Pengenalan,definisi,komponen,dan konsep pendidikan alam sekitar

Pendidikan Alam Sekitar : Kepentingannya dalam pembangunan Negara

Pengenalan

Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum. Definisi Pendidikan Alam Sekitar adalah dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil di atas kerumitan dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar. (MUTHOKA, 1985) Pendidikan Alam Sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih,sihat,produktif,seimbang dan terjamin disamping (PUSAT PERKEMBANGAN

KURIKULUM DAN WORLD WIDE FUND FOR MALAYSIA, 1998)

Pendidikan adalah satu proses yang berpanjangan. Ia adalah cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk terhadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam (HUGHES, 1977) Pengenalan komponen alam sekitar Komponen alam sekitar terdiri daripada empat bahagian iaitu (a) Biosfera (Sistem ekologi) - flora dan fauna (b) Litosfera (Sistem geomorfologi) - mineral dan tanah (c) Hidrosfera (sistem hidrologi) - air dan marin (d) Atmosfera (sistem atmosfera) - udara dan angin Sumber-sumber dari alam sekitar fizikal digunakan untuk aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial.

Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran.Keseimbangan Ekologi KESEIMBANGAN EKOLOGI Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum. Contoh dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna. . Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Contoh ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau. Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut. Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah “keseimbangan dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Mengkaji habitat organisma. Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang. Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.A) Konsep Ekologi dan Ekosistem Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya.

B) KONSEP GEOMORFOLOGI Ia berasal daripada bahasa Yunani:GEO = BUMI MORPHE = BENTUK LOGOS = ILMU / KAJIAN = KAJIAN BENTUK BUMI Geomorfologi merupakan bidang sains yang mengkaji interaksi antara proses. Proses Geomorfologi Eksogenik Endogenik - Luluhawa Hakisan Gerakan Jisim Pengangkutan - Gerakan tektonik Lipatan kerak bumi Gelinciran Gempa bumi Gunung berapi Pemendapan • Proses endogenik menghasilkan bentuk muka bumi manakala proses eksogenik mengukir dan mengubah bentuk muka bumi . pedologi dan sebagainya. biologi. geologi. kimia. kartografi. faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Ia berkait rapat dengan disiplin sains yang lain seperti fizik.

gas dan pepejal) dan melalui pelbagai ruang di bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan simpanan. Imbangan air Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Kerpasan Air Bawah Tanah .classzone.http://www.com/ C) KONSEP SISTEM HIDROLOGI Kitaran hidrologi Fasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair.

perubahan air tanah. .” STRUKTUR ATMOSFERA Struktur Atmosfera terbahagi kepada empat iaitu: i) ii) iii) iv) Termosfera Mesosfera Stratosfera Troposfera Ciri Termosfera/ionosfera Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C. Penting untuk telekomunikasi. Berlaku pemisahan elektron bercas negatif daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.proses-proses dalam Imbangan air Sejatan Larian Permukaan Sejatpeluhan Lebihan air (air positif) Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima melebihi jumlah sejat peluhan. larian permukaan dan simpanan. perubahan air tanah. Kurangan air (air negatif) Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima kurang daripada jumlah sejat peluhan. D) KONSEP SISTEM ATMOSFERA Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. larian permukaan dan simpanan.

5˚C bagi setiap 1000m. Kepada Biologi Oksigen . Lapisan ini sangat kering. Mencorakkan kontur permukaan bumi Kejadian cuaca seperti angin. PERANAN ATMOSFERA Perana Atmosfera terbahagi kepada lima bahagian iaitu.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini. Ciri Troposfera Ketebalan kira-kira 8 km. suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian.Ciri Mesosfera Ketinggian sehingga 80 km. suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. Perdagangan / rekreasi . Pengurangan suhu 6. 4. 1. Mengandungi gas ozon. meliputi 25 % daripada jisim bumi. Kekayaan semula jadi Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan. Bahan meteor mula terbakar di sini Ciri Stratosfera Ketinggian sehingga 50 km. 2. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. 3. hujan dan larian air. tidak mengandungi awan atau cuaca.

Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut. Salah satu perancangan jangka panjang yang diambil ialah mendidik masyarakat terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar melalui pendidikan alam semulajadi. kemahiran serta sikap tanggungjawab terhadap alam semulajadi secara pro-aktif dan berperanan. Keseimbangan ekosistem telah terganggu akibat degradasi alam yang menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan. Isu-isu ini telah mendorong pihak pemimpin untuk bertindak secara bersama bagi memperbaiki kualiti alam sekitar. 5. Alam semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Salah satu tindakan yang telah dipersetujui adalah perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. KONSEP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. pencemaran kesan rumah kaca. pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan. Melalui program ini. Membentuk dan menpengaruhi cuaca Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Alam semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah.Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin. hakisan kepupusan sepsis dan lain lain. .

khasnya analisa ke atas punca isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan pembangunan di dalam semua sektor masyarakat di peringkat sedunia secepat mungkin. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan mapan. kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan mapan dan untuk keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Semua elemen ini hendaklah digabungkan dalam semua disiplin dan menggunakan kaedah formal dan tidak formal dan cara berkomunikasi yang berkesan. Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika. fizikal. berasaskan bukti saintifik yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai. pembangunan manusia. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan. yang dikaitkan dengan pendidikan sosial. dan memberi penekanan khas kepada latihan lanjutan untuk pembuat keputusan di semua peringkat. . Untuk mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambil kira persekitaran biologi. dan juga kerohanian. sosio ekonomi yang dinamik. Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar dan pembangunan di dalam semua program pendidikan.Kepentingan Pendidikan Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan. nilai dan sikap. daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa.

Negara-negara membangun khasnya kurang mempunyai teknologi dan kepakaran. Latihan adalah salah satu alat penting untuk membangunkan sumber manusia dan memudahkan peralihan ke arah dunia yang lebih mapan. Selain daripada meningkatkan kesedaran. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak nafsu manusia semata-mata. Ianya hendaklah menumpukan kepada usaha untuk mengisi dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu individu mendapatkan pekerjaan dan melibatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan. Kesimpulan Sebagai seorang yang beriman. program latihan hendaklah meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar dan pembangunan sebagai proses pembelajaran dua hala. Adalah perlu untuk meningkatkan kepekaan awam terhadap masalah alam sekitar dan pembangunan dan melibatkan mereka dalam penyelesaian masalah dan menggalakkan sikap bertanggungjawab dan motivasi dan komitmen terhadap pembangunan mapan. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja. Dalam masa yang sama.Di samping itu kita juga menyedari bahawa terdapat kekurangan dalam kesedaran dalam aktivitiaktiviti manusia dengan alam sekitar akibat maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat. . salah satu aspek lagi yang penting untuk dikemukakan kepada masyarakat ialah latihan.

Menurut Hungerford et al. persekitaran yang baik bergantung kepada masyarakat atau warga dunia dan kita merupakan warga dunia yang menjadi sebahagian daripada alam sekitar. jalan terbaik ialah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengubah sikap dan amalan mereka terhadap alam sekitar. 2000. Semua yang berlaku di atas adalah akibat kurangnya kesedaran manusia terhadap penjagaan alam sekitar. sekolah menjadi salah satu cara utama menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. kebakaran hutan di Australia. Setiap hari kita mendengar berita berkenaan kemusnahan alam sekitar seperti banjir lumpur di Lapindo. Ini adalah kerana alam sekitar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kehidupan manusia. Indonesia. Menurut Grove (2002). Pelajar yang dididik dengan amalanamalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam (Environmental Citizen) yang sentiasa sensitive terhadap isu-isu alam sekitar. Pemikiran manusia harus diubah daripada sikap mementingkan diri (anthropocentric) kepada berfokuskan alam sekitar (ecocentric) (Callicott. Menurut Rosnani (2007). kejadian tsunami dan sebagainya. 1999). Segala aktiviti dan amalan harian manusia akan memberi kesan kepada alam sekitar. Knapp.WARGA ALAM SEKITAR Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku sekolah lagi. tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Menurut Moroye (2005). akibat daripada kemusnahan ini ialah kematian ribuan manusia di seluruh dunia. Maksud warga alam sekitar Seluruh manusia yang hidup di alam ini bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan seharusnya memulakan amalan-amalan murni alam sekitar kerana nasib alam sekitar yang akan didiami pada masa depan bergantung kepada mereka.Ini adalah kerana sikap terhadap alam sekitar mempengaruhi tingkah laku seseorang terhadap alam sekitar. . (1988). Oleh itu.

