You are on page 1of 15

Plot merupakan aksi-aksi yang berkembang dan berhubung antara satu sama lain.

Perkembangan ini dimungkinkan oleh adanya perlawanan antara satu kuasa dengan satu kuasa yang lain . Biasanya di dalam novel-novel yang panjang ada beberapa peringkat perkembangan , iaitu permulaan, aksi naik (perkembangan/konflik), perkembangan konflik(perumitan), puncak, peleraian ataupun penyelesaian, untuk peristiwa pertentangan mesti wujud dua kuasa atau tenaga . Inilah perbezaan besar antara ringkasan cerita dan plot.

Menurut Ali Ahmad, plot merupakan aksi-aksi yang berkembang dan berhubung antara satu sama lain. Perkembangan ini dimungkinkan oleh adanya perlawanan antara satu kuasa dengan satu kuasa yang lain. Biasanya di dalam novel-novel yang panjang ada beberapa peringkat perkembangan, iaitu permulaan, aksi naik, puncak, aksi turun, dan penyelesaian. Untuk peristiwa , pertentangan mesti wujud dua kuasa atau tenaga. Inilah perbezaan antara ringkasan cerita dan plot.

Manakala E.M. Forster menjelaskan, kita sudah pun mendefinisikan plot sebagai satu penceritaan rentetan peristiwa yang diatur mengikut urutan waktu. Plot juga berupa penceritaan rentetan peristiwa, tetapi penekanannya ditumpukan kepada sebab akibat.

Plot juga dianggap sebagai satu penceritaan rentetan peristiwa yang diatur mengikut urutan waktu. Plot juga berupa penceritaan rentetan peristiwa, tetapi penekanannya ditumpukan kepada sebab akibat. Aksi watak sesebuah karya digerakkan oleh sebab pengembaraan jalinan peristiwa, pemikiran sebab dan akibat, kenangan, tindak-tanduk dan tingkah laku, emosi dan daya sensitiviti, imbas kembali, imbas muka, dialog, pemerian dan monolog serta sebagainya yang berhubung dengan aksi watak. Jalinan dari semua unsur ini menentukan terbentuknya satu cerita dan inilah yang dinamakan plot. Plot bukan sekadar jalan cerita , tetapi jalinan daripada semua unsur-unsur yang dinyatakan tadi. Plot dalam novel yang baik menjalin segala peristiwa itu. Mungkin jalinan itu bukan satu demi satu secara teratur tapi berjangkauan dan berliku-liku, tapi dasarnya ada jalinan, ada pertalian. Dari perkaitan itu tahulah kita mengap peristiwa itu berlaku, mengapa watak itu bersikap demikian, mengapa pertentangan dan liku-liku banyak dalam proses penceritaan itu terjadi dan sebagainya.

Permulaan/Pengenalan Perkembangan Konflik/Perumitan Puncak/Klimaks Peleraian/Pengakhiran

Bermaksud penampilan sekurangkurangnya dua orang watak atau lebih yang sedang bercakap mengenai sesuatu perkara. Dialog yang diungkapkan oleh watak biasanya dapat mengukuhkan sesuatu cerita itu.

Teknik bercerita naratif dan menekankan aspek pengisian dan panorama dalam menggambarkan dialog atau aksi. Dengan menggunakan teknik ini, pengarang dapat menggambarkan sesautu latar dan aksi watak secara terperinci dan berlebihan. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik deskripsi yang amat digemari oleh A. Samad Said dalam karya-karyanya.

Teknik untuk mengingati dan mengimbau kembali akan sesuatu peristiwa, teknik ini boleh dilakukan sama ada sewaktu teknik pemeri ataupun teknik dialog. Menerusi teknik imbas kembali, pembaca akan mengetahui kisah yang lepas dan mengaitkan dengan kisah yang sedang berlaku.

Teknik ini digunakan untuk meramakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa depan ke atas sesuatu watak atau peristiwa pada masa depan

Bermaksud perbualan dengan diri sendiri. Sesuatu watak itu boleh sahaja berbual dengan bayang-bayang sendiri atau benda ataupun binatang. Teknik ini untuk menggambarkan kehairanan dan kekaguman tetapi tidak dinyatakan kepada orang lain. Contoh dalam karya Shahnon Ahmad , Sampah Tunggultunggul Gerigis

Teknik yang digunakan dalam aliran kesedaran untuk mengungkapkan fikiran dan pengalaman batin sesuatu watak, termasuk emosinya. Dengan menggunakan teknik ini, sesuatu watak akan berkonflik dengan dirinya sendiri. Hal ini menyebabkan soal jawab dalam hati watak kadang-kadang tidak logik dan tidak terkawal

Teknik unsur ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak-watak dalam cerita. Teknik ini digunakan untuk menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca lalu timbul pertanyaan apa akan berlaku terhadap watak.

Kejutan membawa pengertian penyelesaian atau peleraian terhadap sesuatu peristiwa, kejadian, klimaks, atau konflik yang dilakukan oleh pengarang yang kemungkinan bertentangan dengan harapan pembaca dan sama sekali di luar dugaan.

You might also like