan Sekarang Sebagaimana sebelas seorang seseorang seumpamanya

Penulisan Kata Ulang Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang: Ejaan Lama ber-ulang2 di-paksa2kan di-marah2i Ejaan Sekarang berulang-ulang dipaksa-paksakan dimarah-marahi

KESIMPULAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Setelah disegmen, bunyi-bunyi itu diberi transkripsinya. Membuat transkripsi ialah memberi lambang kepada bunyibunyi bahasa tersebut. Kita perlu memahami proses memberi transkripsi ini. Bunyi diberi lambang fonetik, bukan sebaliknya. Semasa kita belajar membaca, kita diajar membunyikan huruf. Ini seolah-olah huruf mempunyai bunyi. Kita perlu menyedari hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, iaitu bunyi-bunyi itu diberi lambang, bukan lambang yang diberi bunyi.

Rujukan

Abdul Razak Ab Karim, 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Ahmad Khair Mohd Nor, 2008. Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (IPBMM) (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor. Meteor Doc Sdn. Bhd.

Amat Johari Moin, 1996. Perancangan Bahasa: Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Asmah Hj Omar, 2007. Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Jurnal. Pengantar Linguistik Am. Karyanet.

Awang Sariyan (1995). Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd

Inderawati Zahid.(2006) Fonetik dan fonologi. PTS Professional.. Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Pertama.2010.Dawana Sdn.Bhd.Selangor Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGraw-Hill Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed, 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Penerbit USM, Pulau Pinang.

Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Dinamika Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2003.Tatabahasa Dewan. Dawana Sdn. Bhd. Selangor.

Zaba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

www.ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp://www.karyanet.com.my

http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan.hm

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA

You might also like