Menurut Moroye (2005). v) Melengkapkan diri dengan pengetahuan berkenaan strategi dan tindakan ke atas alam sekitar Inilah yang menjadi matlamat utama pendidikan alam sekitar iaitu untuk melengkapkan seseorang dengan pengetahuan asas alam sekitar seterusnya bertindak sebagai Warga Alam(Environment Citizen).Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku sekolah lagi. Menurut Rosnani (2007). berpengetahuan. tersentuh dengan isu-isu alam sekitar dan mempunyai perasaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah alam sekitar (Era Hijau. Ini bermakna. Warga Alam (Environmental citizen) bermaksud seseorang yang menjadi ahli dalam kumpulan alam sekitar atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar dalam sesuatu jangkamasa. pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan seharusnya memulakan amalan-amalan murni alam sekitar kerana nasib alam sekitar yang akan didiami pada masa depan bergantung kepada mereka. Menurut Arbaat (2008). 2007). Untuk menjadi warga alam . . sekolah menjadi salah satu cara utama menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. berkemahiran dan melibatkan diri dalam menanggani isu-isu alam sekitar. Pelajar yang dididik dengan amalan-amalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam (Environmental Citizen) yang sentiasa sensitif terhadap isu-isu alam sekitar.seseorang itu perlu: i) ii) iii) iv) Melalui pendidikan Alam Sekitar Memeriksa amalan-amalan terhadap alam sekitar Menyumbangkan masa atau kewangan untuk kepentingan alam sekitar Mengetahui dan mempunyai maklumat tentang isu-isu alam sekitar dan memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan. objektif utama pendidikan alam sekitar ialah untuk melahirkan masyarakat yang sedar. seseorang Warga Alam itu adalah individu yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengambil bahagian yang aktif untuk menyelesaikan masalah alam sekitar pada peringkat individu atau masyarakat.

Mengutip / memungut hasil hutan. dan juga mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam. i) ii) iii) iv) Menyelia kegiatan pembalakan. b) Menggubal dan meminda undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan. d) Meneliti Memorandum Jemaah Menteri. jabatan ini juga melaksanan kerja-kerja dalam bidang undang-undang antarabangsa. f) Menjalankan pendakwaan di mahkamah bagi kes tertentu. . hubungan dua hala dan hubungan pelbagai hala. Perlembagaan Negeri-Negeri dan undang-undang lain. h) Menghadiri mesyuarat berkenaan dengan hal ehwal Jabatan. Berikut adalah fungsi jabatan perhutanan. Berikut adalah fungsi jabatan alam sekitar. Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasaskan kayu. e) Memberikan arahan bagi penyiasatan kes-kes di bawah bidang kuasa Jabatan. JABATAN PERHUTANAN Jabatan ini merupakan salah satu badan yang mengawal dan melindungi alam sekitar.BADAN KERAJAAN ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR Ia merupakan satu jabatan yang memberi nasihat perundangan kepada Jabatan yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan di mana sesuai. a) Memberi nasihat perundangan kepada Jabatan Alam Sekitar (Jabatan) selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan. c) Menyemak perjanjian dan dokumen perundangan yang lain yang berkaitan dengan Jabatan. menasihati Jabatan berasaskan undang-undang antarabangsa dengan mengambil kira kepentingan Negara dari segi kedudukan Malaysia di dalam masyarakat antarabangsa. Selain itu. Menguatkuasakan undang-undang dan kaedah-kaedah hutan. i) Memberikan ceramah sekiranya diminta oleh Jabatan dan j) Menjalankan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. g) Mewakili kerajaan/Jabatan dalam kes sivil.

harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.projek pengurusan dan pembangunan sumber hutan serta pemulihan dan pemeliharaannya. mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN i) PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN Membangun. khususnya bagi faedah sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil. iii)KEJURUTERAAN SUNGAI Mengkaji.v) Melaksanakan projek . merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Pahang bagi penduduk-penduduk luar bandar dan bandar dengan melindungi nyawa. . saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian. merancang dan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di negeri ini bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan kerosakan harta benda. ii)SALIRAN DAN TEBATAN BANJIR Mengkaji. dan menjalankan tugas-tugas pentadbiran hutan.

