You are on page 1of 42

Arca Mobail - Seni Halus

Arca Mobail Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris

Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956 Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan

Contoh-contoh arca mobail

Menggunakan bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza

Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai

Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali

Penggunaan bahan seperti dawai, kertas atau plastik juga boleh digunakan

Idea daripada kelawar dan digantung dengan dawai

menggunakan bahan besi dan mempunyai 4 warna

Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni

Menggunakan motif lilin dan cahaya

motif manusia menggunakan bahan kertas

Menggunakan gambar sebagai idea

ARCA
Pengenalan 1. Arca merupakan karya seni berbentuk tiga dimensi yang mempunyai isipadu (jisim).2. Arca merupakan karya seni tiga dimensi yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai.

Jenis-Jenis Arca

1. Arca Estetika a. Diletakkan di dalam galeri,muzium,taman,ditempat awam b. Mempunyai mesej yang hendak disampaikan c. Dihasilkan semata-mata untuk dilihat dan dihayati kecantikan dan keindahannya semata-mata.

2. Arca Berfungsi a. Penghasilannya mempunyai fungsi dan kegunaanya. b. Hasil 3D yang digunakan ada tujuan dan maksud tersendiri

c. Contoh labu sayong mengisi air - Keris senjata/upacara ritual - Batu nesan kubur - Tugu negara - peringatan

Teknik Penghasilan Arca

a. Arca luakan - Proses pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil menggunakan pahat, kapak, gergaji dan alat pengukir.Bahan yang diguanakn ialah bongkahan kayu, plaster of paris, tanag liat dan batu b. Arca binaan - Proses penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki seperti ysng dirancang dan dibina secara sistematik.- Bahan utama dalam proses pembinaan ialah simen, batu bata, kepingan logam dan kayu c. Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d. Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan e. Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis f. Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan g. Arca dinding/Relif dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling h. Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas

ARCA MOBAIL

PENGENALAN Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan bergerak. Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.

DEFINISI ARCA MOBAIL

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder(188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI UNTUK MENGHASILKAN ARCA MOBAIL


-Plastik -Dawai -Bahan besi -Plastik -Span

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


PENGENALAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.

TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan. Teknik Picitan Teknik Lipatan Teknik Potongan Teknik Cantuman Teknik Pembungkusan Teknik Guntingan Teknik Luakan

JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.


Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti - ARCA TIMBUL -ARCA MOBAIL -ARCA STABAIL -ASEMBLAJ -MODEL -DIORAMA -BONEKA -TOPENG -ORIGAMI

ALAT DAN BAHAN


Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. - Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain. - Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


1. Tingkatkan Daya Kreativiti -Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958) - June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. - Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak? a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto. b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan. c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan. f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik. g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar. 2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Temanya : (a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran (b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis (c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian peralatan kegunaan harian. Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku? (a) Pemerhatian dan Kajian Visual penggunaan bahan dalam menghasilkan karya. (b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan. (c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan 1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula. 2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. 3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya 4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi 1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. 2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. 3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. 4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk. 5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. 6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. 7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. 8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. 9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. 11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. 12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi 1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. 2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. 4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen. 5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh. 7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 1. Kesesuaian topik, tema dan teknik 2. Membuat tumbnail-print / lakaran 3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia 4. Pilih teknik membuat yang sesuai.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan akhir produk. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat. Mengenali Pelbagai Bentuk Asas - Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG ARCA TIMBUL

PENGENALAN

Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga menyampaikan sesuatu mesej. Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan. Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.

DEFINISI ARCA TIMBUL

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI -Kayu -Plaster of paris -Pahat -Pisau

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA TIMBUL

ARCA STABAIL DEFINISI


Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling. Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru,paku atau gam. ALAT DAN BAHAN Bahagian tapak - Bahan besi, kayu, papan, plaster of paris. Bahagian bergerak -Dawai, plastik dan etc

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA STABAIL

ARCA ASEMBLAJ
PENGENALAN Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan menarik. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid. DEFINISI ARCA ASEMBLAJ Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

CONTOH-CONTOH ARCA ASEMBLAJ

MODEL
PENGENALAN Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti. DEFINISI MODEL Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya. ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape. Pemotong -Gunting, pisau. Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya. CONTOH-CONTOH GAMBAR MODEL

DIORAMA
DEFINISI Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas. Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod. Pemotong- Gunting, pisau. Pelekat- Selotape, gam, tali.

CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA

BONEKA PENGENALAN

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang. Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah. DEFINISI BONEKA Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

JENIS-JENIS BONEKA

BONEKA SARUNG TANGAN Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. BONEKA LIDI Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal. BONEKA WAYANG KULIT Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayangbayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lididigoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. BONEKA TONGKAT Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan konsep wayang. BONEKA BERTALI Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-ofParis atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yangboleh bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan itu bergerak. CONTOH GAMBAR-GAMBAR BONEKA

BONEKA LIDI

BONEKA JARI

BONEKA SARUNG TANGAN

BONEKA WAYANG KULIT

TOPENG
DEFINISI TOPENG Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya. KEGUNAAN TOPENG Digunakan dalam upacara keagamaan. Digunakan di dalam teater persembahan. Digunakan untuk menyembunyikan identiti. Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu. JENIS-JENIS TOPENG Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata. Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka. Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala.

CONTOH-CONTOH GAMBAR TOPENG

(TOPENG MATA)

(TOPENG SERKUP DAN TOPENG MUKA)

ORIGAMI PENGENALAN Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun. Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini. DEFINISI berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. ALAT DAN BAHAN Kertas Gunting Pisau

CONTOH-CONTOH GAMBAR ORIGAMI

Definisi: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai sertadipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang menjaditarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Jenis Jenis Arca Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahamikewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifatkonseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk danmaksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagikepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca Asemblaj Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tigadimensi.Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan- bahan yang terdapat di rumah C. ARCA 1. Pengenalan - Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya - Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai 2. Jenis-jenis arca a- Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah b- Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya 3. Bahan binaan arca - Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan tersebut 4. Teknik membina arca a- Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil

b- Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki c- Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d- Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan e- Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis f- Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan g- Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling h- Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas.

RUJUKAN
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

http://www.scribd.com/doc/62872166/Seni-Arca-Mempunyai-Keistimewaan-TersendiriBerbanding

http://psvspm.blogspot.com/2009/04/seni-halus.html

You might also like