You are on page 1of 59

1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU 1. Guru adalah pembina generasi Malaysia 2.

Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul 3. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan FPK dan FPG. 4. Program ini melibatkan semua Program Ijazah sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG 1. Memahani realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. 3. Menghayati ciri-ciri kerohnian, nilai , etika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir atas tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan sosial. 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secra reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

3. PELAKSANAAN PROGRAM BIG PPG Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Fasa 1, iaitu Perkhemahan yang dilaksanakan pada awal semester dua dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara berterusan di Fasa 2 dan 3. Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan bench marking dan kembara sosial.

3.1 STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM BIG PPG


BI L PROGRAM / AKTIVITI FASA 1 FASA 2 FASA 3 S 6

S1 S2 S3 S4 S5 1 2 3 4 Perkhemahan Kursus/bengkel/seminar/ Kajian Kes Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial Lawatan bench-marking JUMLAH X X

JUMLA H 45 30

X X

35 10 120

3.2 . DOMAIN KANDUNGAN KURIKULUM BIG PPG

A.

Kerohanian dan Akhlak Keguruan * Mengamalkan tingkahlaku terpuji * Mempunyai kemantapan jati diri * Menghayati disiplin diri yang tinggi * Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh

B.

Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat * * * Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu. Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan ( capacity building) Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara.

Pembinaan Pasukan * * Perkongsian misi dan visi Kejelikitan berpasukan secara strategik

Hidup Berbakti * * * Kerja sebagai ibadat Kesanggupan dan keikhlasan bekerja Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat.

C.

Berakauntabiliti dan Amanah * * * Akauntabiliti profesional perundangan, mandat dan matlamat. Memahami realiti persekitaran peka dan resopnsif kepada realiti persekitaran. Komitmen optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan. Kemahiran sosial (termasuk unsur kecekapan kecerdasan Emosi (KKE) ) Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti

*
*

D.

Berdaya Tahan Yang Tinggi * * Ketahanan fizikal kecergasan, ketahanan diri, keseronokan. Ketahanan mental berfikiran positif, terbuka dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang. Ketahanan emosi memahami dan mengawal emosi. Ketahanan spritual kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah.

* *

E.

Berjiwa Merdeka dan Perkasa * * * * * Pengurusan diri pembina disiplin kendiri, berdikari, penampilan & ketrampilan. Perubahan sikap terbuka kepada tingkahlaku baru dan keadaan luar jangka. Bijak membuat keputusan cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Bijak menyelesaikan masalah Pengurusan perubahan menerima dan mengurus perubahan.

F. Kreatif dan Inovatif * * Kesediaan menerima idea dan teknologi baru Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecemerlangan. Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas dan global. Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik. Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri

*
*

INSTRUMEN PENTAKSIRAN BIG PPG

Pentaksiran kursus BIG PPG adalah berdasarkan kepada komponen-komponen yang merangkumi Laporan, portfolio, rakaman, sahsiah.
Komponen Pentaksiran Wajaran

Laporan Portfolio Rakaman Sahsiah


Jumlah

30% 30% 30% 10% 100%

Penulisan reflektif adalah komponen wajib dalam laporan, portfolio dan rakaman

4. KRITERIA PENTAKSIRAN Dilaksanakan melalui penilaian formatif Kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk gred Bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar di nilai berasaskan hasil: * Portfolio * Laporan * Rakaman * Penilaian pihak sekolah

5. PROSEDUR PENTAKSIRAN
5.1 Menyediakan folio ( Individu) 5.1.1 Format folio seminar / bengkel/ ceramah adalah seperti berikut:

* Pengenalan * Objektif * Kandungan (menggunakan pengurusan grafik dan gambar, rajah dan lain-lain bentuk ilustrasi yang sesuai) * Refleksi kendiri (kepentingn kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti) * Penutup

5. PROSEDUR PENTAKSIRAN
5.2 Portfolio 5.2.1 Spesifikasi Penulisan Portfolio * Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan * Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung. * Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan

5. PROSEDUR PENTAKSIRAN
5.2.2 Format Portfolio Muka depan diisikan dengan maklumat berikut: * Nama Institut * Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG * Lokasi pelaksanaan * Nama pelajar dan ahli kumpulan * Gambar pelajar dan ahli kumpulan * Nama Mentor

Laporan Reflektif (program) * Laporan dilaksanakan secara INDIVIDU * Pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program.