termasuk tukar syarat/pecah sempadan tanah. Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan sebuah NGO di Malaysia yang sangat prihatin dengan nasib flora dan fauna daripada ancaman manusia. Melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan awam / bangunan untuk lain-lain agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Kementerian Alam Sekitar (NRE). BADAN BUKAN KERAJAAN ALAM SEKITAR SAHABAT ALAM MALAYSIA Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977.iv)KEJURUTERAAN PANTAI Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan. v)HIDROLOGI DAN SUMBER AIR Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. . vi)KHIDMAT NASIHAT DAN SOKONGAN Memberi ulasan terhadap Permohonan Pembangunan Tanah (PPT). semua permohonan LPS dan perkara-perkara lain yang terlibat dengan Enakmen Air. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan dan kemajuan. Menjalankan kerja-kerja mengawal dan mencegah hakisan pantai.

Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. Brazil. MNS berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur. . MNS merupakan badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaiatan alam sekitar khususnya di Malaysia. Cawangan Singapura persatuan ini telah menamakan dirinya semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore) pada tahun 1991. untuk kedua-dua pihak awam serta swasta. Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Dalam masa yang sama. LESTARI juga ditubuhkan untuk menjadi pusat rujukan yang mempunyai berkemampuan dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan.PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society. Fungsi pembangunan dioptimumkan untuk memajukan kapasiti sumber manusia melalui pembangunan kemahiran dan latihan. Institut ini memenuhi aspirasi universiti seperti mana yang telah dicapai semasa Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Conference on Environment and Development -UNCED) yang telah berlangsung di Rio de Janeiro. membantu kerajaan dalam memformulasikan polisi berdasrkan kajian dan penyelidikan yang menyeluruh dan seimbang. Pembangunan Lestari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ditubuhkan pada 1 Oktober 1994 sebagai salah satu institut pengajian multi disiplin dalam struktur Universiti Kebangsaan Malaysia. iaitu untuk memastikan objektif pembangunan lestari melalui penyelidikan dan pembangunan kapasiti. MNS) adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor.

1987). PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI Pendidikan unutk pembangunan lestari merujuk kepada pembelajaran yang diperlukan untuk mengekal dan memperbaiki kualiti hidup unutk generasi masa depan. “Education for sunstainable development is a way ensuring a better quality of life for everyone now and the future generation to come. (m. Menurut Rohaty (2005). mempunyai keperluan asas yang cukup. Kelestarian merupakan satu paradigm pemikiran masa depan dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran. It is a dynamic process which enables all people to realize their potential and improve their quality of life in ways simultaneously protect and enhances the earth’s support system”. Malaysia sebagai salah satu Negara yang menyokong pembangunan kelestarian dan telah memasukkan isu kelestarian persekitaran selaras dengan pembangunan ekonomi dalam perancangan Jangka Panjang Malaysia melalui “ Third Outline Perspective plan 2001-2010”. Dalam satu masyarakat lestari. jurutera dan ahli perniagaan perlulah bentuk teknologi dan merancang aktiviti ekonomi kea rah yang lebih sihat dan mapan tanpa memusnahkan persekitaran sedia ada. sama ada generasi semasa dan akan dating. Salah satu dari cadangan pembangunan kelestarian oleh Malaysia ialah kelestarian dalam pendidikan atau Educational Sustainable Development (ESD). Saintis.mempunyai equity dan assesibiliti kepada sumber-sumber dan kualiti kehidupan yang normal dalam satu eko-sisteem kepelbagaian biologi yang tidak dimusnahkan. mereka adalah masyarakat yang sihat. Dengan kata lain. ESD telah menjadi salah satu saluran terpentong untuk mewujudkan kesedaran seterusnya membangunkan altruism dalam kalangan masyarakat Malaysia dan diharap pembangunan lestari ini akan menjadi kenyataan bukan hanya sekadar visi. social dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan.Pembangunan lestari bermaksud pembangunan atau perkembangan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan keperluan generasi akan dating (Bruntland Report.175) . kit aharus hidup dalam ruang lingkup system yang direka bentuk mengguna pakai model biologi dimana keperluan mengurangkan penggunaan dan pembaziran sumber asli dititikberatkan.s.

