You are on page 1of 7

Kertas Kerja: Program Pencegahan Dadah

PENDAHULUAN: Gabungan Generasi Muda Terengganu bercadang mengadakan program ini dengan pengisian aktiviti pembangunan sahsiah diri serta penekanan kepada rohaniah, jasmaniah dan akliah sebagai bentang pertahanan diri daripada terjebak dengan penagihan dadah. Program yang sama pernah diadakan pada tahun lepas telah memberi kejayaan dari segi penerimaan peserta terhadap aktiviti yang dibuat terutama sesi ceramah, latihan dalam kumpulan dan pemetaan minda. Keberkesanan program tersebut mengorak langkah untuk mengadakan secara bersiri dengan fokus utama adalah belia yang sering terjebak bermula dengan rokok, hidu gam, ganja dan akhirnya terlibat dengan najis dadah. OBJEKTIF: Mendidik peserta menghayati amalan hidup sihat tanpa dadah dan terhindar daripada lain-lain perlakuan negatif. Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati. Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan bersedia. TARIKH: 17 hingga 19 Jun, 2007 TEMPAT: Kompleks Belia & Sukan Daerah Besut, Terengganu.

PENGANJURAN: Anjuran: Gabungan Generasi Melayu Terengganu Dengan Kerjasama: Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu KUMPULAN SASAR: Pelajar sekolah menengah berumur 16 30 tahun seramai 80 orang * Ahli Geng Terengganu - 40 orang

* Belia tidak berpersatuan - 40 orang PENGISIAN: Pengisian bagi program ini taklimat, suaikenal, ceramah, kuliah

agama/taklimat, tazkirah, latihan dalam kumpulan, lawatan ke Pusat Serenti Besut, riadah, kembara, pemetaan minda dan lain-lain mengikut kesesuaian yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengelola. ATURCARA PROGRAM: Hari Pertama Jam 1.30 petang Pendaftaran Peserta di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu Jam 2.00 petang Bertolak ke Kompleks Rakan Muda Besut Jam 4.00 petang Daftar Masuk Kompleks Rakan Muda Solat Asar / Minum Petang

Jam 5.00 petang Aktiviti Riadah Jam 6.30 petang Persiapan Diri / Makan Malam Solat Maghrib / Bacaan Yasin / Tahlil / Zikir Munajat / Solat Isyak Jam 9.00 malam Taklimat Program, Suaikenal Dan Bina Kumpulan 10.30 malam Minum Malam / Rehat Hari Kedua: Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Tazkirah Subuh Generasi Muda Cergas Sarapan Pagi Jam 9.00 pagi Ceramah: Akta Dadah & Penglibatan Dikalangan Belia Jam 10.30 pagi Minum Pagi Jam 11.00 pagi

Ceramah: Pengkuatkuasaan & Hukuman Mandatori Jam 12.30 tengahari Makan Tengahari / Solat Jumaat Jam 2.30 petang Latihan Dalam Kumpulan (Win-Win Games) Jam 4.00 petang Minum Petang / Solat Asar Berjemaah / Taklim Jam 5.00 petang Pertandingan Antara Kumpulan Kawasan Kompleks Rakan Muda Jam 6.30 petang Persiapan Diri / Makan Malam Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak Jam 9.00 malam Ceramah: Dadah Pemusnah masa Depan Jam 10.30 pagi Minum Malam / Rehat Hari Ketiga: Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Tazkirah Subuh

Generasi Muda Cergas Sarapan Pagi Jam 8.30 pagi Perjumpaan Bersama Pelatih Pusat Serenti Besut Jam 11.30 pagi Penilaian Program Jam 12.00 tengahari Majlis Penutup & Penyampaian Sijil - Peserta Mengambil Tempat - Ketibaan Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu - Bacaan Doa - Ucapan Ketua Peserta - Ucapan Oleh Presiden Geng Terengganu - Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu - Penyampaian Hadiah (Peserta Terbaik Dan Kumpulan Terbaik) - Penyampaian Sijil - Penyampaian Cenderahati - Sesi Bergambar - Makan Tengahari / Solat Zohor Berjemaah Berselawat

Bertolak balik ke Kuala Terengganu Bersurai ANGGARAN PERBELANJAAN: Makan Minum @ RM20 x 80 orang x 2 hari - RM3,200.00 Penginapan @ RM10 x 80 orang x 2 malam - RM1,600.00 Pengangkutan @ RM800 x 2 buah x 2 (pergi/balik) - RM3,200.00 Honororium Penceramah @ RM100 x 6 jam - RM600.00 Saguhati Jurulatih @ RM50 x 2 hari x 10 orang - RM1,000.00 Baju T (Peserta dan Pegawai) @ RM15 x 80 helai - RM1,200.00 Sijil Penyertaan/Penghargaan @ RM3 x 100 keping - RM300.00 Kain Rentang RM100 x 2 helai - RM200.00 Perbelanjaan Runcit - RM200.00 Jumlah Besar - RM11,500.00 IMPLIKASI KOS: Dicadangkan mendapat peruntukan kewangan daripada YB. Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. MAJLIS PENUTUP: Adalah dicadangkan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil disempurnakan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. PENUTUP:

Semoga jalinan program secara bersepadu ini dapat memberi manfaat kepada peserta mahupun jabatan/organisasi yang terlibat kearah

mewujudkan permuafakatan yang berterusan didalam membenteras najis dadah. Usaha secara berterusan amat perlu didalam memastikan negara Malaysia Sifar Dadah menjelang 2015 nanti. Insya Allah. Disediakan oleh: (PN. SITI NORHAS LIDA MAT HASSAN) Setiausaha Persatuan Belia Disemak oleh: .. (PN. HJH KIZARTI ZALI) Naib Pengerusi Persatuan Belia Disahkan oleh: (EN. ALI BIN AMAD) Pengerusi Persatuan Belia

You might also like