Laporan Reflektif (program) * Laporan dilaksanakan secara INDIVIDU * Pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program. * Memberi cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan. * Ditulis menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) * Diserahkan kepada Mentor masing-masing SEMINGGU selepas tamat program BIG PPG

Maklum Balas Pelajar PPG (Penilaian Kendiri) * Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan. Lampiran * Bahan-bahan bukit seperti: * Brosur * Salinan surat * Rakaman * Gambar-gambar * dan bahan-bahan lain yang berkaitan

5. PROSEDUR PENTAKSIRAN

5.3 Kertas Kerja * Disediakan oleh pelajar PPG * Menggunakan 4W1H (apa, bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana)

UNJURAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BIG PPG


FASA PROGRAM / AKTIVITI INSTRUMEN MARKAH JUMLAH WAJARAN

Perkhemahan

Portfolio Laporan Rakaman Penilaian pihak Sekolah Laporan Rakman Penilaian pihak Sekolah Laporan Rakman Penilaian pihak Sekolah

30% 30% 30% 10% 50% 40% 10% 50% 40% 10%

100%

37.5%

Kursus / bengkel / seminar / kajian kes

100%

25%

Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial Lawatan Bench-marking

100%

37.5%

JUMLAH PERATUS WAJARAN

100%

PROGRAM BINA INSAN GURU


PISMP DPLI/KDC PGSR PPG

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MALAYSIA.

Pelajar Lulus: Kehadiran 100% dan menyertai semua aktiviti BIG Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG kurangnya 40 peratus. Keputusan akhir BIG ialah mengikut gred

sekurang-

Pelajar Gagal: Tidak menyertai dan mengikuti setiap program/aktiviti BIG Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus Pelajar Mengulang / tangguh: Pelajar yang tidak menyertai keseluruhan / sebahagian program/aktiviti BIG Pelajar yang gagal BIG

6. JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

Struktur Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru Peringkat Sekolah / Institusi Pengerusi : Timbalan Pengerusi : Setiausaha : Bendahari : Guru Besar Penolong Kanan KK Pelajar PPG (Program Pensiswazahan Guru (Lantikan sekolah)

6. JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

Ahli Jawatankuasa : i. Pengerusi J/Kuasa Kerohanian & moral (Ketua Panitia Pendidikan Islam & Moral) ii. Pengerusi J/Kuasa Peralatan (Ketua Panitia PJK) iii. Pengerusi J/Kuasa Makanan iv. Pengerusi J/Kuasa Aktiviti v. Pengerusi J/Kuasa Kebajikan & Keselamatan (Lantikan Sekolah)

JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU PPG

KEM KOMANDAN

KUATERMASTER MAKANAN

JURULATIH KEROHANIAN & MORAL

KUATERMASTER PERALATAN

KUATERMASTER KEBAJIKAN & KESELAMATAN BEBAS

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA


Bil 1 Jawatankuasa Pengerusi (Guru Besar) Bidang Tugas Mempengerusikan masyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat perancangan BIG PPG Menentukan dasar-dasar pelaksanaan BIG PPG peringkat IPG Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG

2.

Tim.Pengerusi (Penolong Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kanan Kokurikulum) Induk dan menyuarat perancangan BIG PPG (b/p pengarah) Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA


Bil 3 Jawatankuasa Setiausaha (Pelajar PPG) Bidang Tugas Menyediakan kertas kerja cadangan pelaksanaan BIG PPG Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG Menyediakan laporan penilaian BIG PPG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Mengeluarkan surat lantikan bertugas kepada pensyarah / fasilitator yang akan pergi ke BIG PPG bagi setiap siri Menyediakan laporan keberkesanan program dan menganalisis dapatan

Bil 4

Jawatankuasa Bendahari

Bidang Tugas Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian/moral Menyediakan dan memastika semua peralatan perkhemahan boleh digunakan Menyediakan peralatan memasak Menyediakan peralatan siaraya Menyediakan bahan alat tulis Menyediakan peralatan komunikasi Menyedikan peralatan berkayak dan peralatan yang berkaitan dengannya Menyediakan peralatan kembara dan orientaring

5.

Kerohanian

Kuatermaster Peralatan

Bil 7

Jawatankuasa

Bidang Tugas

Kuatermaster Makanan Menguruskan bekalan bahan mentah / makanan (Lantikan Bebas) Mengawasi kuantiti bekalan makanan Menyediakan menu makanan Menguruskan tempahan bahan makanan dengan pembekal Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan Kem Komandan (Lantikan sekolah) Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang perkhemahan Mengadakan mesyuarat O group setiap malam Memastikan semua aktiviti sepanjang perkhemahan berjalan mengikut jadual Sentiasa berada di tapak perkhemahan Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta

Bil

Jawatankuasa

Bidang Tugas Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang perkhemahan Menjadi pegawai pengiring LO kepada VIP semasa perasmian penutup

Aktiviti (Jurulatih / Fasilitator)

Merancang, mengendali dan memantau pelaksanaan aktiviti Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.
Menyediakan peralatan kecemasan, ubat-ubatan Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak perkhemahan Menguruskan insuran peserta Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG

10 Kebajikan dan Keselamatan (Lantikan Bebas)

1.

PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

1. Progran BIG PPG akan menjadi satu aktiviti perkhemahan yang sampurna jika terdapat perancangan dan persediaan dapat dibuat dengan teliti dan sistematik. 2. J/kuasa Kerja program perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakataan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semada dan sesudah program dijalankan

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:


a. Penubuhan dan pemilihan J/kuasa kerja b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan. c. Memilih dan menentukan lokasi dan tapak perkhemahan. d. Merancang pengisian aktiviti program perkhemahan e. Merancang perbelanjaan catuan bahan basah dan kering

f.

Taklimat dan merancang latihan asas kepada peserta kursus. g. Memberi taklimat kepada jurulatih/ fasilitator dan urusetia h. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan i. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Bil 1 Perkata Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG Isi Kandungan Perancangan Pelaksanaan Program. 1. Lokasi Program 2. Tarikh Program 3. Lawatan Tapak 4. Perhubungan Luar 5. Peralatan 6. Pembahagian tugas Kem Komander / Jurulatih / Fasilitator 7. Kos 8. Kebajikan / makanan Tindakan Pelajar PPG dengan J/Kuasa pelaksana BIG PPG peringkat sekolah

SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU PPG


Bil
1

Perkata
Taklimat Kepada peserta perkhemahan

Isi Kandungan
1. Memperkenalkan jurulatih / fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta 2. Pembahagian Tugas kepada peserta 3. Keadaan Fizikal 4. Peralatan 5. Status Kesihatan 6. Kuatermaster makanan 7. Kuatermaster peralatan 8. Kebajikan dan Keselamatan 9. Jadual Pelaksanaan 10. Pergerakan Aktiviti 11. Disiplin Peserta 12. Peraturan Perkhemahan 13. Jadual Aktiviti 14. Pembahagian Nombor Peserta

Tindakan
Pelajar PPG

SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU PPG


Bil
2

Perkata
Pelaksanaan Aktiviti

Isi Kandungan

Tindakan

1. Arahan tetap yang merangkumi Ketua Jurulatih prosedur sebelum aktiviti / Jurulatih / 2. Melaksanakan semua komponen fasilitator dalam jadual 3. Penilaian dan penulisan refleksi

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU PPG


Bil
1

Perkata
Taklimat Penutup Siri BIG PPG

Isi Kandungan

Tindakan

1. Protokol acara penutupan siri Ketua Jurulatih BIG PPG / jurulatih / 2. Perbarisan Fasilitator 3. Penyerahan Bendera 4. Ucapan Ketua Kumpulan 5. Ucapan VVIP 1. Membersihkan peralatan dan Peserta kawasan perkhemahan di bawah 2. Memastikan peralatan adalah pemantauan dalam keadaan yang baik Ketua Jurulatih 3. Pemulangan peralatan dengan / jurulatih / jumlah yang sama Fasilitator 4. Penyusunan peralatan 5. Pemulangan kad nombor

Tindakan sebelum Perjalanan Pulang

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU PPG


Bil
1

Perkata
Tindakan Selepas Perkhemahan

Isi Kandungan
1. Membuat refleksi / laporan pelaksanaan BIG PPG 2. Menyediakan dokumentasi audio / video untuk tujuan pelaporan dan penilaian 3. Menyiapkan portfolio 4. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG PPG 5. Post-Mortem dan Laporan Ketua Jurulatih

Tindakan
Penyelaras Program BIG PPG IPG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program BIG perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut: 1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG. 2. Peserta hendaklah menjalin hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain

3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkahlaku yang terpuji sepanjang perkhemahan. 4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat. 5. Peserta diwajibkan menghadiri diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan. 6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. 8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu mengamalkan sikap mesra alam sekitar. 10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran. 11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasqa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan. 13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan. 14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam. 16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

17. 18.

19. 20. 21.

Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.

22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh J/kuasa Keselatan /Urusetia
PERINGATAN Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap aktiviti dijalankan. Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan

SEBELUM AKTIVITI 1. Pelajar PPG a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga b. Memastikan setiap peserta dilindungi insuran / takaful PTKB c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih dan semua AJK d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar e. Memilih & memastikan tapak perkhemahan f. Memastikan perlatan dalam keadaan baik & selamat digunakan.

g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis, Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekat. h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas. i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di Institut. j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama. k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG

l.

Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik. m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

SEMASA AKTIVITI 1. KEM KOMANDAN a. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan elektrik c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti. d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar.

e. Taklimat kepada peserta / pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan. f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan. g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan

2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti b. Head Count untuk memastikan semuanya selamat c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan. d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada Kem Komandan.

f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat. g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri. h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti. i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti.

SELEPAS AKTIVITI 1. KEM KOMANDAN a. Menerima Laporan Ketua Jurulatih b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan e. Menerima Laporan Kewangan dari Bendahari f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1 hari selepas perkhemahan.

g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik. h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG. i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian. j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti pelaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing. (Mesti dihantar kepada interaski bersemuka berikutnya)

You might also like