You are on page 1of 16

Sejarah Kaum Bidayuh

Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan barat daya Sarawak terutamanya bahagian Serian, Kuching, dan barat Kalimantan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu: Selakau/Lara(daerah Lundu) Jagoi/SIngai(daerah Bau) Bukar/Sadong(daerah serian)

Bahasa Kaum Bidayuh


Jika dibandingkan dengan bahasa lain yang dipertuturkan di Sarawak, bahasa Bidayuh boleh disifatkan agak unik. Keunikan ini boleh dikesan berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Kebiasaannya intonasi dan bahasa bidayuh ini akan berubah mengikut kampong dan daerah tertentu. Ini menyebabkan berlakunya masalah komunikasi dikalangan masyarakat ini yang berasal dari suku dan daerah yang berlainan.

Contoh: Makan Serian ma-an Padawan man Contoh lain bahasa Bidayuh: Ande- ibu Arnab- arnab Amang- bapa Bihis- Hitam Bejuh- baju Budo- bodoh Biso- kenyang Batan- buang Bebak- mulut Dihan- durian Dedet- lembut Dari- lelaki Dekes- kotor Dapih- dimana Irak- ingin Irad- atap Luah- keluar Langkau- pondok Magan- menjerit Mijug- berdiri Matik- nanti

Adat Resam
Terdapat pelbagai kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Kepercayaan Dari segi kepercayaan kebanyakan daripada mereka beragama kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme.

Pakaian Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh

Lelaki

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

lazimnya mereka mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih.

Kain lilit kepala pula pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

Wanita

Bagi kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah.

Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak.

Rumah Panjang Kaum Bidayuh Pada zaman dahulukala suku kaum ini tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi untuk tujuan keselamatan iaitu supaya sukar dikesan oleh musuh.

Struktur Rumah Panjang Struktur rumah panjang kaum bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah Panjang

Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah, dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini, masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya.

Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa kini ini. Di awah masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya.

Ruangan awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. Tanju pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian tanju biasanya terdedah dan lazimnya tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti lada, padi, jagung dan sebagainya.

MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil).

SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH

Antara peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat Bidayuh untuk berperang antaranya ialah: Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, jepur (seakan samurai) rira (meriam kecil)

Peralatan yang biasanya digunakan untuk pertanian seperti parang, cangkul dan sabit juga digunakan untuk berperang pada zaman dahulu.

Perkahwinan

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin

Kelahiran

Upacara Menawar Perut


Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang itu akan diadakan untuk menggalakkan anak dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaan membaca mentera, tubuh perempuan mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Persediaan Menyambut Kelahiran


Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.

Semasa Bersalin
Apabila si isteri sudah hamper tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada menggangu proses kelahiran tersebut.

Memotong Tali Pusat


Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, Bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Bekas potongan itu kemudiannya disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. Setiap kali selepas mandi, Bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilapkan dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi.

Menyimpan dan Menanam Uri


Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri.

Menjaga Tali Pusat


Tali pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa.

Perlindungan Daripada Kome


Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat atau kome dan juga hantu yang dipanggil kok-anak.

Menamakan Anak
Kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe. Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. Nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun.

Persediaan Menyambut Kelahiran


Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.

Pantang Larang
1. Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri. 2. Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin. 3. Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut. 4. Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan. 5. Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing. 6. Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang takut anak akan mati semasa dilahirkan.

Kematian

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebut mpesan iaitu kata-kata terakhir atau pesanan kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian akan dijalankan apabila semua ahli keluarga dan saudaramara si mati sudah berkumpul.

Pengebumian
Pengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk kampung yang memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan yang diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa mayat dibawa ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan dikemas serta lantainya dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan untuk mengelak semangat si mati masuk atau datang ke bilik tersebut. Mayat masyarakat Bidayuh akan dibakr atau ditanam dengan menjalankan beberapa adat-adat tertentu. Ini mengikut adat bagi Bidayuh di kawasan tersebut.

Selepas Kematian
Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si mati selama paling kurang 4 hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama 2 hari. Ini adalah sebagai upacara berkabung dan menghormati si mati.

You might also like