You are on page 1of 6

Mathematik: Di Mana Jua & Untuk Setiap Masa

English Bahasa Melayu

Lokasi: Dewan F Masa yang biasanya diperlukan: 30 - 60 minit

Matematik terdapat di mana jua. Ia boleh didapati di dalam hampir semua aspek kehidupan. Ia didapati di dalam alam semula jadi di sekeliling kita, dan di dalam teknologi yang kita pegang. Matematik ialah bahasa sains dan teknologi. Ia digunakan untuk menyatakan kefahaman kita tentang semua perkara yang kita perhatikan. Pameran Matematik: Di Mana Jua & Untuk Setiap Masa menerokai banyak keajaiban dan kegunaan Matematik. Pameran ini dibahagikan kepada sembilan bahagian, setiap satu memfokuskan aspek Matematik yang berlainan. Pengenalan & Konsep Matematik telah wujud seawalawal wujudnya manusia, tetapi ia mungkin benar-benar bermula dengan (keperluan untuk) mengira. Sejarah Matematik memperkenalkan beberapa ahli Matematik Teragung, serta inspirasi dan sumbangan mereka. Di bahagian ini, anda juga akan diperkenalkan kepada beberapa konsep asas matematik dan peralatan mengira daripada mesin kira-kira elektronik gergasi hingga ke sepua (abacus) dari pelbagai budaya.

Kemuncak Bilik Ames menunjukkan ilusi yang terbentuk daripada hasil projeksi dan pengskalaan yang betul.

Dalam Pengiraan Pengiraan merupakan salah satu aktiviti terawal yang dilakukan oleh anak-anak kita, tetapi mengira hingga ke sejuta? Banyak manakah satu juta itu? Lihat besar manakah ruang yang dipenuhi oleh sejuta biji saga dan anda tentu akan juga kagum dengan nombor-nombor yang muncul dalam hidup kita bilangan degupan jantung di dalam jangka hayat yang normal. Kadang kala, nombor digunakan untuk memperdayakan orang. Tiga pameran di bahagian ini memberikan sedikit contoh tipu helah matematik yang terkenal. Dalam alam semula jadi 1,1,2,3,5,8,13... Inilah Jujukan Fibonacci yang terkenal: sebarang nombor Fibonacci adalah hasil tambah dua nombor sebelumnya. Jujukan nombor ini boleh didapati di dalam banyak susunan semula jadi seperti nenas dan kon pain, bunga matahari dan ruang kerang nautilus. Secara tidak disedari,

mata kita akan tertarik kepada objek-objek bersimetri. Vitruvian Man oleh Leonardo Da Vinci selalu digunakan sebagai lambang simetri di dalam tubuh manusia. Pameran Simetri yang Menenangkan mengukuhkan bahagian ini dan menerangkan apakah erti simetri di dalam sains dan Matematik, serta di dalam kehidupan harian.
Dalam Bentuk, Lengkungan & Pola

Bulatan, segi tiga dan segi empat merupakan beberapa bentuk yang kita lihat setiap hari. Ketahuilah kegunaan, kecantikan dan kebersihan bulatan dan pelajari dengan lebih lanjut tentang bentukbentuk lain yang boleh didapati di sekeliling kita. Bahagian ini juga mempertengahkan jalur Mbius yang mempunyai ciri-ciri yang agak pelik. Ketahui dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri pelik ini.

Dalam Permainan & Teka-Teki Banyak teka-teki dan permainan berasaskan dan/atau memerlukan logik dan deduksi secara matematik. Bahagian ini menggunakan keseronokan pelbagai permainan dan teka-teki popular, dan kegembiraan menyelesaikannya, untuk menarik dan melibatkan para pengunjung supaya menyedari bahawa Matematik boleh menjadi satu permainan dan sesuatu yang menyeronokkan. Kemuncak Ods Tidak Menyebelahi Anda!! menerokai kebarangkalian dalam pelbagai permainan kasino seperti roulette, blackjack dan mesin slot. Pameran ini akan membuat orang ramai berfikir akan peluang mereka untuk menang dalam se suatu perjudian. Dalam Masa & Cakerawala Matematik di perdalamkan untuk memahami kitaran alam semula jadi seperti yang diperhatikan didalam musim. Manusia purba memahami keperluan untuk mendefinisikan masa relatif kepada pergerakan cakerawala, diatas sebab-sebab pertanian, astronomi, astrologi dan pengemudian. Bahagian ini mempamerkan Matematik astronomi, hubungan dengan pelbagai kalendar kebudayaan -sejarah dan pembahagian masa kepada (unit) jam, minit dan saat.

Cabaran & Kontroversi Apabila kita bercakap tentang Matematik, sudah tentu persamaan dan formula akan terbayang diminda kita. Terdapat ratusan persamaan didalam sains dan Matematik, tetapi yang mana satukah Paling Cantik diantaranya? Anda dijemput untuk mengundi persamaan yang anda gemari. Apakah yang sebenarnya di buat oleh ahli matematik moden ? Apakah masalah yang menarik hari ini? Inilah sebahagian daripada isu yang dibincangkan dalam bahagian ini. Beberapa cabaran yang masih belum diselesaikan tetap menarik minat ramai ahli matematik. Terokai apakah sebahagian daripada cabaran-cabaran tersebut. Dalam Aplikasi Sebenar Matematik digunakan dalam kehidupan harian kita daripada mengira duit untuk membeli makan tengah hari hinggalah mengira faedah bank. Bahagian ini menerokai beberapa aplikasi praktikal Matematik. Contohnya, perbankan internet semakin menjadi kelaziman kebelakangan ini, dan kita bergantung kepada kriptologi matematik kajian tentang melindungi maklumat menggunakan kod untuk menjamin transaksi kita selamat. Pelajari dengan lebih lanjut tentang bagaimana ia dilakukan dalam bahagian pameran ini.

Kalkulus Mengkagumkan dan Menakutkan Kalkulus adalah kajian tentang perubahan dan ia merupakan salah satu bidang paling penting dalam Matematik. Isaac Newton dan Gottfried Leibniz selalu dikaitkan dengan penciptaan kalkulus. Newton menggunakan kalkulus di dalam hukum pergerakan dan tarikan graviti beliau. Terokai pelajaran kalkulus pengenalan dengan mencuba sesuatu hingga ke hadnya dalam Tahu Akan Had Anda. Belajar dengan lebih lanjut tentang cerun, kecerunan, tangen, pembezaan dan pengamiran dalam pameran lain bahagian ini.

You might also like