Manakala pendidikan lestari pula merujuk kepada satu proses pembelajaran seumur hidup yang dapat menghasilkan masyarakat bermaklumat dan mengambil bahagian dengan cirri-ciri kemahiran dalam penyelesaian masalah. Proses ini dilihat dapat membantu menghasilkan sebuah masyarakat yang mapan daripada aspek ekonomi. visi secara holistic. berliterasi saintifik dan sosial serta mempunyai komitmen dan tanggungjawab individu dan kumpulan. sosial dan persekitaran. cara-cara dan teknik-teknik untuk membantu pekerjaan dan bidang profession mereka. . Amalan-amalan dalam pendidikan untuk pembangunan lestari termasuklah penyertaan awam untuk membuat keputusan secara berkesan. Dilatih dalam kemahiran-kemahiran. serta menjalankan rundingan. kepelbagaina budaya bagi kelestarian akan dating. Mengembangkan sikap positif kea rah kepentingan pembangunan lestari.Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan untuk mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi. penilaian dan tindakan bagi mencapai hasrat tersebut (Mohammad Zohir 2003). komitmen antara intragenerasi dalam menangani isu-isu keadilan sosial. koloboratif dan rakan kongsi secara silang sector. Secara kesimpulannya. menyemak semula peranan sains dan pendidikan. pendidikan dan kesedaran yang mendalam tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari bertujuan untuk membentuk dan memupuk sikap keperihatinan terhadap alam sekitar. Pendidikan lestari dapat membantu pelajar-pelajar:    Mendapatkan pengetahuan dan makna tentang perkembangan lestari secara umum dan dalam bidang profession mereka.

keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pemeliharaan alam semulajadi amat penting. bertanggungjawab dengan alam. menanam pelbagai tumbuhan untuk mengindahkan halaman rumah. Natijahnya. tidak membunuh binatang liar untuk kepentingan diri semata-mata serta tidakmelakukan pembakaran terbuka. kepupusan tanaman. ribut taufan. contohnya kerajaan memberikan tumpuan bukan sahaja kepada kepesatan pembangunan tetapi juga kepada aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan agar negeri ini terus aman. tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. pemanasan global. Misalnya penanaman semula selepas aktiviti pembalakan. pencemaran udara. membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguhsungguh. Dalam proses pembangunan. banjir kilat. hujan asid. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama. Peristiwa tanah runtuh. habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Kita boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang .Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Pemeliharaan Alam Sekitar Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia. manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Banyak fakta telah membuktikan pencemaran berpunca daripada musim. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. air dan darat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.

contoh mengadakan kempen mengindahkan alam. sama ada penting untuk kesejahteraan manusia seluruhnya ataupun menyumbang kepada kepentingan peribadi seseorang. Kemelut yang melanda antara usaha memulihara alam sekitar dengan aktiviti memugar-punah alam menjadi lebih meruncing apabila kita telah meletakkan tahun 2020 sebagai tarikh akhir untuk mencapai status negara maju. Umpamanya. alam sekitar boleh dianggap sebagai sumber asli yang memiliki nilai ekonomi yang tinggi yang perlu dimanfaatkan. alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai bahagian muka bumi yang memiliki nilai kebudayaan dan saintifik yang tinggi dan perlu dipulihara. Jika kita meneliti kefahaman terhadap alam sekitar yang difahami oleh masyarakat masa kini pastinya ianya ditakrifkan dalam pelbagai perspektif yang berbeza-beza. Apakah mungkin bagi kita mencapai status tersebut dengan tidak mengorbankan kepentingan alam sekitar? persoalan yang perlu diberi perhatian serius. Bagi golongan pencinta alam. Pemuliharaan Alam Sekitar Pemulihan alam sekitar ialah bidang yang berkenaan dengan penghapusan pencemaran atau bahan kontaminasi dari:   bahan-bahan alam sekitar (seperti tanah. atau kawasan perindustrian terbiar yang bertujuan untuk dibangun semula. Ini adalah . pembuat dasar dan ahli perniagaan tentunya akan memberikan makna kepada alam sekitar mengikut perspektif dan nilai masing-masing.kepentingan alam. Dari sudut mana sekalipun alam sekitar itu difahami. lawatan ke Taman Negara dan sebagainya. manakala daripada perspektif yang lain pula. endapan. ianya tetap dianggap sesuatu yang penting. ia juga boleh dilihat sebagai komponen bumi yang penting untuk kesejahteraan manusia dan perlu diurus dan dimanfaatkan untuk keperluan pembangunan negara. Ini bermakna kita hanya mempunyai sekitar sepuluh tahun sahaja lagi untuk merancang strategi yang mantap untuk pembangunan negara dan alam sekitar serta memperbaiki apa yang telah rosak dan lemah sebelum ini. dan air bumi) demi perlindungan am kesihatan manusia dan alam sekitar.

