You are on page 1of 4

BIDANG MENGGAMBAR

Tahun Bidang Aktiviti Tema Tajuk Masa Media

: : : : : : : :

1 Cemerlang Menggambar Kolaj Alam semulajadi Manggaku 60 minit Alatan bahan maujud buah mangga Bahan Kertas Lukisan, Kertas warna, dan Gam Contoh hasil kerja kolaj gambar Buah mangga Elemen Kreativiti dan Inovatif Elemen Keusahawanan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahan Bantu Mengajar : EMK :

STANDARD KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni: garisan, ruang, rupa, dan warna) Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya. Apresiasi terhadap karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Garisan garisan putus-putus 1.1.1.2 Rupa Organik dan geometri 1.1.1.3 Ruang rata

1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Harmoni warna 1.1.2.2 Kesatuan pelbagai unsur alam semula jadi 1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat bahan maujud buah mangga dan gambarkoleksi buah mangga 1.2.1.2 Bahan Kertas lukisan, kertas warna, dan gam. 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik Kolaj (koyakan) 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, rupa, warna dan ruang) dalam penghasilan karya 1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual 1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan. 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 1.4.3 Menghasilkan karya seni bersama rakan.

STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik Guru menunjukkan bahan maujud buah mangga. Guru menyatakan perbezaan di antara rupa, bentuk dan warna. Guru membimbing murid melafazkan pantun. Mari pergi ke kedai nyonya, Pergi ke kedai membeli gelama; Buah mangga sedap rasanya, Mari dimakan bersama-sama.

ILUSTRASI AKTIVITI

Aplikasi Seni Guru menunjukkan hasil lukisan bentuk mangga, daun, dan tangkai menggunakan garisan putus-putus. Guru memberitahu bahawa rupa ini akan membentuk satu gambar yang menarik jika ditampal dengan kertas warna. Murid diberi peluang untuk menyatakan bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya. Guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan kolaj buah mangga.

Ekspresi Kreatif Langkah 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (2-3 ahli) Guru mengedarkan alatan dan bahan, kertas lukisan gambar mangga yang mempunyai garis putus-putus, kertas warna hijau/jingga/hitam, dan gam. Murid mengoyakkan kertas warna dalam saiz yang kecil dengan bimbingan guru.

Langkah 2 Murid menyusun dan menampal kepingan kertas warna mengikut reka bentuk yang disediakan menggunakan gam bermula dengan buah mangga (warna jingga), diikuti dengan daun(warna hijau) dan tangkainya(warna hitam). Guru membimbing murid menjalankan aktiviti dengan memberi penekanan kepada kekemasan hasil kerja. Murid juga digalakkan untuk bekerjasama.

Apresiasi Seni Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan dan cuba memberi penerangan lisan secara ringkas mengenai hasilan karya. Murid menghargai karya sendiri dan rakan. Guru memberikan peneguhan dan pujian terhadap karya yang dihasilkan.

You might also like