You are on page 1of 1

AYAT DASAR

1. KONSEP Ayat dasar (ayat inti1 atau ayat mudah) ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan atau penerbitan berbagai-bagai ayat lain. Ayat dasar dibina oleh satu subjek dan satu predikat, atau satu klausa sahaja. Ayat ini disusun dengan konstituen subjek mendahului konstituen predikat, yang dikenali juga sebagai ayat biasa. Ayat ini terdiri daripada ayat aktif, iaitu aktif transitif dan aktif tak transitif. 2. POLA AYAT DASAR Pola ayat dasar ialah rangka yang menjadi dasar kepada sesuatu ayat. Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Pengisi konstituen predikat itu merupakan penentu jenis pola tersebut. Berdasarkan jenis unsur, bahasa Melayu mempunyai empat pola ayat dasar: Pola Pola Pola Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FK) Pola 4 (FN + FS) Subjek Zahid Pak Cik Basri Orang berbaju biru itu Ayam Padi huma Dua orang penjahat Pejabatnya Kerusi rotan itu Anak Tuan Haji Derani Bukunya Pelancong itu Perdana Menteri Predikat guru. tukang kebun sekolah. bapa saudaranya. berkokok. sedang menguning. sudah ditangkap polis. besar. sungguh cantik. baik-baik orangnya. di atas meja. dari Korea Selatan. ke Tokyo dua hari lalu.

Setiap konstituen untuk setiap pola boleh dibentuk daripada satu atau lebih perkataan. Namun, pola 4dibentuk dengan lebih daripada satu perkataan kerana perlu mengandungi kata sendi nama yang diikuti oleh kata nama atau kata arah.
1

Asmah Hj. Omar. Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1986:368) SuhaimiMohdSalleh

You might also like