Marilah kita bersama-sama terus memainkan peranan masing-masing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam kurniaan Tuhan. usaha harus dipergiatkan untuk menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna. Apakah kita memiliki keupayaan dan kebijaksanaan untuk mengimbangi arus pembangunan ini? Iaitu keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar. perhutanan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. kita perlu mengatasi pelbagai cabaran yang umumnya tertumpu kepada peningkatan kesejahteraan hidup. Mulakan langkah pertama hari ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di peringkat global dan glokal. Justeru. Komuniti masyarakat kita kini mampu bekerjasama dan bekerjamasa demi pemuliharaan alam sekitar. Apakah tanggungjawab kita dalam perkara ini? TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Masyarakat hari ini harus berani tampil untuk mengemukakan bantahan terbuka dan kritikan yang membina. Ini bermakna pembangunan di Malaysia akan bersandarkan kepada pembangunan ekonomi sambil memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan kestabilan sosial dan politik. pertanian dan sebagainya yang kesemuanya membabitkan kepentingan alam sekitar. perumahan. Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri sendiri. dan antara kemajuan fizikal dengan perkembangan rohaniah. . Dimana peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya mempunyai satu sikap yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara alam sekitar menjadi asas yang penting. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. golongan ibubapa juga memainkan perana penting dalam pemuliharaan alam sekitar.Dalam cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju. Selain itu. Ibubapa harus menjadi contoh terbaik dalam memimpin keluarga. perindustrian. Pastinya penekanan pembangunan yang dicitacitakan itu akan tertumpu kepada kepelbagaian gunatanah.

Pejabat Pelajaran Daerah. . Matlamat akhir pendidikan alam sekitar untuk melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar mudah tercapai jika semua pihak seperti Kementerian Pelajaran.Kesimpulan Kejayaan penerapan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum sekolah amat bergantung bukan sahaja kepada kepada komitmen guru sebagai pelaksana malah kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung. Jabatan Pelajaran Negeri. sekolah-sekolah dan para guru mengambil tanggungjawab untuk mendidik dengan serius.

htm http://cikguseri73.blogspot.2005.55. Malaysia.Prosiding Seminar Pendidikan JJPG 2005. (2000).tripod. (2002). Harmony between man and land: Aldo Leopold and the foundation of ecosystem management.13. Jabatan Alam Sekitar Malaysia.M. (1998).com/2009/09/tema-sistem-hidrologi-konsepkitaran. Climatic fears: Colonialism and the history of environmentalism.my/v5/index.3(2):51:60. Warga Alam.139. Moroye. Rosnani Ibrahim (2007). Diges Pendidik.html http://geografifizikalpengajianam. Curriculum and Teaching Dialogue 7(1/2): 123.ikim. Mohammad Zohir bin Ahmad @ Shaari. Common ground: an ecological perspective on teaching and learning. Elsevier Ltd. Model Latihan Perguruan Glokal Untuk Pembangunan Lestari.html http://ms.forumotion. B. Internet http://pengajianam900. al. 2003 Geografi Sebagai Medium Pendidikan Alam Sekitar.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=679&cmd=re setall . Journal of Forestry.gov. (2005). Keluaran 3:2007 Grove. 4 . R. C.com/geografistpmkertas1dan2/id5.RUJUKAN Arbaat Hassan. 50 . 98(5). 23(4). Harvard International Review. Universiti Kebangsaan Malaysia.wikipedia. J. The adult non formal environment education (EE): A scenario in Sabah. Rohaty Mohd Majzub.org/wiki/Persatuan_Pencinta_Alam_Malaysia http://www. Hungerford et. Era Hijau. Investigating and Evaluating Environmental Issue and Actions Skill Development Modules.com/isu-alam-sekitar-f21/ekologi-ekosistem-t335. Procedia Social Sciences. Science Direct. A Curriculum Development Project Designed to Teach Students How to Investigate and Evaluate Science-Related Social Issues. Callicott. (2008).